MAKLUMAT AM PROGRAM IJAZAH TINGGI Akademi Pengajian Melayu menawarkan 2 program Ijazah Tinggi, iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah. MOD PENGAJIAN IJAZAH TINGGI Mod pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut: 1. Ijazah Doktor Falsafah (mod Penyelidikan) (Minimum: 4 Semester, Maksimum: 12 Semester) 2. Ijazah Sarjana Pengajian Melayu pula dijalankan dalam tiga mod seperti berikut: (1) Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Secara Kursus. (Minimum: 3 Semester, Maksimum: 8 Semester) (2) Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Secara Kursus dan Disertasi. (Minimum: 3 Semester, Maksimum: 8 Semester) (3) Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Secara Disertasi. (Minimum: 2 Semester, Maksimum: 8 Semester)
KALENDAR PENGAJIAN SESI AKADEMIK 2013 / 2014 (Secara Am) SEMESTER I Haluansiswa 1 minggu 02.09.2013-08.09.2013 Kuliah 8 minggu* 09.09.2013-01.11.2013 Cuti Pertengahan Semester I 1 minggu @# 02.11.2013-10.11.2013 Kuliah 6 minggu 11.11.2013-20.12.2013 Minggu Ulangkaji 1 minggu + 21.12.2013-29.12.2013 Peperiksaan Semester I 3 minggu Ʌ 30.12.2013-19.01.2014 Cuti Semester I 4 minggu 20.01.2014-16.02.2014 24 minggu SEMESTER II Kuliah 7 minggu 17.02.2014-06.04.2014 Cuti Pertengahan Semester II 1 minggu 07.04.2014-13.04.2014 Kuliah 7 minggu 14.04.2014-01.06.2014 Minggu Ulangkaji 1 minggu 02.06.2014-08.06.2014 Peperiksaan Semester II 3 minggu 09.06.2014-27.06.2014 19 minggu CUTI TAHUNAN / SEMESTER KHAS Cuti 9 minggu 28.06.2014-31.08.2014 atau Kuliah dan Peperiksaan 8 minggu 30.06.2014-24.08.2014 * Cuti Hari Raya Aidil Adha (15 Oktober 2013) @ Cuti Deepavali (2 November 2013) # Maal Hijrah (5 November 2013) + Cuti Hari Krismas (25 Disember 2013) Ʌ Cuti Tahun Baharu (1 Januari 2013) Cuti Tahun Baru Cina (31 Januari 2014)
STRUKTUR PROGRAM 1. Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Secara Kursus 2. Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Secara Kursus Dan Disertasi 3. Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Secara Disertasi 4. Ijazah Doktor Falsafah Untuk maklumat lanjut sila rujuk di Struktur Program SENARAI KURSUS Untuk maklumat lanjut senarai kursus Sarjana Pengajian Melayu sila rujuk di Senarai Kursus SYARAT KEMASUKAN (1) Sarjana Pengajian Melayu Secara Kursus (2) Sarjana Pengajian Melayu Secara Kursus dan Disertasi (a) Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya; (b) kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; atau (c) kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa. (3) Sarjana Pengajian Melayu Secara Disertasi (a) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian atau setaraf dengannya; atau (b) Ijazah Sarjana Muda dengan: (i) sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja yang relevan; atau (ii) bukti penerbitan dalam bidang yang berkaitan; (c) kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; atau (d) kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa. (4) Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (a) Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program pengajian Ijazah hendaklah seperti berikut: (i) Ijazah Sarjana; atau (ii) Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian; dan
(iii) menunjukkan bukti yang mencukupi tentang latihan dan keupayaan untuk mengikuti program pengajian Ijazah. (b) Walau apapun peruntukan dalam perenggan (a)(i) dan (ii), dalam kes-kes yang tertentu dan tertakluk kepada kelulusan Senat, Fakulti boleh diberi kelonggaran untuk menerima calon yang mempunyai kelayakan selain daripada yang terkandung dalam syarat kemasukan yang sedia ada. (c) Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (a) dan (b), Universiti boleh mempertimbangkan untuk menerima masuk ke program pengajian Ijazah seseorang yang mempunyai kelayakan ijazah Sarjana Muda yang cemerlang (PNGK 3.7 dan ke atas atau yang setaraf dengannya), tertakluk kepada kemajuan pengajiannya akan dipantau dan calon dikehendaki membentangkan kemajuan penyelidikannya dalam satu seminar dalam tempoh: (i) 2 semester dari tarikh pendaftarannya, bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan; atau (ii) 4 semester dari tarikh pendaftarannya, bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan. (d) Sekiranya kemajuan pengajiannya memuaskan, calon boleh dibenarkan untuk meneruskan pencalonannya sebagai calon Ijazah, tetapi sekiranya kemajuan pengajiannya tidak memuaskan, status pencalonannya ditukarkan kepada ijazah Sarjana yang berkenaan. (e) Kemasukan seseorang calon hendaklah atas budi bicara Fakulti. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu Dekan Fakulti boleh, atas perakuan Timbalan Dekan yang bertanggungjawab bagi urusan program pascasiswazah dan Ketua Jabatan berkenaan, menerima masuk seseorang yang memenuhi kelayakan berikut: (i) (ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan PNGK tidak kurang daripada 3.0 (atau setaraf dengannya); dan Ijazah Sarjana Dengan Cemerlang dalam bidang berkaitan atau ijazah Sarjana dengan PNGK tidak kurang daripada 3.0 (atau setaraf dengannya) mengikut yang mana berkaitan.
SYARAT BAHASA MELAYU 1. Calon warganegara Malaysia dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya: (a) gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; atau (b) Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti; atau (c) Peringkat setaraf dengannya sebelum dianugerahkan Ijazahnya. 2. Calon bukan warganegara Malaysia dikehendaki menghadiri dengan memuaskan suatu kursus Bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Universiti sebelum dianugerahkan Ijazahnya melainkan ia memperoleh sekurang-kurangnya; (a) gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; (b) Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti; atau (c) gred lulus kursus Bahasa Malaysia yang diiktiraf oleh Universiti. 3. Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (1) dan (2) di atas keperluan syarat Bahasa Malaysia adalah dikecualikan bagi calon yang telah mengikuti pengajian dalam Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi tempatan. SYARAT BAHASA INGGERIS Calon bukan warganegara Malaysia yang mengikuti program pengajian dan/atau menulis disertasi dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris dikehendaki: (1) memperoleh skor sebanyak 550 Test of English as a Foreign Language (TOEFL); atau (2) memperoleh band 6 bagi International English Language Testing System (IELTS); atau (3) lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat, sebelum dianugerahkan Ijazahnya.
HUBUNGI KAMI Timbalan Pengarah : Dr. Muhammad Saiful Haq Hussin +603-7967 7213 ipul62@um.edu.my Penolong Pendaftar : Puan Husziatina Husin +603-7967 7218 husziatina@um.edu.my Setiausaha Pejabat : Puan Nur Hafizah Mohd Yusopp +603-7967 7213 hafizahmy@um.edu.my Pembantu Tadbir (P/O) : Puan Radziah Abu Nor +603-7967 7278 radziah@um.edu.my Pembantu Tadbir (P/O) : Cik Fartonah Ismail +603-7967 7278 fafarizqi@um.edu.my Pejabat Ijazah Tinggi, Aras 1, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Telefon : +603-7967 7213 Faks : +603-7967 7276 Emel : tpijazahtinggi.apm@um.edu.my