AmOnline Rakuten Shop & Win Promotion Terma dan Syarat 1. Definisi 1.1 Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan ungkapan berikut akan mempunyai maksud yang dikhususkan kepadanya kecuali konteks memerlukan yang sebaliknya:- AmBank bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D) sebuah syarikat yang telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Kumpulan AmBank bermakna semua Syarikat dan Syarikat Bersekutu yang berkaitan dengan AmBank, sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang sedia ada sekarang atau di masa hadapan dan rujukan kepada Kumpulan AmBank di dalam Terma dan Syarat ini adalah merangkumi semua atau mana-mana entiti di dalam Kumpulan AmBank. AmOnline bermakna perkhidmatan perbankan dalam talian AmOnline yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank kepada para pelanggan untuk melakukan transaksi Perbankan melalui Internet selaras dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di https://ambank.amonline.com.my/activations/enrolltermscontent.aspx Peserta yang Layak bermakna semua pengguna dan pelanggan baru mendaftar dan sedia ada AmOnline yang layak untuk menyertai Promosi ini dan menjalankan transaksi dagangan elektronik melalui AmOnline sepanjang Tempoh Promosi ini dan individu dan/atau orang yang dinyatakan di sini. Promosi bermakna Promosi AmOnline Rakuten Shop & Win Promotion yang dianjurkan oleh AmBank bersama dengan Rakuten Malaysia Sdn Bhd selaras dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini ( Promosi ). Rakuten.com.my bermakna satu laman web membeli-belah secara elektronik yang menjalankan operasi perniagaan barangan atau perkhidmatan oleh Rakuten Malaysia Sdn Bhd. Penganjur bermakna Bahagian E-Business daripada AmBank (M) Berhad dan Rakuten Malaysia Sdn Bhd. 1.2 Perkataan yang menggambarkan individu adalah merangkumi manusia yang masih hidup dan, sekiranya dan di mana berkenaan, pertubuhan atau mereka yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud satu harus juga merangkumi maksud majmuk dan sebaliknya. Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki harus merangkumi jantina perempuan dan tanpa jantina. 1
2. Tempoh Promosi 2.1 Promosi akan bermula dari jam 6.00 pagi pada 1 Februari 2013 dan akan sah sehingga jam 11.45 malam pada 31 Mac 2013 ( Tempoh Promosi ) atau sebarang tempoh lain yang mungkin ditentukan atas budi bicara mutlak pihak AmBank. 3. Kelayakan 3.1 Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada AmOnline dan pelanggang Kad Kredit AmBank semasa Tempoh Promosi ini. (Selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai Peserta yang Layak ). 3.2 Kakitangan Kumpulan AmBank layak menyertai Promosi ini kecuali yang berikut:- 3.2.1 Kakitangan tetap dan/atau kontrak Kumpulan AmBank dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, anak-anak dan ibu bapa) dari jabatan berikut: - Bahagian E-Business - Unit Pemasaran, Unit Kewangan, Unit Undang-undang dan Audit yang terlibat secara langsung dalam Promosi ini. 3.2.2 Wakil, penjual dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) bagi Kumpulan AmBank (termasuklah anak syarikat dan syarikatnya yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, ibu bapa dan anak-anak). 3.3 Kakitangan, wakil, penjual dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) Rakuten Malaysia Sdn Bhd (termasuk subsidari dan syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga terus (suami isteri, anak-anak and ibu bapa) tidak layak menyertai Promosi ini. 4. Mekanisma dan Syarat 4.1 Mekanisma 4.1.1 Mekanisma Promosi adalah seperti berikut: Promosi akan dijalankan berdasarkan bilangan penyertaan. Setiap pembelian minima RM13.00 dan gandaannya layak untuk satu (1) penyertaan. Contohnya: Pembelian RM32.50 layak untuk dua (2) penyertaan, pembelian RM18.90 layak untuk satu (1) penyertaan, pembelian RM39.00 layak untuk tiga (3) penyertaaan. Semakin tinggi jumlah pembelian Peserta Yang Layak, semakin tinggi bilangan penyertaan yang akan diterima oleh mereka. Bilangan gandaan penyertaan akan dijumlahkan untuk proses pilihan. 2
4.2 Syarat 5. Hadiah Sejumlah lima puluh tiga (53) pemenang akan dipilih pada keseluruhan Promosi. 4.2.1 Untuk melayakkan pelanggan mendapatkan penyertaan di dalam Promosi ini, syarat-syarat berikut mestilah dipenuhi:- Membuat pembayaran membeli-belah di Rakuten.com.my melalui AmOnline or Kad Kredit AmBank sahaja dengan jumlah minima RM13.00. Pelanggan mesti berdaftar masuk sebagai ahli Rakuten untuk pembelian. Pemenang yang sama hanya layak memenangi satu (1) hadiah. 5.1 Hadiah yang akan diberikan adalah seperti berikut: Hadiah Pertama: 1 Pemenang X Satu (1) Panasonic 50 LED TV Hadiah Kedua: 1 Pemenang X Satu (1) Samsung Galaxy S3 Hadiah Ketiga: 1 Pemenang X Satu (1) Asus Nexus 7 Tablet Hadiah Sagu Hati: 50 Pemenang X Rakuten Super Points bernilai RM100.00 5.2 Hadiah akan diberikan dalam masa enam (6) minggu dari tarikh pengumuman pemenang. 5.3 Penganjur mempunyai hak dan budi bicara penuh untuk menggantikan dan/atau menukar hadiah dengan barang yang sama nilai runcitnya pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu kepada para peserta bagi apa-apa sebab. 6. Pemilihan Pemenang Tertakluk kepada mana-mana perubahan dengan memberi notis terlebih dahulu seperti yang ditetapkan oleh AmBank atas budi bicara mutlaknya semata-mata, mekanisma atau proses pemilihan yang akan digunakan untuk menentukan pemenang adalah seperti berikut:- 6.1 Mekanisma/Proses Pemilihan 6.1.1 Setiap transaksi minima RM13.00 yang dibayar melalui AmOnline kepada Rakuten.com.my layak sebagai satu penyertaan. Jumlah penyertaan akan dikumpulkan melalui sistem dalaman AmBank pada akhir Tempoh Promosi. Pemenang Yang Layak akan secara rawak disenaraipendekkan 3
bilangan penyertaan dengan menggunakan kaedah sistem yang ditetapkan. Berikutan:- 6.1.1.1 AmBank akan menghubungi bakal pemenang pada waktu berkerja (antara 9.00 pagi hingga 6.00 petang) dari Isnin hingga Jumaat atau pada bila-bila masa yang dianggap wajar melalui telefon. 6.1.1.2 Bakal Pemenang yang berjaya dihubungi dikehendaki untuk menjawab satu soalan yang diajukan oleh Wakil Pusat Hubungan AmBank. 6.1.1.3 Jika terdapat kes di mana bakal-bakal pemenang tidak dapat menjawab soalan dengan betul, bakal pemenang yang seterusnya akan dipilih untuk menjawab soalan. Bakal-bakal pemenang yang menjawab soalan dengan betul akan dipilih sebagai pemenang. 6.1.2 Panggilan telefon yang dibuat kepada pemenang yang terpilih adalah berdasarkan nombor telefon yang diberikan oleh Peserta yang Layak kepada AmBank dan disimpan di dalam rekod AmBank. 6.1.3 Adalah menjadi tanggungjawab Peserta yang Layak untuk memastikan bahawa nombor telefon yang diberikan adalah yang terkini dan dikemaskini dengan AmBank. 6.1.4 AmBank tidak akan bertanggungjawab jikalau Peserta yang Layak tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab. 6.1.5 Pengumuman pemenang akan dibuat menerusi laman web korporat AmBank di www.ambankgroup.com dan Rakuten Malaysia Sdn Bhd di www.rakuten.com.my selepas Tempoh Promosi tamat. 6.1.6 Untuk tiga (3) hadiah pertama, pemenang dikehendaki mengutip hadiah dengan surat pastian dari cawangan AmBank dalam dua (2) bulan dari hari pengumuman. 6.1.7 Tiada masa kelonggaran untik mengutip hadiah dari masa yang ditetapkan. Hadiah yang tidak dikutip akan dilucuthakkan. Pemenang akan diberitahukan tentang condisi ini apabila terima panggilan telefon dari bank. 6.1.8 Lima puluh (50) RM100.00 Rakuten Super Points akan dikreditkan ke dalam akaun pemenang di www.rakuten.com.my oleh bahagian urusan Rakuten Malaysia Sdn Bhd. 6.2 Variasi/Semakan- Walau apa pun yang dinyatakan di dalam klausa 6.1, Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah/ menyemak/ meminda Mekanisma/ Proses Pemilihan sebagaimana yang dianggapnya sesuai pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu untuk tujuan sedemikian. 4
7. Peraturan Am 7.1 Dengan menyertai Promosi ini, semua Peserta yang Layak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat di sini, dan keputusan AmBank dan/atau penganjur dan hakim. 7.2 Semua transaksi seperti yang direkodkan oleh AmBank adalah tetap dan muktamad. 7.3 Keputusan AmBank berkenaan semua perkara yang berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan mengikat semua Peserta yang Layak dan Pemenang dalam Promosi ini dan tiada surat-menyurat atau rayuan selanjutnya akan dilayan. 7.4 Dengan menyertai Promosi ini, penganjur diberi hak menyiarkan atau memaparkan nama, nombor kad pengenalan, bandar tempat tinggal dan gambar mereka untuk tujuan pengiklanan dan publisiti hanya dalam sebarang bentuk seperti yang dianggap perlu dan wajar oleh AmBank untuk tujuan sedemikian. Dengan menyertai promosi ini, pemenang yang berpotensi dengan ini secara nyata bersetuju dan bersetuju AmBank untuk melaksanakan hak hak tersebut. Peserta yang berpotensi hendaklah mempunyai budi bicara untuk mengakses dan mengemaskini butir-butir peribadi mereka dengan memberitahu AmBank secara bertulis sepanjang Tempoh Promosi. 7.5 Tidak dalam mana-mana keadaan, AmBank harus dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk tanpa had kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, ganti rugi teladan, punitif atau ganti rugi khas terhadap mana-mana pihak termasuk pihak ketiga, yang timbul dengan apa cara pun sama ada di dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan hadiah dan/atau Promosi ini. Pemenang dan wakil pemenang secara sukarela bersetuju untuk menanggung semua risiko dan kerugian dan AmBank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan sama ada daripada pemenang sendiri atau mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada apa-apa kemalangan atau kejadian yang berlaku ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk kecederaan anggota yang membawa kepada hilang upaya kekal atau kematian yang berkaitan dengan hadiah ini. 7.6 AmBank secara nyata dengan ini mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang waranti kelayakan, kebolehdagangan atau kesesuaian berkaitan dengan Hadiah yang ditawarkan untuk Promosi dan pembekalnya masing-masing. 7.7 AmBank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung disini secara keseluruhan atau mana-mana bahagian dari masa ke masa termasuk mengubah tempoh Promosi sebagaimana yang difikirkannya perlu dan sesuai dengan memberi notis terlebih dahulu melalui laman web AmOnline AmBank. 7.8 AmBank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang Layak yang didapati atau ditentukan olehnya sebagai 5
telah mengganggu proses penyertaan dan/atau perjalanan Promosi, bertindak melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat yang dinyatakan disini. 7.9 Peserta Layak tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan dari AmBank untuk sebarang kerugian dan kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak yang disebabkan oleh apa-apa pindaan, perubahan atau pengubahsuaian Terma dan Syarat dan pembatalan, penamatan atau penggantungan Promosi ini. AmBank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perwakilan, kecederaan, kerugian atau kerosakan yang ditanggung secara langsung atau tidak langsung oleh Peserta Layak kerana penyertaan dalam Promosi dan / atau tindakan atau peninggalan AmBank. 7.10 AmBank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran yang berkaitan dengan Promosi akibat daripada mana-mana bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, penyekatan, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut taufan, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa yang berlaku di luar kawalan AmBank sewajarnya. 7.11 Semua terma dan syarat yang ditetapkan disini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. 7.12 Melainkan dinyatakan sebaliknya, Terma dan Syarat ini hendaklah mengatasi manamana peruntukan lain dan / atau representasi yang terkandung dalam apa-apa notis lain / promosi / pengiklanan bahan-bahan Promosi ini. 7.13 Terma & Syarat ini boleh didapati di laman sesawang korporat AmBank di www.ambankgroup.com. 6