DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH

dokumen-dokumen yang mirip
JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

Keutamaan Bulan Dzulhijjah

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Barangsiapa yang dikaruniai seorang anak, lalu ia menyukai hendak membaktikannya (mengaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya.

Fikih Ringkas dalam Berkurban

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

RISALAH AQIQAH. Hukum Melaksanakan Aqiqah

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Penyembelihan Hewan. Aspek Fikih

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

LALUAN KEHIDUPAN

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagian dari syi ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya ( Al Hajj 36 )

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Keutamaan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

Dan beribadahlah kepada Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (kematian). (Al-Hijr : 99)

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

BAB I PENDAHULUAN. Kami membuat makalah ini dengan tujuan untuk mengingatkan bahwa kita

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Munakahat ZULKIFLI, MA

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

Definisi, hukum dan tata cara berqurban

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Menyambut Idul Adh-ha

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

BAHAGIAN A. 21. Semasa wukuf jemaah haji dikehendaki berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Keistimewaan Hari Jumat

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Penyembelihan Hewan. Ringkasan Materi

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

Keutamaan 10 Hari Dzulhijjah dan Amalan-amalan yang Disyariatkan

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I


Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Kewajiban Haji dan Beberapa Peringatan Penting dalam Pelaksanaannya

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Alhamdulillah Was Shalaatu Was Salaamu Alaa Rasuulillah, adapun setelah ini:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI

Mujasyi bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu mengabarkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

BAB IV ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT MAL

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

RUKUN SOLAT JENAZAH. disunnahkan doa sebelum salam. NIAT SOLAT JENAZAH : Sahaja aku solat jenazah 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah taa`la

Tegakkan Shalat Dengan Berjamaah

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

Sunah Yang Hilang di Bulan Dzulhijjah

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PENGGUNAAN BULU, RAMBUT DAN TANDUK DARI HEWAN HALAL YANG TIDAK DISEMBELIH SECARA SYAR I UNTUK BAHAN PANGAN, OBAT-OBATAN DAN KOSMETIKA

Waris Tanpa Anak. WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006)

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

1. Kewajiban mandi Jumaat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Keutamaan Bulan Dzul Hijjah

Hak Cipta Terpelihara :

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

1. Tentang firman Allah: Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka

PENYULUHAN HUKUM: FIQH QURBAN: KETENTUAN HUKUM TENTANG IBADAH QURBAN. Oleh : Nasrullah, SH., S.Ag., MCL KAMIS, 17 AGUSTUS 2017 JAM

Minggu Kesembilan WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti I

Transkripsi:

KULIAH FEQAH: HUKUM BERKAITAN IBADAH KORBAN BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH

KULIAH FEQAH : HUKUM BERKAITAN IBADAH KORBAN BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI isi kandungan: 1. PENGERTIAN KORBAN 2. DALIL PENSYARIATAN 3. HIKMAH PENSYARIATAN 4. HUKUM KORBAN 5. ORANG YANG DITUNTUT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN 6. BINATANG YANG DISYARIATKAN UNTUK KORBAN 7. SYARAT BINATANG KORBAN 8. WAKTU KORBAN 9. AGIHAN DAGING KORBAN 10. SUNAT DAN ADAB BERKORBAN 11. HUKUM SEMASA TENTANG IBADAH KORBAN 12. ADAB KETIKA MERAIKAN HARI RAYA AIDILADHA

PENGERTIAN KORBAN Korban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Korban ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan dilakukan pada Hari Raya Korban.

dalil pensyariatan Firman Allah Taala : Maksudnya: Oleh itu, tunaikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). (Surah Al-Kauthar: 2)

dalil daripada hadith Maksudnya: Nabi S.A.W menyembelih dua ekor kibasy putih yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibasy tersebut. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

hikmah pensyariatan korban Untuk menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S, iaitu ketika Allah S.W.T menguji Baginda supaya menyembelih anaknya. Kemudian Allah S.W.T menebusnya dengan seekor kibasy yang diturunkan-nya dan memerintahkan Baginda menyembelihnya. Peristiwa ini berlaku setelah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya berusaha bersamasama melaksanakan perintah Allah S.W.T.

hikmah pensyariatan korban Menolong orang fakir dan orang yang berhajat serta menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya. Dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan menanamkan semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.

hukum korban Hukum Korban ialah sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib dengan dua sebab: Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya yang boleh dijadikan korban sambil berkata: Inilah korbanku atau Aku akan korbankan kambing ini. Dengan itu dia wajiblah melakukannya. Kedua: Apabila seseorang berazam hendak melakukan korban untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan berkata: Aku mewajibkan diriku berkorban kerana Allah. Lantas menjadi wajib kepadanya melaksanakan korban itu. Hal ini samalah jika dia mewajibkan dirinya melakukan sebarang ibadat- ibadat sunat kerana ketika itu ia telah menjadi nazar.

orang yang dituntut untuk melaksanakan ibadah korban Sunat melakukan ibadah korban bagi orang-orang yang cukup syarat-syarat berikut: Pertama: Islam Tidak dituntut berkorban bagi orang yang bukan Islam. Kedua: Baligh dan Berakal Orang yang belum baligh dan tidak berakal tidak sunat berkorban kerana tidak mukallaf.

orang yang dituntut untuk melaksanakan ibadah korban Sunat melakukan ibadah korban bagi orang-orang yang cukup syarat-syarat berikut: Ketiga: Berkemampuan Maksud berkemampuan ialah seseorang yang mempunyai harta atau wang melebihi perbelanjaan untuk dirinya sendiri dan mereka di bawah tanggungannya, sama ada makanan, pakaian dan tempat tinggal pada sepanjang Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyriq.

binatang yang disyariatkan untuk dilaksanakan ibadah korban Pada pandangan Mazhab Asy-Syafie, ibadah Korban hanya sah dengan binatang-binatang berikut :- 1. Unta 2. Lembu 3. Kambing 4. Biri-biri.

Hal ini berdasarkan firman allah taala: Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaan-nya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu. (Surah Al-Haj: 34)

Binatang yang AFDHAL dijadikan korban ialah unta, diikuti lembu dan kambing. Harus berkorban dengan seekor unta jantan atau betina atau lembu untuk tujuh orang. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir R.A katanya: Maksudnya: Kami berkorban bersama- sama Rasulullah S.A.W pada tahun Hudaibiyah dengan seekor unta untuk 7 orang dan seekor lembu untuk tujuh orang. Riwayat Muslim

syarat binatang korban Dari Segi Umur: Umur unta yang hendak dikorban disyaratkan masuk tahun keenam. Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga Umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

dari segi kecacatan anggota Hendaklah Tidak Cacat: Ketiga-tiga jenis binatang korban tersebut tidak cacat yang menyebabkan kurang dagingnya. Oleh itu, tidak sah korban kambing yang terlalu kurus, sangat tempang, buta sebelah mata, berpenyakit atau putus sebahagian telinganya.

dari segi kecacatan anggota Hal ini berdasarkan hadith, daripada Al- Barra bin Azib R.A, daripada Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: 4 perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan korban ialah binatang yang jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata, jelas tempangnya, dan terlalu kurus hingga menampakkan tulang. Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud PERHATIAN: Setiap perkara yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya hendaklah diqiyaskan kepada kempat-empat kecacatan tersebut.

waktu dilaksanakan korban Waktu korban bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Korban, iaitu sekadar tempoh masa dua rakaat solat sunat hari raya dan dua khutbah. Waktu tersebut berterusan sehingga matahari terbenam pada Hari Tasyriq yang akhir. Hari Tasyriq ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Waktu yang afdhal menyembelih binatang korban ialah setelah selesai solat sunat hari raya.

hal ini berdasarkan hadith: Maksudnya: Perkara pertama yang kami lakukan pada hari raya ini ialah bersolat kemudian balik dan menyembelih binatang korban. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut mereka telah melaksanakan sunnah kami dan sesiapa yang melaksanakannya sebelum itu maka dagingnya adalah pemberian biasa kepada ahli keluarganya dan tidak dikira ibadat korban. Riwayat Al-Bukhari

dalil hadith yang lain ialah : Daripada Jubair bin Mut im R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: Dan setiap hari tasyriq adalah waktu untuk sembelihan korban. Riwayat Ibn Hibban

agihan daging korban Jika korban wajib, sama ada kerana korban nazar atau korban binatang yang telah diisyaratkannya seperti yang dijelaskan, ia tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban dan mereka yang di bawah tanggungannya. Mereka yang memakannya hendaklah menggantikannya atau membayar nilai daging tersebut. Jika korban sunat, dibolehkan bagi orang yang berkorban makan daging korban yang dikehendakinya dengan syarat disedekahkan sebahagiannya. Tetapi yang AFDHALNYA ialah dia makan sedikit untuk mendapat keberkatan dan selebihnya disedekahkan.

agihan daging korban Dia juga boleh makan 1/3 bahagian, menyedekahkan 1/3 bahagian kepada orang fakir dan 1/3 bahagian lagi dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangganya sekalipun mereka kaya. Akan tetapi mereka yang kaya tidak tidak boleh menjualnya kerana pemberian korban itu sebagai hadiah untuk dimakan. Sementara daging yang disedekahkan kepada orang fakir telah menjadi hak miliknya. Dia boleh makan atau melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

hal ini adalah berdasarkan firman allah taala :

MAKSUDNYA: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah kami memudahkan bagimu, moga-moga kamu bersyukur. (Surah Al-Haj: 36)

PERHATIAN Orang yang berkorban boleh menyedekahkan kulit binatang korbannya atau mengambil manfaatnya tetapi tidak boleh menjualnya atau diberi kepada penyembelih sebagai upah menyembelih. Ini kerana perbuatan demikian adalah kecacatan yang merosakkan ibadah korbannya. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak sempurnalah korbannya. Riwayat Al-Baihaqi

sunat dan adab berkorban 1. Tidak mencabut atau mencukur bulu yang berada di badannya Apabila tibanya awal Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan korban, sunat baginya supaya tidak menghilangkan bulunya seperti rambut, janggut, misai, kuku dan lain-lain sehingga dilakukan penyembelihan. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan antara kamu ada yang hendak melakukan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya. Riwayat Muslim

sunat dan adab berkorban 2. Sunat menyembelih sendiri Orang yang berkorban, sunat menyembelihnya sendiri. Jika tidak dapat membuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia menyaksikan penyembelihan tersebut. Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah S.A.W bersabda kepada Fatimah R.Anha: Maksudnya: Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ini khas untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya. Riwayat Al-Hakim dengan sanad yang sahih

sunat dan adab berkorban 3. Sunat bagi pemerintah atau pemimpin orang Islam menggunakan wang Baitul Mal untuk melakukan ibadat korban bagi pihak rakyat Islam. Hal ini berdasarkan hadith: Maksudnya: Nabi SAW menyembelih seekor kibasy untuk korban sambil membaca: Bismillah, Ya Allah, terimalah korban daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad. Riwayat Muslim

sunat dan adab berkorban 4. Menyembelih di kawasan tanah lapang Baginda melakukan sembelihan itu di kawasan lapang di tempat orang ramai berkumpul mendirikan solat sunat hari raya. Sembelihan itu dilakukan oleh Baginda sendiri. Hal ini jelas dalam hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: Maksudnya: Rasulullah SAW telah menyembelih binatang korban di kawasan lapang tempat bersolat. Riwayat Al-Bukhari

HUKUM HAKAM SEMASA TENTANG IBADAH KORBAN

HUKUM PERTAMA: apakah hukum daging korban diberikan kepada orang bukan islam?

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

fatwa jakim : Daging korban tatawwu (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-daging-korbanberkaitan-dengan-orang-bukan-islam

HUKUM KEDUA : Apakah hukum korban oleh organisasi dan syarikat? HUKUMNYA : TIDAK BOLEH!

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia BUKAN untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, jika sesebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya. Ketika itu barulah sah korban dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban. Pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana menghadiahkan lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja. Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara khusus 20 ekor lembu itu (sebagai contoh), untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu. Sumber : www.zaharuddin.net

HUKUM KETIGA : Melakukan ibadah korban atau membayar hutang? Bolehkah seseorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?

Jika hutang tersebut adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, ketika itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan. Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semua tanggungjawab wajib itu, pada ketika itu, barulah ibadah korban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah korban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab manakala melangsaikan hutang dalam tempohnya adalah wajib. Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula TERKORBAN, hubungan persaudaraan terkorban, atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar hutang, TIDAK WAJAR SAMA SEKALI UNTUK BERKORBAN JUGA. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Sumber : www.zaharuddin.net

HUKUM KEEMPAT : bolehkah seseorang melakukan ibadah korban untuk warisnya yang sudah meninggal dunia?

Amalam korban (udhiyah) menurut jumhur ulama adalah Sunnah Mu akkadah (Sunat Yang Sangat Dituntut) dilakukan oleh mereka yang masih hidup. Ada beberapa keadaan yang dilakukan korban bagi pihak si mati :- a. Jika si mati telah meninggalkan wasiat agar wang yang ditinggalkan itu digunakan untuk amalan korban, maka hendaklah mereka yang hidup melakukan korban bagi pihak si mati. b. Ketua rumah juga boleh melakukan korban bagi pihak dirinya dan keluarga, termasuklah keluarganya yang masih hidup dan yang telah mati. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi. c. Melakukan korban secara sukarela dan berasingan kepada si mati dibolehkan berdasarkan umum maksud hadith berikut :-

Dalil Yang Membolehkan Untuk Melakukan Korban Untuk Seseorang Yang Sudah Meninggal Dunia Hadith Nabi SAW : Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau Anak Soleh yang mendoakan ke atasnya RIwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Al-Nasaa i

PENGUMUMAN: adakah anda ingin mendapat pahala keampunan daripada allah taala selama dua tahun?

Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam: Puasa Hari Arafah, aku mengharapkan agar Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Riwayat Imam Muslim

ADAB KETIKA MERAIKAN HARI RAYA AIDIL ADHA

1. Bertakbir Disyariatkan takbir bermula daripada waktu Subuh Hari Arafah sehinggalah waktu Asar pada Hari Tasyriq yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah. Disunatkan bagi orang lelaki untuk menguatkan suara ketika bertakbir selepas setiap kali solat fardu di masjid, surau, pasar dan rumah dengan tujuan untuk mengagungkan Allah dan menzahirkan ibadah serta menyatakan kesyukuran kepadanya. Firman Allah Taala : Dan berzikirlah kepada Allah beberapa hari yang tertentu bilangannya. (Surah Al-Baqarah, ayat 203) 2. Menyembelih Haiwan Korban Ibadah korban boleh dilaksanakan setelah selesai mendirikan Solat Sunat Aidil Adha. Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam yang bermaksud : Sesiapa yang melakukan penyembelihan sebelum solat, maka hendaklah dia mengulanginya semula. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Waktu menyembelih boleh diadakan sepanjang empat hari iaitu pada Hari an-nahr (Hari Raya Korban) dan pada tiga hari sepanjang Hari Tasyriq. Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Setiap Hari Tasyriq adalah hari disyariatkan untuk dibuat ibadah korban. (Riwayat Ahmad)

3. Mandi, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik serta menutup aurat. Dilarang bagi kaum wanita untuk memakai wangi-wangian secara melampau-lampau dan berhias secara berlebih-lebihan. 4. Makan selepas menunaikan Solat Sunat Aidil Adha. Disebut di dalam Kitab Zad Al-Ma ad bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam tidak makan sehinggalah Baginda pulang dari tempat solatnya, barulah Baginda makan daripada sembelihannya itu. 5. Pergi ke masjid dan surau secara berjalan kaki jika mampu. Daripada Abdullah bin Umar R.A menyatakan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam keluar untuk mendirikan solat sunat Hari Raya dengan berjalan kaki. (Riwayat Ibnu Majah). 6. Pulang daripada masjid dan surau melalui jalan lain. Daripada Abdullah bin Umar R.A menyatakan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam pergi mendirikan solat sunat Hari Raya melalui jalan lain dan balik melalui jalan lain. (Riwayat Abu Daud)

7. Mengucapkan tahniah dengan ucapan Taqabballahu minna wa minkum. Ibnu Hajar menyatakan di dalam kitabnya Fathul Bari, daripada Jubair bin Nufair berkata bahawa para sahabat Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam apabila mereka bertemu pada Hari Raya, mereka saling mengungkapkan ucapan Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan daripada kita semua). 8. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara lagha (lalai) seperti mendengar lagu-lagu dan melihat rancangan televisyen yang melalaikan serta menjauhkan diri daripada pergaulan bebas dan percampuran di antara kaum lelaki dan perempuan dan bersalam-salaman dengan bebas tanpa batasan syarak. 9. Berusaha untuk tidak membazir dalam menyediakan makan dan jamuan Hari Raya. Firman Allah Taala yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra, ayat 27)

SEKIAN TERIMA KASIH