Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

dokumen-dokumen yang mirip
Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Penangguhan (Wijaya Mala)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Anak kesayangan menjadi hamba

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

Mellisa (Abdullah Hussain)

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

MENGAMPUNI ORANG LAIN

Kisah Sulaiman dengan Jin dan Binatang

Teguran Allah kepada Musa. Ditulis oleh Wiki

Entahlah, suamiku. Aku juga tidak pernah berbuat jahat dan bahkan selalu rajin beribadah, jawab sang isteri sambil menahan air mata.

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

Kisah Ashabul Kahfi. Adapun lokasi gua Ashabul Kahfi tersebut ada 3 pendapat yaitu:

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Memilih Sikap Positif

Kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran menulis

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III

Kesusasteraan Melayu (922)

Raja Langit, Raja Bumi, dan Putri Bulan Kisah dari Sulawesi Selatan

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Dalam Roma 12-13, Paulus berbicara tentang hubungan orang Kristen dengan...

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

1 1 Dari Paul, Silwanus, dan Timotius.

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

Kesetiaan kepada Syarikat

2. "Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada. " Kolose 4:5.

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk:

Mendengar pertanyaan itu, Umair menjadi balik heran, lalu berkata; Wahai Amirul Mukminin! Mengapa engkau menyangka demikian?


Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Pertanyaan Nabi (1) : Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?

ANAK MAS DI BIARA SEBAGAI UNGKAPAN SEKSUALITAS Rohani, April 2012, hal Paul Suparno, S.J.

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

PASTI SKOR SPM BM KENA TEPAT 2013

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA (m/s 47 48)

Simpulan bahasa Bandingan Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

2. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini? 3. Melalui peristiwa ini, apa lagi yang diajar oleh Yesus tentang doa?

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. MANIPULATIF. AGRESIF CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Janji YESUS KRISTUS. 2. Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan TUHAN dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

IMAN Siapa yang Anda Percaya

1 Tesalonika 1. 1 Tesalonika 2

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. Manipulatif. Agresif CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

Allah menguji kasih Abraham

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah menguji kasih Abraham

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

SMA/MA IPS kelas 10 - BAHASA INDONESIA IPS BAB 11. KETERAMPILAN BERSASTRALatihan Soal 11.4

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

Wanita Yang Berhikmat (Amsal 31 : 10-31) Ditulis oleh Saumiman Saud Kamis, 30 April :11

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN


Transkripsi:

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun) Sinopsis Bab 1 : Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. Bab 2: Cetera Pertama Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat

persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya. Bab 3: Cetera Kedua Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi. Bab 4 : Cetera Ketiga Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya.

Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat. Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya. Tema Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang. Persoalan 1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan. Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpurapura tidur.

2. Persoalan kecurangan seorang isteri Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. 3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. 4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya. Plot Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya. ii. Perkembangan Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya. iii. Konflik Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya. iv. Klimaks Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.

v. Peleraian Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya. Watak dan Perwatakan Watak Utama Burung Bayan Bersaiz kecil Taat pada tuannya Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja Maimun. Pandai membuat ramalan Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-benar terjadi. Bijak bercerita Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkannya daripada berlaku curang. Watak Sampingan Bibi Zainab Cantik Penyayang terhadap suami Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar. Curang Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam. Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.

Khoja Maimun Bertanggungjawab Dia pergi belayar demi mencari rezeki. Penyayang Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab. Bijak Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan. Taif Setia Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja. Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan. Taat perintah Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar. Latar Latar Masa Waktu malam Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya. Waktu pagi Bayan selesai bercerita pada waktu pagi. Latar Tempat i. Negeri Ajam Khoja Maimun menetap di situ ii. Pekan Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.

iii. Jendela tempat Bibi Zainab melihat anak raja iv. Kubur Tuan Syeikh Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat 2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya terhadap anak raja 3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah. 4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja Tabristan. Teknik Penceritaan Pemerian Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah belayar.

Dialog Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan Hendakkah tuan hamba membeli Bayan? Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu dinar Bayan hamba ini harganya. Monolog dalaman Taif pun fikir di dalam hatinya, Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah. Gaya Bahasa a) Simile.dan ia seumpama air yang masin kuning seperti muka orang durjana b) Penggunaan bahasa Arab Allah azzawajalla c) Perlambangan.emas itu berkuasa. d) Inversi seribu dinar bayan hamba ini harganya Nilai 1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.

2. Nilai ketaatan terhadap ketua Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. 3. Nilai prihatin terhadap keluarga Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga 4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan - Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya. Pengajaran 1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran 2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera. 3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan. 4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.

Latihan 1. Senaraikan tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun. 2. Tuliskan tiga nilai yang di peroleh dalam Hikayat Khoja Maimun berserta contoh. Jawapan 1. Tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun ialah Bayan merupakan binatang yang bijaksana. Selain itu, taat kepada tuannya dan boleh membuat ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan. 2. Tiga nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang terhadap pasangan contohnya Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Kedua nilai ketaatan terhadap ketua contoh Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Ketiga nilai prihatin terhadap keluarga contoh Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga