1. Dalam Perjanjian ini kecuali konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:-

dokumen-dokumen yang mirip
1. Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:-

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA DAN SYARAT KAD-i DEBIT CIMB ISLAMIC

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Page 1 of 7 CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN DEPOSIT TETAP Layak menerima perlindungan PIDM

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

lain tanpa memberikan sebarang sebab. Kepada: CIMB Bank Berhad Cawangan...

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

PERJANJIAN AKAUN PELABURAN EMAS CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Page 1 of 7 CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN AIRASIA SAVERS CIMB BANK Layak menerima perlindungan PIDM

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Page 1 of 8. risiko dan perbelanjaan hendaklah ditanggung oleh pemegang akaun.

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Kepada: CIMB Bank Berhad

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

membayar fi tahunan yang ditetapkan oleh Bank. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Akaun Simpanan Ecosave-i Layak menerima perlindungan PIDM

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN AIRASIA SAVERS CIMB BANK Layak menerima perlindungan PIDM 3 PENGELUARAN

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Akaun Simpanan-i Layak menerima perlindungan PIDM

Fasal-fasal yang dipinda

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Akaun Simpanan Ecosave-i Layak menerima perlindungan PIDM

Page 1 of 8 CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN DEPOSIT TETAP Layak menerima perlindungan PIDM 4. PENUNAIAN DEPOSIT TETAP

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Perjanjian Maybankard Platinum

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

Transkripsi:

PERJANJIAN AKAUN KWIK CIMB BANK Layak Menerima Perlindungan PIDM Sebagai balasan bagi CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun Kwik CIMB Bank dalam nama saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma dan syarat berikut di dalam ini. Definisi 1. Dalam Perjanjian ini kecuali konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:- a) Ungkapan Akaun bermaksud Akaun Kwik CIMB Bank Pemegang Akaun, yang mana semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran tunai yang dilakukan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi can caj yang berkenaan akan didebit terhadapnya; b) Ungkapan Pemegang Akaun bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan Kad dikeluarkan, jika dipohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah termasuk waris, wakil diri dan pengganti hakmiliknya dan penggunaan perkataan anda hendaklah bermaksud Pemegang Akaun; c) Ungkapan Akaun Lain Pemegang Akaun bermaksud akaun perbankan lain atau akaun lain Pemegang Akaun dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun bersama Pemegang Akaun dengan pihak ketiga; d) Ungkapan Nombor Akaun bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan pada Akaun dan nombor yang diperuntukkan pada Kad dan dicetak timbul pada Kad yang dipohon oleh Pemegang Akaun, jika ada; e) Ungkapan notis terdahulu yang mencukupi bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun; f) Ungkapan Perjanjian ini bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank di mana Akaun dan Kad, jika dipohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB Clicks dan diserahkan dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan Akaun dan sebarang terma-terma dan syarat-syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa; g) Ungkapan ATM bermaksud mesin juruwang automatik; h) Ungkapan Bank bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang mungkin diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan termasuk pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya; i) Ungkapan mata wang pengebilan bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan termasuk singkatannya RM ; j) Ungkapan Kad bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun; k) Ungkapan Fi Kad bermaksud fi semasa yang berkuat kuasa yang perlu anda bayar apabila anda memohon pengeluaran kad fizikal di bawah Akaun; l) Ungkapan CIMB Clicks bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com; m) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks" bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank CIMB Bank Kwik Akaun Terms & Conditions 1

mengaitkannya dengan CRN dan CIMB Clicks e-pin anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberikan anda akses kepada CIMB Clicks; n) Ungkapan Kumpulan CIMB bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia; o) "CRN" bermaksud nombor enam belas digit pada Kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM") atau Kad Kredit yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhubung dengan Akaun anda, yang dipegang oleh anda atau yang dibuka oleh anda, dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan CIMB Clicks e-pin anda untuk pendaftaran kali pertama anda dengan CIMB Clicks. p) Ungkapan caj pengendalian dan caj tambahan bermaksud caj pengendalian dan caj tambahan yang dirujuk di dalam ini; q) Ungkapan "Kata Laluan Perbankan Internet" bermaksud kata laluan peribadi 8 aksara abjad angka yang dipilih oleh anda untuk mengakses CIMB Clicks setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank mengaitkannya dengan CRN dan ID Pengguna CIMB Clicks anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberikan anda akses kepada CIMB Clicks; r) Ungkapan MCI bermaksud MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di dalam Negeri Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America yang mana Bank adalah salah satu institusi ahlinya; s) Ungkapan peniaga termasuk semua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau perkhidmatan; t) Ungkapan PIN bermaksud nombor pengenalan peribadi Pemegang Akaun; u) Ungkapan Fi Kad Ganti bermaksud fi yang perlu dibayar oleh anda untuk menggantikan Kad selaras dengan peruntukan Klausa 13.3; v) Ungkapan "SMS" bermaksud Perkhidmatan Pesanan Ringkas; w) Ungkapan Penyata bermaksud penyata berkala yang menunjukkan antara lainnya jumlah yang dicaj, didebit daripada atau dikreditkan kepada Akaun; x) Ungkapan Kod Pemberikuasaan Transaksi (Transaction Authorization Code) (TAC) bermaksud ciri keselamatan yang telah dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua bagi transaksi perbankan dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda. TAC adalah kod 6 digit yang unik yang perlu dimasukkan bagi transaksi dalam talian khusus; dan y) Ungkapan hari bekerja bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bankbank yang berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur. 2. Pembukaan Akaun 2.1. Permohonan untuk membuka Akaun hendaklah dibuat dalam talian melalui CIMB Clicks atau saluran lain yang ditetapkan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Penerimaan dan penerusan Akaun adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. Bank merizab hak untuk menolak permohonan anda menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank atau jika rekod Bank menunjukkan bahawa anda telah disenaraihitamkan oleh Bank, Bank Negara Malaysia atau MCI atau jika manamana akaun anda dipantau oleh Bank disebabkan aktiviti luar biasa, tidak teratur, mencurigakan, memfraud dan/atau tidak dibenarkan atau disyaki disalahgunakan, atau telah disekat, dibatalkan atau ditamatkan oleh Bank dengan syarat sentiasa bahawa Bank tidak mempunyai obligasi untuk memberikan kepada anda sebab atau bukti atau alasan untuk menolak permohonan anda. Meskipun permohonan terbuka kepada semua pelanggan individu, Bank merizab hak untuk menolak sebarang 2

permohonan dan/atau untuk enggan membuka Akaun menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa memberikan sebarang sebab pun jua, dan keputusan Bank adalah muktamad dan konklusif. 2.2. Anda hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun. Semasa memohon Akaun, menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, anda membuat representasi dan menjamin bahawa (i) semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada Bank adalah benar, tepat dan lengkap (ii) anda tidak mempunyai sebarang Akaun Kwik CIMB Bank yang lain dengan Bank (iii) anda berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun dan (iv) anda mempunyai nombor mudah alih yang berdaftar dan alamat pos di Malaysia. Anda bersetuju bahawa berdasarkan pendedahan tersebut, anda bertanggungjawab atas salah nyata atau maklumat palsu, tidak benar atau tidak tepat yang didedahkan oleh anda bagi pembukaan Akaun dan penggunaan dan/atau operasi Akaun secara berterusan, dan anda bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Bank berbangkit daripada sebarang kemungkiran atau keingkaran anda di dalam ini. 2.3. Anda mengakui bahawa Akaun akan dikawal oleh dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di dalam Perjanjian ini, Terma-terma Akses Bank yang mengawal penggunaan CIMB Clicks dan Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks ( terma-terma dan syarat-syarat ) seperti yang dipinda, diubah dan/atau disemak dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan notis yang mencukupi. Sekiranya wujud sebarang konflik atau percanggahan antara sebarang terma-terma dan syarat-syarat, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi yang lain dan dianggap mengikat terhadap anda. 2.4. Akaun boleh dibuka dengan atau tanpa permohonan oleh anda bagi pengeluaran Kad. Jika anda memohon Akaun dengan Kad, anda dikehendaki terlebih dahulu membayar Fi Kad agar permohonan ini dapat diproses. Bank tidak akan memproses sebarang permohonan bagi pembukaan Akaun dengan pengeluaran Kad jika Fi Kad tidak dibayar atau diterima oleh Bank. Pembayaran Fi Kad boleh dilakukan dalam talian di CIMB Clicks melalui (i) Financial Process Exchange (FPX) atau (ii) kad kredit; atau di mana-mana saluran lain yang ditetapkan yang boleh dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa. 2.5. Dengan membuka Akaun, anda dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:- i. Bila dan apabila dikehendaki, anda hendaklah memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang diperlukan oleh Bank bagi tujuan obligasi pelaporan kawal selia atau bagi apa jua tujuan yang dianggap munasabah atau perlu oleh Bank. i iv. Anda dengan ini memberikan pemberikuasaan dan kebenaran nyata anda kepada Bank untuk mendedahkan maklumat relevan kepada mana-mana pihak ketiga semata-mata bagi tujuan menentukan kelayakan anda untuk turut serta dan/atau untuk mendapatkan sebarang manfaat yang akan diberikan kepada anda di dalam ini atau di bawah sebarang promosi atau kempen yang mungkin dianjurkan oleh Bank atau oleh Bank bersama-sama dengan pihak ketiga lain dari semasa ke semasa. Promosi atau kempen tersebut boleh dimaklumkan kepada anda melalui CIMB Clicks dan/atau saluran lain yang ditetapkan yang boleh dipilih oleh Bank dari semasa ke semasa. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, sekiranya anda tidak mahu menyertai promosi atau kempen tersebut dan tidak lagi membenarkan pendedahan yang disebut sebelum ini, anda boleh menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada anda): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel: 1300-880- 900. Anda mengiktiraf dan memahami bahawa Akaun bukan akaun yang diberikan faedah dan tidak akan mendapat sebarang faedah pun jua. Anda mengiktiraf dan memahami bahawa anda tidak boleh menambah atau mengkreditkan dana ke dalam Akaun melebihi Jumlah Maksimum yang dirujuk dalam Klausa 24.2. v. Anda telah dimaklumkan bahawa Akaun layak menerima perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan telah memuat turun sesalinan brosur PIDM yang boleh didapati melalui CIMB Clicks. 3. Penyerahan Kad 3

Jika anda telah memohon pengeluaran Card, Kad yang akan dikeluarkan di bawah Akaun akan diserahkan ke alamat pos yang diberikan oleh anda dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas Akaun berjaya dibuka. Sila pastikan bahawa anda telah menyatakan alamat pos yang tepat dalam butir-butir permohonan anda untuk mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang terkandung dalam permohonan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang alamat pos yang salah yang dimasukkan oleh anda dalam permohonan anda yang menyebabkan Kad dihantar ke alamat pos yang salah. Bank selanjutnya tidak akan bertanggungjawab jika Bank telah menghantar Kad ke alamat pos yang dinyatakan dalam permohonan anda dan dalam rekod Bank tetapi atas apa jua sebab yang tidak diketahui atau bukan berpunca daripada Bank, anda tidak menerima Kad anda. 4. Pengaktifan Kad Apabila anda menerima Kad, anda hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan Kad sebelum anda boleh menggunakannya di mana-mana terminal Point Of Sale peniaga yang menerima MasterCard atau untuk sebarang pengeluaran wang. Anda akan menerima PIN yang dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh anda semasa proses pembukaan akaun. Untuk mengaktifkan Kad, anda dikehendaki menelefon Pusat Panggilan CIMB Bank atau SMS kepada nombor yang diberikan dalam kiriman kad yang melampirkan Kad anda. 5. Akaun dan kemudahan yang tersedia 5.1. Akaun dibuka untuk digunakan berhubung dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan berikut dan kemudahan ini boleh ditukar, digantikan atau ditambah atau ditarik balik oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan anda dengan sewajarnya:- i. pembayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran boleh didebit kepada Akaun; dan/atau i iv. Pemindahan Dana termasuk OctoSend yang dirujuk di bawah iaitu pemindahan dana daripada Akaun kepada Akaun Lain Pemegang Akaun atau akaun pihak ketiga yang dipegang dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau mana-mana pemindahan dana lain daripada Akaun yang mungkin dibenarkan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa ; dan/atau perkhidmatan pembayaran automatik ( Perkhidmatan Autopay ) di mana semua jumlah yang kena dan perlu dibayar terhadap bil rasmi berkala Pemegang Akaun daripada peniaga yang dinyatakan dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay dibayar oleh Bank dan didebit daripada Akaun Pemegang Akaun seperti yang diarahkan oleh Pemegang Akaun dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay; dan/atau pengeluaran tunai daripada ATM Bank dan/atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan nama dan/atau logo MasterCard melalui penggunaan Kad; dan/atau v. Kiriman (Pemindahan Bertelegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing dan Cek Jurubank); dan/atau vi. v vi Pembayaran Bil; dan/atau Tambah Nilai Prabayar; dan/atau kemudahan lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis terdahulu daripada Bank. 5.2. OctoSend Kemudahan yang disebut sebelum ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank yang mengawal kemudahan dan/atau perkhidmatan tersebut. 5.2.1. Tertakluk kepada Klausa 5.2.2, anda boleh meminta pemindahan wang daripada Akaun kepada individu pihak ketiga lain dengan memasukkan semua maklumat relevan yang dikehendaki bersama-sama dengan nombor mudah alih atau alamat e-mel penerima pihak ketiga dalam ruang 4

atau bahagian yang relevan dalam CIMB Clicks. Selepas itu anda akan menerima kod tuntutan melalui SMS. Anda hendaklah memaklumkan kod tuntutan ini kepada bakal penerima pihak ketiga anda yang hendaklah menggunakan kod tuntutan dan nombor mudah alih atau alamat e- mel yang sama yang dimasukkan oleh anda untuk menerima dana atau wang. 5.2.2. Untuk menerima dana atau wang, bakal penerima pihak ketiga anda hendaklah sama ada mempunyai akaun sedia ada yang dipegang dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau dikehendaki membuka Akaun KWIK CIMB Bank yang baru. Kod tuntutan hanya sah selama 7 hari. Kegagalan penerima pihak ketiga untuk menuntut dana atau wang yang dirancang untuk dipindahkan oleh Pemegang Akaun kepada penerima pihak ketiga dalam tempoh kesahan kod tuntutan akan menyebabkan dana yang tidak dituntut dikembalikan kepada Akaun Pemegang Akaun. 5.3. Perkhidmatan Autopay 5.3.1. Setelah Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay semua jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada perniaga akan dengan serta-merta dibayar oleh Bank apabila Bank menerima bil peniaga atau permintaan lain untuk pembayaran. Arahan Pemegang Akaun sebelum itu, jika ada, kepada:- i. bank dan/atau institusi kewangan lain untuk membayar peniaga; dan/atau peniaga untuk mengenakan jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada akaun Pemegang Akaun yang dipegang dengan bank dan/atau institusi kewangan lain, akan, setelah Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun bagi Perkhidmatan Autopay, dianggap dibatalkan dan Pemegang Akaun hendaklah dengan serta-merta memaklumkan peniaga dan/atau bank atau institusi kewangan lain tersebut tentang perubahan pada arahan pembayaran Pemegang Akaun. 5.3.2. Semasa menyediakan Perkhidmatan Autopay, Bank tidak bertanggungjawab untuk:- i. membuat pembayaran apa-apa caj kepada peniaga tepat pada masanya dan dalam hal ini, Pemegang Akaun tidak akan mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kesilapan, kecuaian, keengganan atau ketinggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar semua atau mana-mana caj kepada peniaga; i iv. membuat pembayaran apa-apa caj yang dibuat dengan niat baik kepada peniaga; membayar semua atau apa-apa caj kepada peniaga jika tiada dana atau tiada dana yang mencukupi dalam Akaun Pemegang Akaun atau jika penggunaan Kad oleh Pemegang Akaun ditamatkan atau digantung atas sebarang sebab pun jua atau jika Kad tidak dibaharui atau digantikan, mengikut keadaan, atau jika Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan bahawa keadaan menjustifikasi pembayaran tidak dibuat atas apa jua sebab; dan/atau membayar sebarang caj kepada peniaga jika Pemegang Akaun pada bila-bila masa mengarahkan Bank untuk menghentikan sebarang pembayaran atau membatalkan atau menamatkan Perkhidmatan Autopay. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terus terutamanya bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan Bank tidak akan pada bila-bila masa mempunyai obligasi untuk memaklumkan Pemegang Akaun tentang pembayaran yang tidak dibuat oleh Bank bagi semua atau mana-mana caj yang disebut sebelum ini. Sekiranya Bank tidak membayar sebarang caj yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga, Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan pembayaran belum dijelaskan tersebut dengan peniaga secara terus. Sekiranya nombor Akaun Pemegang Akaun berubah, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga tentang perubahan pada nombor Akaun Pemegang Akaun. Walau bagaimanapun Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi) menurut budi bicara mutlaknya menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang dibil kepada 5

nombor Akaun Pemegang Akaun sebelum itu dan membuat pembayaran terhadapnya, tertakluk kepada kredit yang tersedia dalam nombor Akaun sebelumnya. 5.3.3. Jika dana dalam Akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk membayar caj semua peniaga, Bank boleh:- i. memilih untuk tidak membayar sebarang caj kepada semua atau mana-mana peniaga dan dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus dengan peniaga; atau menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan turutan keutamaan pembayaran caj mana-mana peniaga yang dianggap wajar oleh Bank dan dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus dengan peniaga relevan yang mana caj mereka masih terhutang oleh Pemegang Akaun. 5.3.4. Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos, kerosakan, perbelanjaan atau tuntutan (termasuk perbelanjaan guaman atas dasar peguamcara dan anakguam dan tanggung rugi penuh) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank akibat penyediaan Perkhidmatan Autopay kepada Pemegang Akaun. 5.3.5. Obligasi Bank untuk membuat pembayaran kepada peniaga seperti yang diarahkan oleh Pemegang Akaun akan dengan serta-merta terhenti apabila:- i. Perkhidmatan Autopay ditamatkan sama ada oleh Bank atau Pemegang Akaun dengan memberikan pihak satu lagi notis bertulis tidak kurang daripada satu (1) bulan dan dengan itu apabila luput tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan, Perkhidmatan Autopay akan ditamatkan; atau penamatan Perjanjian ini dan/atau Akaun. Meskipun perkara di atas, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga relevan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan meminta peniaga tersebut menghentikan pengebilan kepada Bank. Sehingga peniaga tersebut memaklumkan Bank bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan, Bank berhak (tetapi tidak mempunyai obligasi) untuk membuat pembayaran kepada peniaga tersebut meskipun Perjanjian ini ditamatkan, Akaun ditamatkan atau dibatalkan dan/atau Pemegang Akaun telah memaklumkan Bank secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan Pemegang Akauna akan terus bertanggungjawab bagi pembayaran yang dibuat oleh Bank kepada peniaga. 5.3.6. Meskipun apa jua yang terkandung di dalam ini, Bank merizab hak untuk memberhentikan, menggantung atau menamatkan Perkhidmatan Autopay pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun dan tidak membuat pembayaran caj kepada peniaga. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terutamanya bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan sekiranya Bank melaksanakan hak sedemikian, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti kepada Pemegang Akaun yang hendaklah menyelesaikan semua pembayaran yang belum dijelaskan secara terus dengan peniaga. 6. Perkhidmatan MasterCard SecureCode untuk Transaksi Internet Sekiranya Pemegang Akaun ingin menggunakan Akaun untuk pembayaran berkaitan dengan Transaksi Internet, Pemegang Akaun hendaklah terlebih dahulu mendaftar diri untuk perkhidmatan MasterCard SecureCode ("Perkhidmatan") di laman web kami www.cimbsecuree-pay.com.my (atau sebarang laman web lain yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada anda dari semasa ke semasa). Dengan mendaftar diri untuk Perkhidmatan, Pemegang Akaun akan dianggap bersetuju terikat oleh terma dan syarat yang mengawal Perkhidmatan yang dibentangkan dalam laman web tersebut (yang mana terma-terma dan syarat-syaratnya boleh diubah dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun). 6

7. Tandatangan atas Kad i. Jika anda memohon pengeluaran Kad, setelah menerima Kad anda hendaklah DENGAN SERTA- MERTA menurunkan tandatangan di atas Kad. Tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana deraf penjualan, rekod transaksi, baucer kredit, dan/atau rekod caj lain dan/atau penggunaan Kad dan/atau pengakuterimaan slip resit (Dokumen) merupakan bukti mengikat dan konklusif tentang (i) kemasukan anda ke dalam Perjanjian ini dengan Bank dan (ii) persetujuan anda untuk mematuhi semua terma dan syarat Perjanjian ini dan untuk terikat olehnya berhubung dengan penggunaan Kad dengan syarat sentiasa bahawa penggunaan Kad akan dianggap bukti yang cukup dan konklusif tentang transaksi yang dilaksanakan di bawah Akaun tidak kira sama ada anda telah menurunkan tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana Dokumen. i Kad tidak boleh dipindahkan dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad tidak boleh disandarkan atau digadai atau digunakan dalam apa cara jua oleh anda sebagai cagaran untuk sebarang tujuan pun jua. Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank dan memulangkan kepada Bank, Kad yang telah dipotong separuh merentas strip magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai mikrocip yang terbenam di dalamnya). Anda adalah dan akan terus bertanggungjawab atas semua transaksi yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sebelum Bank menerima notis penamatan bertulis tersebut bersama-sama dengan Kad yang telah dipotong dua. 8. Mendapatkan Nombor Card Verification Value (CVV) Pemegang Akaun yang tidak memohon pengeluaran Kad atau sementara menunggu pengaktifan Kad boleh mendapatkan Nombor CVV dan tarikh luput Nombor CVV mereka bagi Akaun dalam talian melalui CIMB Clicks. Nombor CVV diperlukan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dalam talian. Pemegang Akaun perlu menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan nombor tersebut di mana kod pemberikuasaan transaksi (TAC) enam (6) digit akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank. Apabila Pemegang Akaun menghantar TAC dengan tepat melalui CIMB Clicks, nombor CVV Akaun dan tarikh luput akan dipaparkan dalam talian melalui CIMB Clicks. 9. Pra-Pemberikuasaan Jika Kad digunakan untuk membuat bayaran bagi transaksi petrol, Bank berhak menahan dan/atau menggantung pembayaran jumlah sebanyak hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) daripada Akaun anda untuk tempoh selama dua (2) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut. Jika Kad digunakan untuk membayar penginapan di hotel, Bank juga berhak menahan jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang dipegang oleh hotel relevan semasa daftar masuk kepada hotel relevan bagi tempoh maksimum selama lapan (8) hari. 10. Kepatuhan dengan undang-undang dan penggunaan bersyarat dan ketersediaan Akaun/ Kad 10.1 Penggunaan Akaun dan/atau Kad juga tertakluk kepada syarat dan peraturan semasa Bank dan semua terma, syarat dan peraturan lain yang mengawal Akaun Lain Pemegang Akaun termasuk sebarang peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan penggunaan Akaun dan/atau Kad dan tanpa prejudis terhadap sifat am peruntukan sebelum ini, Pemegang Akaun hendaklah memastikan Pemegang Akaun mematuhi semua peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia dan bahawa Pemegang Akaun tidak menggunakan Kad untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti, tetapi tidak terhad kepada, pertaruhan haram dalam talian (seperti yang frasa ini biasanya dikenali). 10.2 Tanpa prejudis terhadap sifat am pekara yang disebut sebelum ini, penggunaan Akaun dan/atau Kad dan ketersediaannya bergantung kepada:- i. tiada sebarang pelanggaran undang-undang berhubung dengannya; dan Pemegang Akaun membuat representasi dan berakujanji (dan terus membuat representasi dan berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau 7

menyediakan atau terus menyediakan Akaun kepada Pemegang Akaun tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang atau keperluan kawal selia yang berkuat kuasa atau sebarang peruntukan atau sekatan lain yang mungkin dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank termasuk Persatuan Bank-bank dalam Malaysia ( Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai ). 10.3. Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai yang dikenakan terhadap Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada:- i. semua peruntukan yang berkuat kuasa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 ( FSA ) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 ( AMLA ); i semua garis panduan dan arahan Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa yang dikeluarkan terhadap FSA dan AMLA; dan semua garis panduan, had peminjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa termasuk yang berkait dengan atau terpakai kepada pemberian dan/atau penggunaan Akaun dan/atau Kad kepada dan/atau oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Bank. 10.4. Pemegang Akaun hendaklah dengan serta memaklumkan Bank secara bertulis jika:- i. Pemegang Akaun adalah atau menjadi melanggar sebarang Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai; atau mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak lagi dipenuhi atau didapati telah dilanggar atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Akaun. Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan mana-mana perkara yang disebut sebelum ini atau sebarang terma dan syarat yang terkandung di dalam ini jika dikehendaki oleh dan menurut terma yang ditetapkan oleh Bank, Pemegang Akaun akan dianggap membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya akan terus benar dan tepat dari semua segi selagi Akaun dan/atau Kad masih disediakan atau sebarang jumlah yang kena dibayar di bawahnya masih perlu dibayar. 11. Arahan Telekomunikasi 11.1. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi) menurut budi bicara tunggalnya menerima arahan daripada Pemegang Akaun melalui telefon berkaitan dengan Akaun dan/atau Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada permintaan untuk melakukan perkara berikut:- i. perubahan alamat pos; atau pelaporan kad hilang; atau i penggantian kad yang hilang atau rosak; atau iv. transaksi lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. 11.2. Sebelum menerima arahan melalui telefon, identiti Pemegang Akaun akan terlebih dahulu ditentusahkan oleh wakil Bank melalui proses keselamatan yang diwujudkan oleh Bank yang mungkin termasuk butir-butir peribadi Pemegang Akaun. 11.3. Meskipun Klausa 11.1 dan 11.2 di atas, Bank boleh meminta pengesahan bertulis daripada Pemegang Akaun tentang arahan Pemegang Akaun sebelum melaksanakannya. 11.4. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua diakibatkan atau dialami oleh Pemegang Akaun kerana mematuhi atau tidak mematuhi sebarang atau semua arahan yang dibentangkan dalam Klausa 11.1. 8

11.5. Pemegang Akaun mengakui dan bersetuju bahawa:- i. Bank boleh merakamkan semua perbualan telefon antara Pemegang Akaun dan wakil Bank; dan disebabkan sifat perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang tidak dibenarkan terdengar perbualan sedemikian. 11.6. Pemegang Akaun selanjutnya memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak terhadap arahannya yang diberikan melalui faks atau kaedah telekomunikasi lain dan sebarang permintaan yang dibuat oleh Pemegang Akaun kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan bagi pembekalan barangan dan/atau perkhidmatan yang akan dicaj kepada Akaun atau Kad membentuk kuasa untuk Bank mendebit Akaun relevan dengan jumlah yang dicaj. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal bersetuju menanggung rugi Bank atas semua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang dialami oleh Bank kerana bersetuju bertindak terhadap arahan Pemegang Akaun secara lisan, melalui faks atau melalui kaedah telekomunikasi. 11.7. Bank dengan tak boleh batal diberi kuasa (tetapi tidak mempunyai obligasi) untuk menghubungi dan/atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui mel elektronik, atau melalui telefon atau melalui SMS di mana teks atau mesej atau maklumat elektronik lain tersebut dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank atau sebarang alamat e-mel atau nombor lain yang dianggap sesuai oleh Bank. Maklumat yang dihantar melalui mel elektronik atau melalui SMS boleh terdiri daripada maklumat yang dianggap wajar oleh Bank dan mungkin merangkum (tetapi tidak terhad kepada) peringatan yang dihantar terhadap tarikh pembayaran kena dibayar, pengemaskinian tentang manfaat, program dan promosi dan maklumat kepentingan am lain dan/atau maklumat yang khusus kepada Pemegang Akaun. 11.8. Pemegang Akaun bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan simpanan selamat maklumat yang diterima olehnya. 11.9. Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan perniagaan atau keuntungan, atau kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebarang:- i. kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat tidak kira sebabnya; sebarang maklumat yang dihantar tidak tepat, tidak lengkap, terlewat atau tidak dihantar atau penghantaran maklumat yang salah kepada mana-mana pihak ketiga; i akses, penggunaan atau pentafsiran yang salah, tidak dibenarkan atau tidak wajar terhadap maklumat yang dihantar; dan iv. tuntutan bagi libel atau slander berbangkit daripada penghantaran sebarang maklumat. 12. Penamatan dan/atau Penggantungan Akaun/ Kad 12.1. Kad adalah dan akan, pada semua masa, menjadi harta Bank dan hendaklah diserahkan kepada Bank dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau agennya yang diberi kuasa dengan wajar. Bank boleh menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan, menurut budi bicara mutlaknya, Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya sebagaimana dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya dan tidak kira sama ada sebarang peristiwa keingkaran telah berlaku atau tidak dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. Dengan ini selanjutnya dipersetujui bahawa Bank tidak mempunyai sebarang obligasi pun jua untuk mendedahkan sebab di sebalik penamatan atau penggantungan penggunaan Kad dan/atau Akaun. 12.2. Di samping hak Bank yang terkandung dalam Klausa 12.1 di atas dan Klausa 36, Bank boleh menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya dengan serta-merta, tanpa memberikan sebarang sebab, meskipun Bank mungkin pernah menepikan haknya sebelum itu, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada 9

satu peristiwa berikut:- i. jika Pemegang Akaun melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau kemungkiran sebarang perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang terkandung di dalam ini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Akaun; i iv. jika Bank dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melalukan tindakan kebankrapan dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen kebankrapan telah dikemukakan atau perintah dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan terhadap Pemegang Akaun; jika Pemegang Akaun memberikan maklumat atau data yang palsu atau tidak tepat kepada Bank; jika Pemegang Akaun menjadi kurang siuman atau meninggal dunia; v. jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Akaun berada selama lebih daripada tiga (3) bulan; vi. v vi ix. jika Bank berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa dijalankan terhadap Kad dan/atau Akaun dan penggantungan dan/atau penamatan dikehendaki secara munasabah untuk menghalang transaksi yang memfraud atau tidak dibenarkan; jika Pemegang Akaun didapati melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang terpakai berhubung dengan penggunaan Kad dan/atau Akaun oleh Pemegang Akaun; atau Jika Bank mengesyaki bahawa Akaun digunakan untuk sebarang tujuan pun jua yang menyalahi undang-undang; atau jika Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau manamana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain ( pihak berkuasa relevan ) untuk menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah Akaun seperti yang disebut di atas tidak kira sama ada pihak berkuasa relevan tersebut mempunyai kuasa undang-undang atau kuasa sah untuk meminta Bank berbuat demikian. 12.3 Semasa menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini termasuk sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Bank seperti memulangkan sebarang suratcara yang dideposit untuk pungutan seperti yang diperuntukkan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan atau atas kemungkiran kontrak dan atau atas sebarang kerugian kerosakan perbelanjaan kos atau caj pun jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau oleh mana-mana orang lain atas apa-apa sebab pun jua. 12.4 Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa sekiranya Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini ( Tindakan ) atau sekiranya Bank sebelum atau selepas Tindakan memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider terhadap mana-mana pihak termasuk Pemegang Akaun untuk sebarang relief atau deklarasi yang sesuai yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti kerugian kerosakan tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diaward oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank hendaklah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Pemegang Akaun. 12.5 Semasa bertindak selaras dengan sebarang terma, syarat dan peruntukan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan atau kos pun jua yang mungkin dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa Bank tidak ditetapkan dengan makluman tentang peristiwa relevan yang disebut dalam Klausa 12.2(ii) 10

dan Klausa 12.2(ix) disebabkan makluman tidak teratur, tidak sah, silap, salah, batal, tidak berkesan atau disebabkan sebarang alasan lain pun jua. 12.6 Tidak kira tarikh transaksi, Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab atas penggunaan Kad dan/atau Akaun meskipun Kad telah dipulangkan. 12.7 Sekiranya Akaun dan/atau Kad ditamatkan sama ada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, Bank tidak akan memulangkan sebarang fi atau mana-mana bahagian daripadanya kepada Pemegang Akaun. 13. Tanggungjawab dan Liabiliti Pemegang Akaun 13.1. Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab atas kos yang ditanggung untuk semua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana peniaga yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad sama ada penggunaan tersebut dibenarkan oleh anda atau tidak. Anda mempunyai kewajipan untuk dengan sedaya upaya melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan langkah mencegah untuk menghalang kehilangan, kecurian atau kegunaan Akaun dan/atau Kad dengan memfraud dan anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) berbangkit daripada kemungkiran kewajipan sedemikian oleh anda. 13.2. Anda hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Bank dan kepada polis sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad disusuli oleh pengesahan bertulis kepada Bank bersama-sama dengan sesalinan laporan polis dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian. Anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab kepada Bank bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga yang dilakukan melalui penggunaan Kad oleh mana-mana orang sebelum Bank menerima makluman bertulis atau lisan oleh anda tentang kehilangan dan/atau kecurian Kad. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Bank walau bagaimanapun akan membataskan liabiliti anda kepada RM250.00 untuk Kad bagi transaksi yang tidak dibenarkan akibat kehilangan atau kecurian Kad dengan syarat anda tidak:- i. bertindak dengan memfraud; atau gagal memaklumkan Bank secepat yang mungkin dengan munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang atau dicuri. Jika Bank boleh membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa anda telah bertindak secara memfraud atau gagal memaklumkan Bank secepat yang mungkin dengan munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang atau dicuri, liabiliti anda bagi transaksi yang tidak dibenarkan tersebut adalah tidak terhad. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berhubung dengan sebarang perkara berbangkit daripada klausa ini, anda boleh merujuk pertikaian kepada Biro Pengantaraan Kewangan untuk penyelesaian pertikaian tersebut. Apabila Kad yang hilang atau dicuri didapatkan balik, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang telah didapatkan balik tersebut dan hendaklah dengan serta-merta memulangkannya, dipotong dua merentas jalur magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai mikrocip dibenamkan di dalamnya), kepada Bank. 13.3. Bank tidak mempunyai obligasi untuk mengeluarkan Kad ganti kepada anda selepas Kad hilang atau dicuri. Jika Bank membuat keputusan untuk mengeluarkan Kad ganti, Kad ganti tersebut adalah tertakluk kepada Bayaran Kad Ganti berikut:- i. RM10.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali pertama; RM50.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali kedua. Bank merizab hak untuk tidak menggantikan Kad untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali ketiga. 13.4. Jika Kad ganti dikeluarkan, semua jumlah kredit dalam Akaun akan dipindahkan kepada Akaun baru dengan nombor yang sama seperti Kad ganti. 11

14. Penggantungan Akaun 14.1. Pemegang Akaun boleh meminta Bank menggantung operasi atau penggunaan Akaun pada bila-bila masa dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Clicks Bank dan selepas itu menamatkan penggantungan tersebut dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Clicks Bank. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menggantung Akaun dan Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab atas semua transaksi yang dilaksanakan melalui Akaun. 15. Pembaharuan Kad (terpakai kepada Akaun dengan Kad) 15.1. Apabila luput tempoh kesahan Kad, Bank boleh mengeluarkan Kad ganti yang baru kepada anda dengan syarat Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya enggan mengeluarkan Kad ganti yang baru tanpa memberikan sebarang sebab pun jua. 16. Had Pembelian dan Transaksi 16.1. Had bagi pembelian dan transaksi terhadap Akaun dan/atau Kad adalah jumlah yang tersedia dalam Akaun atau sebarang had lain yang boleh dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa menurut budi bicara tunggalnya dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. 16.2. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun akan terus dan hendaklah bertanggungjawab atas semua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pembelian dan transaksi melebihi jumlah kredit dalam Akaun. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak mempunyai kewajipan dalam apa cara jua untuk memastikan bahawa jumlah kredit dalam Akaun tidak dilampaui oleh Pemegang Akaun. 16.3. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi yang dijalankan terhadap Kad sebagai langkah menghalang sebarang kemungkinan bahawa Akaun digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan. Sekiranya Bank tidak dapat menghubungi anda, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi untuk) menolak transaksi tanpa liabiliti kepada Bank. Sekiranya Bank membenarkan transaksi dilaksanakan, anda akan terus bertanggungjawab atas caj yang dikenakan dan/atau wang yang dikeluarkan. 17. Fi dan Caj 17.1. Pemegang Akaun bersetuju membayar fi dan caj berikut: i. fi tahunan untuk Akaun jika dan apabila dikenakan oleh Bank setelah Bank memberikan notis terdahulu selama 21 hari kalendar kepada Pemegang Akaun; i iv. sebarang cukai perkhidmatan atau impos lain yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa relevan dari semasa ke semasa; caj pengendalian bagi pengeluaran Kad ganti (terpakai bagi Akaun dengan Kad); caj bagi penyediaan salinan draf jualan dan sebarang dokumen sokongan lanjut lain atau perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Bank; v. fi dan caj bagi sebarang atau semua transaksi Akaun yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun/Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi melalui ATM dan/atau pengeluaran tunai); dan vi. sebarang fi dan caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun sebelum tarikh berkuatkuasanya pelaksanaan. Jumlah fi dan caj yang perlu dibayar adalah sebarang jumlah yang boleh ditentukan oleh Bank dan penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-apa sebab pun jua. Fi sedemikian boleh didebit kepada Akaun. 12

Bagi butir-butir penuh fi dan caj yang terpakai berhubung dengan Kad dan/atau penggunaan Akaun, sila rujuk kepada jadual struktur fi di CIMB Clicks. 18. Rekod Transaksi dan mata wang pengebilan 18.1. Bank berhak memperlakukan:- i. sebarang draf jualan, rekod transaksi yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau sebaliknya, baucer kredit dan/atau rekod caj lain yang mempunyai teraan atau cara lain untuk menghasilkan semula maklumat yang dicetak timbul yang terkandung terhadap Akaun dan/atau Kad; dan/atau rekod Bank tentang sebarang transaksi lain yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilaksanakan melalui pesanan pos atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang media atau peranti mekanikal, elektrikal atau elektronik sebagai bukti transaksi yang dilaksanakan dengan wajar oleh Pemegang Akaun yang akan didebit kepada Akaun meskipun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi tandatangan Pemegang Akaun atau tandatangan Pemegang Akaun tersebut (jika kelihatan) berbeza daripada tandatangan Pemegang Akaun. Pemegang Akaun bersetuju bahawa rekod Bank tentang sebarang transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad adalah konklusif dan mengikat terhadap Pemegang Akaun bagi semua tujuan. Meskipun perkara di atas, jika Bank menerima bukti berdokumen yang memuaskan dan tidak dapat disangkal bahawa sebarang transaksi yang dilaksanakan terhadap Akaun adalah disebabkan oleh fraud yang bukan disebabkan atau disumbang oleh tindakan dan/atau ketinggalan oleh Pemegang Akaun dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Akaun telah benar-benar mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya memilih untuk tidak mendebit caj yang ditanggung berbangkit daripada transaksi memfraud daripada Akaun. 18.2. Semua hutang jika ditanggung dalam mata wang selain daripada mata wang pengebilan hendaklah:- i. sebelum didebit kepada Akaun, ditukar kepada mata wang pengebilan pada sebarang kadar pertukaran yang boleh ditentukan secara konklusif oleh MCI pada tarikh kemasukan ke dalam Akaun; dan tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditransaksi atau sebarang kadar lain yang boleh ditentukan secara konklusif oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda dan caj tersebut boleh didebit kepada Akaun. 19. Transaksi ATM 19.1. Atas permintaan anda, Bank akan memberikan PIN untuk Kad yang dikeluarkan kepada anda untuk membolehkan anda melakukan pengeluaran tunai melalui ATM di mana-mana cawangan Bank atau di ATM mana-mana bank atau institusi lain yang mempunyai perkiraan dengan Bank bagi penggunaan ATM bank atau institusi tersebut, tertakluk kepada had pengeluaran harian yang terpakai bagi ATM tersebut. Anda tidak boleh mendedahkan PIN ini kepada mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan. 19.2. Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, kesulitan atau perasaan malu yang walau bagaimanapun jua disebabkan atau ditanggung atau dialami oleh anda termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan di mana transaksi tidak dapat dilaksanakan atau dilaksanakan dengan salah sama ada disebabkan oleh kecacatan, kerosakan, penghentian atau penutupan, gangguan atau kehilangan bekalan kuasa kepada ATM ("Kecacatan Teknikal") atau sebaliknya atau jika Kad tidak diterima untuk penggunaan atau jika Kad ditahan oleh ATM disebabkan Kecacatan Teknikal atau atas sebarang alasan atau sebab lain pun jua yang akan 13

ditentukan semata-mata oleh Bank. 19.3. Waktu operasi, jenis operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia kepada anda serta kekerapan dan cara penggunaan Kad untuk melaksanakan transaksi melalui ATM akan ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. 20. Pengeluaran Tunai 20.1. Anda boleh mendapatkan pengeluaran tunai melalui cara berikut:- i. menggunakan Kad di mana-mana ATM selaras dengan Klausa 19.1; atau bagi semua transaksi luar negara melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MCI dan dengan itu kadar pertukaran (jika terpakai) yang dikenakan untuk pengeluaran tunai tersebut adalah kadar pertukaran semasa yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dari semasa ke semasa. Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa transaksi tersebut tidak melanggar undang-undang yang wujud dalam negara di mana transaksi dilaksanakan. 20.2. Pemegang Akaun boleh meminta Bank memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun. Di samping perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank (tanpa perlu mendapatkan kebenaran terdahulu Pemegang Akaun) untuk mendebit dan memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank untuk melunaskan cek, menyelesaikan sebarang transaksi debit dan/atau secara amnya untuk memasukkan dana ke dalam akaun jika akaun tidak mempunyai dana yang cukup sama ada disebabkan penamatan kemudahan overdraf atau sebaliknya. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi untuk) memindahkan dana seperti yang disebut sebelum ini. Dana yang dipindahkan selaras dengan klausa ini akan diperlakukan sebagai pengeluaran tunai oleh Pemegang Akaun. 20.3. Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab untuk semua pengeluaran tunai atau pemindahan yang dilaksanakan melalui Akaun. 21. Penyata Akaun 21.1. Penyata bulanan untuk Akaun akan disediakan kepada Pemegang Akaun dalam talian di CIMB Clicks atau sebarang kaedah lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dengan ini dipersetujui bahawa semua penyata sedemikian akan dianggap telah diterima oleh Pemegang Akaun apabila disediakan dalam talian melalui CIMB Clicks. 21.2. Bank boleh memilih mana-mana hari dalam suatu bulan sebagai tarikh penyata bulanan dan apabila menerima atau dianggap menerima penyata, Pemegang Akaun dianggap telah menyemak semua masukan dalam penyata. 21.3. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan berakujanji dengan Bank bahawa Pemegang Akaun akan memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan tidak kira jenisnya dalam penyata yang disediakan dalam talian dalam masa empat belas (14) hari kalendar dari tarikh Pemegang Akaun dianggap telah menerima penyata. Jika Pemegang Akaun tidak memaklumkan Bank secara bertulis atau gagal memaklumkan Bank tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan apa-apa masukan dalam penyata maka Pemegang Akaun dianggap telah menerima masukan yang terkandung di dalamnya yang disediakan sehingga masukan terakhir dalam penyata sebagai tepat dan sebagai bukti muktamad dan konklusif tentang fakta yang terkandung di dalamnya dan mengikat terhadap Pemegang Akaun dan Pemegang Akaun selepas itu akan dihalang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan mendakwa bahawa penyatanya tersebut mengandungi sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan. 21.4. Sekiranya Pemegang Akaun meminta penyata akaun daripada Bank (dalam salinan cetak), Bank boleh mengenakan caj sebanyak RM5.00 terhadap Pemegang Akaun bagi setiap permintaan dan jumlah tersebut boleh didebit daripada Akaun Pemegang Akaun. Bank tidak mempunyai obligasi untuk memberikan kepada Pemegang Akaun sebarang penyata, atau salinan penyata tersebut atau slip 14