KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

dokumen-dokumen yang mirip
KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Standar Kompetensi : 7. Memahami tatacara Puasa Wajib dan Puasa Sunat

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

KITAB PUASA RAMADAN PENGERTIAN DAN RUKUN PUASA

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

KANDUNGAN RISALAH. SEMBAHYANG WITR Sembahyang Sunat Witr

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH

Tercantum Tulisan Mulia, Mohon Diletakkan Di Tempat Terhormat I. FIQIH PUASA PRAKTIS

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Fatwa-Fatwa Ramadhan untuk Wanita. 1. Pertanyaan: Apakah hukumnya menunda qadha puasa hingga setelah Ramadhan tahun depan?

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Bagaimana Kita Merespon Perintah Puasa

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

LALUAN KEHIDUPAN

FIKIH PUASA. Menurut Mazhab Ahlulbait sesuai Fatwa Ayatullah Uzhma Sayyid Ali Khamenei

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PUASA. Puasa dan Kategori Hukumnya

( ٢ W ) א Serial Bimbingan & Penyuluhan [No:2] Sambutlah bulan yang mulia ini dengan taubat nashuha kepada Allah ta'ala, bergegaslah menuju keta'atan,

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

PENGERTIAN TENTANG PUASA

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

*Boleh bagi seseorang yang puasa menggunakan alat pernapasan untuk membantu kesulitannya bernapas.

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Malam Nisfu Syaaban.

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

MEMBATALKAN PUASA. HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA Yang membatalkan puasa ada enam perkara : 1. Makan dan minum Firman Allah SWT :

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN PUASA (Panduan mencapai kesempurnaan puasa mengikut al-quran dan as-sunnah)

استقبال شهر رمضان MENYAMBUT DATANGNYA BULAN RAMADHAN. Oleh: Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-utsaimin Rahimahullahu Ta ala. Diterjemahkan Oleh:

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK


Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

PANDUAN LENGKAP SOLAT

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Bab 1 Hakikat Puasa. Kewajiban Puasa Ramadhan Kewajiban puasa Ramadhan disebutkan oleh Allah Swt di dalam irman-nya:

Umrah dan Haji Sebagai Penebus Dosa

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

MODUL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH TINGKATAN SATU

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berani Berdusta Atas Nama Nabi? Anda Memesan Sendiri Tempat di Neraka

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari Puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM

DI BULAN SUCI RAMADHAN

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Puasa. Fiqih Praktis BUYA YAHYA. 9 Hal Yang Membatalkan Puasa. 9 Orang Yang Boleh Tidak Berpuasa. (Pengasuh LPD Al-Bahjah)

Dusta, Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Keistimewaan Hari Jumat

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Hukum Menunaikan Haji dan Umrah Dengan Pembayaran Melalui Kartu Kredit

FIQH THAHARAH. (Bersuci) Oleh : Agus Gustiwang Saputra. Bersuci (menurut Bahasa) adalah : Bersih (Suci) dan terlepas dari kotoran

Munakahat ZULKIFLI, MA

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

Muhamad Nur Shafiq Bin Roslan

KUMPULAN FATWA. Hukum Membagi Agama Kepada Isi dan Kulit. Penyusun : Syekh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin. Terjemah : Muh. Iqbal Ahmad Gazali

Boros dalam berbelanja merupakan amalan syaitan. Antara berikut yang manakah dikatakan sebagai derhaka kepada ibu bapa?

Keutamaan Bulan Dzul Hijjah

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Rahasia Dua Kalimat Syahadat

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

BAB II KETENTUAN UMUM TENTANG PUASA DAN QADA. ), kata ini berasal dari fi il madhi yaitu ( ), dan ( ) yang dalam

Hukum Puasa 6 Hari di Bulan Syawal

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Transkripsi:

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA) DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH

KULIAH KHAS KITAB AS-SIYAM (PUASA) BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI SIRI SATU: 1. PENGERTIAN PUASA 2. DALIL PENSYARIATANNYA 3. HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADAN 4. HIKMAH PUASA 5. PENETAPAN BULAN RAMADAN 6. HUKUM BERPUASA HARI SYAK

PENGERTIAN PUASA Menurut bahasa: Puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap

PENGERTIAN PUASA Hal ini berdasarkan Firman Allah Taala tentang kisah Maryam AS: Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar untuk puasa daripada bercakap (diam membisu) kerana Allah. (Surah Maryam : 26)

PENGERTIAN PUASA Menurut syara : Puasa ialah : menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat.

SEJARAH PENSYARIATAN PUASA Puasa bulan Ramadhan telah difardukan pada bulan Sya ban, Tahun Kedua Hijrah Sebelum itu ibadah puasa telah diamalkan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam

Firman Allah Taala: Maksudnya : Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu PUASA sebagaimana yang telah diwajibkan kepada umat yang terdahulu daripada kamu, moga- moga kamu bertaqwa. (Surah Al-Baqarah : 183)

DALIL PENSYARIATAN PUASA RAMADAN Firman Allah Taala:

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara benar dan salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa. (Surah Al-Baqarah : 185)

DALIL DARIPADA HADITH Maksudnya: Islam dibina di atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Taala dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, menunaikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan ibadah haji dan berpuasa pada bulan Ramadan. Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

hukum meninggalkan puasa pada bulan ramadan 1. Sesiapa yang mengingkari kewajipannya akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. 2. Sekiranya dia enggan, hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya jika dia telah lama memeluk Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. 3. Sesiapa yang tidak berpuasa tanpa mengingkari kewajipannya, dia menjadi fasiq. 4. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya dia berpuasa sekalipun secara zahirnya sahaja.

hikmah puasa 1. Menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya adalah sentiasa berada di bawah pemerhatian Allah Taala. 2. Merupakan jalan yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepadanya. 3. Mendidik jiwa dan mengurangkan sifat keras hati yang bersarang dalam diri insan akibat kekenyangan yang berterusan. 4. Merupakan wasilah yang terbaik untuk melahirkan rasa ihsan dan prihatin sesama saudara seaqidah.

penetapan bulan ramadan Ditentukan dengan DUA CARA : Melihat anak bulan pada malam 30 Sya ban Mencukupkan bilangan bulan Sya ban 30 hari

dalilnya Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Berpuasalah kamu apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah kamu (berhari raya) apabila kamu melihatnya. Jika anak bulan terlindung daripada pandangan kamu, cukupkanlah bilangan bulan Sya ban kepada 30 hari. Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

hukum berpuasa pada hari ke-30 sya ban (hari syak) 1. Pada pandangan Mazhab Syafi e hukumnya adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya ban dan di antaranya ialah Hari Syak (30 Sya ban). 2. Hukum ini dikecualikan bagi mereka yang biasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis atau Puasa Nazar atau Puasa Qada.

dalilnya Maksudnya : Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesiapa yang berpuasa pada hari yang syak padanya, maka dia telah mengingkari Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam.

dalilnya Maksudnya : Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Apabila sudah di pertengahan Sya ban, tidak boleh berpuasa lagi sehinggalah tibanya Ramadan.

dalilnya Kata-kata Imam Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya Al-Majmu tentang hukum berpuasa pada hari syak Tidak sah berpuasa pada Hari Syak (30 Sya ban) tanpa khilaf pada pandangan ulama Mazhab Syafi e kecuali jika puasa itu adalah puasa qada atau puasa nazar atau puasa kaffarah maka ia dibenarkan dan diterima.

KULIAH KHAS KITAB AS-SIYAM (PUASA) BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI SIRI DUA: 1. Syarat Wajib Puasa 2. Syarat Sah Puasa 3. Rukun Puasa 4. Perkara Yang Membatalkan Puasa

SYARAT WAJIB PUASA RAMADAN 1. Islam 2. Mukallaf ( Aqil Berakal) (Baligh Cukup Umur) 3. Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa atau mengharuskannya berbuka

APAKAH KEUZURAN YANG MENGHALANG PUASA? 1. Haid atau Nifas pada sebahagian waktu siang 2. Pitam atau gila sepanjang hari. Jika pulih daripada siuman walaupun sekejap dia wajib imsak (menahan diri) sepanjang hari tersebut.

APAKAH KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN PUASA? 1. Penyakit yang memudaratkan pesakit 2. Perjalanan yang jauh iaitu tidak kurang daripada 83 km 3. Tidak berupaya untuk berpuasa sama ada disebabkan keadaan terlalu tua atau memiliki penyakit yang tiada harapan sembuh

SYARAT SAH PUASA RAMADAN 1. Islam Tidak sah puasa orang kafir 2. Berakal atau mumayyiz 3. Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa Tidak pitam dan gila yang berterusan sepanjang hari serta tiada kedatangan haid dan nifas

RUKUN PUASA RAMADAN Niat Menahan Diri Daripada Segala Perkara Yang Membatalkannya

RUKUN PUASA RAMADAN RUKUN PERTAMA : Niat Tempat niat adalah di dalam hati Tidak memadai dengan lisan Malah tidak disyaratkan melafazkannya Dalilnya : Maksudnya : Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat

SYARAT NIAT PUASA RAMADAN i. Berniat pada waktu malam ii. Menentukan jenis puasa iii. Niat berulang-ulang

SYARAT NIAT PUASA RAMADAN Syarat Pertama: Berniat Waktu Malam Berniat sebelum terbit fajar Jika tidak berniat puasa hingga fajar telah terbit, maka niat itu terbatal dan puasa juga turut terbatal

dalilnya Maksudnya : Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka puasanya tidak sah. Riwayat Ad-Daruqutni dan Al-Baihaqi

SYARAT NIAT PUASA RAMADAN Syarat Kedua : Menentukan Jenis Puasa Puasa yang diniat hendaklah ditentukan jenisnya Contohnya berazam dalam hati untuk menunaikan puasa Ramadan Jika seseorang berniat puasa sahaja, maka niatnya itu tidak sah

dalilnya Maksudnya : Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya seseorang itu akan dibalas berdasarkan niatnya. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

SYARAT NIAT PUASA RAMADAN Syarat Ketiga : Niat Berulang-Ulang Hendaklah berniat puasa untuk hari berikutnya pada setiap malam sebelum terbit fajar Tidak memadai niat sekali sahaja untuk sebulan Puasa Ramadan bukanlah ibadat yang tunggal tetapi ia adalah ibadat yang berulang-ulang Setiap satu ibadat (satu hari puasa) mempunyai niat yang tersendiri Puasa sunat tidak disyaratkan berniat pada waktu malam dan menentukan jenis puasanya Sah puasa (puasa sunat) apabila berniat sebelum matahari tergelincir dan dengan niat puasa sahaja

dalilnya Maksudnya : Daripada Saidatina A isyah RA berkata bahawa Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam pulang ke rumahnya lalu Baginda bertanya : Adakah ada makan tengah hari di rumah? Kata A isyah RA : Jika kami memberitahu Baginda bahawa ada makanan, baginda akan makan tetapi jika kami memberitahu Baginda bahawa tiada makanan, lantas Baginda akan menyatakan bahawa Baginda meneruskan puasanya.

SYARAT NIAT PUASA RAMADAN Rukun Kedua : Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkannya 1. Makan dan minum 2. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga melalui ruang yang terbuka 3. Muntah dengan sengaja 4. Melakukan hubungan kelamin dengan sengaja 5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja 6. Haid dan nifas 7. Gila dan murtad

KULIAH KHAS KITAB AS-SIYAM (PUASA) BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI SIRI TIGA: 1. Perkara Yang Membatalkan Puasa Ramadan dan Perinciannya

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. Makan dan minum 2. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga melalui ruang yang terbuka 3. Muntah dengan sengaja 4. Melakukan hubungan kelamin dengan sengaja 5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja 6. Haid dan nifas 7. Gila dan murtad

PERINCIAN TENTANG PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. Makan dan minum Makan dan minum membatalkan puasa sekiranya disengajakan walaupun sedikit Jika terlupa dirinya berpuasa dan dia telah makan dan minum, puasanya tidak batal walaupun dia sudah makan atau minum dalam kuantiti yang banyak sekalipun

DALILNYA Daripada Abu Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesiapa yang terlupa sedang dia berpuasa lalu dia makan dan minum, maka hendaklah dia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum. Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 2. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga melalui ruang yang terbuka Benda bermaksud sesuatu yang dapat dilihat Rongga pula bermaksud ruang dari halkum hingga usus dan tali perut Ruang yang terbuka bermaksud mulut, telinga, kemaluan dan dubur bagi lelaki dan perempuan

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA Oleh itu, pada pandangan mazhab Syafi e : 1. Titisan melalui telinga membatalkan puasa 2. Titisan melalui mata tidak membatalkan puasa 3. Suntikan melalui dubur membatalkan puasa 4. Suntikan melalui urat tidak membatalkan puasa

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA Tetapi AWAS! 1. Puasa akan terbatal jika air liur yang ditelan bercampur dengan najis. Contohnya seseorang yang mengalami gusi berdarah dan menelan air liurnya tanpa membasuh mulutnya dahulu. 2. Puasa juga akan terbatal jika air masuk ke dalam mulut atau hidung ketika berkumur-kumur secara berlebih- lebihan.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 3. Muntah dengan sengaja Muntah dengan sengaja boleh membatalkan puasa seseorang sekalipun dia pasti tiada apa-apa daripada muntahnya itu masuk semula ke dalam perutnya. Tetapi puasa seseorang itu tidak batal sekiranya dia tiada upaya menahan muntahnya sekalipun dia mengetahui ada sesuatu daripada muntahnya itu masuk semula ke dalam perutnya dengan tidak sengaja.

dalilnya Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesiapa yang tidak dapat menahan muntahnya semasa berpuasa, dia tidak wajib mengqadakan puasanya dan jika dia sengaja muntah maka hendaklah dia mengqadakannya. Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 4. Melakukan hubungan kelamin dengan sengaja Melakukan hubungan suami isteri pada siang hari boleh membatalkan puasa sekalipun tanpa keluar mani Dibenarkan untuk melakukan hubungan suami isteri pada malam bulan Ramadan

dalilnya Firman Allah : Dihalalkan bagi kamu pada malam bulan Ramadan untuk kamu bersama dengan isterimu... Surah Al-Baqarah : 187

Maksudnya : Makanlah dan minumlah sehingga jelas kepada kamu cahaya siang daripada kegelapan malam. Kemudian sempurnakanlah puasa kamu sehingga waktu malam (Maghrib) dan janganlah kamu melakukan hubungan suami isteri ketika kamu sedang beri tikaf di masjid. Surah Al-Baqarah : 187

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja Batal puasa jika mengeluarkan air mani dengan sengaja sama ada dengan cara berkucup atau dengan tangan atau seumpamanya dengannya Jika tidak sengaja seperti keluar air mani disebabkan bermimpi maka puasanya tidak batal Makruh mengucup isteri pada siang Ramadhan

dalilnya Firman Allah : Kata A isyah RA : Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam mengucupku sedangkan Baginda dalam keadaan berpuasa. Siapakah di kalangan kamu yang mampu mengawal nafsunya sebagaimana Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam? Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 6. Haid dan nifas 7. Gila dan murtad

KULIAH KHAS KITAB AS-SIYAM (PUASA) BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI SIRI EMPAT: 1. ADAB PUASA RAMADHAN 2. PERKARA MAKRUH DALAM PUASA 3. GOLONGAN YANG DIBERI RUKHSAH UNTUK BERBUKA PUASA 4. PUASA QADA RAMADHAN 5. HUKUM HAKAM SEMASA TENTANG PUASA RAMADAN

ADAB PUASA RAMADAN 1. Bersegera ketika berbuka 2. Bersahur 3. Melewatkan sahur 4. Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan serta perkataan yang memberahikan 5. Mandi janabah (mandi wajib) sebelum terbit fajar 6. Meninggalkan perbuatan berbekam 7. Meninggalkan perbuatan merasa makanan atau mengunyahnya 8. Berdoa ketika berbuka 9. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa 10. Memperbanyakkan sedeqah, membaca Al-Quran, dan beri tikaf di masjid

PERKARA-PERKARA MAKRUH DALAM PUASA RAMADAN 1. Melewatkan berbuka puasa 2. Tidak makan sahur 3. Mengawalkan makan sahur 4. Bercakap dengan kata-kata keji dan lucah 5. Mandi janabah selepas terbit fajar 6. Berbekam 7. Merasa makanan dan mengunyahnya 8. Tidak berdoa ketika berbuka puasa 9. Jarang bersedeqah 10. Tidak membaca Al-Quran dan beri tikaf

GOLONGAN YANG DIBERI RUKHSAH (KEMUDAHAN) UNTUK BERBUKA PUASA 1. Orang Musafir 2. Orang Sakit 3. Orang Tua Yang Lemah 4. Pesakit Yang Tiada Harapan Sembuh 5. Perempuan Mengandung dan Menyusu Bayi

PUASA QADA RAMADAN Bil Kategori Qada Fidyah 1. Musafir Wajib - 2. Sakit Wajib - 3. Orang Tua Tidak Wajib Wajib Bayar Sehari = secupak beras = 600 gram 4. Sakit Tiada Harapan Sembuh Tidak Wajib Wajib Bayar 5. Perempuan Mengandung Wajib Wajib bayar jika berbuka kerana bimbangkan kandungannya 6. Perempuan Menyusu Wajib Wajib bayar jika berbuka kerana bimbangkan anaknya

hukum hakam semasa tentang puasa ramadan

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM PERUBATAN 1. Penggunaan alat penyedut udara (inhealer) bagi orang yang sakit penat dan asma 2. Penggunaan jarum suntikan contohnya suntikan insulin untuk pesakit diabetes 3. Menitiskan ubat ke dalam mata 4. Derma darah dan menerima derma darah 5. Sedutan gas oksigen 6. Penggunaan teropong ke dalam perut 7. Penggunaan krim dan losyen Rujuk Buku Soal Jawab Puasa Susunan Dato Haji Ismail Kamus Muka Surat 40

SABDA RASULULLAH SOLLAHU ALAIHI WA SALLAM Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu Hadith Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari

selamat menyambut ramadan al-mubarak