KARBOHIDRAT Carbohydrate
Di akhir kuliah ini, pelajar-pelajar dapat: By the end of this lecture, students may get: 1. Menjelaskan jenis-jenis karbohidrat. 2. Menmbincangkan ciri-ciri asas bagi heksosa. 3. Memberi definisi metabolisma, katabolisma dan anabolisma. 4. Menjelaskan proses penghadaman dan penyerapan karbohidrat. 5. Menjelaskan metabolisma karbohidrat.
Karbohidrat terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O). Formula kimia bagi karbohidrat ialah: C n H 2n O n Semua karbohidrat mempunyai rantai karbonil (C=O) dan kumpulan hidroksil (-OH).
Sumber karbohidrat: Sumber utama adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Juga boleh disintesis melalui gliserol dan asid amino.
Boleh dikelaskan melalui 2 cara iaitu: 1. Jumlah karbon yang terdapat pada molekul. 2. Jumlah unit gula pada satu rantai.
3C Triosa 4C Tetrosa 5C Pentosa 6C Heksosa
2. Jumlah unit gula pada satu rantai. Monosakarida (1 unit gula) Disakarida (2 unit gula) Oligosakarida (2-10 unit gula) Polisakarida (>10 unit gula)
Bentuk gula yang paling ringkas. Bersifat penurun - menukarkan warna reagen Benedict (biru ke merah jingga). Boleh jadi terdiri daripada 3, 4, 5 dan 6 molekul karbon. Paling biasa dijumpai: Glukosa Fruktosa Galaktosa
C 6 H 12 O 6 Merupakan sumber tenaga utama tubuh. Mempunyai 6 molekul karbon kumpulan hidroksil pada setiap molekul karbon. kumpulan aldehid (H-C=O) pada C1 Di dalam air, C1 dan C5 membentuk ikatan dan terbentuk struktur siklik.
Mempunyai 2 unit monosakarida yang diikat oleh ikatan glikosida (-O-). Ikatan glikosida dibentuk melalui kehilangan atom hidrogen daripada 1 monosakarida dan kumpulan hidroksil pada monosakarida berikutnya.
Dicirikan dengan perbezaan tahap kemanisan. fruktosa > sukrosa > glukosa > laktosa Bersifat larut air.
Sejenis polimer biologikal. Berbentuk struktur atau simpanan. Tidak larut air. Contoh : kanji, selulosa, glikogen.
Kanji simpanan karbohidrat pada tumbuhan. Glikogen simpanan karbohidrat pada haiwan. Selulosa struktur karbohidrat yang terdapat pada kebanyakan tumbuhan. Amilosa rantai lurus polisakarida Amilopektin rantai bercabang polisakarida
Definisi : Proses pemecahan molekul kompleks kepada molekul yang lebih ringkas oleh sel hidup dan menghasilkan tenaga. Contoh : Glikolisis Kitar Krebs Rantai pengangkutan elekton
Definisi : Proses pembinaan molekul kompleks daripada molekul ringkas bagi sel hidup dan biasanya menggunakan tenaga. Contoh : sintesis protein glikogenesis
Gabungan katabolisma dan anabolisma yang terdapat di dalam sel hidup. ANABOLISMA KATABOLISMA METABOLISMA
akan dihadam dan diserap Karbohidrat dari makanan
Mulut Perut Duodenum amilase saliva (air liur) amilase dimusnahkan oleh ph gaster yang berasid amilase pankreas pecahkan molekul kanji ke bentuk yang lebih ringkas (maltosa) sukrase : sukrosa glu + fruk laktase : laktosa glu + galak maltase : maltosa glu + glu diserap
CHO yang diserap Katabolisma Anabolisma Tenaga + CO 2 + H 2 O Glikogen Lemak
Proses pemecahan molekul 6C (glukosa) kepada 2 molekul 3C (piruvat) melalui suatu siri tindak balas. Proses oksidasi glukosa atau glikogen kepada piruvat dan laktat. Berlaku di dalam sitoplasma sel. Menghasilkan ATP. Boleh berlaku dalam keadaan aerobik (kehadiran oksigen) atau anaerobik (tanpa oksigen).
Sebelum piruvat boleh memasuki kitar Krebs, ia perlu diangkut ke dalam mitokondria terlebih dahulu. Di dalam mitokondria, pembentukan asetilkoa berlaku. Piruvat + Koenzim-A Asetil Ko-A + CO 2 NAD + NADH
Turut dikenali sebagai kitar asid trikarboksilik (TCA) atau kitar asid sitrik. Merupakan proses pengoksidaan asetil-koa kepada CO 2 dan H 2 O. Proses ini berlaku di matriks mitokondria. NADH dan FADH 2 yang terhasil melalui ketigatiga tapak jalan akan memasuki rantai pengangkutan elektron bagi menghasilkan ATP.
Proses penghasilan glikogen daripada glukosa untuk disimpan di dalam badan. Berlaku kebanyakannya di hepar dan otot. Glikogen seterusnya akan ditukarkan kembali kepada glukosa apabila diperlukan kelak.
Proses pemecahan molekul glikogen kepada glukosa. Berlaku apabila aras glukosa darah rendah.
Proses penghasilan glukosa melalui sumbersumber selain daripada karbohidrat seperti lemak dan protein. Keadaan ini berlaku apabila tiada pengambilan karbohidrat dilakukan oleh badan seperti yang berlaku dalam keadaan kebuluran dan berpuasa. Badan terpaksa menggunakan protein ataupun lemak dalam keadaan yang demikian untuk menghasilkan tenaga dan haba.
Insulin Glukagon Glukokortikoid Adrenalin Hormon tumbesaran
Dirembeskan oleh sel beta pada pankreas. Dirangsang apabila glukosa dalam darah. semakin glukos semakin banyak insulin dikeluarkan. Pada aras glukosa darah adalah normal, hanya sedikit insulin dirembeskan. & pengambilan glukosa oleh sel otak otot.
Dirembeskan oleh sel alfa pada pankreas. Dirembeskan apabila paras glukosa dalam darah rendah. Merangsang katabolisma glikogen di hepar. Turut merangsang glukoneogenesis.
Kortisol - dirembeskan oleh korteks adrenal. Kortisol turut dikenali sebagai stress hormone yang merangsang katabolisma protein. Pemecahan molekul protein akan mengakibatkan asid amino glukogenik memasuki tapak jalan glukoneogenesis.
TAMAT