AL-HIKMAH. Jilid 11 ISSN M No H

dokumen-dokumen yang mirip
perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. Sesunggguhnya al-quran al-karim yang diturunkan Allah S..W.T kepada rasul

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Malam Nisfu Syaaban.

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

'ABDULLAH bin HASAN bin HASAN bin

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2


BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

SUMBER HUKUM ISLAM 1

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Fadhilat Berbaik Sangka

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB II GAMBARAN UMUM KISAH-KISAH DALAM AL-QUR AN. Quraish Shihab berpendapat bahwa al-qur an secara harfiyah berarti bacaan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

: :

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

Transkripsi:

AL-HIKMAH Jilid 11 ISSN 1985-6822 2019M No. 1 1441 H APLIKASI PROGRAM ATLAS.TI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF BIDANG PENGAJIAN ISLAM: SUATU CADANGAN AWAL 3-21 Mohd Faiz, Mohamed Yusof & Nurhanani Romli LAKUAN LOKUSI GURU AGAMA BANGSA MELAYU 22-40 Muhammad Zuhair Zainal, Mohd Farid Mohd Sharif, Md Baharuddin Abdul Rahman & Al-Amin Mydin DAKWAH SYEIKH NAZIM AL-QUBRUSI: ANTARA PENERIMAAN DAN PENOLAKAN 41-59 Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, Mohd Haidhar Kamarzaman & Kamarudin Salleh PENDEKATAN STREET DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM DALAM KALANGAN PENDAKWAH NGO MUSLIM DI PULAU PINANG... 60-73 Mohamad Nasir Noor Azemy & Rosmawati Mohamad Rasit PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MEMBENTUK AKHLAK PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KUNAK SABAH 74-87 Rosnijah Arolah & A dawiyah Ismail MANHAJ TARBIAH SAYYID MUHAMMAD ALI AL-SANUSI 88-96 Mohd Sobirin Mohd Azehar & Ahmad Irdha ANALISIS FAKTOR KEAGAMAAN TERHADAP AMALAN BERSEDEKAH DALAM KALANGAN MAHASISWA ISLAM: APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI 97-117 Ahmad Ridwan Osman @ Hussin, Zaharah Hussin & Abdul Muhsin Sulaiman PENGURUSAN TABAYYUN DALAM DAKWAH 118-131 Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Abu Dardaa Mohamad & Rosmawati Mohamad Rasit PENGIMARAHAN DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MTMZA), PUTRAJAYA 132-143 Ahmad Rijal Ghazali & Ahmad Irdha Mokhtar MANHAJ DAKWAH HABIB UMAR BIN HAFIZ 144-159 Wan Suhailah Wan Abdul Jalil & Abu Dardaa Mohamad

Al-Hikmah 11(1) 2019: 118-131 Penyebaran dakwah dalam dunia masa kini memerlukan pengurusan yang cekap dan mantap berpandukan kaedah yang telah diajarkan oleh Islam. Kehidupan masyarakat masa kini sangat mencabar dan berliku disebabkan oleh pelbagai maklumat yang tersebar bercampur antara hak dan batil. Bagi menjayakan misi penyebaran yang berkesan ia memerlukan proses tabayyun. Kemampuan masyarakat dalam tabayyun membawa kepada penerimaan maklumat yang benar, kefahaman yang betul dan pengamalan yang tepat. Dengan itu, fitnah dapat dielakkan, ajaran songsang dapat ditangkis dan pandangan buruk terhadap Islam dan umatnya dapat dapat dijawab. Oleh yang demikian, tulisan ini bertujuan untuk mencadangkan pengurusan dan strategi dakwah berkonsepkan pengurusan tabayyun dengan mengambil kira persekitaran masyarakat yang pelbagai. Pengurusan tabayyun dalam dakwah melalui enam T iaitu terima, teliti, tashih, tekun, terbit dan teguh ingin diketengahkan. Pengurusan tabayyun ini bertunjangkan kepada peringkat dakwah iaitu Tabligh, taᶜlīm dan taṭbīq. Pengurusan ini mampu mengekalkan jati diri umat Islam dengan ajaran Islam. Menggunakan strategi dan pengurusan yang baik merupakan tuntutan dalam pelaksanaan dakwah. Kata kunci: tabayyun, pengurusan, dakwah, maklumat. The dissemination of dakwah in the world today requires efficient and effective management based on the methods taught by Islam. The life of today's society is very challenging and confusing because of the wide range of informations that is mixed between right and wrong. To be successful in the mission of dissemination it requires the process of tabayyun or verifiying information. The ability of the community in seeking clarity leads to the reception of the right information, right understanding and right practice. Thus, slander can be avoided, inverse teaching can be repelled and evil views on Islam and its people can be answered. Therefore, this paper aims to propose the management and da'wah strategy through the concept of tabayyun management taking into account the diverse community

Al-Hikmah 11(1) 2019 119 environment. The management of tabayyun in dakwah is through six concepts namely to accepting, elaborating, checking, checking, practicing, publishing and firming. The management of tabayyun is based on the three levels of dakwah itself namely tabligh, tatbiq and ta lim. This management is able to maintain the identity of the Muslims through the teachings of Islam. Using good strategies and management is a requirement in the implementation of the dakwah. Keywords: tabayyun, management, dakwah, informations. Penyebaran dakwah masa kini sangat penting. Perkara ini lebih jelas lagi apabila kebanyakan maklumat yang diterima oleh masyarakat pada masa kini bersumberkan media digital. Media digital memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat dalam semua bidang (Sohana 2016). Yang membimbangkan ialah maklumat yang terdapat dalam media digital terlalu banyak dan bercampur antara yang betul dan yang salah, yang sahih dan meragukan, yang benar-benar berlaku dan fitnah sehingga menjadi salah satu soalan lazim yang cuba ditangani oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (https://www.mcmc.gov.my). Yang paling mendukacitakan ialah perkara ini berlaku pada maklumat yang berkaitan dengan agama Islam (Faisal Ahmad Shah 2016). Oleh yang demikian perlu ada pengurusan tabayyun bagi memastikan penyebaran dakwah hanya melibatkan perkara yang betul dan memberi manfaat kepada masyarakat, bukan mengelirukan dan memecahbelahkan. Perkara ini sukar disekat kerana kemudahan ini dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan juga sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain. Walaupun begitu, perkara ini boleh diurus dan diperbaiki supaya maklumat yang benar dapat disebarluaskan dan diketengahkan kepada masyarakat. Oleh yang demikian perlu ada satu pengurusan khusus untuk mengawal penyebaran maklumat yang tidak betul dan berasas. Dalam tulisan ini penulis cuba mengetengahkan pengurusan tabayyun dalam penyebaran dakwah supaya apa yang disebarkan merupakan maklumat yang betul dan memberi manfaat. Perkataan tabayyun diambil dari bahasa arab. Ia merupakan fiil amr untuk jamak, dari kata kerja tabayyana dan masdarnya at-tabayyun. Maksud dari perkataan tabayyun ialah mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara yang diterima dengan membuat penelitian. Secara istilah tabayyun adalah meneliti dan menyelidiki suatu berita, tidak secara tergesa-gesa dalam

120 Pengurusan Tabayyun Dalam Dakwah memutuskan suatu permasalahan baik dalam perkara hukum, pandangan dan sebaginya. Menurut al-alimi (2000) tabayyun ialah memastikan kesahihan sesuatu perkara dengan setepatnya, tidak cepat menghukum terhadap sesuatu sebelum jelas kesahihannya. Manakala menurut Ali Salim (2017) mengkaji sesuatu perkara dengan jelas melalui bukti-bukti, tanda-tanda dan juga wasilah yang menunjukkan benar atau salah sesuatu perkara. Tabayyun dalam dakwah sangat diperlukan bagi memastikan setiap perkara yang diterima dan disebarkan merupakan yang benar dan bukan yang bathil. Setiap apa yang diterima tidak terhenti kepada penerimaan dan penyebaran sahaja, akan tetapi ia membawa kepada kepercayaan dan amalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan kepercayaan dan amalan benar dan bertepatan dengan kehendak Islam, tabayyun sangat penting sebagai terapi untuk memastikan setiap yang diterima dan disebarkan hanya yang benar. Masyarakat masa kini lebih gemar menerima maklumat daripada media digital. Dalam masa yang sama tidak ramai dalam kalangan masyarakat yang mampu menapis segala maklumat yang diterima tentang kesahihannya. Ada segelintir masyarakat suka menyebarkan maklumat tanpa memastikan terlebih dahulu kesahihannya dan perkara ini juga berlaku kepada mereka yang mempunyai pendidikan dan intelektual (KKM 2016). Maklumat yang diterima bukan mengukuhkan akan tetapi mengelirukan. Tanpa sedari sebenarnya terjebak dengan ledakan maklumat yang bercampur antara yang betul, meragukan dan yang salah. Tabayyun merupakan perkara penting yang perlu diterapkan dalam diri pendakwah bagi memastikan penyebaran agama islam berada pada landasan kebenaran. Apa yang diterima, disebarkan dan diamalakn tidak menimbulkan fitnah kepada Islam dam umatnya. Perkara ini lebih ditekankan lagi dalam dunia teknologi masa kini. Pelbagai berita yang disebarkan tanpa mengetahui status kesahihanyya meluas dalam masyarakat kini. Oleh yang demikian tabayyun merupakan penapis bagi memastikan setiap berita yang diterima membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya. Firman Allah SWT: ا فااس ق ب ناب ا إ فاتاب ا ي ن وا أان ت ص يب وا قاو م ا ب اا هالاة فات ص ب ح وا ا علاى ا ما فا ي ا عل ت م ا ند م ا ي أاي ا ها ال ذ ي ا ن آ ا من وا إ ن ا جاء ا ك م

Al-Hikmah 11(1) 2019 121 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al- Quran, al-hujurat 49 : 6) Imam al-syaukani (2007) Yang dimaksudkan dengan tabayyun adakah memeriksa dengan teliti yang dimaksudkan dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya. Menurut Ahmad (2000) Berita yang diterima pada zaman kini sangat mudah dan meluas seumpama satu kawasan yang kecil walaupun jaraknya beribu batu. Semua ini hasil daripada teknologi yang semakin hari semakin berkembang dalam masyarakat. Apa yang dibimbangi ialah kesahihan maklumat yang diterima. Pelbagai berita yang tersebar adalah berita tidak benar, berita yang bercampur antara yang benar dengan bathil, berita yang direka-reka dan sebagainya. Menurut Ibnu khaldun (2004) sekiranya setiap berita yang diterima hanya melihat kepada apa yang diterima tanpa penyelidikan kesahihannya berpandukan kaedah Islam, adat setempat, kehidupan bermasyarakat dan sebagainya boleh membawa kepada kerosakan. Oleh yang demikian, mungkin akan terjadi kerosakan jika pengkaji sejarah dan ahli tafsir tidak menilai kebenaran apa yang diterima terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada masyarakat. Menurut Muhammad (2014) berita yang tersebar boleh dikategorikan kepada tiga iaitu yang pasti tidak benar, berita yang bercampur antara yang benar dengan yang salah (ada yang mampu dipastikan mana yang benar dengan mana yang salah dan ada yang tidak dapat dipastikan mana yang benar dan amna yang salah) dan berita yang dapat dipastikan benar. Adapaun orang yang menerima berita boleh dikatogarikan kepada penerima yang dikuasai oleh emosi, penerima yang dikuasai oleh sentimen, penerima yang tidak mampu membezakan dan penerima yang menerima apa sahaja yang diterima. Oleh yang demikian, kesukaran akan berlaku jika sesuatu yang diterima tidak melalui proses tabayyun terlebih dahulu. Kebenaran dan kebatilan akan bercampur antara satu sama lain. Kesukararan dalam membezakan mana yang hak dan mana yang batil serta menimbulkan buruk sangka dan fitnah dalam masyarakat. Pelbagai tuduhan yang akan

122 Pengurusan Tabayyun Dalam Dakwah berlaku dan pandangan serong jika konsep tabayyun tidak diketengahkan dalam masyarakat. Pengurusan tabayyun dakwah adalah merupakan salah satu pengurusan yang perlu ada terutamanya bagi para pendakwah dalam menyebarkan apa-apa yang berkaitan dengan Islam supaya ianya bermatlamat dan bermanfaat seterusnya berkesan. Penyebaran dakwah masa kini memerlukan kepada pengurusan yang baik kerana pengguna yang berhak membuat pilihan terhadap apa yang terdapat dalam media digital. Oleh yang demikian, pengurusan dilakukan untuk memastikan penggunaan media digital terarah dan terurus. Yang dimaksudkan dengan pengurusan tabayyun dakwah ialah menyediakan langkah dan proses yang diperlukan untuk mengurus dan menggerakkan maklumat yang diterima untuk dimanfaatkan bersama dengan menyebarluaskan kepada seluruh masyarakat sehingga membawa kepada pengamalan yang betul. Maklumat yang disebarkan mengikut susunan yang tepat dan langkah yang betul supaya penyebaran berlaku dapat memberi manfaat dalam memahami agama Islam secara menyeluruh. Dakwah yang baik adalah dakwah yang dilakukan secara tersusun dan berperingkat (Othman Ibrahim 1995). Bagi memastikan dakwah dapat disampaikan dan dihayati memerlukan kepada pengurusan yang baik. Pengurusan dakwah yang baik adalah pengurusan dakwah yang dilakukan dengan proses tabayyun terhadap penyebaran, pengajaran dan pelaksanaan. Pengurusan yang baik adalah pengurusan yang mengambil kira semua sudut lapangan yang berkaitan (Baharom Mohamad et, al 2008). Kesesuaian dan kesempurnaan menjadi landasan dalam merangka dan menyusun berpandukan kepada keperluan masyarakat. Perkara baik yang ingin disampaikan akan dipandang serong jika tidak diurus dengan baik. Berkemungkinan juga boleh membawa kepada perkara yang tidak baik hanya disebabkan pengurusan yang tidak baik. Masyarakat pada hari ini sangat mementingkan soal pengurusan sehingga tanpa pengurusan yang cekap membawa kepada persepsi yang tidak baik terhadap perkara baik. Jika ini berlaku boleh membawa kepada kegagalan dakwah Islamiah. Para nabi dan para rasul telah membawa contoh tauladan yang baik kepada semua dalam usaha mengajak manusia kepada kebaikan. Sebagai contoh pengurusan yang baik yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah dengan pengurusan yang terbaik dalam segenap

Al-Hikmah 11(1) 2019 123 segi. Berbekalkan pengurusan yang baik dan keizinan daripada Allah hijrah berjaya. Oleh yang demikian kepentingan pengurusan sebagaimana berikut: Memastikan matlamat dakwah tercapai Kelancaran proses penyebaran kepada sasaran Semua sumber dibuat penilaian. Memudahkan proses penyampaian dan pengajaran Dakwah yang disampaikan mudah diterima dan diamalkan. Tabayyun dakwah yang dijadikan sumber kepada kajian ini adalah berdasarkan kepada kandungan dakwah kepada Tabligh, taᶜlīm dan taṭbīq. Dakwah bermula daripada penerimaan sehingga kepada penyebaran dan pengamalan. Pengurusan tabayyun dakwah dalam tulisan ini juga bersumberkan daripada kata-kata para ulama yang muktabar, khususnya apa yang telah diriwayat oleh Imam al-muhasibi di dalam kitab al-riayat li Huquq Allah bahawa al-ghulabi meriwayatkan daripada Sufyan bin Uyainah, dia berkata: قال سفيان بن عيينة: أول العلم االستماع مث الفهم مث احلفظ مث العمل مث النشر Maksudnya: Sufian bin Uᶜyainah berkata, pertama ilmu dengan pendengaran yang baik, kemudian kefahaman, kemudian hafalan, kemudian amalan dan kemudian sebaran (dakwah). (al-muhasibi 1990) Diriwayatkan juga bahawa Sufian al-thawri pernah mengatakan perkara yang sama, dia berkata: سفيان بن سعيد الثوري قال: كان ي قال: أول العلم الصمت مث االستماع له مث حفظه مث العمل به مث نشره وتعليمه Maksudnya: Sufian al-thawri berkata, Pernah dikatakan bahawa, pertama ilmu adalah diam, kemudian dengar, kemudian hafal, kemudian amal, kemudian sebar dan ajar. (Ibn abd al-bar 1994) Berpandukan kepada sumber-sumber berikut, penulis mengeluarkan pengurusan dan strategi tabayyun dakwah kepada enam (6) T iaitu terima, teliti, tashih, tekun, terbit dan teguh. Enam pengurusan ini diperincikan sebagaimana berikut:

124 Pengurusan Tabayyun Dalam Dakwah Terima Penerimaan sangat bermakna kerana ia merupakan asas kepada pembinaan yang kukuh. Bermula daripada penerimaan dan seterusnya kepada pembentukan dan diakhiri dengan pemantapan. Hasil daripada penerimaan yang baik membawa kepada pembentukan yang baik. Sebaliknya penerimaan yang tidak baik membawa kepada pembentukan yang tidak baik. Oleh yang demikian penerimaan sangat penting kerana ia merupakan asas utama kepada pembentukan yang mantap. Sejak internet diperkenalkan kepada umum, media digital ini menyediakan maklumat yang pelbagai dalam ruang lingkup yang luas dan cepat tanpa mengenal batasan agama dan ideologi. Maklumat yang disediakan oleh dunia terhubung memaparkan pelbagai ragam. Ada yang betul, ada yang salah, ada yang fitnah, ada yang rekaan, ada yang bermanfaat, ada yang tidak bermanfaat dan lain-lain lagi (Hamirul aini & Hazaruddin 2002). Setiap individu dalam masyarakat sepatutnya membuat penapisan dan pilihan terhadap apa yang diterima sebelum dipanjangkan sebaran. Teliti Setiap apa yang diterima daripada mana-mana sumber sepatutnya diteliti terlebih dahulu. Penelitian dibuat bagi memastikan kesahihan perkara tersebut. Terdapat dalam kalangan masyarakat yang mampu menilai apa yang diterima samada betul ataupun salah berpandukan kepada ilmu yang ada. Islam menggalakkan umatnya supaya meneliti setiap berita yang diterima untuk memastikan kesahihannya sebagaimana firman Allah SWT: ا فااس ق ب ناب ا إ فاتاب ا ي ن وا أان ت ص يب وا قاو م ا ب اا هالاة فات ص ب ح وا ا علاى ا ما فا ا عل ي ت م ا ند م ا ي أاي ا ها ال ذ ي ا ن آ ا من وا إ ن ا جاء ا ك م Maksudnya: Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian. (al-quran, al-hujurat 49: 6) Menurut Muhammad Sabri Sahrir (2016) yang menghuraikan konsep tabayyun, iaitu meneliti sesuatu berita yang diterima sehingga ia jelas dan terang adalah betul, merupakan suatu benteng yang kukuh yang telah disediakan oleh Islam bagi memastikan penyebaran pendustaan dapat dihalang daripada merebak. Namun begitu terdapat segelintir masyarakat yang tidak mampu menilai apa yang diterima kerana kekurangan ilmu,

Al-Hikmah 11(1) 2019 125 ketidak mampuan menilai dan sebab-sebab yang lain. Apa yang berlaku biasanya tetap menyebarkan apa yang tidak dinilai terlebih dahulu kepada sebaran umum dalam dunia yang terhubung. Dengan itu timbulnya fitnahmemfitnah, dengki mendengki, hasut menghasut dan sebagainya. Perkara ini berlaku sehingga menimbulkan kekeruhan, perbalahan dan permusuhan dalam masyarakat. Oleh itu, bagi yang tidak mampu menilai sesuatu yang diterima samada betul atau salah perlu merujuk kepada ahlinya dengan mentashih kebenarannya. Tashih Setiap apa yang diterima akan tetapi tidak dapat memastikan kesahihannya memerlukan kepada pentashihan daripada ahlinya. Meminta pandangan dan bantuan daripada pakar dalam bidang yang dikemukan. Pentashihan sangat penting bagi memastikan apa yang diterima boleh dijadikan sebagai panduan atau tidak (Muhammad Sabri Sahrir 2016). Galakan supaya memastikan kebenaran sesuatu sebagaimana firman Allah SWT Al-Nahl ayat 43: فااس أال وا أاه ا ل الذ ك ر إ ن ك نت م اال تاع لام وان Maksudnya: Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (al-quran, al-nahl 16: 43) Di sana juga terdapat kata-kata yang masyhur dalam kalangan orang Arab berkenaan perkara ini seperti berikut: إن كنت نقال فالصحة أو مدعيا فالدليل Maksudnya: Sekiranya kamu menaqalkan kata-kata maka semaklah kesahihannya, atau sekiranya kamu mendakwa sesuatu datangkanlah dalil. (Habannakah 1975) Pentashihan dilakukan dengan melihat kepada kebenaran. Kebenaran itu ialah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Untuk mencapai tujuan tersebut, rujuklah mereka yang ahlinya seperti kekeliruan dalam bidang agama, rujuklah para alim ulama kerana mereka mampu menunjukkan jalan keluar berpandukan ajaran Islam. Begitu juga dengan penyebaran maklumat yang berkenaan dengan sijil halal, maka mesti dirujuk pihak berautoriti iaitu JAKIM dalam memastikan kebenaran sebaran (Mohd Anuar Ramli et al 2015).

126 Pengurusan Tabayyun Dalam Dakwah Tekun Apa yang dipastikan benar dan bermanfaat perlu diamalkan dan diterapkan dalam masyarakat. Pengamalan terhadap perkara benar boleh membawa keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Mengamalkan sesuatu perintah Allah SWT dengan bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa, main-main atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Rasulullah SAW berpesan tentang perkara ini sebagaimana sabdanya yang berbunyi: عن عائشة عن النيب صلى هللا عليه وسلم: إن هللا حيب إذا عمل أحدكم عمال أن يتقنه Maksudnya: Daripada Aisyah daripada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan, dia lakukan dengan tekun. (al-baihaqi, Sha b al-iman, Hadith No: 1867) Pengamalan terhadap ajaran Islam yang sebenar perlu dilakukan dengan penuh ketekunan. Ketekunan membuahkan hasil yang berbentuk kesempurnaan dan kecemerlangan. Dalam Islam, kecemerlangan ini merujuk kepada keredhaan Allah. Ianya bukanlah hanya diukur mengikut pertimbangan utilitarian semata-mata yang berasaskan konsep sekular bahkan meliputi nilai-nilai Islam yang bersifat subjektif. Oleh itu, penilaian sesuatu amalan adalah berpandukan kepada ketekunan dalam melaksanakannya (Muhammad Faizal & Mohd Rizal t.th). Ketekunan dalam amalan disertakan dengan keikhlasan dan ketepatan amalan dengan ajaran Islam. Dengan itu ajaran Islam dapat dilaksanakan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Terbit Islam menggalakkan umatnya untuk menyebarkan dan menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia tanpa mengira jantina, bangsa, budaya dan bahasa. Kemampuan menyampaikan secara menyeluruh boleh dilakukan dalam dunia terhubung. Segala maklumat yang disebarkan boleh merentasi seluruh masyarakat. Perkara ini memudahkan lagi proses penyebaran dengan pantas dan menyeluruh. Perkara ini dilakukan jika apa yang diterima, diteliti dan ditashihkan adalah maklumat yang betul. Maklumat yang betul diterbitkan dan disebar luaskan untuk kebaikan bersama. Tidak kira walaupun apa yang diterima dan dipastikan betul hanya perkara kecil dalam agama. Ini bertepatan dengan perintah untuk menyebarkan walaupun satu ayat. Sabda baginda SAW yang berbunyi:

Al-Hikmah 11(1) 2019 127 ا ولاو آي ا ة. رواه عن عبد هللا بن عمرو بن العاص رضي هللا عنهما: أن النيب صلى هللا عليه وسلم قااال :ب ا ل غ وا ا ع ن البخاري Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amr bin al-as r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: Sampaikan dariku walau satu ayat. (al- Bukhari, Sahih al-bukhari. Hadith No: 3461) Penyebaran dakwah adalah suatu usaha yang sangat penting untuk dilaksanakan. Walaupun begitu, sebelum menyebarkan apa-apa yang berkaitan dengan Islam perlu dipastikan kesahihannya dan kebaikannya. Tidak semua perkara yang diketahui boleh disebarkan. Perkara ini berpandukan kepada Hadis Rasululah SAW yang berbunyi: ا ما ا س ا ع قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم: اكافى ب ل ا مر ء اكذ ب أان حي ا د اث ب ك ل Maksudnya: Cukuplah seseorang dikatakan berdusta bila menceritakan segala hal yang dia dengar. (Muslim, Sahih Muslim, Muqaddimah al-sahih. Hadith no: -) Perkara baik sekalipun begitu bukan semua perkara perlu disebarkan. Ada perkara yang tidak sesuai disebarkan, tidak memberi manfaat, tidak sesuai pada masanya, tidak sesuai pada sasarannya, boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya. Perlu diambil berita tentang perkara ini dalam proses penyebaran dakwah. Bukan menyebarkan semua yang diketahui akan tetapi menyebarkan apa yang perlu. Di dalam Islam, terdapat kaedah yang masyhur dalam konteks ini, iaitu: Teguh لكل مقام مقال وليس كل ما يعلم يقال Maksudnya: Setiap tempat ada perkataannya dan bukan setiap yang diketahui boleh diperkatakan (disebarkan). (Walid al-sa idan t.th) Berpegang dengan kebenaran mesti teguh dan tetap. Tetap pendirian dan tidak mudah goyah dengan cabaran, halangan, bisikan, kekeliruan, hasutan dan sebagainya. Bagi membina keteguhan yang mantap dengan berpandukan ajaran Islam yang menyeluruh sebagaimana yang terdapat dalam al-quran dan al-hadis. Perkara ini dikukuhkan dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: ا ما ا ن ا تا ا سك ت م ب ا ما لان تاض ل و ا اب ااد ك تاا ا ب هللا ا وس ن ت قااال ا رس ول ا لل ا صل ى ا لل ا علاي ه ا و ا سل ا م: تا ا رك ت ف ي ك م ام ا ري ن

128 Pengurusan Tabayyun Dalam Dakwah Maksudnya: Aku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (al-quran) dan Sunnahku. (al- Tarmizi, Sunan al-tarmizi. Hadith no: 3788) Perkara ini juga dikuatkan lagi oleh sebuah hadis nabi yang lain, yang memerintahkan agar orang Islam berpegang dengan al-quran dan al- Sunnah walau sepayah manapun ia sehingga sekiranya terpaksa gigit dengan gigi untuk mempertahankannya, maka lakukanlah. Rasulullah SAW bersabda: ا حب ا ش ي ا فاإ ن ه ا من ي ا ا لل صل ى ا لل ا ا علاي ه و ا سل ا م: أ وص يك م ب تاق ا وى ا ا لل والس م ع ا والط ا ا ا عة وإ ن ا عب د ا ع ش م ن ك م قااال ا رس ول ا ا ا مه د ي ا ي الر اش د ي ا ن ا تاس ك وا ب ا ا ا و ا عض وا ا علاي ا وس ن ة ا ل لاافاء ال ها ب لن اواج ذ ب ا ع د ي فا ا س ا ي ا ى اخ ت االف ا اكث ي ا فا ا علاي ك م ب س ن ت Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk bertakwa kepada Allah dan sentiasa dengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba habshi, maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu sekalian selepasku nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka ke atas kamu sekalian dengan sunnahku dan sunnah pemerintahan yang mendapat hidayah lagi bijaksana, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu semua. (Abu Dawud, Sunan Abu Dawud. Hadith no: 4607)

Al-Hikmah 11(1) 2019 129 Terima berita Teliti Tidak teliti Mampu menentukan betul atau salah tidak mampu tak perlu sebar boleh sebar yang betul (Terbit) Tashih Tidak tashih Tidak benar Benar tak perlu sebar tak perlu sebar Tekun Terbit Teguh Rajah 1 Pengurusan Tabayyun dalam Dakwah (Sumber: Kajian 2019) Kejayaan penyebaran dakwah dapat dihasilkan dengan mengikut pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik hasil daripada penetapan pelaksanaan mengikut kepada garis panduan dan syarat yang diperlukan. Dengan itu, penyebaran dakwah dapat dirasai oleh seluruh manusia tanpa batasan dan sempadan. Segala yang disebarkan dan diamalkan menjadi peerkara yang benar dan bertepatan dengan panduan Islam. Masyarakat perlu memainkan peranan dalam memastikan proses tabayyun dalam

130 Pengurusan Tabayyun Dalam Dakwah dakwah dijadikan sebagai panduan dalam penyebaran apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam dan umatnya. Al-Quran al-karim dan terjemahannya. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd. Baharom Mohamad, Jamaludin Hashim, Ahmad Esa, Rafiza dan Hassan. 2008. Amalan Membuat Keputusan Dalam Kalangan Guru Besar. Batu Pahat: Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bukhari, Abu Abdulah Muhammad bin Ismail. 2002. Ṣahih Bkhari. Beirut: Dai Ibn Kathir. Faisal Ahmad Shah. 2016. Penyebaran Hadith Palsu dalam Media Massa dan Media Sosial: Realiti dan Cabaran. HADIS: Jurnal Ilmiah Berwasit. Jun 2016. 9 28. Habannakah, Abdul Rahman bin Hasan. 1975. Ḍawabit al-makrifahwa Usul al-istidlal wa al-munazarah. Beirut: Dar al-qalam. Hamirul aini Hambali dan Hazaruddin Harun. 2002. Sistem Penapisan untuk Mengatasi Ancaman Internet dalam Pendidikan. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan. MPBL. 1-12. Ibn Abd al-barr, Yusuf bin Abdullah bin Muhammad. 1994. Jamiᶜ Bayan al-ilm wa Faḍluhu. Beirut: Dar Ibn al-jauzi. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2016. Tata Etika Penggunaan Media Sosial oleh Warga KKM. Putrajaya: KKM. Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaluddin, Abdul Qayyuum Aminnuddin. 2015. Penyebaran Maklumat Palsu Berkaitan Produk Halal dan Implikasinya terhadap Industri Halal. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Faizal Bahari & Mohd Rizal Muwazir. t.th. Kualiti Perkhidmatan Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Sabri Sahrir. 2016. Tabayyun Benteng Pendustaan. Dewan Tamadun Islam. Jilid 4 Jun 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Muhasibi, al-harith bin Asad. 1990. al-riayah li Huquq Allah. Tahqiq oleh Abd al-qadir Ahmad Ata. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah Muslim, Abu al-husain Muslim bin al-hajaj al-qusyairi al- Naisāburiy.1991. Ṣahih Muslim. Beirut: Dar al-kutub al-ᶜilmiah.

Al-Hikmah 11(1) 2019 131 Othman Ibrahim. 1995. Mekanisme Dakwah: Pendekatan Kepada Masyrakat di Pedalaman. Kota Baru: Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Sohana Abdul Hamid. 2016. Pengaruh Media Massa terhadap Perubahan Sosial Masyarakat. Journal of Social Sciences and Humanities. Special Issue (October). 214 226. Walid al-sa idan. t.th. Risalat al-iktifa bi al-amal Bighalabat al-zhan fi Masail al-fiqh. Shah Alam: Medina University. Al-alimi, Ahmad Muhammad. 2000. Al-tasabbut wa al-tabayyun fi al- Manhaj Islami. Beirut: Dar Ibnu hazm. Ali Salim ali al-baadi. 2017. Tadawul al-maklumat Bain al-tabayyun wa al-tasabbut fi al-quran al-karim. Qatar: Universiti Qatar. Muhammad Abdul Latif al-buraie. 2014. Al-Tasabbut mi al-akhbar wa alqadha Ala al-syai aat. EGYPT: Dar al-khulafa al-rasyidin. Ahmad bin Abdul Rahman al-shuyyan. 2000. Nahwu Manhaj Syarie fi Talaqqi al-akhbar wa Riwayatuha. Riyadh: Dar al-salim li al-nasr wa al-tauzi. Ibnu khaldun, Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun.. 2004. Mukaddimah Ibn Khaldun. Damsyik: Dar Yakrab. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Nora Ahmad@Aziz, and Abdul Ghafar Don, and Adawiyah Ismail. 2013. Faktor penulisan ilmu dakwah dalam Islam. http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index Zulkefli Aini, Che Zarrina Sa'ari, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani. 2018. Pendekatan Dakwah al-wasatiyyah Syeikh Abdul Rauf Ali al-fansuri. Universiti Malaya: Journal AFKAR. https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/12227 Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Zulkefli Aini. 2018. Ciri-Ciri Wasaṭiyyyah Dakwah. Jurnal hal ehwal Islam dan warisan selangor. http://jurnalselangor.com.my/assets/artikel--ciri-ciriwasa%e1%b9%adiyyyah-dakwah.pdf. Ahmad Azan Ridzuan; Mohd Juraimy Hj Kadir; Hasan Al-Banna; Aman Daima Md Zain; Mohamad Zulkifli Abdul Ghani. 2013. Perang Badar dan Uhud: Satu Analisis Strategi Peperangan dan Pertahanan Nabi Muhammad SAW. http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9118. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, and Abd. Ghafar Don, and Adawiyah Ismail, and Abu Dardaa Mohamad, (2016) Adab Ikhtilaf dalam dakwah Islamiyah. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 148-165. ISSN 1985 6822. http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/19. Al-Syaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 2007. Fathul Qadir. Beirut: Dar al-makrifah