PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

dokumen-dokumen yang mirip
JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC. Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin) Masa : 11:00 Pagi Tempat : Dewan Senat (UTMJB) Dewan Jumaah (UTMKL)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PINDAAN KALI PERTAMA DILULUSKAN OLEH MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF BIL.19/2016 BERTARIKH 29 JUN 2016 DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN PRESTASI

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JAWATAN GRED 45/51/53

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI KAKITANGAN

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME- BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: (UPM/SOK/BUM/P005) PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (e-lppt)

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TAHUN JAWATAN YANG DIPOHON:

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI (GURU) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2016

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SARJANA UTAMA/ PENSYARAH SEMENTARA/ TUTOR) Tahun

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN PENCALONAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIANAN KHIDMAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI POLITEKNIK MELAKA. Versi Disember 2015

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

PUSAT PEMBANGUNAN KORPORAT & PENGURUSAN KUALITI ANUGERAH SUKAN HARI KUALITI & INOVASI UMP

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Transkripsi:

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai dasar dan pelaksanaan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai dalam perkhidmatan awam. TAFSIRAN 2. Tafsiran bagi maksud Pekeliling ini adalah: pegawai bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Universiti secara tetap, sementara atau kontrak. Ketua Jabatan bermaksud Naib Canselor atau wakilnya yang diberi kuasa. 1

LATAR BELAKANG 3. Pemberian APC kepada pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1993 dan diubah suai menerusi PKPA Bil. 2 Tahun 2002 berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Pemberian APC diberi kepada sejumlah 8 peratus daripada pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian bagi setiap agensi. 4. Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, Kerajaan telah bersetuju supaya di samping pemberian APC, penganugerahan P.P.C. diwujudkan sebagai satu lagi bentuk pengiktirafan terhadap pegawai perkhidmatan awam. PENGANUGERAHAN 5. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) merupakan pingat bagi pegawai yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara. Tujuannya adalah untuk: a. memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan luar biasa dalam aktiviti tugas rasmi dan di luar tugas rasmi; b. memberi pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi pegawai; c. memberi galakan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan d. meningkatkan motivasi untuk membudayakan kecemerlangan di pelbagai bidang tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi. 2

6. Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi. 7. Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan. DASAR 8. Dasar penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC adalah seperti berikut: a. Bilangan keseluruhan penerima P.P.C. dan APC tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian dan had maksimum penerima P.P.C. tidak boleh melebihi 3/8 daripada jumlah keseluruhan penerima P.P.C. dan APC. Sekiranya pada tahun berkenaan tiada yang layak menerima P.P.C., maka Universiti tidak perlu melaksanakan penganugerahan P.P.C. bagi tahun berkenaan dan kuota tersebut boleh digunakan untuk pemberian APC. b. Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah diterima oleh pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut P.P.C. dan perenggan 7 Peraturan- Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan seperti di Lampiran A. 3

PELAKSANAAN 9. Pingat Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan i) Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C. adalah seperti berikut: 1) pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan; 2) bagi pencalonan kali pertama, telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; 3) pegawai perkhidmatan awam Gred 1 sehingga 54 atau setaraf; 4) pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir; 5) lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); 6) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 7) lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; 8) tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan 9) diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). ii) Pegawai layak dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C. buat kali kedua jika memenuhi syarat seperti berikut: 1) memenuhi syarat di butiran (3) hingga (9) perenggan 9(a) dan 4

2) perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. b) Asas Penilaian i) Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti berikut: 1) keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarela; 2) sumbangan inovatif/ kreatif/ bakat/ kemahiran; 3) sukan dan permainan; 4) penglibatan dalam aktiviti/ program; dan 5) komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat. c) Asas Pertimbangan Bagi menentukan penerima P.P.C., pegawai yang layak dipertimbang akan dinilai berdasarkan syarat-syarat berikut: i) memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan ii) Memperoleh markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas. d) Insentif i) Pegawai yang dianugerahkan P.P.C. akan menerima insentif seperti berikut: 1. Satu Pingat Perkhidmatan Cemerlang; 5

2. Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan 3. Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00. ii) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam: 1. pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan 2. pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. e) Perolehan Pingat i) Reka bentuk pingat adalah seperti yang termaktub dalam Statut P.P.C. dan perolehan dibuat dengan pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa; dan ii) Urusan perolehan pingat dilaksanakan oleh kementerian menggunakan peruntukan masing-masing. f) Kawalan dan Rekod i) P.P.C. ini adalah dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ii) Senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan P.P.C. hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada JPA untuk semakan sebelum penganugerahan dilaksanakan; dan ii) Senarai penerima P.P.C. untuk tahun tersebut akan disah dan diwartakan oleh JPA. g) Carta alir proses kerja penganugerahan P.P.C. adalah seperti di Lampiran B. 6

10. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. b) Asas Pertimbangan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut: i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. c) Insentif i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut: 1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan 2) Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00. ii) Pegawai juga akan diberi peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. d) Carta alir proses kerja pemberian APC adalah seperti di Lampiran C. 7

11. Peranan Ketua Jabatan a) Mengemukakan senarai penerima P.P.C. bagi tahun semasa kepada JPA untuk pengesahan dan pewartaan. b) Melaksanakan penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC serta penyediaan insentif kepada penerima. c) Menyelenggara rekod penerima P.P.C. dan APC. d) Mempamerkan nama dan gambar penerima P.P.C. dan APC di lokasi yang strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat. 12. Borang Penilaian a) Setiap pegawai perlu melengkapkan maklumat kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi menerusi modul dalam aplikasi HRMIS yang diwujudkan bagi maksud P.P.C. atau mengisi borang secara manual untuk dinilai pada setiap tahun penilaian. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan bagi tujuan pemilihan penerima P.P.C. dan APC. b) Borang penilaian secara manual adalah seperti di Lampiran D. 13. Bagi memastikan kaedah pengendalian dan penilaian kegiatan dan sumbangan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini dipatuhi. 14. Jadual ringkasan penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC adalah seperti di Lampiran E. 8

15. Penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini dilaksanakan mulai tahun 2013 berdasarkan markah LNPT Tahun 2012 dan pencapaian seperti mana di perenggan 9(c) dan 10(b) mengikut yang berkaitan. TARIKH KUAT KUASA 16. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013. 9

Lampiran A KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN P.P.C. DITARIK BALIK Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah dianugerahkan kepada pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut P.P.C. dan perenggan 7 Peraturan-Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan berikut: a. pegawai telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau b. pegawai hilang taraf kewarganegaraan; atau c. pegawai disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). 10

Lampiran B CARTA ALIR PROSES KERJA PENGANUGERAHAN P.P.C. Mula Pegawai Yang Dinilai mengisi borang penilaian LNPT P.P.C. Pegawai Penilai membuat penilaian Borang dikemukakan kepada urus setia PPSM Urus setia PPSM menyenarai pendek pegawai yang memenuhi syarat Nama dikeluarkan dari senarai Tidak Ya Layak? PPSM bersidang dan memilih calon yang layak Nama dikeluarkan dari senarai Tidak Disahkan Disahkan Urus setia PPSM mengemukakan maklumat kepada urus setia induk P.P.C. di JPA Pengesahan oleh JPA Penganugerahan dilaksanakan dan pemberian insentif Senarai pegawai diwartakan TAMAT 11

Lampiran C CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBERIAN APC Mula LNPT Pegawai Yang Dinilai mengisi borang penilaian Pegawai Penilai membuat penilaian Pegawai Penilai kemukakan borang penilaian kepada urus setia PPSM Nama dikeluarkan dari senarai Tidak Ya Layak? Urus setia PPSM menyenarai pendek pegawai yang memenuhi syarat PPSM bersidang dan memilih calon yang layak Agensi melaksanakan pemberian APC Tamat 12

Lampiran D BORANG PENILAIAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN TAHUN PERHATIAN Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan Pegawai Penilai (PP) hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa membuat penilaian: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) PYD hendaklah melengkapkan maklumat di Bahagian I dan II; PYD hendaklah mengemukakan bukti yang disahkan bagi penglibatan dalam setiap aktiviti yang disenaraikan; PP hendaklah menyemak kesahihan bukti penglibatan yang dikemukakan sebelum membuat penilaian dan pengesahan; PP hendaklah memberi markah dengan membulatkan skala pemarkahan di ruangan yang disediakan; PP hendaklah melengkapkan maklumat dan menurunkan tandatangan di Bahagian III; dan PYD dan PP hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pengisian Borang Aktiviti dan Sumbangan PPC. BAHAGIAN I MAKLUMAT PEGAWAI YANG DINILAI (Perlu diisi oleh PYD) Nama No Kad Pengenalan - - Jawatan/Gred Kementerian/Jabatan 13

BAHAGIAN KEGIATAN II DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti sukan / pertubuhan / sumbangan kreatif di peringkat komuniti / jabatan / daerah / negeri / negara / antarabangsa yang berfaedah kepada organisasi / komuniti / negara pada tahun yang dinilai (tidak termasuk pertubuhan politik). Nota: Penentuan markah bagi setiap kategori berikut hendaklah mengambil kira jawatan peranan dan peringkat penglibatan pegawai. 1. KEAHLIAN PERTUBUHAN KEMASYARAKATAN/ NGO/ KELAB/ PERSATUAN/ PASUKAN SUKARELA (Tidak termasuk pertubuhan politik) Bil Senaraikan 2 pertubuhan / jawatan utama yang disandang * Jawatan Utama (JU) * JK Induk (JKI) * JK Kerja (JKK) Organisasi/ Jabatan/ Komuniti/ Daerah Kementerian/ Negeri (Termasuk Agensi Pusat) Kebangsaan/ Antarabangsa JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Ahli JKK JKI JU Ahli JKK JKI JU Ahli JKK JKI JU i. ii. 1 3 4 6 3 5 6 8 5 7 8 10 / 10 1 3 4 6 3 5 6 8 5 7 8 10 / 10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 x 4 = 2. SUMBANGAN INOVASI/ KREATIF/ BAKAT/ KEMAHIRAN (seperti penulisan ilmiah/ kreatif/ seni lakon/ seni suara, muzik) Bil Senaraikan 2 sumbangan yang utama dan diiktiraf Peringkat JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Unit Sektor/ Seksyen Cawangan/ Komuniti Bahagian/ Daerah Jabatan Kementerian Kebangsaan Antarabangsa i. ii. 3 4 5 6 7 8 9 10 / 10 3 4 5 6 7 8 9 10 / 10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 x 4 = 14

3. SUKAN DAN PERMAINAN Bil Senaraikan 2 aktiviti yang disertai/ diwakili/ pencapaian utama PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN Jabatan/ Daerah Kementerian/ Negeri Kebangsaan Antara bangsa JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Nota: Menyertai berdasarkan permohonan oleh pemohon Mewakili dipilih menerusi ujian tertentu oleh panel yang berkelayakan 4. PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI/ PROGRAM (seperti misi kemanusiaan/ program gotong royong/ jambori ) Bil Senaraikan 2 aktiviti/program yang utama dan diiktiraf Peringkat JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Unit Sektor/ Seksyen Cawangan/ Komuniti Bahagian/ Daerah Jabatan Kementerian Kebangsaan Antarabangsa Peserta/ Pemain Ketiga Kedua Pertama Peserta/ Pemain Ketiga Kedua Pertama Menyertai Mewakili Menyertai Mewakili i. ii. 2 3 4 5 5 6 7 8 9 4 4 10 / 10 2 3 4 5 5 6 7 8 9 4 4 10 / 10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 x 4 = i. ii. 3 4 5 6 7 8 9 10 / 10 3 4 5 6 7 8 9 10 / 10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 x 4 = 15

Nota: Penentuan markah hendaklah mengambilkira kekerapan dan tempoh masa melaksanakan tugas di luar waktu pejabat 5. KOMITMEN KEPADA TUGASAN DI LUAR WAKTU PEJABAT Bil Senaraikan 5 aktiviti/program yang utama dan disertai (Selain daripada aktiviti yan dinyatakan dalam perkara 2, 3 dan 4. Setiap aktivti menyumbang dua (2) markah) JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) i. ii. iii. iv. v. / 10 / 10 / 10 / 10 / 10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /10 x 4 = PENGESAHAN PEGAWAI YANG DINILAI Saya mengaku bahawa semua maklumat di atas adalah benar. Disertakan sijil/ bukti penyertaan yang telah disahkan bagi tujuan semakan Tandatangan Tarikh Nama No Kad Pengenalan - - 16

BAHAGIAN III RINGKASAN PENILAIAN KATEGORI (Perlu diisi oleh PP) PERKARA MARKAH 1. 2. 3. 4. 5. / 4 / 4 / 4 / 4 / 4 JUMLAH /20 PENGESAHAN PEGAWAI PENILAI Saya telah menyemak dan dengan ini mengesahkan bahawa semua maklumat di atas adalah benar Tandatangan Tarikh Nama No Kad Pengenalan - - Jawatan/ Gred Kementerian/ Jabatan 17

Lampiran E JADUAL RINGKASAN PENGANUGERAHAN P.P.C. DAN PEMBERIAN APC BIL PERKARA P.P.C. APC 1. Bilangan Penerima Dihadkan kepada 8% daripada jumlah keseluruhan pegawai perkhidmatan awam. PPC (%) APC (%) 3 5 2 6 1 7 0 8 2. Syarat Kelayakan Bagi pencalonan kali pertama, pegawai: telah disahkan dalam perkhidmatan; telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; jawatan Gred 1 hingga 54 atau setaraf; cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi; lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Bagi pencalonan kali kedua, pegawai: memenuhi semua syarat di atas; dan perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. Semua pegawai perkhidmatan awam yang: dilantik secara tetap, sementara atau kontrak; dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. 3. Asas Pertimbangan memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan memperolehi markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas. memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. 18

BIL. PERKARA P.P.C. A P 4. Insentif Pingat Perkhidmatan Cemerlang; Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00. Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00. 5. Insentif lain Peluang dan keutamaan dalam: pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. Peluang dalam pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. 6. Penarikan Balik Pingat Sekiranya pegawai: telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; hilang taraf kewarganegaraan; atau disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh PPSM. Tidak berkenaan 19