JPA.BK(S)54/3 Jld. 2 (14) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2011

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

Isi Kandungan. Perkara. Muka Surat. Dasar Dan Prosedur 3. Waktu bekerja 6. Penentuan Kadar Upah Dan Jenis Tugas 6. Elaun Dan Kemudahan 9

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

PEKELILING PENDAFTAR

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

DASAR PELETAKAN JAWATAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) BAGI PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP32)

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

Transkripsi:

JPA.BK(S)54/3 Jld. 2 (14) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat. DEFINISI 2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini: Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat Persekutuan, wilayah, negeri, daerah atau luar negara, atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut; dan 1

Pekerja Sambilan Harian bermaksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal). LATAR BELAKANG 3. Pada masa ini, pelaksanaan tugas yang bersifat sementara dalam tempoh masa yang singkat dibuat melalui pengambilan Pekerja Sambilan yang telah dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978 - Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan serta beberapa peraturan lain yang dikeluarkan selepas itu. 4. Sebagai alternatif kepada Pekerja Sambilan, Kerajaan juga memperkenalkan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi melaksanakan tugas tertentu dengan dibayar upah ikut jam (hourly rate) atau upah ikut kerja (piece rate). Kaedah ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999 - Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja. 5. Memandangkan pengambilan Pekerja Sambilan dan PKS telah menimbulkan isu pertindihan tugas dan tanggungjawab, perbezaan kadar bayaran upah serta kekeliruan kepada Ketua Jabatan, Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja Sambilan dan PKS. Dengan satu (1) kaedah pengambilan ini, Ketua Jabatan lebih mudah membuat pengambilan pekerja untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian di samping menyeragamkan waktu bekerja serta kadar upah bagi meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan. 2

DASAR PENGAMBILAN 6. Dasar pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) adalah seperti berikut: (a) PSH hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia; (b) PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa; (c) PSH dibayar upah di bawah peruntukan Objek Sebagai (OS) 29000; Ketua Jabatan mempunyai kuasa dalam membuat pengambilan PSH dan boleh menggunakan kaedah pengiklanan yang bersesuaian dan menjimatkan kos; (e) tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi; (f) calon yang hendak diambil sebagai PSH hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; (g) calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar); 3

(h) pengambilan PSH hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upahan untuk kerja (rate for the job); (i) waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat; (j) sekiranya PSH diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di dalam negeri, mereka layak menerima Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan akademik yang digunakan semasa menentukan kadar upah PSH. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri yang layak diterima oleh PSH adalah seperti berikut: (i) Elaun Perjalanan Kenderaan; (ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing; (iii) Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam); dan (iv) Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih). Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri dinyatakan di Lampiran A. (k) PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas; 4

(l) PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa; (m) Ketua Jabatan dan PSH hendaklah mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut peraturan yang berkuat kuasa; (n) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972; (o) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH tidak menandatangani surat rasmi jabatan; (p) PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; (q) PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa; (r) pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa; dan (s) Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat. 5

KADAR UPAH 7. Kadar upah PSH ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut: Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian Kelayakan Akademik Upah (RM/ Sehari) Ijazah Sarjana Muda 100.00 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 72.00 Sijil Pelajaran Malaysia 54.00 PROSEDUR 8. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan prosedur pengambilan PSH seperti berikut: (a) merancang dan menentukan jenis tugas, tempoh perkhidmatan dan jumlah PSH yang diperlukan; (b) memastikan peruntukan kewangan di bawah OS29000 mencukupi bagi menampung pembayaran upah dan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri kepada PSH; (c) mengiklankan pengambilan PSH secara pemberitahuan dalaman atau kaedah lain yang sesuai; melaksanakan tapisan pengambilan PSH melalui kaedah yang bersesuaian seperti temu duga; 6

(e) membuat tawaran pengambilan dan syarat-syarat perkhidmatan kepada calon yang dipilih. Contoh surat tawaran PSH dan syarat perkhidmatan adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C; (f) memaklumkan calon yang terpilih supaya mengemukakan penerimaan tawaran pengambilan sebagai PSH melalui surat seperti contoh di Lampiran D; (g) memaklumkan PSH supaya melaporkan diri bertugas mengikut tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran; (h) boleh mengarahkan PSH untuk menghadiri latihan yang bersesuaian supaya PSH dapat melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan; dan (i) merekodkan maklumat perkhidmatan PSH mengikut kaedah bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan. PENAMATAN PERKHIDMATAN 9. Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan PSH dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) hari. PSH juga boleh berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan notis bertulis mengikut tempoh yang sama. 10. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan PSH dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut: (a) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi; 7

(b) kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Jabatan terlebih dahulu; (c) gagal mematuhi syarat dalam surat tawaran atau peraturan yang ditetapkan; dan terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej jabatan. PENGECUALIAN DAN PERALIHAN 11. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 12. Pekerja Sambilan atau PKS sedia ada yang tempoh perkhidmatannya masih berkuat kuasa semasa Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan adalah tidak tertakluk kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini dan boleh diteruskan sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Sekiranya terdapat keperluan untuk mengambil semula pekerja berkenaan, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan pengambilan PSH mengikut dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini. PEMAKAIAN 13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. 8

PEMBATALAN 14. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah dibatalkan: (a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994: Kadar Gaji Harian, Elaun dan Kemudahan Anggota Sambilan Dalam Sektor Awam; (b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1997: Kadar Gaji Harian, Elaun dan Kemudahan Anggota Sambilan Dalam Sektor Awam - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994; (c) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999: Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja; Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2000: Pindaan Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan; (e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005: Pindaan Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan; Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978: Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan; (f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1979: Kemudahan Yang Boleh Dituntut Oleh Pekerja-Pekerja Sambilan Semasa Dalam Tugas Luar Ibu Pejabat; dan 9

LAMPIRAN A KADAR ELAUN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI BAGI PEKERJA SAMBILAN HARIAN Elaun Elaun Perjalanan Kenderaan Kelayakan Akademik Ijazah Sarjana Muda STPM / Diploma SPM Semenanjung Malaysia Kadar Elaun Sabah dan Sarawak Jadual pengiraan tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri adalah seperti di Jadual 1. Bayaran Sewa Hotel Atau Elaun Lojing Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam) Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih) Hotel Lojing Hotel Lojing Ijazah Sarjana Muda RM160 RM55 RM170 RM60 STPM / Diploma RM140 RM45 RM160 RM50 SPM RM130 RM40 RM150 RM45 Ijazah Sarjana Muda STPM / Diploma SPM Separuh daripada kelayakan Elaun Makan Ijazah Sarjana Muda RM45 RM65 STPM / Diploma RM40 RM55 SPM RM40 RM55 *STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia *SPM : Sijil Pelajaran Malaysia Jadual 1 Kadar Elaun Perjalanan bagi Tuntutan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri Pekerja Sambilan Harian Kelayakan Akademik Sukatan Silinder (s.s) 500 s.s <500 s.s Ijazah Sarjana Muda 50 sen 40 sen Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 40 sen 30 sen Sijil Pelajaran Malaysia 30 sen 20 sen 1

LAMPIRAN B CONTOH SURAT TAWARAN PENGAMBILAN PSH Rujukan Kami : Tarikh : (Nama/Alamat Calon) Tuan/ Puan, TAWARAN SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI......(nama Kementerian/ Jabatan)... Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/ puan ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) mulai tarikh tuan/ puan melaporkan diri bertugas dengan syarat-syarat seperti berikut: (a) Kadar Upah : RM... sehari (b) Tempoh Perkhidmatan : (c) Penempatan : Tarikh Melaporkan Diri Bertugas :... (tidak melebihi 3 bulan mulai tarikh lapor diri bertugas)... (nama Unit/ Seksyen/ Bahagian)... 3. Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai PSH, tuan/ puan hendaklah melaksanakan tugas-tugas......... (Nyatakan tugas yang ditetapkan kepada calon berdasarkan jenis tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik) 2

4. Syarat-syarat perkhidmatan tuan/ puan adalah seperti di Lampiran... 5. Sekiranya tuan/ puan menerima tawaran ini, tuan/ puan hendaklah melengkapkan dan mengembalikan surat penerimaan tawaran PSH seperti di Lampiran... kepada kementerian/ jabatan ini. 6. Jika tuan/ puan gagal melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan, tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya kecuali tuan/ puan mempunyai alasan yang munasabah dan diterima oleh kementerian/ jabatan ini. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Tandatangan Ketua Jabatan :. Nama penuh :. Jawatan :. Tarikh :. 3

LAMPIRAN C SYARAT PERKHIDMATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN 1. Tempat Bertugas Tuan/ Puan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/ jabatan yang ditetapkan. 2. Tempoh Perkhidmatan Perkhidmatan tuan/ puan adalah untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan mulai tarikh yang ditetapkan. 3. Latihan Sekiranya perlu, tuan/ puan boleh diberi latihan sebelum melaksanakan tugas yang ditetapkan. 4. Penyeliaan Tugas Pelaksanaan tugas tuan/ puan akan diselia dan diawasi oleh seorang atau lebih Pegawai Penyelia yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan. 5. Kadar Upah 6. Elaun Tuan/ Puan akan dibayar upah seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran pengambilan PSH. Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 7. Waktu Bekerja Tuan/ Puan dikehendaki melaksanakan tugas selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan. 8. Tanggungjawab Pekerja Tuan/ Puan hendaklah dalam tempoh perkhidmatan: (a) menjalankan tugas yang ditetapkan; 4

(b) (c) menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada tugas dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan jabatan; mematuhi dan menjalankan perintah-perintah dan arahan-arahan yang diberikan; dan tidak boleh membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan jabatan kepada sesiapa pun. 9. Rahsia Rasmi Tuan/ Puan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. 10. Syarat-Syarat Lain (a) (b) (c) Tuan/ Puan adalah bukan pegawai awam; Tuan/ Puan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain daripada yang dinyatakan dalam syarat perkhidmatan PSH; Tuan/ Puan tidak boleh menggunakan perkhidmatan PSH sebagai asas untuk diserap secara tetap, sementara atau kontrak; dan Tuan/ Puan tidak boleh memohon supaya diberi tugas baru selain dari apa yang ditetapkan dalam surat tawaran ini. 11. Penamatan Perkhidmatan Ketua Jabatan atau tuan/ puan boleh pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada tiga (3) hari. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tuan/ puan boleh ditamatkan oleh Ketua Jabatan dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut: (a) (b) (c) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi; kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Jabatan terlebih dahulu; gagal mematuhi syarat perkhidmatan, peraturan atau arahan yang ditetapkan; dan terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej jabatan. 12. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tuan/ Puan adalah diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 5

LAMPIRAN D CONTOH SURAT PENERIMAAN TAWARAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (Nama dan Alamat Pekerja) Tarikh : (Nama dan Alamat Ketua Jabatan) Tuan, TAWARAN SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI......(nama Kementerian/ Jabatan)... Saya bersetuju menerima tawaran tuan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) dengan syarat-syarat perkhidmatan seperti di Lampiran... yang terkandung dalam surat tuan rujukan bil.:... bertarikh.... Saya mengaku bahawa saya sihat dan boleh melaksanakan tugas yang diarahkan. 2. Saya akan mula bertugas pada tarikh yang telah ditetapkan oleh tuan. Yang benar, Tandatangan : Nama penuh : Tarikh : 6