October 2011 Sunday Afternoon Session---56 Elder J. Devn Cornish 348 Malay p.1 Hak Istimewa Doa Oleh Elder J. Devn Cornish Dari Tujuh Puluh Saudara dan saudari yang kukasihi, Tuhan Bapa kita bukan satu perasaan atau satu idea atau satu kuasa. Dia adalah seorang yang kudus, seperti yang diajarkan dalam kitab-kitab suci, dia mempunyai muka dan tangan dan satu tubuh badan yang mulia yang sudah bangkit. Dia adalah benar; Dia mengetahui kita setiap orang secara individu; dan Dia mengasihi setiap orang. Dia hendak memberkati kita. Yesus berfirman: Bapa yang manakah akan memberikan batu kepada anaknya, apabila anaknya meminta roti? Bapa yang manakah akan memberikan ular, apabila anaknya meminta ikan? Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu. Lebih-lebih lagi Bapa kamu yang di syurga; Dia akan memberikan apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada Dia! (Matius 7:9-11). Mungkin satu pengalaman peribadi akan menolong untuk mengilustrasikan asas ini. Bila saya seorang doctor masih di bawah latihan di Boston Children s Hospital, saya berkerja jam yang panjang dan selalu menunggang basikal di antara hospital itu dan rumah kami di Watertown, Massachusetts kerana isteri saya dan keluarga muda kami perlukan kereta kami. Pada suatu petang saya menunggang basikal pulang ke rumah selepas banyak jam berkerja di hospital, saya berasa sangat letih dan lapar dan memang tidak bersemangat. Saya tahu bahawa saya perlu berikan masa dan tenaga saya kepada isteri dan empat orang anak kecil saya bila saya sampai ke rumah dengan sikap yang gembira. Tetapi sebenarnya, memang sukar bagi saya untuk terus menunggang basikal. Dalam perjalanan saya, adanya satu kedai ayam goreng, dan saya berasa saya akan berasa kurang lapar dan kurang letih jika saya boleh henti untuk memakan satu keping ayam goreng. Saya tahu mereka ada satu jualan murah bagi paha ayam goreng, hanya dua puluh sembilan sen sekeping. Tetapi bila saya memeriksa dompet saya, saya hanya memunyai lima sen. Semasa saya terus menunggang basikal, saya memberitahu Tuhan tentang situasi saya dan meminta jika, dalam belas kasihannya, Dia dapat membolehkan saya untuk mendapati dua puluh lima sen lagi di tepi jalan. Saya beritahu Dia bahawa
October 2011 Sunday Afternoon Session---56 Elder J. Devn Cornish 348 Malay p.2 saya tidak perlukan ini sebagai satu tanda tetapi saya akan memang bersyukur jika Dia boleh mengurniakan saya berkat itu. Saya menengok tanah dengan lebih berhati-hati tetapi tidak dapat sebarang pun. Berusaha untuk menjaga satu sikap yang beriman dan submisif semasa saya menunggang basikal saya, saya mendekati kedai itu. Di seberang jalan dari kedai ayam goreng itu, saya ternampat satu duit syling dua puluh lima sen pada jalan itu. Dengan kesyukuran dan kelegaan, saya ambil duit syling itu, beli sekeping ayam goreng, dan menikmatinya, kemudian menunggang basikal balik ke rumah dengan kegembiraan. Dalam belas kasihannya, Tuhan syurga, Pencipta dan Pemerintah segala, sudah mendengar doa saya tentang satu perkaya yang kecil. Seseorang mungkin menanya mengapa Dia risau tentang perkara yang begitu kecil. Say percaya bahawa Bapa Syurgawi kita memang mengasihi kita jadi perkara yang penting bagi kita menjadi perkara yang penting bagi Dia, kerana Dia menyayangi kita. Betapa rela Dia ingin membantu kita dengan perkara besar yang benar yang kita minta? (lihat 3 Nefi 18:20)? Kanak-kanak kecil, para remaja, dan orang dewasa sekalian, sila percaya bahawa Bapa Syurgawi memang ingin memberkatimu. Tetapi kerana Dia tidak akan melanggar hak pilihan kita, kita mesti meminta bantuannya. Ini biasanya dilakukan melalui doa. Doa adalah salah satu kurnia yang berharga dari Tuhan kepada manusia. Ada satu kali, pengikut-pengikut Yesus menanya, Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa (Lukas 11:1). Dalam balasannya, Yesus memberikan kita satu teladan yang boleh melayani sebagai satu asas yang penting tentang doa (lihat Russell M. Nelson, Lessons from the Lord s Prayer, Liahona dan Ensign, Mei 2009, 46 49; juga lihat Matius 6:9-13; Lukas 11:1 4). Menurut teladan Yesus: Kita bermula dengan berucap kepada Bapa Syurgawi kita: Ya Bapa kami yang di syurga (Matius 6:9; Lukas 11:2). Ia adalah hak istimewa kita untuk berucap kepada Bapa kita secara terus. Kita tidak berdoa kepada apa-apa barang lain. Ingatkanlah bahawa kita sudah dinasihati untuk mengelakkan banyak kata yang tidak bererti, termasuk penggunaan nama Bapa terlalu banyak kali semasa kita berdoa. Engkaulah Tuhan yang Esa (Matius 6:9; Lukas 11:2). Yesus berucap kepada BapaNya dengan sikap bersembah, mengenali kemuliaannya dan berikannya pujian dan kesyukuran. Tentulah cara ini yang menghormati Tuhan dan memberikan kesyurkuran yang ikhlas dan khusus adalah salah satu kunci penting demi doa yang berkesan. Semoga Engkau memerintah di bumi kehendakmu ditaati (Matius 6:10; Lukas 11:2). Kita mengiktirafkan secara suka rela pergantungan kita kepada Tuhan dan
October 2011 Sunday Afternoon Session---56 Elder J. Devn Cornish 348 Malay p.3 menunjukkan keinginan kita untuk melakukan kehendakannya, walaupun kehendakannya tidak sama dengan kehendakan kita. Kamus Alkitab bahasa Inggeris menjelaskan: Doa adalah satu tindakan di mana kehendak Bapa dan kehendak anak dibawa kepada satu persetujuan dengan satu sama lain. Tujuan doa bukan untuk mengubahkan kehendak Tuhan, tetapi untuk memperoleh untuk kita diri sendiri dan orang lain berkat-berkat yang Tuhan sedia mengurniakan, tetapi bergantung di atas permintaan kita ( Bible Dictionary, Prayer). Berikan kami makanan yang kami perlukan pada hari ini (Matius 6:11; lihat Lukas 11:3). Kita minta demi perkara yang kita ingin dari Tuhan. Kejujuran adalah penting dalam permintaan kita kepada Tuhan. Adalah tidak jujur, sebagai contohnya, untuk meminta bantuan Tuhan untuk satu ujian sekolah jika saya tidak memberi perhatian dalam kelas, tidak melakukan kerja rumah, atau mengaji demi ujian itu. Sebanyak kali saya berdoa, Roh mengingatkan saya untuk mengakui bahawa saya harus berkerja lebih keras untuk menerima bantuan yang saya minta dari Tuhan. Kemudian saya mesti komit untuk melakukan bahagian saya. Adalah berlawanan dengan rancangan Tuhan untuk Tuhan melakukan perkara yang dapat kita lakukan diri sendiri. Ampunkanlah kesalahan kami (Matius 6:12) atau, dalam satu lagi versi, Ampunkanlah dosa kami (Lukas 11:4). Satu bahagian doa peribadi yang mustahak dan kadang kala dilupakan adalah pertaubatan. Pertaubatan mesti tertentu, ikhlas, dan tahan lama supaya ia berkesan. Seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami (Matius 6:12; lihat Lukas 11:4). Juruselamat sudah buat satu gabungan yang jelas di antara pemgampunan dosa-dosa kita dan mengampuni orang yang bersalah terhadap kita. Kadang-kala kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita adalah sungguh menyakitkan dan susah diampuni atau dilupai. Saya amat bersyukur terhadap keselesaan dan kesembuhan yang dapat saya peroleh dari jemputan Tuhan untuk menyerahkan kesakitan kita kepada Dia. Dalam Ajaran dan Perjanjian, bab 64, Dia berfirman: Aku, Tuhan, akan mengampuni yang akan Aku ampuni, tetapi darimu dituntut untuk mengampuni semua orang. Dan kamu seharusnya mengatakan dalam hatimu biarlah Tuhan menghakimi di antara aku dan engkau, dan memberi engkau pahala menurut perbuatanmu (A&P 64:10 11). Kemudian kita mesti lupakan kejadian itu dengan sepenuhnya, dan biarkan Tuhan mengendalikan perkara itu, jika kita hendak disembuhkan. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat (Matius 6:13, footnote a; from Joseph Smith Translation; juga lihat Lukas 11:4, footnote c; from Joseph Smith Translation). Jadi, dalam doa kita, kita boleh memulakan proses perlindungan untuk memakai perlengkapan perang Tuhan (lihat Efesus 6:11; A&P 27:15) dengan menantikan setiap hari dan mintakan pertolongan untuk
October 2011 Sunday Afternoon Session---56 Elder J. Devn Cornish 348 Malay p.4 menghadapi perkara yang menakutkan yang mungkin akan kita temui. Saya minta kamu, rakan-rakanku, jangan lupa untuk meminta Tuhan untuk melindungi kamu dan bersama kamu. Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya (Matius 6:13). Betapa penuh dengan maklumat bila Yesus menamatkan doa ini dengan memuji Tuhan sekali lagi dan menunjukkan takzimnya dan berserah kepada Bapa. Bila kita benarbenarnya percaya bahawa Tuhan memerintah kerajaannya dan Dia memiliki segala kuasa dan kemuliaan, kita mengenali bahawa Dia betul-betulnya bertanggungjawab, dan Dia menyayangi kita dengan kasih sayang yang sempurna, dan Dia hendakkan kita menjadi gembira. Saya sudah mendapati bahawa salah satu rahsia demi kehidupan yang bahagia adalah untuk mengenali bahawa pelaksanaan perkara dengan cara Tuhan dan bukan cara saya akan mendatangkan kegembiraan yang lebih besar. Adalah satu risoko bahawa seorang tidak berasa berkelayakan untuk berdoa. Idea ini datang dari roh jahat, yang mengajar kita untuk tidak berdoa (lihat 2 Nefi 32:8). Adalah memang satu tragic jika kita fikir bahawa kita terlalu berdosa untuk berdoa seperti seorang yang sangat sakit percaya bahawa dia terlalu sakit untuk menjumpai seorang doktor! Kita mestinya tidak memikirkan bahawa apa jenis doa pun, walaupun doa itu ikhlas, akan berkesan jika kita hanya mengucapkan doa itu sahaja. Kita tidak hanya mestinya mengucapkan doa kita, tetapi kita mesti hidup dengan soleh dan berkerja untuk menerima jawapan doa. Tuhan lebih bersuka hati terhadap orang yang berdoa dan berkerja dan bukan orang yang hanya berdoa. Seperti ubat, doa menjadi berkesan bila kita gunakannya mengikut arahan. Bila saya kata doa adalah satu hak istimewa yang manis, ia bukan hanya kerana saya bersyukur sebab saya dapat bercakap dengan Bapa Syurgawi dan dapat merasai RohNya bila saya berdoa. Ia juga kerana Dia benar-benarnya menjawap dan bercakap dengan kita. Tentunya, cara Dia bercakap dengan kita biasanya bukan dengan suara yang kita dengari. Presiden Boyd K. Packer menjelas: Lebih banyak kali,bunyi ilham yang manis dan diam datang secara satu perasaan dan bukan satu suara. Kecerdikan yang suci boleh datang ke fikiran Bimbingan ini datang secara fikiran, secara perasaan melalui peringatan dan impresi (Prayer and Promptings, Liahona and Ensign, Nov. 2009,44) Kadang kala nampaknya kita tidak menerima jawapan kepada doa kita yang ikhlas dan berusaha. Kita memerlukan iman untuk mengingati bahawa Tuhan jawab dalam tempoh masanya dan dengan caranya supaya Dia dapat memberkat kita dengan cara yang paling
October 2011 Sunday Afternoon Session---56 Elder J. Devn Cornish 348 Malay p.5 baik. Bila kita memikir dengan lebih mendalam, kita selalu menyedari bahawa kita sudah tahu dengan sepenuhnya apa yang harus kita lakukan. Jangan merasa tawar hati jika ini tidak berlaku kepada anda dengan serta-merta. Seperti membelajari satu bahasa asing, ia memerlukan latihan dan usaha. Sila tahu, bahawa, anda boleh belajar bahasa Roh, dan bila anda sudah belajar, ia akan berikan anda iman dan kuasa yang besar dalam kesolehan. Saya menghargai nasihat nabi kita, Presiden Monson, yang berkata : Kepada mereka yang dapat mendengari suara saya yang berjuang dengan cabaran-cabaran dan kesusahan yang besar atau kecil, doa adalah pembekal kekuatan rohani; ia akan menuju ke kedamaian. Doa adalah cara kita menghampiri Bapa Syurgawi kita, yang menyayangi kita. Bercakap kepada Dia dalam doa dan kemudian mendengar jawapan. Mukjizat dilakukan melalui doa ( Be Your Best Self, Liahona dan Ensign, Mei 2009,68). Saya amat bersyukur terhadap hak istimewa saya untuk menghadapi Bapa Syurgawi saya dalam doa. Saya bersyukur terhadap banyak kali Dia sudah mendengari doa saya dan menjawab doa saya. Sebab Dia menjawab doa saya, termasuk cara yang boleh diramal dan cara mukjizat, saya tahu bahawa Dia hidup. Saya juga bersaksi dengan rendah hati bahawa Yesus, Putera KudusNya, adalah juruselamat kita yang hidup. Ini adalah GerejaNya dan kerajaannya pada bumi ini; kerja ini benar. Kita berdoa bagi puhak Thomas S. Monson, nabinya; dan saya bersaksi dengan kepastian yang penuh dalam nama Yesus Kristus, amin.