AL-KAFI #1054 : STATUS IDDAH DAN HARTA PUSAKA WANITA YANG DITALAK SATU KEMUDIAN MATI SUAMINYA

dokumen-dokumen yang mirip
MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

BAB IV ANALISIS PERNIKAHAN DALAM MASA IDDAH. A. Analisis Pemikiran Pernikahan dalam Masa Iddah di Desa Sepulu Kecamatan

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

BAB IV ANALISIS PENDAPAT HUKUM TENTANG IDDAH WANITA KEGUGURAN DALAM KITAB MUGHNI AL-MUHTAJ

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid

Amir Syarifudin, Garis-Garis Besar FIQIH, (Jakarta:KENCANA. 2003), Hal-141. Totok Jumantoro, Kamus Ilmu Ushul Fiqih, (Jakarta: AMZAH.

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

Soalan Tudingan Pendidikan Islam Kertas 1 Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010 IBADAH

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

IDDAH DALAM PERKARA CERAI TALAK

ISTILAH MUNAKAHAT. Oleh: Meor Shukri Panduan ini adalah PERCUMA. Persediaan Perkahwinan Istilah Munakahat

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP KEBOLEHAN PENDAFTARAN PENCATATAN PERKAWINAN PADA MASA IDDAH

BAB IV ANALISIS KETENTUAN KHI PASAL 153 AYAT (5) TENTANG IDDAH BAGI PEREMPUAN YANG BERHENTI HAID KETIKA MENJALANI MASA IDDAH KARENA MENYUSUI

Apakah Wanita yang Dicerai Mendapat Warisan Dari Mantan Suaminya yang Wafat?

BAB III KAJIAN OBYEK PENELITIAN. A. Gambaran Umum Desa Telukawur Kecamatan Tahunan Kabupaten Jepara

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TENTANG IMPLIKASI TEKNOLOGI USG TERHADAP IDDAH

0C2B F A4?OpenDocument

Istri-Istri Rasulullah? Adalah Ibunya Orang-Orang Beriman

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

MAD{IAH ISTRI AKIBAT PERCERAIAN DI KELURAHAN SEMOLOWARU

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 2)

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah

Perzinahan dan Hukumnya SEPUTAR MASALAH PERZINAHAN DAN AKIBAT HUKUMNYA

A. Analisis Implementasi Pemberian Mut ah dan Nafkah Iddah dalam Kasus Cerai Gugat Sebab KDRT dalam Putusan Nomor 12/Pdt.G/ 2012/PTA.Smd.

BAB V PENUTUP. 1. Rincian pasal-pasal tentang murtad sebagai sebab putusnya perkawinan dalam Kompilasi Hukum Islam

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

Nafaqah merupakan kewajiban suami terhadap istrinya dalam

IMA>MIYAH TENTANG HUKUM MENERIMA HARTA WARISAN DARI

Hak Cipta Terpelihara :

BAB IV. A. Analisis hukum formil terhadap putusan perkara no. sebagai tempat untuk mencari keadilan bagi masyarakat pencari keadilan.

Waris Tanpa Anak. WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006)

TAFSIR AL BAQARAH Talak (Cerai) dalam Islam. Varyzcha

BAB IV. PERTIMBANGAN HAKIM DALAM PUTUSAN NOMOR 732/Pdt.G/2008/PA.Mks DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh

BAB IV KOMPARASI ANTARA HUKUM ISLAM DAN HUKUM POSITIF TERHADAP STATUS PERKAWINAN KARENA MURTAD

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB IV. dalam perkara nomor : 1517/Pdt.G/2007/PA.Sda mengenai penolakan gugatan

BAB IV. A. Analisis Pertimbangan Dan Dasar Hukum Hakim. Berdasarkan keterangan pemohon dan termohon serta saksi-saksi dari

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Standar Kompetensi : 7. Memahami hukum Islam tentang Waris Kompetensi Dasar: 7.1 Menjelaskan ketentuan-ketentuan hukum waris 7.2 Menjelaskan contoh

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP KASUS PERNIKAHAN SIRRI SEORANG ISTRI YANG MASIH DALAM PROSES PERCERAIAN

Cerai Talak : Termohon Sakit Jiwa

BAB IV ANALISIS PANDANGAN TOKOH MUI JAWA TIMUR TERHADAP PENDAPAT HAKIM PENGADILAN AGAMA PASURUAN TENTANG STATUS ISTRI SETELAH PEMBATALAN NIKAH

npengenalan SISTEM PUSAKA ISLAM 1. Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.

PUTUSAN Nomor 0785/Pdt.G/2015/PA.Pas BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM DEMI KEADILAN BERDASARKAN KETUHANAN YANG MAHA ESA

BAB I PENDAHULUAN. hidup atau sudah meninggal, sedang hakim menetapkan kematiannya. Kajian

BAB IV ANALISIS TENTANG STATUS PERWALIAN ANAK AKIBAT PEMBATALAN NIKAH

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB II LANDASAN TEORI

PEMBAGIAN WARISAN. Pertanyaan:

BAB I PENDAHULUAN. terhadap suatu persoalan berada pada tangan beliau. 2. Rasulullah, penggunaan ijtihad menjadi solusi dalam rangka mencari

P U T U S A N Nomor 0804/Pdt.G/2015/PA.Pas. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM DEMI KEADILAN BERDASARKAN KETUHANAN YANG MAHA ESA

I. PENDAHULUAN. Kehidupan manusia di dalam perjalanan di dunia mengalami 3 peristiwa yang

SOAL SEMESTER GANJIL ( 3.8 )

Cerai Talak: Pemohon dibebani untuk membayar Nafkah Iddah dan Mut ah

1 NIKAH, THALAK, I DDAH, RUJU

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB I PENDAHULUAN. istri dan anak-anaknya, ini didasarkan pada Surat Al-Baqarah ayat 233. Yang

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG IDDAH

P U T U S A N Nomor :----/Pdt.G/2010/PA.Slw. BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM DEMI KEADILAN BERDASARKAN KETUHANAN YANG MAHA ESA

STUDI ANALISIS TERHADAP PENDAPAT IMAM MALIK TENTANG HAK KEWARISAN ISTRI YANG DITALAK OLEH SUAMI YANG SEDANG SAKIT S K R I P S I DISUSUN OLEH :

BAB I PENDAHULUAN. untuk selamanya. Tetapi adakalanya karena sebab-sebab tertentu bisa

WARIS MENUNAIKAN WASIAT JIKA ADA

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

BAB IV ANALISIS. A. Tinjauan Yuridis terhadap Formulasi Putusan Perkara Verzet atas Putusan

BAB IV ANALISIS TERHADAP STATUS NASAB DAN KEWAJIBAN NAFKAH ANAK YANG DI LI AN AYAHNNYA MENURUT HUKUM ISLAM DAN HUKUM PERDATA INDONESIA

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Cerai Talak: Pemohon dibebani membayar Nafkah Iddah dan Mut ah

1. Perkhidmatan yang ditawarkan :

AMALAN WASIAT KEPADA WARIS DI MALAYSIA. Noor Lizza Mohamed Said

`IDDAH DAN TANTANGAN MODERNITAS. Siti Zulaikha

TINJAUAN HUKUM TERHADAP HAK DAN KEWAJIBAN ANAK DAN ORANG TUA DILIHAT DARI UNDANG UNDANG NOMOR 1 TAHUN 1974 DAN HUKUM ISLAM

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia

P U T U S A N Nomor 34/Pdt.G/2011/PTA. Btn. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM DEMI KEADILAN BERDASARKAN KETUHANAN YANG MAHA ESA

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Persenyawaan Buatan Dan Bayi Tabung Uji

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang. Suatu perkawinan yang di lakukan oleh manusia bukanlah persoalan nafsu

PUTUSAN Nomor 19/Pdt.G/2011/PA.Prg

BAB IV. A. Persamaan antara Ketentuan Batas Usia Anak Dalam Hak H{ad}a>nah Pasca

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH

Hukum Berkabung Atas Kematian Raja dan Pemimpin

P U T U S A N. Nomor: 0133/Pdt.G/2010/PA.Spn. BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM DEMI KEADILAN BERDASARKAN KETUHANAN YANG MAHA ESA

IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

Transkripsi:

AL-KAFI #1054 : STATUS IDDAH DAN HARTA PUSAKA WANITA YANG DITALAK SATU KEMUDIAN MATI SUAMINYA 1 / 5

Soalan: Assalamualaikum wbt, Sekiranya seorang isteri dicerai dengan talak satu, kemudian ketika iddah suami itu meninggal, adakah iddah talak satu itu bertukar kepada iddah meninggal dunia? Dan adakah si isteri layak mendapat faraid? Jawapan: Waalaikumussalam wbt, Cerai talak satu disebut juga sebagai talak raj i. Ia bermaksud talak yang boleh dirujuk. Di dalam Hukum Syarak, hak rujuk itu ada dua kali. Ini berdasarkan firman Allah?:??????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. (Surah al-baqarah: 229) Imam al-mawardi (w.450) menyebut dalam tafsirnya: (antara tafsir ayat ini) bahawa ia menerangkan bilangan talak dan penentuannya dengan tiga kali, dan bahawa sanya lelaki itu memiliki hak rujuk pada dua talak dan tidak pula memilikinya pada talak ketiga. Inilah pendapat `Urwah dan Qatadah. Rujuk Tafsir al-mawardi (1/293) Allah? berfirman lagi tentang iddah wanita yang ditalak raj i sedangkan dia adalah seorang yang berhaid:???????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). (Surah al-baqarah:228) Berkata Imam al-baghawi (w.510): Dan berpendapat sekumpulan ulama bahawa maksud (quru ) ialah waktu-waktu suci dan inilah pendapat Zaid bin Thabit, Abdullah bin Umar, Aisyah, dan ini merupakan pendapat fuqaha yang tujuh dan al-zuhri, dan juga pendapat Rabi`ah, Malik 2 / 5

dan al-syafie. Rujuk Ma`alim al-tanzil (1/266) Manakala bagi wanita yang tiada haid, seperti sudah putus haid atau tidak pernah haid, iddah mereka adalah tiga bulan Hijriyyah. Ini berdalilkan firman Allah?:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang sudah terputus haidnya (menopaus) dari kalangan isteri-isteri kamu sekiranya kamu ragu ragu (berkenaan iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu juga perempuan yang tidak ada haidnya (belum sampai tempoh haid). (Surah al-tolaq: 4) Namun sekiranya seseorang wanita itu kematian suami, dia tetap perlu beriddah namun jumlahnya berbeza yakni empat bulan sepuluh hari. Ini seperti mana yang telah dinaskan dalam al-quran:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. (Surah al-baqarah: 234) Timbul isu, sekiranya wanita yang pada awalnya ditalakkan oleh suaminya dengan talak raj I, sepert talak satu, kemudian sewaktu wanita itu masih beriddah, bekas suaminya itu mati. Apakah wanita itu perlu menjalani iddah talak raj i atau iddah wafat? Isu ini dijawab oleh Imam al-nawawi (w.676) dalam Minhaj al-tolibin:???????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Jika seorang (bekas suami) itu mati ketika dalam talak raj ie maka berubah iddah (bekas isteri) itu kepada iddah wafat, atau sekiranya ia talak ba in maka tidak berubah Fakta ini dihurai lagi oleh Imam Ibn Hajar al-haitami dalam Tuhfah al-muhtaj (8/251): Maka gugur bilangan berbaki daripada iddah talak lalu wajib wanita itu berihdad (berkabung) dan gugur nafkahnya. Manakala untuk talak ba in seperti wanita yang nikahnya difasakhkan maka tidak berubah iddahnya sebaliknya hendaklah wanita itu menyempurnakan iddah talak atau 3 / 5

fasakh kerana dia bukan isteri dan tidak wajib baginya untuk berkabung dan bagi nafkah sekiranya dia hamil. Imam al-khatib al-syirbini (w.977) pula berkata: (Hukum) berpindah daripada iddah talak kepada iddah wafat secara ijmak seperti mana yang diceritakan oleh Ibn al-mundzir. Rujuk Mughni al-muhtaj (5/95) Syeikh Muhammad al-zuhaili juga menyebut dalam al-mu tamad (4/256): Sekiranya seorang lelaki mentalakkan isterinya dengan talak raj`ie, kemudian lelaki itu mati meninggalkannya, sedangkan wanita itu masih dalam iddah, maka berubahlah iddahnya kepada iddah wafat. Sekiranya dia mengandung, maka maka (iddah) sehingga bersalin. Jika dia tidak mengandung, maka iddahnya bermula semula daripada waktu wafatnya suami secaranya ijmak dan gugur daripada iddah talak. Ini kerana wanita yang ditalak raj ie masih dianggap dalam hukum isteri (daripada sudut ini). Dan apabila suami itu mati meninggalkannya yakni isterinya maka wajib juga ke atas wanita itu untuk berkabung dan wanita itu tak berhak mendapatkan nafkah. Adapun jika talak ba in maka tidak berubah kepada iddah wafat kerana wanita itu bukan lagi isterinya maka hendaklah wanita itu menyempurnakan iddah talak, tidak wajib baginya berkabung, dan baginya nafkah sekiranya hamil. Berdasarkan hujah di atas difahami bahawa wanita yang ditalak raj`ie masih lagi berlaku ke atasnya sebahagian hukum hakam isteri. Bagaimana pula dengan isu harta peninggalan? Jawapannya, wanita yang berada dalam iddah bagi talak raj ie berhak untuk mendapatkan bahagian isteri dalam harta pusaka. Berkata Imam al-nawawi dalam al-minhaj: Sebab-sebab perwarisan itu ada empat; hubungan kerabat, nikah Ini dihuraikan dalam Hasyiyata Qalyubi wa `Umairah (3/173): Kebiasaannya, masing-masing (yakni suami dan isteri) saling mewarisi antara satu sama lain, sekalipun dalam talak raj ie Berkata pengarang kitab al-mu`tamad (4/350): Disyaratkan wujud hubungan pernikahan yang hakiki yakni perempuan itu berada dalam perkahwinan apabila suami itu mati, atau secara hukum seperti perempuan itu ditalak raj ie kemudian mati suaminya itu semasa dia masih dalam tempoh iddah. Berdasarkan fakta di atas, kami menyimpulkan perkara berikut: Wanita yang telah ditalak satu oleh suaminya kemudian suami itu mati semasa dalam tempoh iddah, maka berubah iddah itu bermula pada saat kematian kepada iddah wafat yakni empat bulan sepuluh hari. Ini kerana wanita berkenaan masih berlaku ke atasnya sebahagian hukum perkahwinan. Wanita itu juga berhak terhadap harta pusaka suaminya yakni satu perempat jika tiada anak, dan satu perlapan sekiranya ada anak. Semoga pencerahan ini memberikan kefahaman kepada penanya dan pembaca. 4 / 5

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) Source: FATWA TERKINI DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 5 / 5