SOALAN LAZIM. 7. Adakah penjamin atau cagaran diperlukan? Tiada penjamin atau cagaran yang diperlukan untuk pembiayaan peribadi YYP.

dokumen-dokumen yang mirip
LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Overdraf. November 2017

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

Terma dan Syarat OCBC SME Access

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI


2. KESAHAN MATA GANJARAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBIAYAAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

2.2. Semua harga yang ditawarkan oleh wakil-wakil Rapid Data Recovery adalah tidak termasuk VAT (pada kadar 17.5% daripada jumlah boleh dibayar.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

SYNERGY CARDS SDN BHD

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF MENGEKALKAN KEANGGOTAAN

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Nama Anggota:. ( nama penuh ) No.Anggota : No.K/P Baru : No.K/P Lama : Tarikh Lahir : Umur : Gaji Pokok : Alamat Sekolah :...No.Tel(Sek) :..

Transkripsi:

SOALAN LAZIM 1. Siapakah Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad ( YYP )? YYP adalah yayasan bernombor pendaftaran syarikat 249763-U dengan jaminan seperti yang termaktub di dalam Akta Syarikat 2016. Ia BUKAN sebuah koperasi di bawah Akta Koperasi 1993. 2. Apakah produk yang ditawarkan oleh YYP? YYP menawarkan produk pembiayaan peribadi Islam tanpa cagaran, khas untuk penjawat awam Malaysia. Kadar keuntungan produk YYP dikira berdasarkan kadar tetap. 3. Adakah saya layak memohon pembiayaan YYP? Anda layak jika anda memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Bekerja sebagai penjawat awam di Malaysia 2. Warganegara Malaysia 3. Berumur 20-58 tahun. Maksimum bagi anggota polis adalah berumur 55 tahun 4. Pekerja tetap sekurang-kurangnya 1 tahun perkhidmatan 5. Pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,500 6. Tidak dalam proses muflis dan / atau disenarai bankrap 7. Melepasi penelitian skor kredit YYP 4. Bagaimanakah saya boleh memohon pembiayaan YYP? Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami melalui butiran pertanyaan yang dinyatakan pada soalan 31. 5. Apakah maklumat yang perlu disediakan untuk permohonan pembiayaan saya? Anda dikehendaki menyediakan: 1. Salinan Kad Pengenalan ("KP") 2. Salinan Kad Pengenalan Polis yang disahkan (jika berkenaan) 3. Salinan sah 3 bulan slip gaji terkini - disahkan oleh majikan 4. Penyata bank terkini (akaun gaji / akaun menerima pembiayaan) 5. Surat pengesahan jawatan 6. Surat opsyen, jika berkenaan 7. Surat penukaran jabatan atau surat penempatan, jika berkenaan 8. Penyata penyelesaian awal, jika berkenaan 6. Adakah saya perlu memberi maklumat peribadi yang lain, cth. laporan kredit? Tidak. Walaubagaimanapun, persetujuan anda untuk mendedahkan laporan kredit diperlukan untuk memudahkan proses permohonan pembiayaan. Maklumat kredit anda akan digunakan sebagai sebahagian daripada pertimbangan semasa menawarkan produk pembiayaan. 7. Adakah penjamin atau cagaran diperlukan? Tiada penjamin atau cagaran yang diperlukan untuk pembiayaan peribadi YYP.

8. Adakah maklumat peribadi yang saya disediakan untuk permohonan saya ini selamat? Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat mengikut Terma-terma Penggunaan Am dan Notis Peribadi kami. Kami menyimpan, melindungi dan memproses data peribadi anda dengan cara yang selamat dengan mengekalkan perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur yang mematuhi undang-undang Malaysia. Sehubungan dengan perlaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami telah mengambil langkah bagi memastikan pematuhannya. Kami akan sedaya upaya berusaha untuk mencegah sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan dan / atau menyalahi undang-undang, dan kehilangan, kemusnahan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada data peribadi anda. Sila rujuk laman web kami untuk Terma-terma Penggunaan Am dan Notis Peribadi kami. 9. Bagaimanakah saya ingin menukarkan / mengemaskini maklumat setelah menghantarkan permohonan? Untuk menukar atau mengemaskini maklumat anda selepas menghantar permohonan, sila hubungi wakil pemasaran yang mengendalikan permohonan anda, atau rujuk soalan 31. 10. Adakah produk pembiayaan peribadi YYP mematuhi syariah? Apakah konsep syariah yang digunakan? Produk pembiayaan peribadi YYP adalah mematuhi konsep syariah. Konsep syariah yang digunakan ialah Murabahah, yang merujuk kepada jualan berdasarkan kos ditambah dengan kos pengambilalihan keuntungan penjual (YYP) didedahkan kepada pembeli (pelanggan) semasa kontrak. 11. Berapakah jumlah kelayakan yang boleh saya pinjam dan berapa lama? Sila rujuk jadual berikut: Pekerja Tetap RM Min Jumlah Pembiayaan Semenanjung Malaysia: 3,000 Sabah/Sarawak: 2,500 Max Jumlah Pembiayaan 150,000 Tempoh Pembiayaan 1 10 tahun * *Tertakluk kepada penilaian kredit. 12. Apakah kadar keuntungan untuk produk pembiayaan YYP? Kadar keuntungan yang ditawarkan boleh disemak dari semasa ke semasa bergantung pada produk kami yang terkini. Pada masa ini, kadar keuntungan kami adalah daripada 6.50% p.a. kepada 9.99% p.a., yang akan ditawarkan bergantung pada profil kredit dan rekod kewangan anda. Kadar keuntungan akan tetap seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sepanjang tempoh pembiayaan. 13. Adakah terdapat rebat tunai? Produk kami tidak mempunyai rebat tunai atau ganjaran tunai pada bila-bila masa atau dalam apa jua bentuk sekalipun.

14. Apakah manfaat anggota YYP? Adakah terdapat yuran keanggotaan? Keanggotaan YYP membenarkan anda memohon bantuan pembiayaan peribadi dengan YYP, tertakluk kepada kelayakan anda. Anggota lama dengan profil kredit kukuh juga lebih berpeluang untuk menikmati kadar keuntungan yang lebih menarik. Yuran keanggotaan adalah RM20 setiap bulan dan tidak boleh dikembalikan. Dana yang diterima boleh, menurut budi bicara YYP sendiri, digunakan untuk sumbangan kepada kegiatan amal, mesyuarat untuk anggota dan/atau biasiswa kepada individu yang memenuhi syarat. 15. Adakah yuran keanggotaan akan dipulangkan? Harap maaf, yuran keanggotaan tidak boleh dipulangkan. 16. Adakah terdapat pembayaran atau ansuran lanjutan yang perlu saya tanggung? Perbelanjaan akan ditolak terdahulu daripada jumlah pembiayaan asal anda dan termasuk tetapi tidak terhad kepada, yuran pemprosesan, yuran broker, duti setem, caj pentadbiran, yuran langganan, yuran keanggotaan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, jika berkenaan. Ansuran lanjutan, antara 0 hingga 2 bulan, adalah tertakluk kepada produk yang ditawarkan kepada anda berdasarkan profil kredit dan rekod pembayaran anda dan juga akan ditolak terdahulu daripada jumlah pembiayaan asal anda. Oleh kerana bayaran yuran dan caj telah ditolak, anda tidak perlu membayar lagi kepada orang lain apa-apa bayaran lanjut dalam apa jua keadaan. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami seperti yang tertera dalam soalan 31 jika anda diminta untuk membayar sebarang bayaran tambahan oleh Wakil Pemasaran dengan segera. 17. Adakah terdapat perlindungan insurans atau Takaful untuk pembiayaan saya? Tiada perlindungan insurans atau Takaful bagi produk pembiayaan YYP. 18. Berapakah jumlah pembiayaan bersih yang akan saya terima? Jumlah pembiayaan bersih adalah jumlah setelah menolak semua yuran yang diperlukan dan ianya tertakluk kepada produk yang ditawarkan kepada anda. Ini akan dikemukakan dengan jelas kepada anda untuk dipertimbangkan sebelum pengesahan untuk meneruskan permohonan pembiayaan semasa proses akad. 19. Bila dan bagaimanakah saya akan menerima pembiayaan? Anda akan menerima pembiayaan anda dalam masa 2-3 hari bekerja, tertakluk kepada dokumentasi lengkap, pengesahan majikan dan pengesahan pelanggan. Perolehan akan didebitkan ke akaun anda melalui pemindahan telegraf. 20. Apakah maksud akad? Akad adalah waad antara dua pihak di mana YYP membuat tawaran kepada pelanggan untuk membuat proses urusniaga pembiayaan peribadi dan pelanggan bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Pelanggan perlu memahami soalan dan / atau pengesahan yang dikemukakan semasa proses akad dan memberikan butiran yang sewajarnya. Penerimaan atau penolakan tawaran oleh pelanggan harus dibuat dengan jelas sebelum perjanjian dilengkapkan. Semua perbualan semasa akad akan dirakam.

21. Adakah saya akan dimaklumkan mengenai permohonan saya sekiranya permohonan saya diluluskan / ditolak / dibatalkan? Kami akan menghubungi anda untuk pengesahan pelanggan (akad) semasa proses permohonan. Anda akan dimaklumkan melalui emel sebaik sahaja pembiayaan dikreditkan ke dalam akaun selepas permohonan anda diluluskan dan anda telah menerima tawaran semasa proses akad dilakukan. Dengan ini, emel anda diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa YYP mempunyai hak penamatan seperti yang tertera dalam soalan 23 di bawah. Untuk menerima status permohonan semasa anda, sila hubungi wakil pemasaran yang mengendalikan permohonan anda. 22. Bagaimanakah saya menarik balik atau membatalkan permohonan saya? Hak pembatalan pelanggan Pelanggan berhak untuk membatalkan kemudahan pembiayaan pada bila-bila masa sebelum atau selepas pembiayaan. Sebelum pembiayaan diterima Anda boleh menarik balik atau membatalkan permohonan anda dengan menolak tawaran dan menyatakan keinginan anda semasa proses akad. Sebaliknya, sila hubungi wakil pemasaran yang mengendalikan permohonan anda. Selepas pembiayaan diterima Anda hanya boleh menarik balik atau membatalkan permohonan anda dalam masa 14 hari daripada tarikh perjanjian jika pembiayaan telah diterima. Jumlah penuh pembiayaan mesti dipulangkan kepada YYP dan yuran pemprosesan sebanyak RM250 akan dkenakan. Selepas 14 hari dari tarikh perjanjian dan pembayaran, pembatalan atau menarik balik permohonan akan dikira sebagai penyelesaian awal. Anda perlu membayar YYP hutang Harga Jualan daripada kemudahan pembiayaan dan segala rebat akan tertakluk kepada budi bicara YYP. Sila rujuk soalan 28 untuk kaedah pengiraan rebat. 23. Mengapa permohonan saya ditolak/kemudahan ditamatkan? Pemohonan ditolak sebelum pembiayaan diterima Permohonan yang tidak memenuhi syarat seperti yang tersenarai dalam soalan 3 boleh dibatalkan. Permohonan anda juga boleh ditolak bergantung kepada profil kredit anda, keadaan kewangan semasa dan komitmen.

23. Mengapa permohonan saya ditolak/kemudahan ditamatkan? (sambungan) Kemudahan ditamatkan selepas pembiayaan diterima YYP berhak untuk menamatkan kemudahan yang diterima dan mempercepatkan pembayaran kemudahan dan/atau permintaan bayaran penuh dalam tempoh empat belas (14) hari notis bertulis jika mana-mana kejadian seperti berikut berlaku: Kemungkiran dalam membayar mana-mana ansuran atau pembayaran dan / atau wang lain jika perlu dibayar. Penyampaian petisyen kebankrapan terhadap pelanggan. Jika pelanggan telah menjadi tidak waras atau mati. Jika maklumat yang diberikan oleh pelanggan terbukti tidak betul atau mengelirukan atau mengandungi fakta-fakta yang tertinggal. Jika terdapat pendapat mutlak dari YYP, kemudahan itu tidak dikendalikan dengan memuaskan. Jika prosiding undang-undang, mana-mana tuntutan tindakan dimulakan terhadap pelanggan. 24. Bagaimanakah proses pembayaran balik pembiayaan berfungsi? Pembiayaan pembayaran balik dilakukan secara bulanan melalui skim potongan gaji yang tidak berdiskriminasi dan diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa). Sekiranya potongan gaji tidak diaktifkan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami yang tertera pada soalan 31 untuk mengatur pembayaran balik ke atas jumlah tunggakan yang terhutang kepada kami. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran dibuat dengan setiap bulan sehingga penyelesaian sepenuhnya. Kemudahan Direct Debit juga boleh didapati sekiranya skim potongan gaji bulanan tidak dapat diaktifkan dan / atau diberhentikan. Anda akan bertanggungjawab untuk memastikan butiran akaun dengan YYP dikemaskini atau menandatangani Borang Kebenaran Direct Debit yang baru sekiranya terdapat perubahan pada akaun Direct Debit anda. 25. Mengapakah terdapat perbezaan antara ansuran bulanan yang tertera dalam Perjanjian Jualan Komoditi dengan slip gaji saya? Perbezaan tersebut adalah caj yang dikenakan oleh Angkasa, pihak yang mengendalikan potongan gaji, caj SST dan yuran keanggotaan. 26. Apakah yang akan berlaku jika saya terlebih membayar ansuran untuk bulan ini? Semua bayaran yang berlebihan akan dianggap sebagai prapembayaran dan digunakan untuk menolak baki kasar atau jumlah tunggakkan. Prapembayaran bukan jumlah untuk ansuran pendahuluan dan tidak akan merendahkan bayaran keuntungan atau jumlah ansuran akan datang. Pembayaran balik jumlah ansuran asal masih diperlu pada bulan berikutnya. Pelanggan boleh meminta bayaran balik jika terdapat lebihan potongan pada gaji atas sebab-sebab teknikal tertakluk kepada tiada tunggakan pembayaran yang tertunggak. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami seperti yang tertera pada soalan 31 untuk memudahkan pengurusan bayaran balik anda.

27. Bilakah pembayaran balik saya bermula? Pembayaran balik pembiayaan akan tertera dalam slip gaji 3 bulan selepas anda menerima pembiayaan. Sebagai contoh, pembayaran balik anda akan bermula pada slip gaji April 2019 setelah menerima pembiayaan anda pada bulan Januari 2019. 28. Bolehkah penyelesaian awal dibuat ke atas pembiayaan peribadi saya? Apakah prosedurnya? Ya, pembiayaan penyelesaian awal anda dibenarkan dengan mengikuti 2 langkah yang mudah. 1. Dapatkan Penyata Penyelesaian Awal anda Anda perlu meminta Penyata Penyelesaian Awal sebelum membuat bayaran pembiayaan peribadi anda. Untuk mendapatkan Penyata Penyelesaian Awal: 1.1 Lengkapkan borang permohonan perkhidmatan yang boleh didapati di http://www.yyp.com.my di Muat Turun > Borang Permohonan Perkhidmatan. 1.2 Bayar yuran pemprosesan RM60 untuk setiap Penyata Penyelesaian Awal kepada: Bank : Ambank Akaun nombor : 0012010026381 Nama penerima : Mezzanine Enterprise Sdn Bhd 1.3 Emel borang permohonan perkhidmatan berserta nama, nombor IC dan bukti pembayaran kepada pertanyaan@yyp.com.my. Anda akan menerima Penyata Penyelesaian Awal dalam masa 30 hari selepas pembayaran. 2. Bayar dan selesaikan pembiayaan peribadi anda Selepas menerima Penyata Penyelesaian Awal anda, anda boleh membuat bayaran pembiayaan tertunggak anda berdasarkan jumlah yang tertera dalam penyata. Penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk pembiayaan semula melalui pembiaya luar atau pembayaran terus melalui servis bank yang berikut: Internet Banking Cash Deposit Machine (CDM)

28. Bolehkah penyelesaian awal dibuat ke atas pembiayaan peribadi saya? Apakah prosedurnya? (sambungan) Rebat (Ibra ) untuk penyelesaian awal akan mengikut budi bicara dan tertakluk kepada polisi dalaman dan dikira seperti berikut: Rebat (Ibra ) = Keuntungan Belum Diperolehi x Kadar Polisi Dalaman - Kos Dan Caj Yang Dikenakan* *termasuk caj penyelesaian awal, kos pembiayaan komited, bayaran yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan penyelesaian awal dan kos lain yang ditanggung / akan ditanggung akibat penyelesaian awal. Rebat akan tertera sebagai pengurangan dalam elemen keuntungan belum diperolehi bagi kemudahan pembiayaan dan bukan dalam bentuk tunai yang akan dibayar kepada anda. Dengan ini, jumlah penyelesaian dikira seperti berikut: Jumlah Penyelesaian = Harga Jualan Tertunggak Rebat (Ibra ) 29. Mengapa saya perlu membayar RM60 untuk Penyata Penyelesaiaan Awal Yuran pemprosesan sebanyak RM60 akan dikenakan untuk menutup semua kos yang diperlukan berikutan daripada memproses permintaan anda, termasuk pengiraan semula keuntungan untuk pertimbangan rebat dan baki tertunggak. 30. Apakah implikasi sekiranya saya gagal menunaikan obligasi-obligasi saya? Sekiranya anda gagal membuat bayaran ansuran pada tarikh yang ditetapkan, caj bayaran lewat berikut akan dikenakan: a. Semasa Tempoh Pembiayaan Caj bayaran lewat sebanyak 1.0% setahun akan dikenakan ke atas bayaran ansuran tertunggak. b. Selepas Tempoh Matang Pembiayaan Caj bayaran lewat berdasarkan kadar semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam (Islamic Interbank Money Market atau IIIM) akan dikenakan ke atas baki tertunggak Harga Jualan YYP sehingga pembayaran penuh Harga Jualan YYP. Harga Jualan YYP ialah harga jualan yang dipersetujui dibayar oleh pelanggan untuk pembelian komoditi sepertimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Jualan Komoditi. c. Kemungkiran Pembayaran Sekiranya berlaku kemungkiran (tiada bayaran) satu (1) bulan atau lebih ansuran, tindakan undang-undang akan diambil jika anda gagal memberi maklum balas terhadap notis peringatan. d. Hak Tolakan (Offset) Jumlah Tunggakan Jika anda mempunyai jumlah tertunggak daripada pembiayaan terdahulu bersama YYP, YYP berhak untuk menolak jumlah tunggakan daripada jumlah pembiayaan yang baru sebelum dikreditkan kepada anda.

30. Apakah implikasi sekiranya saya gagal menunaikan obligasi-obligasi saya? (sambungan) e. Tindakan Undang-undang YYP berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan semua kos akan ditanggung oleh pelanggan. Tindakan undang-undang terhadap anda akan menjejaskan penilaian kredit anda dan menyebabkan kredit yang lebih sukar atau mahal untuk anda perolehi pada masa depan. 31. Dari manakah saya boleh mendapat bantuan dan pembelaan? Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam memenuhi obligasi pembayaran anda atau ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan kami, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di :- Waktu bekerja : Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi 6 petang Tel : 03-4047 0888 Emel : pertanyaan@yyp.com.my