PERADUAN JOM MASAK & MENANG BERSAMA MAGGI - SARAWAK TERMA DAN SYARAT. 2. Promosi: PERADUAN JOM MASAK & MENANG BERSAMA MAGGI SARAWAK

dokumen-dokumen yang mirip
PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

TERMA & SYARAT PERADUAN

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN RASA & MENANG

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Terma & Syarat Kempen MyDebit

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma & Syarat Peraduan DSG 45th Anniversary

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

PROJEK BLISS: TRANSFORMASI DIRIKU TERMA DAN SYARAT

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Contoh: Setiap pek MILO 2kg (pek keseluruhan), peserta akan mendapat 10 Mata.

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

a. Giant b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

PETRONAS DAGANGAN BERHAD RACE TO WIN TERMA & SYARAT Peraduan

Terma & Syarat. 1.3 Hanya transaksi menggunakan kad ATM/Debit layak untuk menyertai promosi ini.

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

SELFIE & HASHTAG #COMFORTHIJABI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

JomPAY epayment Campaign Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Transkripsi:

PERADUAN JOM MASAK & MENANG BERSAMA MAGGI - SARAWAK TERMA DAN SYARAT Jadual bagi Syarat Penyertaan 1. Penganjur: Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H]. 2. Promosi: PERADUAN JOM MASAK & MENANG BERSAMA MAGGI SARAWAK 3. Tempoh Promosi: Promosi bermula jam 12:00 tengah malam pada 01/05/2019 dan ditutup jam 11:59 malam pada 30/06/2019. 4. Kelayakan: Promosi ini terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia yang menetap di SARAWAK yang berusia 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi. 5. Kaedah Penyertaan: a. Setiap pembelian mana-mana produk MAGGI yang turut serta seperti yang tertera di borang penyertaan Promosi [ Borang ] dengan tarikh luput Mei 2019 dan ke atas sepanjang Tempoh Promosi akan melayakkan Peserta untuk menyertai Promosi. b. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian [ Jadual BP ] yang ditunjukkan dalam Borang untuk pembungkusan produk yang dikehendaki sebagai bukti pembelian untuk menyertai Promosi dan nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Produk [ BP ]. c. Borang boleh didapati di semua gedung yang turut serta dan di laman web Penganjur di: www.maggi.com.my. d. Senarai gedung yang turut serta boleh juga didapati di laman web Penganjur atau bila anda menghubungi Talian Khidmat Pengguna Penganjur di 1800 88 3433. e. Peserta dikehendaki melengkapkan setiap Borang dengan butirbutir yang diperlukan, iaitu nama penuh seperti dalam MyKad, nombor MyKad, alamat, nombor hubungan, tandakan satu [1] pilihan Hadiah Mingguan dan menjawab dengan betul dua [2] soalan Betul atau Salah yang ditunjukkan dalam borang penyertaan [ Butir-Butir Dikehendaki ]. f. Terdapat dua [2] cara untuk menyertai Promosi iaitu samada melalui pos ATAU Kotak Kutipan Jurujual Promosi. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Page 1 of 10

Penyertaan melalui pos: Borang yang lengkap dengan Butir- Butir Dikehendaki bersama satu [1] BP mesti dimasukkan ke dalam sampul surat [ Penyertaan ] dan dihantar melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam Borang. Penyertaan melalui Kotak Kutipan Jurujual Promosi: Penyertaan juga boleh dimasukkan ke dalam Kotak Kutipan Jurujual Promosi yang terdapat di gedung turut serta yang terpilih. g. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Penyertaan yang diingini tetapi setiap BP layak untuk satu [1] Penyertaan sahaja. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto Borang dan dilengkapkan secara original diterima. 6. Tarikh Tutup Penyertaan: 7. Hadiah Mingguan: Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 11:59 malam pada 30/06/2019. Semua Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik. a. Terdapat 5 [Lima] Hadiah Mingguan pilihan pemenang untuk dimenangi setiap minggu selama sembilan [9] minggu. b. Terdapat sejumlah empat puluh lima [45] Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi. c. Pilihan Hadiah Mingguan adalah seperti berikut: Pilihan 1: 1 [Satu] Periuk Nasi Panasonic SRDF181. Pilihan 2: 1 [Satu] Pemproses Makanan Philips HD7628. Pilihan 3: 1 [Satu] Ketuhar Gelombang Mikro Panasonic NNSM33HMMPQ. d. Peserta mesti menyatakan satu [1] pilihan Hadiah Minguan di dalam Penyertaan. e. Tempoh sembilan [9] minggu adalah seperti berikut: Minggu 1: 01/05 07/05/2019 Minggu 2: 08/05 14/05/2019 Minggu 3: 15/05 21/05/2019 Minggu 4: 22/05 28/05/2019 Minggu 5: 29/05 04/06/2019 Minggu 6: 05/06 11/06/2019 Minggu 7: 12/06 18/06/2019 Minggu 8: 19/06 25/06/2019 Minggu 9: 26/06 30/06/2019 8. Maklumat Pengadilan Hadiah Mingguan: a. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang Hadiah Mingguan, b. Penganjur akan memperuntukkan satu nombor bersiri bagi setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sebagai Penyertaan yang berjaya setiap minggu, sepanjang Page 2 of 10

Tempoh Promosi menurut BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif Penyertaan Layak ]. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan bagi Penyertaan Layak bermula dengan nombor bersiri 1. c. Setiap minggu nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan dicampurkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [ Jumlah Penyertaan Layak ]. Andainya Jumlah Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 889, Penganjur akan mengira dan memilih berdasarkan cara berikut: Pemilihan lima [5] Finalis Hadiah Mingguan: 889 5 = 177.8. Oleh sebab pembahagian 889 dengan 5 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 177.8 akan dibundarkan ke bawah kepada 177. Lima [5] Peserta berikut dengan Penyertaan Layak dalam minggu tersebut yang diberikan nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Finalis Hadiah Mingguan: 177*, 354*, 531*, 708 and 885. [*contoh pengiraan: 177, 177+177=354, 354+177= 531]. 1. Hadiah Utama: 2. Maklumat Pengadilan Hadiah Utama: a. Terdapat 3 [Tiga] Hadiah-hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi. b. Sejumlah tiga [3] Peserta akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Akhir MAGGI 2019 [ Cabaran ] untuk menentukan Hadiah-hadiah Utama mereka. c. Tiga [3] Hadiah-hadiah Utama adalah seperti berikut: Hadiah Utama: Satu [1] Isuzu D-Max Edisi Terhad X Series 3.0L OTR bernilai RM136,000. Hadiah Pertama: Satu [1] RM5,000 Wang Tunai. Hadiah Kedua: Satu [1] RM3,000 Wang Tunai. a. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang Hadiah Utama, SEMUA Penyertaan Layak yang dikumpul dan diproses oleh Penganjur semasa proses pemilihan pemenang mingguan dan sepanjang Tempoh Promosi akan diperuntukkan secara berasingan satu set nombor bersiri yang bermula dengan nombor bersiri 1. b. Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan dicampurkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak yang dikumpulkan sepanjang Tempoh Promosi [ Jumlah Keseluruhan Penyertaan Layak ]. Andainya Jumlah Keseluruhan Penyertaan Layak sepanjang Tempoh Promosi ialah 13483, Penganjur akan mengira dan memilih berdasarkan cara berikut: Pemilihan tiga [3] Finalis Utama: 13483 3 = 4494.30. Oleh sebab pembahagian 13483 dengan 3 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 4494.3 akan dibundarkan ke bawah kepada 4494. Tiga [3] Peserta berikut Page 3 of 10

dengan Penyertaan Layak Tempoh Promosi tersebut yang diberikan nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Finalis Utama: 4494*, 8988*and 13482*[* contoh pengiraan: 4494, 4494+4494=8988, 8988+4494= 13482]. 3. Hadiah Bonus dan Maklumat Pengadilan: 4. Syarat Tambahan: a. Hadiah Bonus Tidak Terhad berupa RM100 Kad Petronas setiap satu. Pemilihan Finalis tidak terhad bagi Hadiah Bonus: Setiap Peserta dengan Penyertaan Layak yang diperuntukkan nombor bersiri setiap ke-1000 akan dipilih sebagai Finalis: 1000*,2000*, 3000*, 4000, 5000, 6000 dan seterusnya. [*contoh pengiraan: 1000, 1000+1000=2000, 2000+1000=3000]. a. Penganjur akan menghubungi semua Finalis Hadiah Mingguan dan Hadiah Bonus menerusi nombor hubungan yang dinyatakan dalam Penyertaan Layak yang diterima oleh Penganjur. Setiap Finalis terpilih akan diberikan satu [1] soalan untuk dijawab. Finalis terpilih mesti menjawab soalan yang dikemukakan oleh Penganjur dengan betul untuk memenangi Hadiah. b. Penganjur akan menghubungi semua Finalis Utama menerusi nombor hubungan yang diterima oleh Penganjur dalam Penyertaan Layak. Finalis Utama yang terpilih akan dijemput untuk menyertai Cabaran. Penganjur akan seterusnya memaklumkan Finalis Utama tentang tempat, tarikh dan masa Cabaran. c. Penyertaan oleh Finalis Utama dalam Cabaran adalah tertakluk selanjutnya kepada set terma dan syarat [ Peraturan Acara ] yang akan disampaikan dan diumumkan oleh Penganjur pada hari Cabaran kepada Finalis Utama. d. Dengan syarat Finalis Utama mematuhi sepenuhnya Peraturan Acara yang ditetapkan oleh Penganjur dalam Cabaran, setiap Finalis Utama mesti menyertai Cabaran yang ditetapkan oleh Penganjur untuk menentukan Hadiah Utama yang dimenangi. e. Finalis Utama yang gagal dan/atau enggan menyertai Cabaran atas apa jua sebab akan secara automatik dibatalkan penyertaannya oleh Penganjur dan hadiah yang telah diperuntukkan kepada Finalis Utama yang berkaitan akan ditarik balik oleh Penganjur. f. Hak Finalis Utama untuk menyertai Cabaran tidak boleh dipindah milik sama sekali. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Utama sepanjang tempoh Promosi. g. Setiap Finalis boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Mingguan setiap minggu dan maksimum dua [2] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Promosi. Sekiranya Finalis memenangi dua [2] atau lebih Hadiah Mingguan dalam minggu yang sama, maka Finalis akan secara automatik memenangi 1 Page 4 of 10

[satu] Hadiah Mingguan dan Hadiah Mingguan yang satu lagi akan dimenangi oleh nombor bersiri selepas nombor bersiri Peserta Akhir berulang. h. Pemenang Hadiah Mingguan boleh juga memenangi Hadiah Utama dan jumlah Hadiah Bonus yang tidak terhad sepanjang Tempoh Promosi. i. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Peserta Akhir terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab. j. Semua hadiah akan dihantar kepada pemenang dalam tempoh 6 8 minggu dari 01/07/2019 ke alamat yang diberikan oleh pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir 31/08/2019 akan dibatalkan. Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan dan Notis Privasi yang boleh didapati di [https://www.maggi.com.my], secara kolektif dinamakan Terma dan Syarat, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai Peserta, Anda ). Dengan menyertai Promosi, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan pemprosesan maklumat peribadi anda dalam Notis Privasi. Talian Perkhidmatan Pengguna: 1800 88 3433. Jadual Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan yang boleh didapati di https://www.maggi.com.my, secara kolektif dinamakan Terma dan Syarat, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai Peserta, Anda ) Dengan menyertai promosi, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan pemprosesan maklumat peribadi anda dalam Notis Privasi yang boleh didapati di https://www.maggi.com.my. Talian Perkhidmatan Pengguna: 1800 88 3433. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- B: Syarat Kemasukan 1. Pengenalan 1.1 Syarat Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama dengan Jadual Kemasukan. Jika ada ketidakselarasan antara Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan, maka Jadual Kemasukan akan diguna pakai. Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan secara kolektif dirujuk sebagai "Terma dan Syarat". Setiap istilah yang tidak dinyatakan sebaliknya di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kemasukan. Istilah yang ditetapkan akan digunakan secara tunggal atau majmuk seperti mana yang berkenaan. Page 5 of 10

1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa apa-apa tanggungan kepada mana-mana orang, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi dalam keseluruhannya atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Promosi ini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang telah diubah). 1.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk penghakiman dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tiada suratmenyurat atau rayuan akan dilayan selepas itu. 2. Syarat-syarat penyertaan 2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi, Peserta disifatkan telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat. 2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Promosi, termasuk tanpa batasan, telekomunikasi, rangkaian, Perkhidmatan Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain dan belanja luar yang mungkin ditanggung oleh Peserta semasa atau berkaitan dengan Promosi akan ditanggung oleh Peserta sepenuhnya. 2.3 Bukti penyerahan bukanlah bukti penerimaan dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan, hilang, rosak dan/atau tidak menerima penyerahan. 3. Kelayakan Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun. 4. Tidak Layak Kumpulan berikut tidak layak menyertai Promosi: (a) Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka); dan (b) Pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Promosi dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka). 5. Hilang kelayakan 5.1 Penyertaan berikut akan hilang kelayakan: Page 6 of 10

(a) (b) penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan. 5.2 Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang: (a) telah atau cuba untuk melemahkan operasi Promosi melalui penipuan dan/atau (b) tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi untuk pengesahan oleh Penganjur apabila diminta. 5.3 Sekiranya berlaku kehilangan kelayakan selepas Hadiah telah dianugerahkan, pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilai yang sama dgn nilai hadiah daripada Peserta yang tidak layak. 6. Hadiah 6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab kepada manamana Peserta yang gagal menerima Hadiah mengikut Tarikh Tuntutan / Penyerahan Hadiah dalam apa jua keadaan. Penganjur berhak untuk memutuskan berkenaan Hadiah yang tidak ditebus. 6.2 Hadiah tidak boleh dipindahkan, ditukarkan atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk atau cara lain selain yang dinyatakan oleh Penganjur. 6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Kemasukan berhubung dengan Hadiah adalah menjadi tanggungjawab Peserta. 6.4 Semua Hadiah perlu diambil mengikut terma dan syarat Penganjur, ejen, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah. 6.5 Hadiah diberikan berdasarkan "sebagaimana ia". Hadiah itu akan digunakan/diambil sepenuhnya pada risiko Peserta dan Penganjur mengecualikan sebarang waranti dan liabiliti yang berkaitan dengan Hadiah sehingga setakat yang dibenarkan oleh undangundang. 6.6 Hadiah mesti dituntut secara sendiri kecuali Penganjur menetapkan mod tuntutan lain. 7. Publisiti Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif "Bahan"), dan nama Peserta, dan/atau yang sama, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi apa-apa barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam Page 7 of 10

mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur. 8. Hak Harta Intelek Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa kandungan dan/atau bahan-bahan yang dikemukakan, dibuat atau diwujudkan oleh Peserta berkaitan dengan Promosi dan apa-apa karya derivatif yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat terletak hak, ditugaskan dan dimiliki oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua hak yang terhadap bahan atau kerja tersebut. 9. Pampasan Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan memelihara Penganjur, syarikat induk, anak syarikat atau syarikat berkaitan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 ("Kumpulan Nestlé Malaysia"), pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penaja dan/atau wakil terhadap mana-mana dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan ganti rugi (termasuk ganti rugi khas, tidak langsung dan berbangkit) yang timbul daripada atau berlaku akibat penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan Peserta kemasukan dan/atau kesamaan berkaitan dengan Promosi atau pelanggaran Terma dan Syarat. 10. Batasan Liabiliti 10.1 Penyertaan Peserta dalam Promosi adalah diatas risiko Peserta sendiri. 10.2 Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, pekerja, agen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi tidak langsung atau berbangkit, atau kecederaan individu yang ditanggung atau dialami oleh Peserta berikutan penglibatan Peserta dalam Promosi, termasuk penebusan dan/atau penggunaan Hadiah yang dimenangi. 11. Umum 11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Promosi dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan sedemikian. 11.2 Mana-mana nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam apa-apa bahan (termasuk bahan pemasaran dan promosi) berkaitan dengan Promosi ini, khususnya yang berkaitan dengan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Promosi dan Penganjur adalah tidak mempunyai afiliasi, Page 8 of 10

sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, kecuali sekiranya dimaklumkan, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur. 11.3 Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhan atau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur. 11.4 Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan kuatkuasa apa-apa istilah di bawah ini tidak akan menjejaskan keseluruhan Terma dan Syarat Promosi. 11.5 Term dan Syarat untuk Promosi ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. 11.6 Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia. 12. Notis Privasi 12.1 Dengan menyertai Promosi, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan manamana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 ( Kumpulan Nestlé Malaysia ) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberi sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami ( Pihak-pihak Ketiga Lantikan ) (secara kolektif Penganjur atau Kami ) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Penebusan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. 12.2 Penganjur juga boleh mengambil maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Penebusan mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa Penebusan, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekirannya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini. 12.3 Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami. 12.4 Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju Page 9 of 10

bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini. 12.5 Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk penyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. 12.6 Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. 12.7 Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau borang web: https://www.nestle.com.my/contactus. Atau hubungi kami: 1-800-88-3433. 12.8 Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Penebusan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda. 12.9 Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa. Page 10 of 10