1. Takrifan TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEAHLIAN PERBANKAN RED CARPET (RCB) 1.1 Terma Bank hendaklah bermaksud Public Bank Berhad dan Public Islamic Bank Berhad. 1.2 Terma Ahli hendaklah merujuk pelanggan Bank yang telah menjadi ahli RCB dengan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan telah diluluskan oleh Bank sebagai Ahli RCB. 1.3 Terma Akaun yang Ditetapkan hendaklah bermaksud Akaun Semasa/Simpanan Konvensional atau Islam yang disenggara dengan mana-mana cawangan Bank di Malaysia kecuali bagi Akaun Simpanan PB UnionPay dan akaun simpanan kanak-kanak, yang dipilih oleh Ahli bagi permohonan Kad Debit Mastercard Premier RCB, iaitu Kad Debit PB RCB Elite atau Kad Debit PB RCB Gold, di dalam ini dikenali sebagai Kad Debit PB RCB Mastercard Premier. 1.3.1 Keahlian RCB hanya ditawarkan kepada Pemegang Akaun Utama bagi Akaun yang Ditentukan. 1.3.2 Kaedah pengendalian Akaun Bersama yang Ditentukan mesti ditetapkan sebagai salah seorang akan menandatangani bagi membolehkan pengeluaran Kad Debit PB RCB Mastercard Premier seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3.0. 1.4 Terma Akaun Deposit hendaklah merujuk pada produk deposit Konvensional dan Islam yang berikut yang disenggarakan dengan Bank dalam mana Ahli RCB mestilah menjadi salah seorang pemegang akaun seperti Akaun Deposit: 1.4.1 Akaun Semasa/Simpanan atau Akaun Semasa/Simpanan-i 1.4.2 Deposit Tetap/e-Deposit Tetap atau Deposit Bertempoh-i (DB-i)/eDB-i 1.4.3 Deposit Tetap Mata wang Asing 1.4.4 Deposit Semasa Mata wang Asing atau Akaun-i Deposit Tetap Mata wang Asing 1.5 Apa-apa perkataan yang bermaksud tunggal hendaklah juga termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya. 2. Kriteria Kelayakan Kriteria kelayakan keahlian RCB adalah seperti yang berikut: 2.1 (a) Keahlian RCB Elite: Ahli RCB mesti mengekalkan jumlah baki agregat minimum sebanyak RM1,000,000 (bersamaan dengan Ringgit Malaysia) dalam mana-mana atau semua Akaun Depositnya yang disenggara dengan Bank pada setiap masa; atau (b) Keahlian RCB Gold: Ahli RCB mesti mengekalkan jumlah baki agregat minimum sebanyak RM300,000 (bersamaan dengan Ringgit Malaysia) dalam mana-mana atau semua Akaun Depositnya yang disenggara dengan Bank pada setiap masa. 2.2 Ahli RCB mestilah berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun dan mengekalkan Akaun yang Ditentukan dengan Bank semasa permohonan untuk keahlian RCB dibuat. 2.3 Bank berhak untuk memberi keahlian atau untuk menaikkan taraf keahlian Ahli RCB daripada RCB Gold kepada RCB Elite. Muka surat 1 daripada 5
2.4 Ahli RCB hendaklah memastikan bahawa jumlah baki agregat minimum menurut Perkara 2.1 dikekalkan dalam Akaun Depositnya yang disenggara dengan Bank pada setiap masa. Bank berhak untuk menolak Ahli RCB daripada mengambil bahagian dalam kempen/aktiviti/program promosi RCB sekiranya Ahli RCB gagal untuk memastikan jumlah baki agregat minimum dikekalkan seperti dalam Perkara 2.1. 2.5 Bank boleh membuat semakan yang kerap ke atas jumlah baki agregat minimum yang disenggara oleh Ahli RCB dalam Akaun Depositnya. 2.6 Sekiranya Ahli RCB gagal untuk memenuhi kriteria kelayakan minimum selama enam (6) bulan berturutturut, Bank akan meminta Ahli RCB untuk menambah amaun atau mengekalkan jumlah baki agregat minimum dalam tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar mulai dari tarikh Bank menghubungi Ahli RCB melalui mel, panggilan telefon atau melalui saluran lain seumpamanya yang diluluskan sebagaimana yang Bank akan tentukan menurut budi bicara mutlaknya. Selepas itu, sekiranya jumlah baki agregat minimum Ahli RCB terus di bawah paras kriteria kelayakan minimum, Bank berhak dalam tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar selepas pengeluaran notis bertulis untuk membatalkan, mengehadkan, menurunkan taraf atau menggantung Keahlian Ahli RCB. 3. Kad Debit PB RCB Mastercard Premier 3.1 Kad Debit PB RCB Mastercard Premier yang juga menjadi kad pengenalan keahlian RCB akan dikeluarkan kepada Ahli RCB berdasarkan keahlian RCB seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 2.1: Keahlian RCB RCB Elite RCB Gold Jenis Kad Debit PB RCB Mastercard Premier Kad Debit PB RCB Elite Kad Debit PB RCB Gold 3.2 Kad Debit PB RCB Mastercard Premier akan dirangkaikan kepada dan dikeluarkan di bawah Akaun yang Ditetapkan. 3.3 Seorang Ahli RCB yang mempunyai Kad Debit PB Lifestyle yang dikeluarkan di bawah Akaun yang Ditetapkan hendaklah menggantikan kad sedia ada dengan Kad Debit PB RCB Mastercard Premier tanpa caj tambahan. 3.4 Seorang Ahli RCB perlu mengemukakan Kad Debit PB RCB Mastercard Premier di mana-mana Pusat RCB atau cawangan untuk menikmati manfaat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank. 3.5 Fi tahunan Kad Debit PB RCB Mastercard Premier dikecualikan. Bagaimanapun, Bank berhak untuk mengenakan apa-apa caj bagi penggantian Kad Debit PB RCB Mastercard Premier disebabkan oleh kehilangan atau kecurian. 3.6 Terma dan syarat yang mengawal penggunaan Kad Debit PB RCB Mastercard Premier boleh didapati melalui laman web Bank, https://www.pbebank.com. 4. Perkhidmatan, Manfaat dan Ganjaran RCB 4.1 Terma dan Syarat serta perkhidmatan dan ganjaran RCB yang ditawarkan oleh Bank kepada Ahli RCB boleh didapati dalam laman web Bank melalui https://www.pbebank.com. 4.2 Dengan ini, Ahli RCB mengesahkan, mengakui dan mengisytiharkan bahawa butiran seperti alamat surat menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon yang dikekalkan dengan Bank dikemas kini. Ahli Kad mengaku janji untuk memaklumkan kepada Bank dengan segera mengenai perubahan dalam maklumat Ahli yang dinyatakan di atas yang disimpan dengan Bank dari semasa ke semasa. Muka surat 2 daripada 5
5. Penamatan/Pembatalan Keahlian RCB 5.1 Bank boleh membatalkan, mengehadkan, menurunkan taraf atau menggantung keahlian RCB Ahli RCB dengan memberi notis bertulis selama dua puluh satu (21) hari kalendar sekiranya Ahli RCB: (a) Gagal untuk memastikan jumlah baki agregat minimum dikekalkan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 2.1 dan Perkara 2.6; atau (b) Melanggari mana-mana Terma dan Syarat di dalam ini; atau (c) Mungkir dalam pembayaran pinjaman, pembiayaan atau kemudahan yang diberi oleh Bank atau institusi kewangan yang lain; atau (d) Meninggal dunia atau menjadi hilang akal; atau (e) Mempunyai hukuman penjara yang telah dijatuhi ke atasnya atau berhadapan dengan petisyen kebankrapan atau telah diisytiharkan bankrap; atau (f) Tidak layak untuk meneruskan untuk menjadi Ahli RCB disebabkan oleh perubahan dalam undangundang atau peraturan. 5.2 Ahli RCB boleh memilih untuk menamatkan atau membatalkan keahlian RCBnya dengan memberi notis bertulis kepada Bank. 5.3 Apabila keahlian RCB ditamatkan atau dibatalkan, Ahli RCB dikehendaki menyerahkan Kad Debit PB RCB Mastercard Premiernya kepada Bank dan berhenti daripada menggunakan perkhidmatan, manfaat dan/atau ganjaran yang dibawa melalui RCB. 6. Perkhidmatan Pemberian Arahan melalui Telefon (Boleh didapati di Pusat RCB sahaja) 6.1 Ahli RCB boleh memberi arahan melalui telefon untuk urus niaga terpilih yang dinyatakan dalam Perkara 6.2 yang hanya boleh didapati di Pusat RCB sahaja. Ahli RCB mesti mengekalkan sekurang-kurangnya satu Akaun Deposit di cawangan terdapatnya Pusat RCB untuk menikmati perkhidmatan ini. Ahli RCB boleh merujuk pada laman web Bank, https://www.pbebank.com untuk mengetahui mengenai Pusat RCB Bank. 6.2 Arahan melalui telefon hanya diterima pakai dan terhad pada urus niaga yang dilaksanakan menggunakan akaun pihak pertama yang disenggara dengan cawangan di mana terdapatnya Pusat RCB, seperti yang berikut: (a) Permohonan untuk Cek Jurubank/Draf Permintaan Asing (b) Peletakan atau pembaharuan Resit Deposit Tetap (c) Permohonan untuk Buku Cek (d) Permohonan untuk Penyata Bank (e) Pembaharuan Peti Simpan Selamat (f) Pindahan dana kepada/daripada Akaun Semasa/Simpanan ( CASA ) Untuk akaun bersama, pemberian kuasa bagi urus niaga akaun tertakluk pada kaedah pengendalian akaun tersebut. 6.3 Ahli RCB memberi kuasa kepada Bank untuk menganggap sebagai sah dan mengikat ke atas Ahli RCB apa-apa arahan yang diterima melalui telefon yang menyebut nombor Akaun yang Ditetapkan atau nombor Kad Debit PB RCB Mastercard Premier dan Ahli RCB mengesahkan bahawa pemberian maklumat tersebut adalah mencukupi sebagai bukti kesahan arahan berkenaan. Muka surat 3 daripada 5
6.4 Bank mempunyai budi bicara untuk tidak melaksanakan apa-apa arahan melalui telefon sekiranya Bank mempunyai sebab untuk meragui kesahihannya atau sekiranya Bank berpendapat bahawa arahan tersebut menyalahi undang-undang atau tidak wajar untuk dilaksanakan. Bank berhak untuk mengambil semua langkah yang perlu yang berkaitan dengan atau bergantung kepada arahan melalui telefon berkenaan, kerana Bank mungkin menganggap wajar tanpa mengira bentuk urus niaga atau kaedah atau jumlah wang yang terlibat tanpa mengira kesilapan atau salah faham atau kurang penjelasan berkaitan dengan arahan melalui telefon itu. 6.5 Berkenaan dengan arahan melalui telefon yang dinyatakan daiam Perkara 6.2, Ahli RCB perlu mengesahkan secara bertulis arahan melalui telefon berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan mengemukakan Borang Kebenaran Melalui Telefon melalui faksimile atau kaedah elektronik lain yang dapat diterima, jika tidak Bank akan menganggap arahan melalui telefon itu sebagai luput. 6.6 Sekiranya Ahli RCB terus gagal atau tidak dapat memberi kepada Bank Borang Kebenaran Arahan Melalui Telefon yang lengkap dan ditandatangani dengan sewajarnya dalam takat masa yang ditetapkan, Bank berhak mengikut budi bicaranya untuk tidak mengikut arahan melalui telefon yang berikutnya. 6.7 Dengan ini Ahli RCB memberi keizinan kepada Bank untuk merakam dan merekodkan semua atau apaapa panggilan telefon yang dibuat oleh Ahli RCB kepada Bank bagi membolehkannya untuk menyimpan rakaman pita semua arahan yang diberi oleh Ahli RCB kepada Bank. Tanpa mengira keizinan yang diberi oleh Ahli Kad di dalam ini, Bank tidak berkewajipan untuk merakam panggilan telefon berkenaan sekiranya ia tidak mahu berbuat demikian. 6.8 Sebagai balasan kepada Bank kerana mematuhi arahan melalui telefon itu, dan Ahli RCB memberi kebenaran kepada Bank untuk merakam semua atau mana-mana arahan yang diberi kepada Bank, rakaman tersebut hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai arahan yang diberi dan mesti dipatuhi oleh Ahli RCB. Ahli RCB hendaklah menanggung rugi Bank daripada semua kerugian, tuntutan, prosiding, permintaan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dialami atau ditanggung dan bagaimana ia berlaku, berikutan atau berkaitan dengan arahan melalui telefon tersebut melainkan ia disebabkan oleh kesilapan atau kecuaian yang disengajakan oleh Bank. 6.9 Ahli RCB mengakui risiko bawaan yang berkaitan dengan arahan melalui telefon itu. 7. Pengehadan Liabiliti dan Indemniti Ahli RCB bertanggungjawab bagi dan akan menanggung rugi Bank sepenuhnya dan mengelakkan Bank daripada semua kerugian, kos dan perbenakaan yang mungkin dialami oleh Ahli RCB atau Bank berkenaan dengan apaapa atau semua akaun deposit dan pelaburan Ahli RCB yang dilaksanakan oleh Bank berikutan apa-apa arahan (tanpa mengira walaupun arahan tersebut mungkin suatu penipuan atau tidak dibenarkan) atau jika mana-mana akaun deposit Ahli RCB, pelaburannya atau mana-mana bahagian daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa rasmi atau selanjutnya bahawa Bank tidak akan pada bila-bila masa sekali pun bertanggungjawab bagi apa-apa atau semua kerugian, kos dan perbelanjaan yang mungkin dialami oleh Bank disebabkan oleh turun naik kadar pertukaran asing. Ahli RCB mengakui bahawa Bank berhak untuk mendebit mana-mana atau semua akaun deposit dengan Bank bagi amaun kerugian, kos atau perbelanjaan yang dinyatakan di dalam ini. 8. Notis dan Keizinan Perlindungan Data 8.1 Ahli RCB maklum bahawa Notis Privasi Bank mengenai pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan perkongsian maklumat peribadi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya boleh didapati melalui laman web Bank. Notis Privasi Bank juga boleh diperoleh daripada cawangan-cawangan Bank. 8.2 Ahli RCB maklum mengenai hasrat Bank untuk memaklumkan kepada Ahli RCB tentang maklumat, pengumuman dan berita penting mengenai produk dan perkhidmatannya termasuk tawaran promosi dan bahan pemasaran Bank dan Rakan Sekutunya. Senarai Rakan Sekutu Bank terdapat di dalam Notis Privasi Bank. 8.3 Ahli RCB maklum bahawa beliau layak untuk mendapat akses kepada dan meminta dibuat pembetulan kepada apa-apa maklumat peribadi yang disimpan oleh Bank dan permintaan tersebut boleh dibuat secara bertulis kepada Bank di cawangan pemegang akaun Ahli RCB atau dengan menghantarnya ke Jabatan Khidmat Pelanggan, Tingkat 13, Menara Public Bank, 146 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Muka surat 4 daripada 5
8.4 Ahli RCB boleh memberi keizinan kepada Bank untuk menerima tawaran promosi dan bahan pemasaran daripada Bank. Yang berikut akan hanya dihantar kepada Ahli RCB yang memberikan keizinan: 8.4.1 Tawaran promosi am mengenai produk dan perkhidmatan, dan 8.4.2 Tawaran promosi eksklusif mengenai produk dan perkhidmatan untuk Ahli RCB. 8.5 Ahli RCB boleh pada bila-bila masa memberi keizinannya atau membatalkan keizinannya untuk menerima tawaran promosi dan bahan pemasaran daripada Bank melalui Mesin Teler Automatik (ATM) Bank atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank untuk mermbuat kemas kini tersebut. 9. Perubahan Terma dan Syarat Bank boleh meminda, memotong dan/atau membuat penambahan kepada mana-mana bahagian dalam Terma dan Syarat dari semasa ke semasa dengan notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu dengan menyiarkannya melalui laman web Bank, di mana-mana cawangan Bank atau melalui saluran yang diluluskan itu sebagaimana yang Bank menganggap wajar dan pindaan, pemotongan atau penambahan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditentukan oleh Bank. Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami Terma dan Syarat yang dinyatakan di atas dan dengan ini bersetuju untuk mematuhinya. Tandatangan Pelanggan Nama: No. MyKad/Pasport: Tarikh: Application Branch : Bank Officer Name : Staff ID : Designation : Witnessed and Attended by: Untuk Kegunaan Bank Sahaja / For Bank Use Only Bank Officer Signature & Chop Date: Muka surat 5 daripada 5