PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER A. MAKLUMAT PERTANDINGAN Pertandingan melukis poster PUTRA SPORT DAY 2018 adalah anjuran Putra International College, Melaka. Pertandingan ini dibuka dari 11/7/2018 hingga 9/8/2018. B. KELAYAKAN PERTANDINGAN Pertandingan Poster PUTRA SPORT DAY 2018 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah (Tingkatan 3 hingga 5) di seluruh Malaysia. Murid yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia. C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN 1.Penyertaan adalah percuma. 2.Penyertaan adalah secara individu. 3.Peserta boleh menghantar dua (2) lukisan poster yang berlainan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja. 4.Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.putra.edu.my mulai 11/7/2018. 5.Tema pertandingan adalah Poster PUTRA SPORT DAY 2018 Hidup sihat dengan bersukan. Peserta boleh memilih salah satu mesej yang hendak disampaikan melalui tema ini iaitu: Keazaman Semangat Hormat Kejujuran Kerjasama pasukan Keyakinan diri 6. Peserta boleh memilih salah satu tema yang disertakan dan rekaan poster mestilah mempunyai ayat PUTRA SPORT DAY 2018. 7. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 8. Poster yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
9. Idea dan lukisan poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam media cetak mahupun internet. Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat. 10.Poster hendaklah dilukis di atas kertas berukuran saiz A3. 11.Poster hendaklah dilukis menggunakan warna air. 11.Borang penyertaan yang dicetak dari laman sesawang Putra International College hendaklah dilekatkan di belakang kertas lukisan poster. 12.Karya poster akan dipamerkan di Putra Ballroom pada 11/8/2018. D. CARA PENGHANTARAN a) Peserta yang bersekolah dalam negeri Melaka. 1.Setiap karya poster yang telah siap perlu di hantar kepada guru Pendidikan Seni di sekolah masing-masing sebelum 9/8/2018. 2. Pihak Putra International Kolej akan datang ke sekolah masing-masing untuk tujuan pengambilan karya poster para pelajar pada 9/8/2018. b) Peserta yang bersekolah diluar negeri Melaka 1. Setiap karya poster perlu dihantar ke Putra International Kolej sebelum 9/8/2018. 2. Kos penghantaran ditanggung oleh peserta sendiri.
E.TUNTUTAN HAK CIPTA 1.Semua karya poster akan menjadi hak milik Putra International College, Melaka sepenuhnya. 2.Putra International College, Melaka berhak menggunakan karya poster untuk aktiviti yang akan datang. F. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN 1.Tawaran hadiah adalah seperti berikut: Hadiah Tempat Pertama: Hadiah Misteri, Wang Saguhati, Trofi dan Sijil Penyertaan Tempat Kedua: Hadiah Misteri, Wang Saguhati, Trofi dan Sijil Penyertaan Tempat Ketiga: Hadiah Misteri, Wang Saguhati, Trofi dan Sijil Penyertaan 2. Setiap peserta yang menyertai pertandingan akan diberi sijil penyertaan. 3.Setiap karya akan dinilai keaslian, konsep dan kreativiti oleh panel juri yang terdiri dari pensyarah pihak kolej dan seorang panel juri luar. 4.Pemenang pertandingan akan diumum pada hari karya di pamerkan 11/8/2018 hari Sabtu. Para peserta dikehendaki hadir dan jika gagal berbuat demikian peserta tidak layak dipilih sebagai pemenang. 7.Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
G. TEMPOH PERTANDINGAN 1. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 9/8/2018 hari Khamis, jam 12:00 tengah hari. 2.Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang dihantar lewat dari tarikh tutup. 3. Untuk keterangan/maklumat lanjut, sila hubungi/ layari: PUTRA INTERNATIONAL COLLEGE Sdn Bhd (476793-D) Lot 1838, Jalan Tasik, Mukim Bukit Katil, 7450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. TEL : 06-2316826 LAMAN SESAWANG : www.iputra.edu.my/v2/ FACEBOOK : https://www.facebook.com/putracollegemain/ Urusetia Pertandingan MELUKIS POSTER PUTRA SPORTS DAY 2018 PUAN NUR AINI - emel : nur.aini@iputra.edu.my Tel : 0147191424 ENCIK AJ - emel : Muhammad.zamir@iputra.edu.my Tel : 0199960647 ENCIK KHAIRUL - Tel : 0176295476