TARIKH IKLAN: 27/2/2019 KENYATAAN SEBUT HARGA Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menyertai sebut harga berikut :- NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA KELAYAKAN HARGA UiTM/KP/SH/KONVO/1/2019 CADANGAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN BUNGA/CENDERAHATI, MAKANAN DAN FOTOGRAFI DI GERAI KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Percuma (Dilampirkan bersama iklan ini) 1. Dokumen Sebut Harga Borang Permohonan boleh dicetak seperti di lampiran bersama iklan ini 2. Satu (1) Syarikat hanya dibenarkan mengambil dan menghantar satu (1) penyertaan sahaja 3. Hanya Syarikat yang Berjaya akan dihubungi untuk menghadiri taklimat di UiTM Kampus Rembau pada 26 Mac 2019. 4. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di PEJABAT BENDAHARI, UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN dengan menulis nombor dan tajuk Sebut Harga di sebelah kiri atas di sampul tawaran berkenaan. 5. Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 7 Mac 2019 Jam 12.00 Tengahari.
TAPAK GERAI PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SENARAI SEMAK PEMOHON: NO. PERKARA 1 BORANG PERMOHONAN YANG LENGAP DIISI 2 SYARAT DAN PERATURAN GERAI UiTM YANG LENGKAP DITANDATANGANI 3 SALINAN SLIP/SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM) 4 SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON 5 PENYATA KEWANGAN SYARIKAT UNTUK SATU BULAN YANG TERAKAHIR 6 SALINAN KAD SUNTIKAN (TYPHOID) / PENGENDALIAN MAKANAN TERKINI ** Bagi pemohon kategori makanan sahaja. 7 DOKUMEN SOKONGAN SEPERTI: Maklumat makanan/produk yang akan dijual Pengalaman perniagaan Senarai harga barang jualan Gambar yang berkaitan (jika ada) Contoh gambar konvokesyen( untuk perniagaan fotografi) Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau No Tel: 06-6982021
BORANG BUTIRAN PENIAGA DAN JENIS PERNIAGAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN ARAHAN : 1) Sila isi semua maklumat yang dikehendaki menggunakan HURUF BESAR dan lengkap. 2) Borang ini perlu dihantar dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM Cawangan Negeri Sembilan SEBELUM/PADA. 1 7 / 1 0 / 2 0 1 8 3) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. KATEGORI PERMOHONAN (Tandakan X ) : A ) MAKLUMAT PEMOHON FOODTRUCK 1 TAPAK 2 TAPAK 3 TAPAK 4 TAPAK NAMA PEMOHON : NO TEL PEJ : NO K/P : NO HP : NO LESEN / SIJIL SSM NO AKAUN BANK PENAMA AKAUN NAMA BANK B) MAKLUMAT PERNIAGAAN JENIS PERNIAGAAN : SENARAI BARANG JUALAN (Sila gunakan lampiran jika ruangan ini tidak mencukupi) : BIL NAMA PRODUK HARGA JUALAN
TAWARAN SEWA DARIPADA SYARIKAT BIL KATEGORI KADAR MINIMA SEWAAN UNTUK 2 HARI 1 FOOD TRUCK RM410.00 TAWARAN SYARIKAT (A) KUANTITI (B) JUMLAH SEWAAN (A) X (B) 2 TAPAK KHEMAH (20 X 10 ) RM1,060.00 3 Caj Pengurusan(Kadar tetap) 4 Deposit Pembersihan(Kadar tetap) RM40.00 RM40.00 1 RM40.00 RM100.00 RM100.00 1 RM100.00 JUMLAH KESELURUHAN (1)+(2)+(3)+(4) C) AKUAN PEMOHON Saya mengaku segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan bersedia dikenakan tindakan undangundang sekiranya saya memberi maklumat palsu. TANDATANGAN PEMOHON COP RASMI SYARIKAT / ORGANISASI NAMA : NO K / P - - / / UNTUK KEGUNAAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PERNIAGAAN KONVOKESYEN SAHAJA TARIKH TERIMA PERMOHONAN : DITERIMA OLEH : TINDAKAN JK PENGURUSAN PERNIAGAAN KONVOKESYEN TARIKH : ULASAN OLEH PENGURUS RUANG YANG BERKAITAN (JIKA ADA), T/TANGAN DAN COP RASMI DILULUSKAN OLEH: ULASAN, TANDATANGAN DAN COP RASMI
SYARAT DAN PERATURAN GERAI JUALAN UiTM PERATURAN UMUM 1. Tawaran tapak jualan dan food truck sempena Istiadat Konvokeysen UiTM bertempat di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau ini dibuka kepada Bumiputera yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sila kepilkan salinan kad pengenalan dan salinan perniagaan SSM semasa menghantar borang permohonan. 2. Peniaga yang memohon juga perlulah berdaftar dengan pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM). 3. Peniaga dan penggendali makanan mesti memiliki Kad Suntikan Kesihatan / Kad Pengendalian Makanan (Typhoid) yang masih sah. Salinan kad ini hendaklah disertakan sekali bersama borang permohonan. Penggerai perlu menitikberatkan amalan pengendalian makanan yang sempurna, halal dan bersih. 4. Kampus UiTM adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Peniaga dilarang sama sekali menghisap rokok di dalam kawasan kampus. 5. Peniaga tidak dibenarkan menjual barang-barang yang dilarang oleh UiTM seperti: a. Rokok dan makanan/minuman memabukkan atau yang seumpamanya. b. Bahan cetak bertulis/elektronik atau yang seumpamanya yang mengandungi unsurunsur lucah, politik yang dilarang dan kandungan yang bertentangan dengan ajaran Islam. c. Pakaian yang tertera tulisan atau gambar lucah, mengandungi unsur-unsur politik, agama selain agama Islam dan apa juga yang memberi maksud bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. d. Barang-barang yang tidak dibenarkan dimiliki, disimpan atau dijual-beli oleh Agama Islam oleh Kerajaan Malaysia atau oleh UiTM. 6. Pihak UiTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecurian, kecuaian dan kehilangan sekiranya berlaku kepada peniaga sepanjang aktiviti jualan berlangsung. 7. Pihak urusetia dan UiTM berhak untuk meminda sebarang keputusan yang telah dibuat sekiranya perlu. 8. Pihak urusetia tidak akan melayan sebarang permohonan penarikan bayaran semula sekiranya pendaftaran dan pembayaran telah dibuat kepada pihak urusetia. 9. Peniaga yang tidak mematuhi peraturan gerai jualan yang telah ditetapkan oleh UiTM akan DISENARAIHITAMKAN daripada menjalankan perniagaan di masa akan datang.
PERATURAN KHUSUS 1. Waktu perniagaan adalah seperti berikut:- Tarikh (Hari) 7 & 8 April 2019 (Ahad dan Isnin) 3 Sidang Masa 6.30 pagi 6.30 petang 2. Kadar minima sewa tapak jualan untuk tempoh 2 hari adalah seperti berikut:- Jenis Saiz Kadar Minima (RM) Tapak khemah (bunga dan fotografi sahaja) 20 x 10 RM1,060.00/tapak Foodtruck 2 tapak parkir RM 410.00 Caj pengurusan Deposit kebersihan (akan dipulangkan setelah diluluskan mengikut syarat yang ditetapkan) Jumlah Graduan - RM40.00 untuk setiap peniaga RM 100 untuk setiap peniaga 1319 Graduan 3. Kuota untuk jenis perniagaan: a. Gerai bunga/cenderahati (2 tapak 20 x 10 berkhemah) - 2 peniaga b. Gerai fotografi (4 tapak 20 x 10 berkhemah) - 1 peniaga c. Food truck (2 tapak parkir) - 10 peniaga 4. Kedudukan lot tapak yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia adalah tetap dan muktamad. 5. Peniaga yang dilantik tidak dibenarkan untuk menyewakan lot tersebut kepada pihak lain / orang lain / tanpa pengetahuan pihak UiTM. Pihak UiTM berhak untuk menutup permis perniagaan tersebut sekiranya peniaga tidak mematuhi arahan ini. 6. Peniaga digalakkan membawa peralatan tambahan sendiri seperti kerusi, meja, soket elektrik. Peniaga dilarang sama sekali menggunakan peralatan UiTM yang bukan disediakan untuk peniaga. Peniaga TIDAK DIBENARKAN membuat pendawaian sendiri tanpa kebenaran urusetia dan pihak Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM.
7. Tidak dibenarkan membuat tambahan ruang / bumbung menggunakan kanvas / plastik di luar kawasan khemah perniagaan yang telah disediakan. Peniaga hanya dibenarkan memasang bidai (kayu) bagi tujuan melindungi daripada cuaca panas (kecuali hujan). 8. Peniaga dibenarkan membawa masuk peralatan perniagaan ke tapak jualan pada tarikh 6 April 2019 (Sabtu) bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam 9. Kenderaan peniaga hendaklah diletakkan pada kawasan tempat letak kereta yang disediakan. Pihak Polis Bantuan UiTM berhak untuk mengunci kenderaan dan juga mengeluarkan saman sekiranya tidak mematuhi arahan dan peraturan. 10. Peniaga dikehendaki memastikan makanan dan minuman yang dijual adalah HALAL dan BERSIH. 11. Peniaga mesti mempamerkan harga bagi setiap barangan yang dijual (harga yang berpatutan). Semua tanda harga dan nama bagi setiap barangan hendaklah dibuat dengan kemas / jelas / tidak mengelirukan 12. Penggunaan polisterin adalah TIDAK DIBENARKAN bagi pembungkusan makanan. 13. Setiap peniaga perlu memastikan kawasan perniagaan adalah di dalam keadaan bersih dan bebas sampah. Peniaga dikehendaki menyediakan tong dan plastik sampah sendiri dan sisa jualan hendaklah sentiasa dibuang. Deposit kebersihan tidak akan dikembalikan sekiranya keadaan lot tapak tidak memuaskan. 14. Peniaga hanya dibenarkan menggunakan lot tapak yang telah disediakan oleh pihak urusetia dan dilarang sama sekali menggunakan lot penggerai lain tanpa kebenaran pemilik lot berkenaan atau pihak urusetia. Peniaga tidak dibenarkan tinggal atau tidur di tempat tersebut. 15. Penggunaan elektrik yang dibenarkan bagi setiap tapak khemah adalah DI BAWAH 250 WATT bagi mengelakkan berlakunya gangguan elektrik. 16. Setiap peniaga dikehendaki mengemas serta membawa keluar barang-barang jualan daripada tapak konvokesyen sebaik menamatkan perniagaan pada 8 April 2019 jam 6.30 petang **. 17. Peniaga food trucks dikehendaki memasak makanan di food trucks masing-masing. Peniaga food trucks diingatkan untuk membawa bekalan air bersih sendiri. 18. Peniaga mesti mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak UiTM. Sekiranya gagal berbuat demikian serta tidak mengikuti mana-mana peraturan di atas, pihak UiTM berhak membatalkan / tidak membenarkan menggunakan ruang / mengadakan jualan pada tarikh tersebut dan pada masa akan datang. 19. Semua borang dan dokumen seperti di senarai semak yang telah lengkap disi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan ditulis pada bagaian atas kiri sampul surat itu dengan butir-butir yang berikut:
a) No. Sebutharga b) Tarikh tutup sebutharga c) Alamat tempat tutup sebutharga 20. Dokumen tersebut hendaklah dihantar dengan cara serahan tangan atau pos ke Pejabat Bendahari UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau selewat-lewatnya 7 Mac 2019 sebelum jam 12.00 tengah hari. 21. Senarai peniaga yang layak akan dipilih melalui Mesyuarat yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan. Peniaga yang terpilih akan dihubungi dan diwajibkan untuk menghadiri taklimat pada tarikh 26 Mac 2019 jam 10.00 pagi di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau**. 22. Bagi peniaga yang terpilih, bayaran perlu dijelaskan pada 26 Mac 2019 atau selewatlewatnya pada 2 April 2019 di Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. PERAKUAN Dengan ini saya.. (nama), nombor kad pengenalan... bersetuju terhadap syarat-syarat yang telah dikemukan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen sempena Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-90 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan....... Tandatangan Pemohon Tarikh ** Tertakluk kepada perubahan dari pihak urusetia.