TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Preferred Save and Get

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT Kempen 'Preferred Save and Get'

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Save and Get

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS JomPAY TM. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

Transkripsi:

1. Kempen Preferred Save and Get ( Kempen ) adalah dianjurkan secara bersama-sama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ) dan ( CIMB Islamic Bank ). Setiap sebutan CIMB merujuk kepada kedua-dua CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank. Tempoh Kempen TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Preferred Save and Get 2. Kempen ini akan berlangsung dari 10 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ). 3. Kempen ini boleh didapati di semua cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank ( Cawangan ) di Malaysia. Cawangan CIMB Islamic Bank adalah terletak bersama dengan cawangan CIMB Bank seluruh negara. 4. CIMB menyimpan hak untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 5. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Kempen ini adalah terbuka kepada semua pelanggan CIMB Preferred baru dan sedia ada yang mempunyai mana-mana Akaun Semasa/-i dan Akaun Simpanan/-i CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank (tidak termasuk Deposit Tetap/Deposit Bertempoh-i dan Akaun Mata Wang Asing/-i) ( CASA/CASA-i ) termasuk bukan pemastautin, pekerja tetap, sambilan atau kontrak CIMB (selepas ini dirujuk sebagai Pelanggan Layak ). 6. Orang/entiti berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini: a) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, Mastercard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware yang mempunyai alamat pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( Mastercard ) (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau b) Pemilikan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Kebajikan/Bukan Untung, Syarikat Awam, Syarikat Sendirian Berhad, Kelab, Persatuan dan Koperasi; dan/atau c) Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun. 7. Berhubungan dengan pemegang akaun bersama, hanya pemegang akaun yang pertama dinamakan, iaitu pemegang akaun utama akan layak untuk menyertai Kempen ini. Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama kedua adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini. 8. Bagi mengelakkan keraguan, hanya pekerja tetap, sambilan atau kontrak CIMB yang merupakan pelanggan CIMB Preferred yang mempunyai CASA/CASA-i bukan gaji layak untuk menyertai Kempen ini. 1

Kriteria Kelayakan 9. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai Kempen ini. 10. Untuk menyertai Kempen ini dan mendapatkan Item Premium (seperti yang ditakrifkan di Klausa 16), Pelanggan Layak dikehendaki memenuhi kriteria-kriteria berikut semasa Tempoh Kempen ( Kriteria Kelayakan"): a) merupakan ahli CIMB Preferred; DAN b) mendeposit jumlah minimum yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah ( Jumlah Deposit Minimum ) ke dalam CASA/CASA-i CIMB mereka dalam satu transaksi tunggal ( Akaun Penyertaan ); DAN c) menandatangani Borang Deklarasi dan Pemberikuasaan yang dialamatkan kepada CIMB di Cawangan CIMB dalam Tempoh Kempen; DAN d) mengekalkan Jumlah Deposit Minimum dalam Akaun Penyertaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan bermula dari tarikh penempatan Amaun Deposit Minimum ( Tempoh Peruntukan ); DAN e) memastikan Jumlah Deposit Minimum hendaklah terdiri semata-mata daripada Dana Baru yang didepositkan dengan CIMB. 11. Borang Deklarasi dan Pemberikuasaan yang dialamatkan kepada CIMB mengandungi terma-terma berikut: a) bahawa CIMB diberi kuasa yang tidak boleh ditarik balik untuk menahan dan/atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit Akaun Penyertaan dan mencegah apa-apa pengeluaran Jumlah Deposit Minimum dari Akaun Penyertaan semasa Tempoh Peruntukan; DAN b) bahawa CIMB diberi kuasa yang tidak boleh ditarik balik untuk mendebitkan Akaun Penyertaan Pelanggan Layak bagi Nilai Item Premium (seperti yang ditakrifkan dalam Jadual 3) di bawah Kempen ini sekiranya terdapat permintaan yang dilakukan oleh Pelanggan Layak atas apa jua sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya Jumlah Deposit Minimum secara pramatang seperti yang dinyatakan dalam Klausa 20 dari Akaun Penyertaan dan peruntukan ke atas Akaun Penyertaan telah dibatalkan, dikeluarkan, atau dilepaskan oleh CIMB. Jadual 1: Jumlah Deposit Minimum Tahap Jumlah Deposit Minimum (RM) Item Premium 1 200,000 1 Unit Vakum Bebas Kabel Dyson V7 Fluffy + 2 400,000 1 Unit Samsung Galaxy Note9 dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar 3 600,000 1 Unit Set Bagasi Tumi (20 dan 24 ) Tempoh Peruntukan 6 Bulan 12. Contoh Tempoh Peruntukan digambarkan dalam Jadual 2: Jadual 2: Contoh Tempoh Peruntukan Tarikh Penempatan Tempoh Peruntukan Tarikh Terawal untuk Mengeluarkan Jumlah Deposit Minimum 11 Januari 2019 11 Januari 2019 to 10 Julai 2019 11 Julai 2018 12 Februari 2019 12 Februari 2019 to 11 Ogos 2019 12 Ogos 2018 10 Mac 2019 10 Mac 2018 to 9 September 2018 10 September 2018 2

13. Istilah Dana Baru hendaklah bermaksud wang atau dana yang tidak berasal dari CIMB, tetapi dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak dari bank dan/atau institusi kewangan lain melalui apa-apa cara jua termasuk tetapi tidak terhad kepada: a) Tunai; dan/atau b) Interbank Giro Transfers (IBG) / Instant Funds Transfer (IBFT); dan/atau c) Pemindahan Telegraf / Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS); dan/atau d) Cek tempatan / cek bank, dan wang atau dana yang dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak digunakan oleh Pelanggan Layak bagi tujuan Kempen ini menurut terma-terma dan syarat-syarat di sini dalam tiga (3) hari perniagaan selepas wang atau dana tersebut telah dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan Layak. 14. Yang berikut TIDAK akan dikelaskan sebagai "Dana Baru": a) Deposit Tetap atau Akaun Fixed Return Income-i yang matang ("FD / FRIA-i") atau pengeluaran pramatang mana-mana akaun FD/FRIA-i yang sedia ada; dan/atau b) Pemindahan dana intra bank, iaitu pemindahan dana daripada Akaun Penyertaan CIMB yang lain, FD / FRIA-i atau Akaun Term Investment-i ("TIA-i"); dan/atau c) Pemindahan antara cawangan dalam CIMB termasuk pemindahan pihak ketiga. 15. Pelanggan Layak adalah dibenarkan untuk mengambil satu atau beberapa Item Premium seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 selagi Pelanggan Layak memenuhi Kriteria Kelayakan bagi Item Premium masing-masing. Item Premium yang Ditawarkan di bawah Kempen 16. Terdapat tiga (3) jenis Item Premium ( Item Premium ) yang ditawarkan di bawah Kempen ini dan Item Premium dan Nilai Item Premium setiap unit adalah dinyatakan dalam Jadual 3. Jadual 3: Jenis Item Premium dan Nilai Item Premium Tahap Jumlah Deposit Nilai Item Premium Item Premium Minimum (RM) (RM) 1 200,000 1 Unit Vakum Bebas Kabel Dyson V7 Fluffy + 1,579 2 400,000 1 Unit Samsung Galaxy Note9 dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar 2,976 3 600,000 1 Unit Set Bagasi Tumi (20 dan 24 ) 4,936 Tahap 1: Pelanggan Layak yang mendeposit RM200,000 Dana Baru ke dalam Akaun Penyertaan dan mengekalkan Jumlah Deposit Minimum untuk Tempoh Peruntukan akan mendapat 1 unit Vakum Bebas Kabel Dyson V7 Fluffy +. Sekiranya berlakunya pengeluaran awal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, Jumlah Deposit Minimum, Pelanggan Layak perlu membayar CIMB Nilai Item Premium sebanyak RM1,579. Tahap 2: Pelanggan Layak yang mendeposit RM400,000 Dana Baru ke dalam Akaun Penyertaan dan mengekalkan Jumlah Deposit Minimum untuk Tempoh Peruntukan akan mendapat 1 unit of Samsung Galaxy Note9 dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar Sekiranya berlakunya pengeluaran awal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, Jumlah Deposit Minimum, Pelanggan Layak perlu membayar CIMB Nilai Item Premium sebanyak RM2,976. Tahap 3: Pelanggan Layak yang mendeposit RM600,000 Dana Baru ke dalam Akaun Penyertaan dan mengekalkan Jumlah Deposit Minimum untuk Tempoh Peruntukan akan mendapat 1 unit Set Bagasi Tumi 3

(20 dan 24 ). Sekiranya berlakunya pengeluaran awal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, Jumlah Deposit Minimum, Pelanggan Layak perlu membayar CIMB Nilai Item Premium sebanyak RM4,936. 17. Item Premium yang Pelanggan Layak layak mendapat di bawah Kempen ini adalah diasingkan kepada tahap dan akan diberi berdasarkan Kriteria Kelayakan di bawah Klausa 10 dan Jumlah Deposit Minimum yang dinyatakan dalam Jadual 1. 18. Item Premium adalah dibekalkan atas dasar sebagaimana adanya ( as is ), tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh dirunding dan tidak boleh ditukar dengan tunai, kredit atau jenis, sebahagian atau sepenuhnya. 19. Item Premium di bawah Kempen ini tidak termasuk sebarang aksesori atau barangan yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan/atau bahan promosi kerana ia adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. 20. Pengeluaran Jumlah Deposit Minimum dalam Akaun Penyertaan sebelum tamat Tempoh Peruntukan: Sekiranya Pelanggan Layak secara sebahagiannya atau sepenuhnya mengeluarkan Jumlah Deposit Minimum sebelum tamat Tempoh Peruntukan, Pelanggan Layak akan diperlukan untuk membayar CIMB Nilai Item Premium yang diterima seperti yang digambarkan dalam Jadual 3 menurut Borang Deklarasi dan Pemberikuasaan yang ditandatangani yang dirujuk dalam klausa 10(c) dan 11(b) di atas. Walau apa pun di atas, CIMB Islamic Bank boleh mengikut budi bicaranya memberikan Pelanggan Layak rebat (Ibra') sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya, selepas tamat enam (6) bulan Tempoh Peruntukan. 21. Pengeluaran apa-apa deposit dari Akaun Penyertaan bagi tujuan Kempen ini hanya boleh dilakukan di cawangan CIMB. 22. Gambar Item Premium yang ditunjukkan dalam apa-apa kolateral pemasaran dan/atau pengiklanan adalah untuk tujuan visual sahaja dan warna/ reka bentuk mungkin berbeza daripada Item Premium sebenar yang diterima. Pelanggan Layak tidak dibenarkan untuk memilih atau menukar warna atau model Item Premium. 23. Kepada tahap sepenuhnya yang dibenarkan di sisi undang-undang, CIMB secara nyata mengecualikan dan menolak sebarang representasi, jaminan atau endorsan, tersirat atau ekspres, bertulis atau lisan, kepada semua Item Premium dan tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab untuk Item Premium yang ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB tidak akan melayan sebarang aduan berkenaan dengan Item Premium. 24. Item Premium adalah ditawarkan dan/atau dibekalkan secara tunggal oleh penjual-penjual dan pembekalpembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal dan CIMB tidak akan menerima apa-apa liabiliti (termasuk tanpa batasan, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, sampingan, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang tertimbul dalam apa cara jua sama ada secara kontrak, tort, kecuaian atau lain-lain yang berkaitan dengan Item Premium, walaupun sekiranya CIMB telah dinasihati atas kemungkinan ganti rugi tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi tersebut adalah dikecualikan secara nyata. 25. Dengan persetujuan atau penerimaan Item Premium, Pelanggan Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan penyertaan Pelanggan Layak dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Item Premium. Semua risiko, kerugian, kerosakan berkenaan dengan penggunaan Item Premium akan ditanggung oleh Pelanggan Layak. 26. CIMB tidak akan melayan apa-apa jua aduan berkenaan dengan Item Premium. Item Premium tidak pernah diperakui oleh CIMB dan kemasukan Item Premium dalam Kempen ini tidak akan dalam apa-apa keadaan 4

diertikan sebagai endorsmen atau cadangan Item Premium oleh CIMB. Liabiliti CIMB berhubung dengan Item Premium hanya untuk membayar harganya kepada penjual/pembekal. 27. CIMB tidak menerima apa-apa tanggungjawab bagi apa-apa implikasi percukaian yang boleh timbul daripada Item Premium atau penggunaannya. Apa-apa kewajipan pemfailan cukai atau apa-apa pembayaran cukai tertunggak kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Item Premium akan kekal menjadi tanggungjawab tunggal Pelanggan Layak. Ia adalah tanggungjawab setiap Pelanggan Layak untuk mendapatkan nasihat bebas berkenaan dengan implikasi berpotensi yang mungkin wujud ke atas keadaan kewangan beliau. Penghantaran Item Premium 28. Item Premium akan dihantar ke alamat surat-menyurat Pelanggan Layak dalam rekod CIMB dalam 10 hingga 12 minggu selepas tamat setiap bulan kempen seperti yang digambarkan dalam Jadual 4. Jadual 4: Penghantaran Item Premium Bulan Kempen Tempoh Hari Terakhir Penghantaran Item Premium Bulan 1 1 Januari 2019-31 Januari 2019 5 April 2019 Bulan 2 1 Februari 2019 28 Februari 2019 6 Mei 2019 Bulan 3 1 Mac 2019 31 Mac 2019 5 Jun 2019 29. Pelanggan Layak harus bertanggungjawab untuk memastikan bahawa nombor telefon dan/atau alamat e- mel dan/atau alamat surat-menyurat yang diberikan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB. Pemberitahuan dan/atau penghantaran Item Premium oleh CIMB akan berdasarkan kepada nombor telefon dan alamat surat-menyurat dalam Malaysia setiap Pelanggan Layak yang dikekalkan dengan CIMB. Penghantaran Item Premium hanya sah untuk alamat surat-menyurat dalam Malaysia, dan tidak akan sah untuk alamat peti surat (P.O. Box) dan alamat surat-menyurat di luar Malaysia. Pelanggan Layak dengan alamat peti surat (P.O. Box) dan alamat surat-menyurat di luar Malaysia perlu memberikan alamat bukan peti surat (non P.O. Box address), alamat surat-menyurat dalam Malaysia, atau mengutip Item Premium dari cawangan CIMB. Bagi Pelanggan Layak yang tidak mempunyai alamat surat-menyurat dalam Malaysia, Pelanggan Layak yang berhak menerima Item Premium mesti menghubungi pegawai Perkhidmatan Pelanggan CIMB di nombor telefon 03-6204 7788 untuk memaklumkan kepada CIMB sama ada pengutipan Item Premium dari cawangan CIMB atau penghantaran Item Premium ke alamat surat-menyurat dalam Malaysia yang diberikan. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak untuk sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang mengalir daripadanya) yang dialami atau untuk sebarang kegagalan untuk memenuhi penghantaran Item Premium sekiranya nombor telefon dan/atau alamat surat-menyurat Pelanggan Layak dalam rekod CIMB adalah bukan terkini atau tidak betul. 30. Sebarang Item Premium yang tidak dituntut sebelum Tarikh Pelucutan Item Premium seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5, hendaklah dilucutkan. Pelanggan Layak yang Item Premium telah dilucutkan tidak layak untuk apa-apa pembayaran atau pampasan tanpa mengira alasan tidak menuntut Item Premium. 5

Jadual 5: Tarikh Pelucutan Item Premium Bulan Tarikh Pelucutan Tempoh Kematangan 6 Bulan Kempen Item Premium Bulan 1 1 Januari 2019-31 Januari 2019 1 Julai 2019 to 31 Julai 2019 01 Ogos 2019 Bulan 2 1 Februari 2019 28 Februari 1 Ogos 2019 to 31 Ogos 2019 01 September 2019 2019 Bulan 3 1 September 2019 to 30 1 Mac 2019 31 Mac 2019 01 Oktober 2019 September 2019 31. Pemberian dan penghantaran Item Premium adalah dikendalikan oleh Tri E Marketing Sdn Bhd (825150- M) yang mempunyai alamat berdaftarnya di A-5-35 IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, Malaysia. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak bersetuju dan membenarkan maklumat peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan 4 digit terakhir nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada Tri E Marketing Sdn Bhd bagi tujuan menghantar Item Premium. 32. Setelah menerima Item Premium, Pelanggan Layak hendaklah menyemak dan menentukan mutu, kebolehdagangan dan/atau kesesuaian penggunaan Item Premium. Pelanggan Layak hendaklah berurusan secara terus dengan Tri E Marketing untuk sebarang Item Premium yang perlu digantikan disebabkan kehilangan atau kecacatan. Jika berlaku sebarang penghantaran yang salah atau kerosakan pada Item Premium, Pelanggan Layak hendaklah membuat aduan dengan Tri E Marketing @ 03-80761313 atau e- mel kepada info@tri-e.com.my dalam masa 48 jam selepas menerima Item Premium. Pelanggan Layak hendaklah menyimpan pesanan penghantaran bagi tujuan rujukan. 33. Pelanggan Layak hendaklah menghubungi Tri E Marketing melalui nombor telefon atau alamat e-mel yang dinyatakan dalam Klausa 32 mengenai apa-apa pertanyaan berkaitan dengan penghantaran Item Premium. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 34. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dan juga bersetuju kepada CIMB untuk memproseskan dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan www.cimbislamic.com dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Item Premium yang akan diberikan, hendaklah muktamad, mengikat dan konklusif. 35. Akaun Penyertaan Pelanggan Layak (i) MESTI tidak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Akaun Penyertaan DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada apa-apa penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang ditadbir oleh undang-undang, delinkuen, dan/ atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum penghantaran Item Premium, jika tidak Pelanggan Layak akan dilucutkan kelayakan untuk menyertai Kempen ini dan/atau Item Premium akan dilucutkan. 36. CIMB menyimpan hak atas budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Pelanggan Layak yang ia tentukan telah mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 37. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan Item Premium dengan item lain yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberi notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan Layak. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pelanjutan, pemendekkan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau 6

penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan mana-mana Pelanggan Layak atau manamana jua orang lain kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan Layak secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan pelanjutan, pemendekkan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini. 38. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa jua cara sekalipun dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian mana-mana kewajipannya di sini, disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, perang, mogok, rusuhan, apa-apa bencana alam ( act of God ) di luar kawalan CIMB atau akibat daripada apa-apa faktor dalam bentuk force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB. 39. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap mana-mana Pelanggan Layak atau mana-mana pihak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua sifat yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau apa pun timbul, berhubungan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini termasuk yang timbul daripada kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) oleh Pelanggan Layak melainkan yang sama ditimbulkan daripada dan disebabkan secara langsung atas kecuaian melampau dan keingkaran sengaja CIMB. 40. CIMB menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) ( Pindaan ) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Notifikasi kepada Pelanggan Layak berkenaan dengan Pindaan hendaklah dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan CIMB atau kaunter Pertukaran Mata Wang CIMB di mana peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh diberikan dalam notis tersebut sendiri atau boleh diberikan kepada Pelanggan Layak atas permintaan; atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apaapa kaedah notifikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Pelanggan Layak dari tarikh notifikasi Pindaan atau dari tarikh lain seperti yang boleh ditetapkan oleh CIMB dalam notifikasi. Pelanggan Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat Kempen dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini. 41. Tiada pampasan dalam tunai atau apa jua jenis akan diberikan kepada Peserta Layak untuk apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung oleh Pindaan Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 42. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 40 di atas) hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terdapat dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa Akaun Penyertaan yang akan digunapakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 43. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan yang digubal dan/atau mana-mana undang-undang bertulis semasa lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berkenaan dengan atau terpakai terhadap Kempen atau apaapa perkara di sini. 7

44. Sekiranya terdapat apa-apa ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma- Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan telah dibuat oleh Pelanggan Layak dan permintaan tersebut telah dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat telah dipilih oleh Pelanggan Layak untuk mengawal operasi Akaun Penyertaan Pelanggan Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma- Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. 45. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB melalui notifikasi kepada Pelanggan Layak): Unit Resolusi Pelanggan, P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Kuala Lumpur Tel: +603 6204 7788 / CRU@cimb.com. 8