Mazilah binti Hj. Abdullah Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam 2013
MODUL PEMBINAAN LAMAN WEB DAN BLOG (WEEBLY) Sebagai Pelajar Anda telah diberikan slip kertas yang mengandungi username dan password anda oleh pensyarah anda. STUDENTS.WEEBLY.COM 1. Buka Mozilla Firefox atau Google Chrome 2. Taipkan http://students.weebly.com dan Enter 3. Imej berikut akan dipaparkan. 4. Masukkan username dan password mengikut slip yang telah diberikan. Log in. 5. Paparan berikut akan dipaparkan. Taipkan tajuk laman (site) yang hendak dibangunkan dan Save Title. 6. Imej berikut akan dipaparkan. 7. Tekan Design dan pilih satu jenis. Layout laman anda akan berubah mengikut design yang telah dipilih. Anda juga boleh memasukkan imej sendiri melalui Edit Image. Setelah selesai, Save. Mazjtp/2013 2
8. Melalui Design, pilih Design Option. Tukar jenis, warna dan saiz font dalam Site Title, Paragraph Title dan Paragraph Text. 9. Seterusnya pilih Elements. Anda akan lihat beberapa layout untuk memasukkan teks. Untuk meletakkan tajuk, pilih Title Text. Klik dan seret ke tempat This page is empty. Drag Elements here. Lepaskan. 10. Taipkan tajuk untuk muka utama (Home) di sini. 11. Seterusnya anda boleh memilih Elements untuk memasukkan teks. Anda boleh juga memilih Multiple Columns seperti berikut. Mazjtp/2013 3
12. Pilih Elements Paragraph with Pictures dan seret ke dalam ruang kiri. Taipkan Pengenalan. 13. Klik petak imej untuk memasukkan foto/imej. 14. Apabila paparan berikut muncul, anda boleh memasukkan imej yang dikehendaki. Terdapat beberapa cara untuk memasukkannya, iaitu melalui : i. My Computer ii. Favourites iii. Image URL Melalui My Computer, simpan imej di dalam My Pictures. Kemudian buka folder My Pictures dan pilih imej tersebut dan seret ke dalam kotak imej. 15. Muka utama anda akan kelihatan seperti paparan berikut. Seterusnya taipkan teks yang bersesuaian dengan tajuk pilihan anda. Publish Mazjtp/2013 4
16. Klik Publish. Kotak berikut akan dipaparkan. Taipkan nama subdomain yang anda kehendaki pada ruang kosong yang disediakan. Klik Continue. 17. Klik Close. Close 18. Pada paparan berikut, pilih Account Settings. 19. Tukar kata laluan anda melalui Change your password. Save. Mazjtp/2013 5
20. Pada paparan ini, klik Edit Site. 21. Untuk menambah muka surat bagi laman anda, pilih Pages. 22. Klik Add Pages untuk menambah muka surat yang diperlukan. 23. Namakan muka surat baru anda. Pilih Layout dan Save Settings. 24. Untuk menghasilkan subpage seperti ini, tambah New Page dan seret sedikit ke kanan. 25. Sempurnakan kandungan setiap muka surat yang ditambah mengikut langkahlangkah yang telah diajarkan. Mazjtp/2013 6
26. Untuk menukar tajuk dan alamat laman anda, pilih Settings. 27. Anda boleh memasukkan foto, file, embedded document, membuat slideshow dan sebagainya melalui Multimedia. 28. Melalui More, anda mempunyai beberapa pilihan lagi untuk mencantikkan laman anda. Contohnya, Custom HTML. Seret ikon ini ke laman anda. 29. Google untuk mencari kod html untuk kalendar atau jam. Contoh seperti yang dipaparkan. Tekan Ctrl+C (copy) pada papan kekunci. Kemudian pergi ke laman weebly dan Ctrl+V (paste) dalam petak html. 30. Dalam kotak Custom HTML, pilih Alignment Center. Seterusnya klik di luar ruang kotak untuk melihat hasilnya. Mazjtp/2013 7
31. Proses yang sama perlu dilakukan jika anda ingin memasukkan widget jam dalam laman anda. 32. Untuk memasukkan ruang berita (Utusan/Hariran dsb), anda perlu google RSS Feed dan dari Multimedia, seret Feed Reader. 33. Sebagai pelajar, anda perlu menghantar tugasan kepada pensyarah anda. Untuk itu sila taipkan url pensyarah anda contohnya: http://mazilahjtp.weebly.com atau tajuk laman contoh: PPG@Learn.Com. 34. Pilih Borang. Isikan email dan nama anda di dalam ruang yang disediakan. Upload tugasan anda melalui Choose File dan Submit. 35. Blog telah disediakan untuk para pelajar berhubung dengan pensyarah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruang blog ini. SELAMAT MENCUBA Mazjtp/2013 8