Terma dan Syarat bagi Hong Leong Deposit Tetap-i (HLFD-i) Perkhidmatan Kewangan Peribadi (PFS-i) & Perbankan Korporat Perniagaan (BCB-i)

dokumen-dokumen yang mirip
Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD. Akaun Junior-i 3 dalam 1. Terma dan Syarat

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

Akaun 360-i OCBC Al-Amin Terma dan Syarat Dijamin oleh PIDM

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT AKAUN JUNIOR 3-DALAM-1 HONG LEONG (DIKEMASKINI PADA 2 JANUARI 2014)

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

Version 05 Jun 2017 Page 1 PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Terma & Syarat Kempen Bila-bila Masa, Di Mana Jua dengan affinonline

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Transkripsi:

Dikemaskini pada September 2018 Terma dan Syarat bagi Hong Leong Deposit Tetap-i (HLFD-i) Perkhidmatan Kewangan Peribadi (PFS-i) & Perbankan Korporat Perniagaan (BCB-i) Terma dan Syarat Hong Leong Deposit Tetap-i (sebelum ini dikenali sebagai Hong Leong Deposit Berjangka-i) hendaklah dibaca secara keseluruhan bersama dengan Terma & Syarat Am Akaun untuk Deposit dan Deposit Perbankan Islam serta terma dan syarat berkaitan lain yang boleh dikenakan oleh Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ) dari semasa ke semasa dengan memberikan notis dalam tempoh dua puluh satu (21) hari terdahulu, serta kaedah dan peraturan lain yang mengikat HLISB. Terma dan Syarat ini juga boleh digunapakai untuk Deposit Tetap-i Atas Talian (efd-i) di mana ia merupakan akaun deposit tetap atau berjangka yang membolehkan pembukaan, penyimpanan dan pengeluaran akaun yang dilaksanakan secara atas talian melalui Perkhidmatan Perbankan Hong Leong Digital ( Hong Leong Connect ) hanya untuk PFS-i sahaja. 1. Takrif & Tafsiran 1.1 Takrif Dalam Terma & Syarat ini, terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan padanya melainkan jika konteks menghendaki sebaliknya:- Ejen bermaksud HLISB yang hendaklah dilantik oleh Pelanggan untuk melakukan tindakan tertentu bagi pihak Pelanggan mengikut prinsip Syariah Wakalah Mutlaqah atau Agensi Tidak Terhad yang tidak terhad kepada apa-apa syarat dan tidak terbatas kepada keadaan tertentu atau had masa mengikut terma dalam dokumen ini. Komoditi bermaksud barangan atau aset yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah HLISB. Jenis komoditi yang boleh dibeli adalah mengikut budi bicara penuh HLISB sebagai ejen untuk Pelanggan pada harga yang dipersetujui. Platform Perdagangan Komoditi adalah platform perdagangan komoditi yang membolehkan transaksi Tawarruq dan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah HLISB. Murabahah merujuk kepada penjualan dan pembelian komoditi di mana pengambilalihan kos / pembelian dan margin didedahkan kepada pembeli Harga Jualan bermaksud jumlah yang perlu dibayar oleh HLISB untuk memperoleh Komoditi daripada Pelanggan yang hendaklah terdiri daripada harga Komoditi dan keuntungan. Pembekal bermaksud pedagang komoditi dan/atau pembekal yang berdaftar dengan pertukaran yang berkenaan dan/atau mana-mana pihak yang boleh diterima oleh HLISB. Tawarruq juga dikenali sebagai Murabahah (melalui susunan Tawarruq) merujuk kepada susunan yang berkait dengan tatacara deposit HLISB dimana HLISB bertindak sebagai Ejen hendaklah membeli Komoditi bagi pihak Pelanggan apabila menerima wang daripada Pelanggan untuk harga Komoditi yang dianggap sebagai deposit dalam akaun HLISB. HLISB, selepas itu sebagai ejen kepada Pelanggan, menjual komoditi tersebut kepada HLISB mengikut asas Murabahah (kos tambah keuntungan) pada Harga Jualan yang akan dibayar kepada Pelanggan pada tempoh matang HLFD-i. HLISB selepas itu menjual Komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai. Hari Dagangan bermaksud hari urus niaga Murabahah Komoditi dijalankan, dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum yang diwartakan di Kuala Lumpur. Page 1 of 4

2. Akaun Hong Leong Deposit Tetap-i (HLFD-i) 2.1 Akaun ini ialah akaun deposit tetap atau berjangka berasaskan prinsip Syariah Murabahah (melalui penyusunan Tawarruq). 2.2 Sebarang penyimpanan/penempatan yang dibuat di bawah HLFD-i hendaklah dalam Ringgit Malaysia ("RM") dan jumlah minimum yang ditetapkan untuk pemegangan yang sama adalah sebagaimana yang ditentukan oleh HLISB dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terlebih dahulu. 2.3 Penyimpanan/penempatan deposit hendaklah berkuat kuasa pada tarikh penyimpanan deposit dilaksanakan. 2.4 Butiran penyimpanan/penempatan deposit akan dicetak pada slip deposit sejurus penyimpanan/penempatan deposit dilaksanakan 2.5 Penyata HLFD-i akan dihantar kepada Pelanggan pada setiap suku tahun. 2.6 Bagi Pelanggan PFS-i, makluman / penempatan fizikal tidak akan dihantar kepada Pelanggan berkuat kuasa serta-merta. Penempatan / makluman fizikal boleh didapati di mana-mana cawangan HLISB atau HLBB jika ada permintaan dibuat. 2.7 Bagi Pelanggan BCB-i, makluman penyimpanan/penempatan / pembaharuan yang memberikan butiran tentang penyimpanan/penempatan deposit akan dihantar kepada Pelanggan pada Hari Dagangan yang berikutnya. 2.8 Pelanggan hendaklah memeriksa semua butiran dalam penyata akaun dan melaporkan apa-apa kesilapan yang terdapat dalam penyata akaun kepada HLISB dengan segera. Jika Pelanggan tidak membuat bantahan tentang apa-apa butiran dalam penyata akaun tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan penyata akaun tersebut, Pelanggan akan dianggap telah menerima butiran yang dibuat sehingga tarikh catatan terakhir dalam penyata akaun sebagai betul dan HLISB pelepasan daripada semua tanggungan. 2.9 Pemegangan deposit hendaklah antara satu (1) bulan hingga enam puluh (60) bulan sebagaimana yang dipilih oleh Pelanggan dan ditentukan oleh HLISB dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu. Penerimaan dan / atau pembaharuan penyimpanan tersebut, pemegangan dan kadar yang disebut untuk HLFD-i adalah mengikut budi bicara mutlak HLISB sepenuhnya. Apabila apa-apa cek didepositkan untuk penyimpanan/penempatan, dan apabila penyimpanan/penempatan atau makluman pembaharuan dikeluarkan kepada Pelanggan, ia hendaklah tertakluk kepada penunaian cek tersebut. Akaun HLFD-i tidak boleh diserah hak, dipindahkan, disandarkan atau dicagarkan melainkan jika kebenaran bertulis diberikan oleh HLISB atau melainkan diperlu sebagai jaminan pembiayaan oleh HLISB. 2.10 Kadar keuntungan HLFD-i akan ditentukan oleh HLISB dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terlebih dahulu. 2.11 Dalam kes apabila Pelanggan datang kembali ke cawangan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyimpanan untuk membatalkan penyimpanan deposit atau pembaharuannya, Pelanggan bersetuju melepaskan hak untuk menuntut.sebarang Keuntungan. HLISB hanya akan mengembalikan amaun harga belian komoditi / amaun yang didepositkan tanpa keuntungan untuk dituntut oleh Pelanggan berikutan penamatan / pembatalan kontrak Komoditi Murabahah. 2.12 HLISB boleh atas arahan Pelanggan membayar keuntungan daripada akaun HLFD-i kepada Pelanggan sama ada secara bulanan atau apabila matang tempoh itu mengikut mana yang berkenaan. 2.13 HLISB hendaklah membayar kepada Pelanggan: Keuntungan pada tarikh matang bagi semua tempoh matang; dan Bagi pemegangan enam (6) bulan ke atas, jumlah keuntungan yang akan diterima oleh Pelanggan adalah secara bulanan atau secara enam bulan. 2.14 Urus niaga Komoditi Murabahah hendaklah dijalankan pada Hari Perdagangan. 2.15 Jika Pelanggan menarik balik semua atau sebahagian daripada deposit sebelum tarikh matang, Pelanggan bersetuju pelepasan hak untuk menuntut Harga Jualan penuh, dan; 2.15.1 Sebelum 1 Januari 2019, HLISB hendaklah membayar berdasarkan perkara yang berikut:- a. Bagi pemegangan deposit di bawah tiga (3) bulan genap, pengeluaran awal dibenarkan tanpa keuntungan dibayar kepada Pelanggan: b. Bagi pemegangan deposit tiga (3) bulan genap dan lebih, pengeluaran awal dibenarkan dengan separuh daripada keuntungan terkumpul bagi bulan genap akan dibayar kepada Pelanggan: Page 2 of 4

2.15.2 Berkuat kuasa 1 Januari 2019, HLISB tidak akan membayar kepada Pelanggan sebarang keuntungan tanpa mengambil kira bilangan bulan genap pada masa pengeluaran awal dibuat. 2.16 HLISB berhak mengubah peraturan yang dinyatakan di atas pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu. 2.17 HLFD-i membenarkan pengeluaran pada minimum RM3,000 dan dalam gandaan RM1,000 selepas itu, tertakluk kepada baki minimum Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) bagi tempoh 1 bulan, atau Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) bagi tempoh 2 bulan ke atas dikekalkan dalam HLFD-i pada setiap masa atau apa-apa jumlah lain yang ditetapkan oleh HLISB pada bilabila masa atau dari semasa ke semasa dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari calendar terlebih dahulu. 2.18 Apabila membuat pengeluaran daripada akaun HLFD-i, Pelanggan mesti mengemukakan MyKad mereka untuk pengesahan identiti melalui pengesahan cap jari dengan menggunakan Pembaca MyKad atau alat lain yang digunakan dan diterima oleh HLISB. 2.19 Pemilikan / Penyerah Komoditi a. Pelanggan mempunyai hak untuk memohon dan mengambil milikan fizikal. Penyerahan Komoditi kepada Pelanggan adalah tertakluk kepada syarat-syarat minima dan memenuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pembekal platform perdagangan komoditi. b. Permintaan bagi pemilikan dan penyerahan Komoditi boleh dilakukan di mana-mana cawangan HLISB atau HLBB pada waktu urusniaga perbankan; dan c. Pengaturan mengenai penyerahan atau penghantaran harus dibuat antara Pelanggan bersama dengan pembekal platform perdagangan komoditi di mana kos perbelanjaan penghantaran adalah ditanggung sendiri oleh Pelanggan. 2.20 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa penentuan HLISB tentang apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada Pelanggan di bawah HLFD-i, melainkan jika berlaku kesilapan nyata, adalah muktamad, konklusif dan mengikat Pelanggan. Pelanggan hendaklah menyemak semua butiran dalam makluman penyimpanan, makluman pembaharuan dan penyata akaun, dan dengan segera melaporkan apa-apa kesilapan yang terdapat di dalamnya kepada HLISB. Jika Pelanggan tidak membuat bantahan dalam tempoh empat belas (14) hari (atau tempoh lain yang ditetapkan oleh HLISB) selepas menerima perkara yang sama, tentang sebarang butiran di dalamnya, maka Pelanggan akan dianggap telah menerima butiran yang dibuat dalam makluman penyimpanan/penempatan, makluman pembaharuan dan penyata akaun sebagai betul dan melepaskan HLISB daripada semua tanggungan. 2.21 Pelanggan telah bersetuju terlebih dahulu bahawa pemegangan deposit akan diperbaharui secara automatik untuk pemegangan yang sama pada tarikh matang berdasarkan kadar semasa apabila pembaharuan dibuat, melainkan jika arahan bertulis daripada Pelanggan diterima oleh HLISB sebelum tarikh matang. Pelanggan boleh melayari laman web HLISB di www.hlisb.com.my untuk menyemak kadar semasa terkini. 2.22 Bagi tujuan Urus Niaga Komoditi Murabahah, Pelanggan telah bersetuju untuk melantik HLISB sebagai Ejen untuk pembelian dan penjualan Komoditi tanpa pernyataan penawaran dan penerimaan antara penjual dengan pembeli, mengikut prinsip kesimpulan kontrak dengan tingkah laku (mu`atah) menurut Terma dan Syarat ini. 2.23 Pelanggan bersetuju bahawa HLISB akan bertindak sebagai Ejen Pelanggan yang mutlak hanya bagi urus niaga Komoditi Murabahah. Setiap kontrak jual beli bagi Komodoti Murabahah transaksi adalah terikat dan tidak boleh ditamatkan secara unilateral oleh mana-mana pihak yang berkontrak. 2.24 HLISB, sebagai Ejen Pelanggan akan menjaga kepentingan Pelanggan dan dengan niat yang baik semasa penyimpanan deposit atau apa-apa pembaharuannya, menjalankan urus niaga untuk membeli Komoditi secara tunai ("Urus Niaga Pembelian") melalui perjanjian, sijil dan surat cara pembelian lain yang lengkap seperti yang boleh dilakukan sendiri oleh Pelanggan dan berunding dengan Pembekal bagi pihak Pelanggan berhubung dengan perkara tersebut. 2.25 Pelanggan dengan ini menawarkan untuk menjual Komoditi kepada HLISB setelah memiliki Komoditi secara konstruktif melalui Ejennya seperti yang dibuktikan oleh e-cert (atau sebarang bukiti pemilikan) daripada Pembekal pada Harga Jualan yang dipersetujui (kos termasuk margin/keuntungan) yang ditentukan semasa penyimpanan deposit. 2.26 Komoditi tersebut akan dijual dalam "keadaan sepertimana sedia ada" tanpa apa-apa representasi atau waranti berkenaan dengannya dan semasa pengeluaran perjanjian pembelian, Page 3 of 4

sijil dan surat cara lain; pihak-pihak bersetuju untuk mengetepikan liabiliti penjual bagi apa-apa kecacatan pada komoditi sebelum memasuki ke dalam jual beli kontrak. Semua risiko adalah kepada pembeli dan penjual hendaklah dibebaskan daripada apa-apa liabiliti, tanggungjawab atau obligasi yang berhubungan dengan Komoditi dalam apa-apa bentuk atau cara sekalipun. Apa-apa kecacatan atau kegagalan penghantaran atau mana-mana pertikaian berhubung dengan Komoditi tidak boleh dalam apa-apa cara menjejaskan atau membebaskan pihak yang berkontrak kewajipan atau akujanji di bawah ini. 2.27 HLISB dengan ini berjanji untuk membeli Komoditi daripada Pelanggan apabila memiliki Komoditi konstruktif melalui Ejen yang dibuktikan dengan e- cert (atau apa-apa keterangan lain mengenai pemilikan) dari platform perdagangan komoditi yang dipersetujui pada Harga Jualan (kos tambah margin) ditentukan semasa penempatan deposit. 2.28 Pelanggan bersetuju untuk menanggung rugi HLISB terhadap:- a. semua tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan apa jua yang dikemukakan oleh mana-mana pihak terhadap HLISB akibat bertindak sebagai Ejen bagi Pelanggan dalam transaksi perdagangan komoditi atau b. bagi mana-mana pelanggaran kewajipan Pelanggan. Tanggung rugi ini akan berterusan walaupun penamatan agensi HLISB. Pengecualian untuk sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengingkaran, peninggalan, kecuaian, pelanggaran kontrak oleh pihak Bank. Sekiranya Pelanggan bertanggungjawab oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten atas sebarang kerosakan walau apa pun yang tersebut di atas, jumlah keseluruhan liabiliti Pelanggan tidak boleh melebihi jumlah prinsipal bagi urus niaga yang terlibat yang menimbulkan tuntutan tersebut. 2.29 Sekiranya berlaku sebarang konflik atau percanggahan antara Terma dan Syarat ini dengan Terma & Syarat Am Akaun untuk Deposit dan Deposit Perbankan Islam, maka Terma dan Syarat ini akan diterima pakai. 3. Pengecualian bagi akaun Deposit Tetap-i atas talian (efd-i) melalui Hong Leong Connect 3.1 Pembukaan akaun adalah hanya untuk individu yang merupakan pemegang Akaun Semasa-i atau Simpanan-i (CASA-i) dan yang telah mendaftar diri untuk Hong Leong Connect. Akaun bersama tidak dibenarkan membuka akaun efd-i. 3.2 Akaun efd-i hanya boleh dibuka oleh Pelanggan melalui Hong Leong Connect dan Akaun efdi itu akan dipautkan kepada CASA-i yang daripadanya penempatan efd-i.yang pertama dibuat ( CASA-i Ditetapkan ) 3.3. Berbilang penempatan efd-i ke dalam Akaun efd-i dibenarkan. Bagaimanapun, penempatan hanya boleh dilakukan melalui Hong Leong Connect antara 6.00 pagi dan 11.00 malam, tujuh (7) hari seminggu, mengikut waktu seperti yang disyaratkan oleh HLISB di Hong Leong Connect. 3.4 Penempatan efd-i boleh dibuat daripada CASA-i lain yang diselenggara oleh Pelanggan dengan HLISB (CASA-i Sumber) yang bukannya CASA-i Ditetapkan, melalui pemindahan dana daripada bank lain melalui Bursa Pemprosesan Kewangan ( FPX ) 3.5 Amaun deposit maksimum bagi setiap transaksi ialah Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu (RM250,000). Bagi penempatan melalui pemindahan PFX, amaun deposit maksimum bagi setiap transaksi ialah Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu (RM30,000) atau had Perbankan Internet Individu Pelanggan yang diselenggara dengan bak berkenaan, mengikut mana yang lebih rendah 3.6 Penempatan efd-i boleh mengambil masa hingga dua (2) Hari Perniagaan untuk diproses. Tarikh kuat kuasa efd-i akan bermula sebaik penempatan berjaya dibuat, seterusnya Resit Transaksi Hong Leong Connect, yang mengandungi butiran transaksi penempatan efd-i akan dikeluarkan dan dihantar melalui emel kepada Pelanggan. Resit Transaksi Hong Leong Connect adalah bukti yang mengikat dan muktamad tentang transaksi penempatan efd-i yang berjaya. HLISB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, pembatalan, kerugian kewangan atau kerugian lain disebabkan kelewatan pemprosesan. 3.7. Transaksi dalam Akaun efd-i juga akan direkodkan dalam penyata akaun bagi CASA-i Sumber 3.8. Keuntungan yang diperolehi atas efd-i sama ada akan dikreditkan ke dalam CASA-i Sumber dan/atau CASA-i Ditetapkan pada setiap bulan atau ditokok kepada jumlah pokok pada tarikh matang, mengikut pilihan yang dibuat oleh Pelanggan semasa membuat penempatan efd-i. 3.9 Pengeluaran efd-i hanya boleh dilakukan melalui Hong Leong Connect. Page 4 of 4

3.10 Apabila pengeluaran efd-i dibuat, jumlah pokok dan keuntungan yang diperolehi daripadanya (jika ada) akan dikreditkan secara automatik ke dalam CASA-i Sumber atau CASA-i Ditetapkan, mengikut pilihan yang dibuat oleh Pelanggan semasa membuat penempatan efd-i 3.11 Pelanggan hendaklah memilih arahan pembaharuan bagi setiap efd-i semasa membuat penempatan melalui Hong Leong Connect 3.12 Jika Ruangan Auto Renew dipilih Yes, maka penempatan itu secara automatik akan diperbaharui bagi tempoh yang sama pada kadar keuntungan semasa pada tarikh pembaharuan efd-i yang matang itu. 3.13 Jika ruangan Auto Renew dipilih No, maka penempatan itu tidak akan diperbaharui secara automatik dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam CASA-i Sumber atau CASA-I Ditetapkan pada tarikh matang efd-i berkenaan 3.14 Penyata tidak akan dihantar kepada Pelanggan kerana ia boleh dilihat melalui Hong Leong Connect. 3.15 Makluman penyimpanan/penempatan /pembaharuan boleh dilihat melalui Hong Leong Connect. Ia tidak akan dihantar kepada Pelanggan. 3.16 Penempatan efd-i tidak dibenarkan untuk disandarkan sebagai cagaran untuk menjamin apaapa pembiayaan/kemudahan kredit. Deposit layak dilindungi oleh PIDM Page 5 of 4