TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN DAN SWASTA NEGERI PERLIS 1
19 NOVEMBER 2018 (ISNIN) 9.30 PAGI DEWAN DATO MOHD ALI BAHARUM A, ANGKASA Bismillahhirrahmanirrahim Assalamulaikum WBT 2
Terima Kasih Pengacara Majlis [SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA] Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. 3
1. Terlebih dahulu, saya berasa amat bersyukur terhadap ALLAH S.W.T. yang memberi kelapangan untuk kita bertemu pada pagi ini. 2. Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada 4
rombongan dari Koperasi Anggota Kerajaan dan Swasta Negeri Perlis. ANGKASA berbesar hati menerima dan menyambut kedatangan rombongan ini. 3. Saya difahamkan kunjungan ini bertujuan untuk mengetahui dan 5
memahami dengan lebih dekat mengenai pengurusan dan tadbir urus yang dilaksanakan ANGKASA. Di pihak ANGKASA, kita mengharapkan kunjungan ini juga dapat mencetuskan idea-idea baru yang dapat memberi impak 6
yang besar kepada kedua-dua pihak. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 4. Mentransformasi pengurusan dan tadbir urus sentiasa menjadi agenda utama ANGKASA. Kita 7
menyedari pengurusan dan tadbir yang cekap memberi impak besar kepada pencapaian organisasi dan penyampaian perkhidmatan kepada gerakan koperasi. 5. Selaras dengan itu, ANGKASA telah melaksanakan pelan strategik 8
yang memeta perjalanan ANGKASA mengikut sasaran ditetapkan bagi tempoh 2017 hingga 2050. Untuk makluman, pelan strategik ini telah diimpliment sepenuhnya di ANGKASA dan telah diukur melalui pelaksanaan KPI. 9
6. Teras utama KPI adalah untuk mempertingkatkan keahlian ANGKASA, mempertingkatkan peranan sektor peneraju terhadap gerakan koperasi dan mempertingkatkan perolehan ANGKASA. Alhamdullilah, kita sedang mempertingkatkan 10
instrument ini ke arah pencapaian yang ditetapkan. 7. Sejajar dengan matlamat digariskan dalam DKN, ANGKASA telah menyusun perkhidmatan yang boleh memberi impak secara langsung kepada gerakan koperasi 11
negara. Misalnya menstruktur semula kaedah penyampaian program pembangunan koperasi dengan mewujudkan sektor peneraju sebagai pemangkin untuk merangsang dan membangunkan koperasi berdasarkan fokus terhadap kegiatan utama ekonomi. 12
8. Lapan sektor peneraju utama adalah untuk merancang, merangka, mengatur dan melaksanakan skop pembangunan ekonomi sejajar dengan harapan Kerajaan melihat sektor koperasi menyumbang RM50 bilion kepada KDNK. 13
9. Lapan sektor itu ialah Sektor Perkhidmatan Kewangan, Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Sektor Perladangan, Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan, Sektor 14
Inovasi, Teknologi dan Komunikasi, dan Sektor Pembangunan Komuniti. 10. Selain itu, ANGKASA juga komited terhadap usaha mengekal dan meningkatkan integriti dalam kalangan kakitangan bagi memastikan sentiasa relevan untuk 15
memberikan perkhidmatan kepada negara melalui gerakan koperasi. 11. ANGKASA telah menyatakan komitmen tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila berjaya memenuhi keperluan 16
integriti melalui ikrar integriti korporat. Pelbagai kursus integriti dan taklimat pencegahan rasuah diadakan sehingga satu Unit Integriti bersama kakitangan yang diiktiraf sebagai Certified Integrity Officer (CeIO) diwujudkan. 17
12. Ini adalah maklumat serba ringkas mengenai transformasi ANGKASA ke arah pengurusan dan tadbir urus korporat yang terbaik dan berkesan. Untuk lebih detail akan disampaikan oleh Pegawai- Pegawai Kanan ANGKASA sesuai 18
dengan bidang berkaitan aktiviti utama koperasi ini. 13. Semoga apa yang diterangkan dan maklumat serta perkongsian pengalaman ANGKASA ini memberi manfaat 19
kepada koperasi tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t. 20