Kepada Para Pemegang Unit di bawah Penama untuk BIMB i Growth yang dihormati,

dokumen-dokumen yang mirip
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

BAHAGIAN I PERMULAAN

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

No.Pendaftaran 1/ Skim Pembiayaan Al-Quard 3. Pembiayaan. 2. Skim Pembiayaan Al-Murabah dan Al-Bithaman Ajil 4. Pembiayaan Persendirian/Kredit

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB


S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

Transkripsi:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Kepada Para Pemegang Unit di bawah Penama untuk BIMB i Growth yang dihormati, Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pemegang Unit ( Mesyuarat ) BIMB i Growth ( Dana ) akan diadakan oleh pengurus dana, BIMB Investment Management Berhad ( Pengurus ) pada Selasa, 29 Januari 2019, jam 9.30 pagi di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai oleh Pemegang Unit, meluluskan resolusi-resolusi berikut untuk membenarkan Pengurus Dana dan/atau Pemegang Amanah Dana untuk: (i) (ii) (iii) (iv) mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana; mengubah pelaburan dibenarkan Dana; memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru; dan melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di resolusi-resolusi, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit dana-dana, dengan kuasa penuh untuk bersetuju kepada sebarang keadaan, pengubahsuaian, variasi dan/atau pindaan sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus menganggap sesuai atau memberi manfaat kepada Pemegang Unit dana tersebut atau apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Untuk pengetahuan anda, Pengurus Dana bercadang untuk memperluaskan pelaburan-pelaburan Dana dengan memasukkan pelaburan asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal Dana. Pelaburan asing tersebut walaubagaimanapun adalah terhad kepada pelaburan terhadap syarikatsyarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Sehubungan itu, kami sertakan bersama-sama ini Notis Mesyuarat, Borang Proksi dan Nota Penjelasan Pengurus mengenai usul resolusi-resolusi bagi Mesyuarat Dana tersebut untuk perhatian dan tindakan lanjut anda. Anda dialu-alukan untuk memberikan maklum balas mengenai resolusi-resolusi yang dicadangkan dengan menghantar ke Penama di talian fax 03-2088 8175 atau e-mel ke IUTA@bankislam.com.my. Sekian,terima kasih. Surat cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan.

BIMB i GROWTH (Diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad) NOTIS MESYUARAT ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Pemegang Unit BIMB i Growth ( Dana ) akan diadakan oleh pengurus dana, BIMB Investment Management Berhad ( Pengurus ), menurut Fasal 17.3.1 surat ikatan utama Tabung Pertama bertarikh 17 Mei 1994 seperti yang diubahsuai oleh surat ikatan tambahan pertama bertarikh 9 Oktober 1998, surat ikatan tambahan kedua bertarikh 26 Januari 2004, surat ikatan tambahan ketiga bertarikh 24 Februari 2006, surat ikatan tambahan induk keempat bertarikh 21 Jun 2007, surat ikatan tambahan induk kelima bertarikh 9 Mac 2010 dan surat ikatan tambahan induk keenam bertarikh 15 Oktober 2010 dan surat ikatan tambahan induk bertarikh 27 September 2013 yang mentadbir Dana ( Surat Ikatan ). Mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi bertarikh 29 Januari 2019, Selasa di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai oleh Pemegang Unit, meluluskan resolusi-resolusi berikut: RESOLUSI 1 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana. Polisi dan strategi pelaburan Dana boleh diubah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Dana ini berobjektif meraih pulangan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang* dengan melabur dalam syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan membayar dividen. Untuk memenuhi objektif pelaburannya, Dana ini akan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang akan terdiri daripada pelbagai portfolio syarikat-syarikat kukuh, pertumbuhan yang tinggi dan syarikat- syarikat yang membayar dividen yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pengurus akan mengguna pakai pendekatan dagangan aktif di mana Dana boleh meningkatkan pelaburan ekuiti jika tinjauan pasaran ekuiti dijangka positif. Sebaliknya pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan ditambah dengan mengurangkan pendedahan kepada ekuiti sekiranya kemerosotan ketara pasaran diramalkan. Pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan dinaikkan sehingga 30% dan ia mungkin melebihi 30% daripada NAB Dana jika Pengurus mengguna pakai strategi defensif sementara. Dana juga akan melabur dalam Sukuk, pada amnya untuk mengekalkan modal** dan mencapai peningkatan modal yang sederhana. Baki portfolio akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam yang mudah ditunaikan. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. ** Nota: Pengekalan modal tidak bermaksud modal dijamin atau dilindungi. RESOLUSI 2 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah Surat Ikatan dan prospektus induk dengan mengubah pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan dibenarkan Dana boleh diubah seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Debentur/instrumen patuh Syariah yang termasuk Sukuk, kertas komersial/nota jangka sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AAoleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain;

b. Instrumen deposit boleh niaga patuh Syariah, bil-i diterima, baki mata wang Malaysia di tangan dan deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan, deposit murabahah komoditi dan/atau instrumen patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC); c. Bahagian/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; d. Produk berstruktur patuh Syariah; e. Pelaburan patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa; f. Tunai atau kesetaraan tunai; g. Sekuriti yang disenaraikan di bursa saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; h. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; dan i. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk dan tidak terhad kepada, sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian. RESOLUSI 3 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan RESOLUSI 4 Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. Pemegang Unit diminta untuk memberi perhatian pada fasal-fasal berikut Surat Ikatan: Fasal 17.4.1 Kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat Pemegang Unit ialah lima (5) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, dengan syarat bahawa kuorum untuk mesyuarat Pemegang Unit yang diadakan untuk tujuan mengundi melalui Resolusi Khas ialah lima (5) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, mestilah memegang sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) secara agregat daripada Unit dalam edaran pada masa mesyuarat diadakan, dan dengan selanjutnya jika Dana mempunyai lima (5) atau kurang daripada lima (5) orang Pemegang Unit, kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat Pemegang Unit ialah dua (2) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi; jika mesyuarat telah diadakan untuk tujuan mengundi melalui Resolusi Khas, Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi mestilah memegang sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) secara agregat daripada Unit dalam edaran pada masa mesyuarat diadakan.

Fasal 17.4.3 Setiap soalan yang timbul semasa mana-mana mesyuarat Pemegang Unit akan diputuskan pertama-tama secara pengundian mengangkat tangan melainkan pengundian secara pungutan undi diminta atau soalan yang ditanya memerlukan Resolusi Khas seperti yang ternyata di dalam Surat Ikatan, pengundian secara pungutan undi akan diambil. Fasal 17.4.5 Bagi pengundian secara pungutan undi, setiap Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi mempunyai satu undian bagi setiap Unit yang dipegangnya. Fasal 17.4.12 Setiap Pemegang Unit yang berhak untuk menghadiri mesyuarat dan untuk mengundi boleh mengundi sendiri atau secara proksi. Proksi yang dilantik tidak semestinya Pemegang Unit. Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat, mana-mana pegawai di syarikat tersebut dibenarkan untuk menjadi proksi yang dilantik mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 147(3) Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai seksyen 333(1) Akta Syarikat 2016). Pengurus atau Pemegang Amanah boleh menerima sijil seperti di bawah seksyen 147(5) Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai seksyen 333(5) Akta Syarikat 2016) sebagai bukti perlantikan proksi. Proksi dibenarkan bagi pihak syarikat mengguna kuasa yang sama seperti syarikat adalah orang sebenar dan syarikat dianggap sebagai orang sebenar yang hadir di mesyuarat sendiri. Fasal 17.4.13 Bagi kes Pemegang Bersama, mana-mana Pemegang Bersama boleh mengundi sendiri atau secara proksi seperti mana yang terkandung dalam pemegangan bersama, tetapi sekiranya Pemegang Bersama itu hadir di mana-mana mesyuarat sendiri atau secara proksi, hanya nama Pemegang Bersama yang namanya disebut dahulu dalam rekod Pengurus berhak untuk mengundi. Fasal 17.4.18 Instrumen yang melantik proksi perlu disetem, sekiranya perlu, dan didepositkan di pejabat Pengurus tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat atau mesyuarat tertangguh mengikut mana-mana yang berkenaan di mana orang yang dinamakan di dalam instrumen tersebut ingin mengundi. Fasal 17.4.19 Undi yang diberi mengikut terma-terma instrumen proksi adalah sah walau apa pun kematian atau ketidaksiuman prinsipal atau pembatalan proksi atau surat kuasa atau menerusi pihak berkuasa lain di mana proksi ditandatangani atau penjualan Unit yang diberi kepada proksi asalkan tiada pemberitahuan secara bertulis diberi mengenai kematian, ketidaksiuman, pembatalan atau penjualan telah diterima di tempat untuk mendepositkan proksi atau jika tiada tempat yang ditetapkan di pejabat berdaftar Pengurus sebelum mesyuarat dijadualkan bermula atau mesyuarat tertangguh di mana proksi itu digunakan. Fasal 17.4.20 Sekiranya dalam masa satu (1) jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tidak ada kuorum yang hadir, mesyuarat yang diadakan di atas permintaan Pemegang Unit akan dibubarkan. Dalam mana-mana kes, ia hendaklah ditangguhkan ke hari dan masa yang tidak kurang daripada tujuh (7) hari selepas itu dan ke tempat yang boleh ditetapkan oleh Pengerusi; pada mesyuarat tertangguh tersebut, Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi adalah kuorum bagi urusan perniagaan termasuk Resolusi Khas yang diluluskan jika kuorum yang ditetapkan oleh Surat Ikatan tidak hadir selepas satu (1) jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tertangguh. Fasal 17.4.21 Notis mesyuarat tertangguh Pemegang Unit haruslah diberi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari melalui cara yang sama seperti mesyuarat asal dan notis tersebut harus menyatakan bahawa Pemegang Unit yang hadir di mesyuarat tertangguh walau apa pun jumlah mereka atau jumlah unit yang dipegang oleh mereka akan membentuk suatu kuorum bagi mesyuarat tertangguh sekiranya kuorum yang ditetapkan oleh Surat Ikatan ini tidak hadir selepas satu (1) jam daripada waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat tertangguh tersebut.

Fasal 17.4.26 Resolusi-resolusi yang diluluskan di mesyuarat Pemegang Unit mengikat kesemua Pemegang Unit sama ada mereka hadir atau tidak di mesyuarat di mana resolusi-resolusi tersebut diluluskan. Tiada bantahan yang boleh dilakukan pada mana-mana undian melainkan bantahan itu dibuat semasa mesyuarat. Instrumen proksi dilampirkan bersama dan harus, sekiranya digunakan, didepositkan di pejabat Pengurus di BIMB Investment Management Berhad, Tingkat 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, sebelum jam 9.30 pagi pada 25 Januari 2019. Nota: Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3 mesti diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada semua Pemegang Unit di mesyuarat tersebut, manakala Resolusi 4 mesti diluluskan oleh majoriti mudah. Tarikh: 11 Januari 2019 Bagi pihak Pengurus, BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD Najmuddin Bin Mohd Lutfi Ketua Pegawai Eksekutif Lampiran: Borang Proksi dan Nota Penjelasan cc. 1. Maybank Trustees Berhad 2. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

BORANG PROKSI Saya/Kami (nama penuh dalam huruf besar),. (NRIC No. / Passport No.. / No. Syarikat.. ), sebagai Pemegang Unit bagi Unit-unit dalam BIMB i Growth, dengan ini melantik (NRIC No. / Passport No... ) (atau sekiranya dia gagal, Pengerusi Mesyuarat) */ Pengerusi Mesyuarat*, sebagai proksi saya/kami untuk mengundi bagi pihak saya/kami di Mesyuarat Pemegang Unit yang diadakan pada jam 9.30 pagi bertarikh 29 Januari 2019 di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur dan di mana-mana mesyuarat tertangguh. Proksi saya/kami mempunyai arahan saya/kami untuk mengundi seperti yang ditunjukkan dengan X or dalam ruang yang dinyatakan di bawah: *Potong yang berkenaan RESOLUSI-RESOLUSI SOKONG MENENTANG 1. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana. Polisi dan strategi pelaburan Dana boleh diubah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Dana ini berobjektif meraih pulangan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang* dengan melabur dalam syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan membayar dividen. Untuk memenuhi objektif pelaburannya, Dana ini akan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang akan terdiri daripada pelbagai portfolio syarikat kukuh, pertumbuhan yang tinggi dan syarikat- syarikat yang membayar dividen yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat- asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pengurus akan mengguna pakai pendekatan dagangan aktif di mana Dana boleh meningkatkan pelaburan ekuiti jika tinjauan pasaran ekuiti dijangka positif. Sebaliknya pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan ditambah dengan mengurangkan pendedahan kepada ekuiti sekiranya kemerosotan ketara pasaran diramalkan. Pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan dinaikkan sehingga 30% dan ia mungkin melebihi 30% daripada NAB Dana jika Pengurus mengguna pakai strategi defensif sementara. Dana juga akan melabur dalam Sukuk, pada amnya untuk mengekalkan modal** dan mencapai peningkatan modal yang sederhana. Baki portfolio akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam yang mudah ditunaikan. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. ** Nota: Pengekalan modal tidak bermaksud modal dijamin atau dilindungi. 2. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah Surat Ikatan dan prospektus induk dengan mengubah pelaburan dibenarkan Dana.

Pelaburan dibenarkan Dana boleh diubah seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Debentur/instrumen patuh Syariah yang termasuk Sukuk, kertas komersial/nota jangka sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; b. Instrumen deposit boleh niaga patuh Syariah, bil-i diterima, baki mata wang Malaysia di tangan dan deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan, deposit murabahah komoditi dan/atau instrumen patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC); c. Bahagian/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; d. Produk berstruktur patuh Syariah; e. Pelaburan patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa; f. Tunai atau kesetaraan tunai; g. Sekuriti yang disenaraikan di bursa saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; h. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; dan i. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk dan tidak terhad kepada, sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian. 3. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan 4. Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi

bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. Sekiranya tiada arahan-arahan khusus, proksi akan mengundi atau tidak mengundi resolusi-resolusi yang dia fikirkan patut. Sekiranya Pemegang Unit adalah individu: DITANDATANGANI oleh (Nama Pemegang Unit) pada haribulan.. 2019 di hadapan:. (Tandatangan Saksi) Nama:. (Tandatangan Pemegang Unit) Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat: *METERAI RASMI bagi bersama-sama ini disertakan pada. haribulan. 2019 mengikut perkara persatuan atau perlembagaan syarikat di hadapan: *Cop Syarikat bagi... telah disertakankan pada. haribulan. 2019: (Tandatangan penandatangan (Tandatangan penandatangan (METERAI RASMI) yang diberi kuasa) yang diberi kuasa) Nama: Nama: *Potong yang berkenaan Nota-nota: 1. Borang proksi ini mestilah didepositkan di pejabat Pengurus di BIMB Investment Management Berhad, Tingkat 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, sebelum jam 9.30 pagi pada 25 Januari 2019. 2. Bagi kes Pemegang Bersama, mana-mana Pemegang Bersama boleh mengundi sendiri atau secara proksi seperti mana yang terkandung dalam pemegangan bersama, tetapi sekiranya Pemegang Bersama itu hadir di mana-mana mesyuarat sendiri atau secara proksi, hanya nama Pemegang Bersama yang namanya disebut dahulu dalam rekod Pengurus berhak untuk mengundi. 3. Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat, proksi tersebut boleh menjadi wakil syarikat yang dilantik mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 333(1) Akta Syarikat 2016.

BIMB i GROWTH ( Dana ) (Diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad) ( Pengurus ) NOTA PENJELASAN PENGURUS MENGENAI USUL RESOLUSI-RESOLUSI BAGI MESYUARAT PEMEGANG UNIT YANG DIADAKAN PADA 29 JANUARI 2019 1. Resolusi 1 1.1 Polisi dan strategi pelaburan Dana sekarang adalah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Dana ini berobjektif meraih pulangan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang* dengan melabur dalam syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan membayar dividen. Untuk memenuhi objektif pelaburannya, Dana ini akan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang akan terdiri daripada pelbagai portfolio syarikat-syarikat kukuh, pertumbuhan yang tinggi dan syarikat- syarikat yang membayar dividen yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pengurus akan mengguna pakai pendekatan dagangan aktif di mana Dana boleh meningkatkan pelaburan ekuiti jika tinjauan pasaran ekuiti dijangka positif. Sebaliknya pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan ditambah dengan mengurangkan pendedahan kepada ekuiti sekiranya kemerosotan ketara pasaran diramalkan. Pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan dinaikkan sehingga 30% dan ia mungkin melebihi 30% daripada NAB Dana jika Pengurus mengguna pakai strategi defensif sementara. Dana juga akan melabur dalam Sukuk, pada amnya untuk mengekalkan modal** dan mencapai peningkatan modal yang sederhana. Baki portfolio akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang patuh Syariah yang mudah ditunaikan. Dana boleh melabur di negara-negara di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu dari Organisasi Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO). * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. ** Nota: Pengekalan modal tidak bermaksud modal dijamin atau dilindungi. 1.2 Rasional untuk perubahan dasar dan strategi pelaburan adalah untuk memperluaskan pelaburanpelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). 2. Resolusi 2 2.1 Pelaburan dibenarkan Dana sekarang adalah seperti berikut: a. Debentur/instrumen patuh Syariah yang termasuk Sukuk, kertas komersial/nota jangka sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; b. Instrumen deposit boleh niaga patuh Syariah, bil-i diterima, baki mata wang Malaysia di tangan dan deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan, deposit murabahah komoditi dan/atau instrumen patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC); c. Bahagian/Unit dalam skim pelaburan bersama patuh Syariah; d. Produk berstruktur patuh Syariah; e. Pelaburan patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa; f. Tunai atau kesetaraan tunai;

g. Sekuriti yang disenaraikan di bursa saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing yang dibenarkan oleh SC atau badan penetapan piawaian patuh Syariah; h. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; dan i. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk dan tidak terhad kepada, sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian. 2.2 Rasional untuk perubahan pelaburan dibenarkan Dana adalah untuk memperluaskan pelaburanpelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). 3. Resolusi 3 3.1 Pengurus ingin memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan 3.2 Rasional untuk penambahan risiko-risiko tertentu Dana yang baru adalah untuk memperluaskan pelaburan-pelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Penambahan risiko-risiko tertentu baru Dana sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah untuk menggambarkan risiko-risiko tertentu baru Dana akibat daripada pelaburan asing oleh Dana. 4. Resolusi 4 4.1 Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. 5. Pengurus ingin mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Dana ini berobjektif meraih pulangan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang* dengan melabur dalam syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan membayar dividen. Untuk memenuhi objektif pelaburannya, Dana ini akan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang akan terdiri daripada pelbagai portfolio syarikat-syarikat kukuh, pertumbuhan yang tinggi dan syarikat- syarikat yang membayar dividen yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pengurus akan mengguna pakai pendekatan dagangan aktif di mana Dana boleh meningkatkan pelaburan ekuiti jika tinjauan pasaran ekuiti dijangka positif. Sebaliknya pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan ditambah dengan mengurangkan pendedahan kepada ekuiti sekiranya kemerosotan

ketara pasaran diramalkan. Pelaburan dalam deposit dan pasaran wang akan dinaikkan sehingga 30% dan ia mungkin melebihi 30% daripada NAB Dana jika Pengurus mengguna pakai strategi defensif sementara. Dana juga akan melabur dalam Sukuk, pada amnya untuk mengekalkan modal** dan mencapai peningkatan modal yang sederhana. Baki portfolio akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam yang mudah ditunaikan. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. ** Nota: Pengekalan modal tidak bermaksud modal dijamin atau dilindungi. 6. Pengurus ingin mengubah pelaburan dibenarkan Dana seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Debentur/instrumen patuh Syariah yang termasuk Sukuk, kertas komersial/nota jangka sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; b. Instrumen deposit boleh niaga patuh Syariah, bil-i diterima, baki mata wang Malaysia di tangan dan deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan, deposit murabahah komoditi dan/atau instrumen patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC); c. Bahagian/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; d. Produk berstruktur patuh Syariah; e. Pelaburan patuh Syariah lain yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa; f. Tunai atau kesetaraan tunai; g. Sekuriti yang disenaraikan di bursa saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; h. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; dan i. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk dan tidak terhad kepada, sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian.