RUQYAH SYARIYYAH DAN TALAQQI
Sebelum membaca ayat-ayat ruqyah, terlebih dahulu mengetahui tatacara meruqyah dan antara lain. Berwuduk terlebih dahulu kemudian membaca tawassul kepada Allah Azza Wa Jalla dengan zatnya. Firman Allah s.w.t.: "Bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127) Setelah itu letakkan tangan kanan di atas kepala orang yang di ruqyah itu dan apabila yang di ruqyah itu seorang wanita maka hendaklah kamu memakai sarung tangan. Kemudian baca ayatayat ruqyah dengan nada suara yang cukup di dengar oleh pesakit tersebut. CARA MENGGUNAKAN RUQYAH SYAR IYAH 1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, baca/pasangkan rakaman ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi. Sebaik-baiknya membaca sendiri sebagai amalan. 2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan. 3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaallah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3 pusingan sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit).air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, rakaman ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan. 5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3 hari berturut-turut. 6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan rakaman ruqyah ini 3x sehari, insyaallah kita akan cergas dan kembali bersemangat. *BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
1. SURAH AL-FATIHAH (20X) 2. SURAH AL-BAQARAH : 1-5 3. SURAH AL-BAQARAH : 102 (7X)
4. SURAH AL-BAQARAH : 137 (10X) 5. SURAH AL-BAQARAH : 163-164 6. SURAH AL-BAQARAH : 254-257 (11x) 11X
7. SURAH AL-BAQARAH : 284-286 8. SURAH AL-IMRAN : 1-9
9. SURAH AL-IMRAN : 18-19 10. SURAH AN-NISAA : 115-121 11. SURAH AL-MAA IDAH : 33-34
12. SURAH AL_ A RAAF : 54-56 13. SURAH AL-A RAAF :117-122 (7X) 14. SURAH AL-AN AM :103 (10X) 15. SURAH AL-ANFAAL : 12
16. SURAH YUNUS : 79-82 (7X) (7x) 17. SURAH THAAHAA :65-69 (7X) (7x) 18. SURAH AL-HAJ :19-22 19. SURAH AL-MUKMINUM : 115-118 (7X)
20. SURAH AL-FURQAN : 23 21. SURAH AN-NAML : 30-31 22. SURAH YASIN : 1-12 23. SURAH ASH- SHAFFAT : 1-10
24. SURAH AS-SHAAD : 35 25. SURAH MUKMIN : 1-3 26. SURAH AL-DUKHAAN :43-50 27. SURAH AL-AHQAAF : 29-32 (7X) (7x)
28. SURAN AL-FATH : 1-3 29. SURAH AR-RAHMAN : 33-36 30. SURAH AL-HASYR : 21-24 (PEMUSNAH)
31. SURAH AL-JIN : 1-9 32. SURAH ALKAFIRUN : 1-6 (9X) 33. SURAH AL-IKHLASH :1-4 (9X) 34. SURAH AL-FALAQ : 1-5 ( 9X) 35. SURAH AN-NASS :1-6 (9X)
SURAH AL-ANBIYA, AYAT 83 DIBACA UNTUK MEMUNTAHKAN PENYAKIT DAN JADIKAN SEBAGAI ANTI-BIOTIK Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah. Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu berkata: Aku pernah tinggal di Makkah selama beberapa waktu dalam keadaan tertimpa berbagai penyakit. Dan aku tidak menemukan tabib maupun obat. Aku pun mengobati diriku sendiri dengan Al-Fatihah yang dibaca berulang-ulang pada segelas air Zam-zam kemudian meminumnya, hingga aku melihat dalam pengobatan itu ada pengaruh yang mengagumkan. Lalu aku menceritakan hal itu kepada orang yang mengeluh sakit. Mereka pun melakukan pengobatan dengan Al-Fatihah, ternyata kebanyakan mereka sembuh dengan cepat. Subhanallah! Demikian penjelasan dan persaksian Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu terhadap ruqyah serta pengalaman pribadinya berobat dengan membaca Al-Fatihah. (Ad-Da`u wad Dawa` hal. 8, Ath-Thibbun Nabawi hal. 139) Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan berkata: Sungguh Allah SWT telah menjadikan Al-Qur`an sebagai syifa` bagi penyakit-penyakit hissi (yang dapat dirasakan indera) dan maknawi berupa penyakitpenyakit hati dan badan. Namun dengan syarat, peruqyah dan yang diruqyah harus mengikhlaskan niat. Dan masing-masing meyakini bahwa kesembuhan itu datang dari sisi Allah Subhanahu wa Ta ala. Dan ruqyah dengan Kalamullah merupakan salah satu di antara sebabsebab yang bermanfaat. Beliau juga berkata: Pengobatan dengan ruqyah Al-Qur`an merupakan Sunnah Rasulullah SAW dan amalan salaf. Mereka dahulu mengobati orang yang terkena ain, kesurupan jin, sihir dan seluruh penyakit dengan ruqyah. Mereka meyakini bahwa ruqyah termasuk sarana yang mubah lagi bermanfaat, sementara yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT. (Al-Muntaqa min Fatawa Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan, juz 1, jawaban soal no. 77)