2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

dokumen-dokumen yang mirip
2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Aplikasi Pengurusan Diabetes. Manual Arahan

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Privasi Smiggle

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

Berurusan dengan Pengantara Takaful

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Yang terakhir diubah suai: 29 Ogos 2016 (lihat versi yang diarkibkan) (Contoh melalui hiperpautan disediakan di akhir dokumen ini.

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Peraduan InstaHarapan AADK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Pernyataan Privasi Ingram Micro

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Panduan Penggunaan Peniaga

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

SOALAN LAZIM - PELAN DATA GURU PELAN PASCABAYAR 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

1. Terbuka kepada semua pendeposit individu Bank Rakyat yang baru dan sedia. 2. Warga kerja Bank Rakyat adalah tidak layak untuk menyertai kempen ini

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

4 Eatery Eatery Lihat... 26

Rajah 1: Halaman Utama DBP Sah Bahasa

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA & SYARAT PERADUAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Transkripsi:

Dasar Privasi 1 Skop Dokumen ini Dokumen ini menerangkan pengumpulan dan penggunaan data peribadi dalam konteks aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect yang ditawarkan oleh Roche Diabetes Care GmbH. Roche boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari masa ke semasa. Sila periksa secara berkala untuk sebarang kemas kini. 2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda 2.1 Penetapan asas Selagi anda masih menggunakan penetapan asas, data peribadi anda adalah disimpan secara tempatan di dalam aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect pada peranti mudah alih anda dan tiada data peribadi berkenaan akan dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga ketika menggunakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect bagi tujuan (i) menyambungkan kepada dan bertukar data dengan meter glukosa darah yang serasi, (ii) memasukkan, menguruskan, mengeksport dan menyimpan data glukosa darah dan/atau insulin anda sendiri, dan maklumat kesihatan atau peribadi tambahan yang berada dalam skop aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect secara manual, dan (iii) menerima nasihat insulin yang dikomputasikan. 2.2 Perkongsian data pilihan dengan Penjagaan Kesihatan atau Penerima anda yang lain Aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect membolehkan anda mengkonfigurasikan perkongsian data dengan sebarang penerima yang anda pilih cth. penjaga anda atau penjagaan kesihatan anda (semuanya dirujuk sebagai Penerima ). Perkongsian data berkenaan diaktifkan apabila anda memasukkan nombor telefon Penerima anda ke dalam pilihan konfigurasi yang berkenaan dalam aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect. Anda boleh mengubah suai atau menyahaktifkan mana-mana dan semua perkongsian data pada bila-bila masa dengan mengkonfigurasikan semula pilihan-pilihan yang dinyatakan tadi. Sila rujuk kepada manual bagi butiran tentang cara mengkonfigurasikan pilihan perkongsian bagi aplikasi pengurusan Accu- Chek Connect. Jika perkongsian data diaktifkan, setiap paras glukosa dalam darah anda sama ada yang diukur atau dimasukkan secara manual akan dipindahkan kepada setiap Penerima yang dikonfigurasikan oleh anda. Sebagai pilihan, nama dan tarikh lahir anda akan disertakan jika dikonfigurasikan oleh anda. Sila ambil perhatian bahawa Roche tidak mempunyai kawalan berhubung dengan laluan komunikasi yang digunakan dan data yang anda kongsikan mungkin dibaca oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan pihak ketiga yang mempunyai akses kepada data dalam laluan penghantaran. Teknologi SMS yang digunakan adalah di luar aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect dan tidak membenarkan penyulitan data terkongsi anda dalam transit. Semak undang-undang tempatan anda untuk melihat sama ada data SMS dilindungi oleh kerahsiaan telekomunikasi. Juga, sebelum mendayakan sebarang perkongsian data, periksa kos yang mungkin dikenakan oleh pengendali rangkaian mudah alih anda bagi menghantar berbilang SMS daripada peranti mudah alih anda. Jika anda ingin berkongsi data dengan penjagaan kesihatan anda tetapi tidak ingin menggunakan ciri perkongsian data berasaskan SMS yang diterangkan dalam bahagian ini, sila pertimbangkan fungsian akaun dalam talian Accu-Chek Connect yang diterangkan dalam bahagian 3.2 di bawah, kerana akaun dalam talian Accu-Chek Connect menyediakan pemindahan data yang disulitkan dari hujung ke hujung dan tidak bergantung pada pertukaran data SMS.

3 Mengumpul dan Menggunakan Data Peribadi oleh Roche Data peribadi anda adalah di bawah kawalan anda. Apabila menggunakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect, data peribadi anda hanya akan dikumpul dan digunakan oleh Roche sejauh mana yang dibolehkan apabila anda mendayakan sekurang-kurangnya satu daripada pilihan yang berikut. 3.1 Pilihan 1: Pendaftaran Meter Apabila anda menyambungkan meter glukosa darah yang bersesuaian dengan peranti mudah alih anda untuk kali pertama dan memulakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect, anda akan diperingatkan dengan skrin pendaftaran produk yang meminta anda untuk mendaftarkan meter glukosa darah anda dengan Roche. Pendaftaran ini adalah pilihan dan anda boleh melangkau proses ini secara keseluruhan atau sebahagian jika anda mahu. Jika anda memilih untuk melengkapkan pendaftaran, data peribadi yang anda telah isikan akan dipindahkan kepada Roche bersama-sama dengan nombor model dan nombor siri meter glukosa darah anda yang didaftarkan. Roche akan menggunakan maklumat pendaftaran meter ini untuk memberi perkhidmatan sokongan kepada anda dan untuk menghubungi anda jika perlu, cth. sekiranya produk dipanggil semula. Sebagai sebahagian daripada pendaftaran produk di atas, Roche boleh meminta anda untuk kebenaran bagi menggunakan data peribadi anda sebagaimana yang terkandung di dalam skrin pendaftaran untuk menaik taraf perkhidmatan atau bagi tujuan pemasaran, termasuk menghubungi anda melalui e-mel sebarang penggunaan sedemikian akan tertakluk kepada persetujuan terlebih dahulu daripada anda, yang anda boleh menarik balik pada bila-bila masa sebagaimana yang ditunjukkan dalam setiap e-mel yang dihantar kepada anda oleh Roche atau dengan melawat laman web yang disenaraikan di bawah dalam Klausa 4. 3.2 Pilihan 2: Akaun dalam talian Accu-Chek Connect Jika anda mendaftar bagi akaun dalam talian Accu-Chek Connect dan kemudian menggunakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect untuk berkomunikasi dengan fungsian dalam talian akaun dalam talian Accu-Chek Connect anda, data peribadi anda akan dipindahkan kepada, dikumpul dan disimpan oleh Roche namun hanya setelah dimulakan oleh anda. Dalam situasi ini, semua pemprosesan dan penggunaan berikutnya bagi data peribadi anda yang dipindahkan akan berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi aplikasi dalam talian Accu-Chek Connect. 3.3 Pilihan 3: Pemasangan Penasihat Insulin Bolus Accu-Chek Connect Apabila anda memasang Penasihat Insulin Bolus Accu-Chek Connect dengan menggunakan kod yang diberikan oleh penjagaan kesihatan anda, alamat IP anda akan disampaikan kepada pihak ketiga untuk menentukan negara penggunaan anda. Ini adalah diperlukan untuk tujuan peraturan. 3.4 Pilihan 4: Pautan Accu-Chek Connect kepada Aplikasi Apple Health (Tersedia pada peranti Apple sahaja) Apabila dipasang pada peranti Apple, aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect mempunyai antara muka yang membolehkan anda mengeksport data kepada aplikasi Apple Health. Apabila anda mendayakan pautan aplikasi Apple Health ini, aplikasi pengurusan diabetes

Accu-Chek Connect akan mengeksport data-data yang berikut kepada aplikasi Apple Health yang dipasang pada peranti mudah alih anda: a. Paras glukosa dalam darah anda dengan masa dan tarikh serta masukan manual / penanda ukuran peranti; dan b. Nilai karbohidrat anda dengan masa dan tarikh. Aplikasi Apple Health adalah produk Apple Inc. Data anda mungkin dikongsikan dengan Apple Inc. dan pihak ketiga setelah anda mendayakan antara muka berkenaan. Sebarang pemindahan dan pemprosesan berkenaan adalah di luar kawalan Roche. Sila rujuk kepada manual aplikasi dan dasar privasi Apple Health atau merujuk kepada Apple Inc. sebelum mendayakan antara muka berkenaan. Untuk mengelakkan keraguan, hanya penggunaan tempatan aplikasi pengurusan diabetes Accu- Chek Connect tanpa sebarang pilihan yang dinyatakan dalam 3.1 hingga 3.4 di atas tidak akan memindahkan data peribadi anda kepada Roche. Apabila anda menggunakan fungsian dalam talian bagi akaun dalam talian Accu-Chek Connect dan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect, anda akan melihat data peribadi anda yang telah disimpan oleh Roche dan penerima yang dihantarkan data berkenaan oleh Roche, cth. penjaga jemputan anda. Melainkan sebaliknya dipersetujui oleh Roche, tujuan penyimpanan dan pemprosesan data peribadi oleh Roche adalah dihadkan kepada peruntukan fungsian dalam talian yang mematuhi Terma Penggunaan bagi akaun dalam talian Accu-Chek Connect dan lesen bagi Perisian PC. Apabila log masuk, anda juga boleh memadamkan data peribadi anda atau mengecualikan penjaga yang dijemput daripada akses kepada data peribadi anda. 4 Maklumat, Pembetulan, Pemadaman dan Penyekatan Apabila anda melengkapkan pendaftaran meter glukosa darah, hanya data yang anda berikan dan nombor siri meter glukosa darah yang didaftarkan akan dipindahkan kepada Roche. Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan yang diberikan dalam pendaftaran meter glukosa darah awal dengan kembali kepada ciri pendaftaran meter, menyahpilih pilihan untuk menerima maklumat produk Accu-Chek yang baru, dan menghantar semula pendaftaran meter. Jika anda mempunyai masalah menilai pemprosesan data peribadi anda oleh Roche, termasuk tujuan bagi pemprosesan berkenaan, akses pihak ketiga atau pemadaman, anda juga boleh memohon maklumat yang relevan daripada Roche. Untuk melakukan sedemikian, sila hubungi Roche sebagaimana yang diterangkan di bawah. Sekiranya data peribadi anda tidak tepat dan jika anda tidak dapat membetulkannya sendiri apabila log masuk, Roche akan membetulkannya setelah mendapat permohonan anda. Untuk melakukan sedemikian, sila hubungi Roche sebagaimana yang diterangkan di bawah. Roche akan memadamkan data peribadi anda sekiranya penyimpanannya tidak lagi diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan di atas. Akan terdapat keperluan untuk menyimpan data peribadi anda bagi tujuan peraturan, tetapi ia akan disekat dan kemudian menjadi tidak tersedia bagi tujuan produktif selanjutnya. 5 Kemudahalihan Data Data anda disimpan dalam peranti anda. Jika anda telah berkongsi data anda dengan aplikasi Apple Health, anda juga boleh mengalihkannya melalui aplikasi Apple Health. Anda juga boleh

mengalihkan data anda dengan berkongsikannya dengan akaun lain milik anda. Jika anda mengalami kesukaran, hubungi Roche seperti diterangkan di bawah. 6 Maklumat Mudah Alih Apabila anda menggunakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect, Roche mengumpul maklumat yang dihantar oleh telefon pintar anda ke Roche, yang memberitahu kami cara anda menggunakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect ("maklumat penggunaan"). Maklumat penggunaan tidak dikaitkan dengan anda secara peribadi. Roche menggunakan maklumat agregat tentang pengguna kami dan maklumat bukan peribadi untuk menganalisis aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect dan tingkah laku pengguna serta menyediakan laporan teragregat menerusi Google Analytic yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google") bagi membantu kami mengenal pasti ciri-ciri yang mempunyai kepentingan tertinggi oleh pengguna secara umum. Google diperakui di bawah Perlindungan Privasi AS-EU dan AS-CH dan kami telah bersetuju dengan Google satu perjanjian pemprosesan data bagi memastikan mereka mengendalikan Google Analytic bagi pihak kami. IP-tanpa nama adalah aktif. Jika anda menggunakan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect dari dalam negaranegara yang membentuk bahagian Kawasan Ekonomi Eropah, alamat IP anda akan dipendekkan dalam kawasan Negara-negara Anggota Kesatuan Eropah atau pihak-pihak lain untuk Perjanjian Kawasan Ekonomi Europah sebelum dipindahkan ke pelayan Google. Hanya dalam kes-kes berkecuali seluruh alamat IP akan dipindahkan terlebih dahulu ke pelayan Google di AS dan dipendekkan di sana. Google akan memproses maklumat penggunaan ini bagi pihak kami untuk tujuan menilai penggunaan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect oleh anda. Untuk melakukan ini, kami mengumpul maklumat mengenai interaksi anda dengan aplikasi pengurusan diabetes Accu- Chek Connect seperti butang atau pengaktifan ciri dan menghantarnya ke Google secara berkala. Kami tidak menganalisis apa-apa data yang anda masukkan seperti ukuran. Google menyusun laporan mengenai aktiviti penggunaan aplikasi untuk kami. Data yang dianalisis dalam Google Analytic tidak akan dihubungkan dengan mana-mana data lain yang disimpan oleh Google. Anda boleh memilih untuk keluar daripada penggunaan data ini dalam tetapan aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect. 7 Privasi Kanak-Kanak Aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect adalah hanya ditujukan bagi penggunaan oleh individu yang memenuhi syarat minimum sekatan umur berdasarkan undang-undang dan peraturan negara individu berkenaan. Roche tidak mengumpulkan maklumat peribadi melalui laman web, aplikasi, perkhidmatan, atau peralatan kami daripada kanak-kanak, dengan pengetahuannya. Sebagai ibu bapa atau penjaga sah undang-undang, jangan benarkan anakanak anda menyerahkan maklumat peribadi tanpa kebenaran anda. 8 Keselamatan Aplikasi pengurusan diabetes Accu-Chek Connect menyimpan datanya dalam peranti anda dan dalam bentuk yang disulitkan. Ia menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan yang maklumat peribadi anda adalah tepat dan kata laluan anda disimpan dalam cara yang peribadi dan selamat serta tidak dikongsi dengan orang lain. Sehingga kepada data anda diproses oleh Roche dari jauh, Roche memproses maklumat peribadi anda di pusat data yang diperakui ISO27001 di Jerman dan menggunakan mekanisme penyimpanan disulitkan yang diperakui bagi mengasingkan maklumat peribadi anda daripada

pengguna-pengguna lain dan juga untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan. Data anda boleh diakses, dengan kebenaran daripada anda seperti yang dikemukakan dalam Dasar Privasi ini, oleh pekerja-pekerja Penjagaan Diabetes Roche dan pembekal penjagaan kesihatan. 9 Pengawal Data, Perhubungan Roche Diabetes Care GmbH ialah pengawal data. Lihat di bawah atau layari www.roche.de/service/impressum.htm untuk semua maklumat perhubungan yang berkaitan. Roche Diabetes Care GmbH Sandhofer Strasse 116 68305 Mannheim, Jerman Tel: +49 (0) 621 / 759-0 www.accu-chek.com E-mel: mannheim.allgemein@roche.com Pejabat Berdaftar: Mannheim Mahkamah pendaftaran: AG Mannheim HRB 720251 Pengarah Pengurusan: Michael Wöhler Pengerusi Lembaga: Dr. Severin Schwan Pihak Berkuasa Kawal Selia: Majlis Perbandaran Karlsruhe Pendaftaran VAT (ID): DE 297138554 10 Pertanyaan dan Aduan Jika anda mempunyai soalan atau tidak berpuas hati dengan cara Roche mengendalikan data anda atau bertindak balas kepada permintaan anda, anda boleh menghubungi pegawai perlindungan data Roche Diabetes Care GmbH di global.rdc-dpo@roche.com Anda juga berhak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data yang kompeten untuk Roche, Baden Wurttemberg Data Protection Authority (LfDI). Butiran perhubungan untuk LfDi boleh ditemui di laman web mereka (https://www.badenwuerttemberg.datenschutz.de). Selain itu, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa perlindungan data di negara tempat tinggal anda. 07250436007