Akses kepada Pembiayaan bagi PKS

dokumen-dokumen yang mirip
Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

menyatakan bagaimana untuk membantu meningkatkan perniagaan terutamanya di Sabah yang telah mengalami kemerosotan akibat daripada kelembapan ekonomi.

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Akaun Pelaburan Wafiyah

ACW Perakaunan Korporat II

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS LI BARAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Akaun Pelaburan Waheed

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Akaun Pelaburan Bertempoh

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

SEKTOR KEUSAHAWANAN. Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan. Bahagian Pembangunan Usahawan. Bahagian Pembiayaan. Perniagaan

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

Polisi Privasi. Pengenalan

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI BEKALAN AIR SELANGOR

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Akaun Semasa Mudarabah

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Akaun Pelaburan Waheed

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2013

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

Koperasi Pengangkutan

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

ACW Percukaian I

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Pengenalan kepada Kewangan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Transkripsi:

Akses kepada Pembiayaan bagi PKS Infrastruktur kewangan yang dibangunkan dengan baik yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan PKS yang pelbagai adalah penting untuk menyokong daya saing dan pertumbuhan PKS yang berterusan. Cabaran kepada industri perkhidmatan kewangan adalah untuk memahami dengan lebih lanjut keperluan pembiayaan PKS dalam kesemua sektor yang unik dan pelbagai, dan memastikan pengaturan keinstitusian yang mencukupi serta dasar kewangan yang wajar dilaksanakan bagi memenuhi keperluan PKS. Ini perlu dilengkapi dengan usaha untuk memperkukuh keupayaan PKS, termasuk dalam aspek pengurusan perniagaan dan kewangan. Yang penting adalah untuk PKS menyelenggarakan rekod perniagaan dan kewangan dengan rapi dan mengemukakan maklumat yang lengkap. 131

Sumber Pembiayaan Hasil Banci Pertubuhan dan Perusahaan 2005 (Banci) menunjukkan kebanyakan PKS menggunakan dana penjanaan dalaman dan dana yang diperoleh daripada sahabat handai dan ahli keluarga bagi membiayai operasi mereka. Hanya 16% daripada responden PKS menyatakan bahawa mereka bergantung pada pembiayaan daripada institusi kewangan (iaitu, institusi perbankan dan institusi kewangan pembangunan). Sebaliknya, 50% daripada syarikat besar menyatakan bahawa institusi kewangan merupakan sumber pembiayaan utama mereka. Sumber Pembiayaan Utama Banci 2005 Sendiri Lainlain Sahabat handai Institusi Perbankan IKP Jumlah Bilangan Perusahaan PKS 34% 25.7% 23.6% 13.4% 2.7% 518, 996 Besar 37.2% 4.7% 5.6% 47.6% 2.6% 4,136 Jumlah P buhan 177,863 133,456 122,644 71,287 14,166 523,132 Sumber: Banci Pertubuhan dan Perusahaan 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia Trend yang serupa ditunjukkan apabila dilihat dengan lebih dekat sumber pembiayaan PKS mengikut saiz. Institusi kewangan merupakan sumber pembiayaan utama bagi perusahaan bersaiz sederhana. Namun, perusahaan mikro dan kecil kebanyakannya bergantung pada dana penjanaan dalaman. Malah, hanya 10% daripada perusahaan mikro menyatakan bahawa mereka bergantung pada institusi kewangan untuk pembiayaan. 132

Kekangan yang Dihadapi PKS dalam Memperoleh Pembiayaan Daripada sebanyak 523,132 perusahaan yang memberikan maklum balas kepada Banci itu, hanya 54,011 perusahaan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi perbankan. Tempoh pemprosesan pinjaman yang lama Tiada rekod prestasi kewangan 10.7% 9.8% Lain-lain 5.9% Institusi Kewangan beranggapan pelan perniagaan tidak berdaya maju 5.3% Dokumen tidak mencukupi untuk menyokong pemohonan pinjaman 13.1% Kekurangan cagaran 55.2% Sumber : Banci Pertubuhan dan Perusahaan 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia Banci menekankan kekurangan cagaran sebagai halangan utama yang dihadapi PKS semasa memohon pembiayaan daripada institusi perbankan. Ini diikuti dengan dokumentasi pinjaman yang tidak mencukupi dan kekurangan rekod prestasi kewangan serta daya maju perniagaan. Hampir 10% daripada responden menyatakan masa pemprosesan yang lama sebagai satu masalah. Dapatan Banci bukan sesuatu yang unik kepada Malaysia. Satu kaji selidik PKS Eropah 1 menunjukkan bahawa kekurangan cagaran kebanyakannya menjejaskan perusahaan mikro dan kecil, sementara prestasi perniagaan yang lemah dan maklumat yang tidak mencukupi adalah sebab utama kegagalan perusahaan sederhana untuk memperoleh pembiayaan daripada institusi perbankan. Pemerhatian PKS Eropah 2003 oleh Suruhanjaya Eropah, PKS dan Akses kepada Kewangan 133

Jenis-Jenis Kemudahan dan Tujuan Pembiayaan Sejumlah 139,845 PKS memberikan maklum balas dalam Banci berhubung dengan jenisjenis kemudahan kredit yang telah dimanfaatkan. Jenis Kemudahan Kredit yang Dimanfaatkan oleh PKS Pemfaktoran 1.1% Pinjaman Jangka Pendek 54.7% Lain-lain 3.2% Pemajakan 10.8% Pinjaman Jangka Panjang 30.2% Sumber : Banci Pertubuhan dan Perusahaan 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia Jenis-jenis kemudahan kredit utama yang dimanfaatkan oleh PKS ialah pinjaman jangka pendek dan jangka panjang, serta pemajakan. Sebilangan besar perusahaan mikro (57%) menggunakan pembiayaan jangka pendek berbanding dengan 48% daripada perusahaan sederhana. Penggunaan pemajakan sebagai satu pilihan pembiayaan dilihat meningkat mengikut saiz perniagaan, dengan 9% daripada perusahaan mikro, 14% daripada perusahan kecil dan hampir 17% daripada perusahaan sederhana menggunakan pemajakan bagi membiayai operasi mereka. Dari segi sektor, PKS dalam sektor pertanian (64%) mencatatkan penggunaan pinjaman jangka pendek yang tertinggi, sementara lebih daripada 51% PKS dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan menggunakan pinjaman jangka pendek. Kira-kira 30% daripada PKS dalam ketiga-tiga sektor ini menggunakan pinjaman jangka panjang. Hampir 14% dan 11% daripada PKS, masing-masing dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, menggunakan pemajakan sementara hanya 4% daripada PKS dalam sektor pertanian menggunakan pemajakan bagi membiayai operasi mereka. 134

Tujuan Pembiayaan mengikut PKS Penambahbaikan/ penaikan taraf proses pengeluaran 7.0% Pembangunan Produk 4.1% Lain-lain 3.3% Pembiayaan Projek 9.4% Modal Kerja 29.9% Beli/sewa tanah/ bangunan (termasuk pembesaran dan pengubahsuaian) 17.8% Beli/sewa peralatan/jentera (termasuk kenderaan) 28.5% Sumber : Banci Pertubuhan dan Perusahaan 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia Berdasarkan saiz sampel sebanyak 423,400 PKS, 30% menyatakan bahawa tujuan utama pembiayaan adalah untuk keperluan modal kerja, diikuti oleh keperluan untuk membeli/memajak peralatan/jentera. Hasil Banci menunjukkan bahawa semakin kecil saiz sesebuah pertubuhan semakin besar keperluan modal kerja. Modal kerja ialah tujuan utama pembiayaan bagi 34% daripada perusahaan mikro, sementara 23% daripada perusahaan kecil dan 18% daripada perusahaan sederhana memerlukan pembiayaan modal kerja. Lebih daripada 33% daripada perusahaan kecil dan sederhana menyatakan pembelian/pemajakan peralatan/jentera sebagai tujuan utama pembiayaan. Secara relatifnya, lebih banyak perusahaan sederhana memerlukan pembiayaan untuk pembiayaan projek dan menambah baik/menaik taraf proses pengeluaran berbanding dengan perusahaan kecil dan mikro. 135

Pembiayaan kepada PKS PKS boleh mendapatkan pembiayaan daripada pelbagai jenis institusi kewangan, termasuk institusi perbankan, institusi kewangan pembangunan (IKP), syarikatsyarikat pemajakan dan pemfaktoran, serta syarikat-syarikat modal usaha niaga, yang menyediakan pembiayaan ekuiti. Di samping itu, PKS juga boleh menggunakan pelbagai dana khas yang bertujuan khusus, yang diwujudkan oleh Kerajaan untuk membantu PKS. Trend kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi pembiayaan yang diberikan kepada PKS. Kesemua penyedia dana utama telah mencatatkan penambahan yang besar dalam pembiayaan yang diberikan kepada PKS. Pinjaman sistem perbankan kepada PKS mencakupi sebanyak 42.6% daripada jumlah pinjaman perniagaan terkumpul pada akhir tahun 2005, berbanding dengan 30.1% pada akhir tahun 1999. Terdapat sebanyak 81 dana khas Kerajaan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM12.7 bilion tersedia untuk PKS pada akhir tahun 2005. end-2005. (a) Institusi Perbankan Dengan pembangunan pasaran bon domestik, institusi perbankan memberikan lebih tumpuan terhadap pinjaman kepada PKS, sementara syarikat besar beralih kepada pasaran modal untuk memenuhi keperluan pembiayaan mereka. Untuk memberi PKS akses yang lebih baik kepada pembiayaan daripada institusi perbankan, Bank Negara Malaysia telah memulakan usaha ke arah menambah baik kemudahan, jangkauan dan perkhidmatan institusi perbankan kepada PKS. Pada masa ini, kesemua bank perdagangan telah: Mewujudkan satu unit khusus untuk berurusan dengan pelanggan PKS Peranan dan fungsi unit ini meliputi pelbagai isu PKS, daripada isu mengenal pasti dan menstruktur keperluan kewangan yang bersesuaian sehingga menyediakan perkhidmatan pengurusan tunai dan perkhidmatan sokongan lain seperti pengurusan kewangan dan perlindungan insurans. 136

Menubuhkan Unit Pembangunan Bumiputera Unit ini dipertanggungjawabkan dengan mandat untuk menangani keperluan pembiayaan dan pembangunan usahawan Bumiputera. Mewujudkan Unit Aduan Unit ini bertujuan menyediakan saluran yang sesuai untuk pelanggan, termasuk PKS, mengemukakan aduan dan bertindak sebagai titik tumpuan dalam bank bagi menguruskan aduan. Piagam Pelanggan Institusi perbankan dikehendaki memaparkan piagam pelanggan berhubung pemprosesan pinjaman PKS, yang perlu mendedahkan sekurang-kurangnya perkara berikut: Dokumen dan maklumat yang relevan untuk dikemukakan kepada institusi perbankan; Kriteria kelayakan untuk memperoleh pinjaman; Tempoh masa yang diambil untuk memproses satu permohonan pinjaman; dan Keperluan untuk memaklumkan sebab-sebab penolakan kepada pemohon. Inisiatif yang diambil menyebabkan peningkatan yang ketara dalam pemberian pinjaman kepada PKS dengan pinjaman PKS terkumpul berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan 6.5% sejak tahun 2001, untuk mencapai RM96 bilion atau 42.6% daripada pinjaman perniagaan terkumpul pada akhir tahun 2005. Kualiti aset PKS yang bertambah baik dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi yang kondusif terus menyokong pertumbuhan yang kukuh dalam pemberian pinjaman kepada PKS. Pembiayaan yang diluluskan kepada PKS antara tahun 2002 hingga 2005 secara puratanya berjumlah RM31.2 bilion setahun, sementara pengeluaran pinjaman kepada PKS berpurata pada RM86.9 bilion setahun. 137

Pada tahun 2005, sistem perbankan meluluskan RM35.8 bilion pinjaman kepada lebih daripada 85,000 akaun PKS, iaitu peningkatan sebanyak 13.3% berbanding dengan tahun 2004 (2004: RM31.6 bilion; 92,000 akaun PKS). Pengeluaran pinjaman berkembang 10.2% kepada RM110.7 bilion (2004: RM100.4 bilion), sementara pinjaman terkumpul kepada PKS berkembang 8.7% kepada RM96 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM88.3 bilion). Trend Menaik Pemberian Pinjaman kepada PKS RM b 100 % 50 95 90 85 80 75 70 45 40 35 65 60 30 55 50 Dis- Jun- Dis- Jun- Dis- Jun- Dis- Jun- Dis- Jun- Dis- Jun- Dis- 25 99 00 00 01 01 02 02 03 03 04 04 05 05 Pinjaman terkumpul kepada PKS (skala kiri) Pinjaman PKS sebagai % pinjaman perniagaan (skala kanan) Sumber : Bank Negara Malaysia Dari segi sektor, pinjaman kepada PKS adalah pelbagai, dengan hampir dua per tiga daripadanya disalurkan kepada sektor perdagangan edaran, perkilangan dan pembinaan. 138

Pinjaman kepada PKS dalam Semua Sektor pada Tahun 2005 Pembelian Harta Bukan Kediaman 11% Harta Tanah 6% Perkhidmatan Perniagaan 5% Pertanian,Perhutanan dan Perikanan 4% Perdagangan Borong dan Runcit, Restoran dan Hotel 26% Pembinaan 13% Lain-lain 14% Perkilangan 21% Sumber : Bank Negara Malaysia (b) Institusi Kewangan Pembangunan Institusi kewangan pembangunan (IKP) ialah institusi kewangan khusus yang ditubuhkan untuk mempercepat pertumbuhan sektor strategik yang dikenal pasti oleh Kerajaan. Fungsi utama IKP adalah untuk menawarkan perkhidmatan kewangan yang tidak disediakan oleh institusi perbankan. IKP yang menyediakan pembiayaan PKS di Malaysia termasuk SME Bank, EXIM Bank, MIDF, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk syarikat berteknologi tinggi dan ICT. Pada tahun 2005, IKP telah meluluskan RM2.3 bilion pinjaman kepada 5,225 akaun PKS (2004: RM2.4 bilion kepada 5,397 akaun PKS), dan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion (2004: RM1.2 bilion). Pinjaman terkumpul IKP kepada PKS meningkat sebanyak 3.3% kepada RM3.1 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM3 bilion). Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) meneruskan peranannya sebagai penyedia jaminan utama di Malaysia untuk membolehkan PKS yang kekurangan cagaran memperoleh pembiayaan daripada institusi perbankan. Pada akhir tahun 2005, lindungan jaminan terkumpul oleh CGC berjumlah RM6.9 bilion, dengan pinjaman dijamin terkumpul berjumlah RM8.6 bilion. 139

(c) Syarikat Pemajakan dan Pemfaktoran Satu lagi sumber pembiayaan untuk PKS ialah syarikat pemajakan dan pemfaktoran. Jika sebelum ini PKS perlu membeli peralatan mahal yang diperlukan dalam proses pengeluaran mereka, kini syarikat pemajakan memberi PKS pilihan untuk menyewa peralatan, dan dengan ini dapat mengelakkan keperluan perbelanjaan modal permulaan. Bagi pembiayaan modal kerja pula, PKS kini mempunyai pilihan mencagarkan pendapatan masa depan mereka kepada syarikat pemfaktoran bagi memperoleh pembiayaan untuk modal kerja. Pada tahun 2005, sebanyak RM819 juta pembiayaan telah diberikan oleh syarikat pemajakan dan pemfaktoran kepada perusahaan perniagaan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan perdagangan am (2004:RM996 juta). (d) Syarikat Modal Usaha Niaga Bagi perusahaan perniagaan yang baru ditubuhkan, terutama dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembiayaan juga boleh diperoleh daripada syarikat modal usaha niaga. Pemodal usaha niaga lazimnya memperoleh kepentingan dalam sesebuah perniagaan sebagai tukaran kerana menyediakan modal. Jumlah dana yang tersedia untuk pelaburan modal usaha niaga meningkat 14.3% kepada RM2.6 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM2.3 bilion). Dana ini dilaburkan dalam 380 buah syarikat berbanding dengan 332 buah syarikat pada akhir tahun 2004. (e) Dana Khas PKS Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia mempunyai beberapa dana khas yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada kewangan pada kos yang berpatutan untuk PKS. 140

Pada masa ini, Bank Negara Malaysia mempunyai lima dana khas pada kadar pinjaman antara 3.75% hingga 6.00%. Dana ini disalurkan menerusi institusi yang terlibat, yang terdiri daripada institusi perbankan, IKP dan ERF Sdn. Bhd. Dana tersebut ialah: Tabung untuk Industri Kecil dan Sederhana 2 (saiz dana: RM6.75 bilion); Tabung Usahawan Baru 2 (saiz dana: RM2.85 bilion); Tabung untuk Makanan (saiz dana: RM1.3 bilion); Tabung Pemulihan untuk Perniagaan Kecil (saiz dana: RM200 juta); dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (saiz dana: RM300 juta). Pada akhir tahun 2005, sejumlah RM11.22 bilion telah diluluskan kepada 24,503 akaun PKS di bawah lima dana tersebut. (f) Dana Kerajaan untuk PKS Selain pembiayaan daripada sektor komersial, Kerajaan turut menyediakan dana untuk PKS. Dana Kerajaan untuk PKS kebanyakannya untuk tujuan pemupukan dan pembangunan. Pada akhir bulan Disember 2005, terdapat sebanyak 81 dana Kerajaan/skim pembiayaan untuk PKS dengan jumlah peruntukan sebanyak RM12.7 bilion. Daripada 81 dana dan skim ini, 49 adalah dalam bentuk pinjaman mudah, manakala selebihnya dalam bentuk geran (20), pembiayaan ekuiti (5) dan dana modal usaha niaga (7). Dana dan skim ini mempunyai pelbagai objektif yang dapat diringkaskan seperti yang berikut: Untuk menggalakkan PKS menjadi lebih inovatif dalam menggunakan dan mengadaptasi kepada teknologi dan proses yang sedia ada dan yang baru; Untuk meningkatkan kualiti produk; Untuk membantu PKS menjalankan kajian kemungkinan pasaran dan teknologi, menyediakan perancangan perniagaan dan merumuskan strategi pasaran dalam negeri dan eksport; Untuk menggalakkan pembangunan PKS Bumiputera; dan Untuk membantu belia termasuk siswazah untuk menceburi bidang perniagaan. Dana dan skim yang ditadbir oleh 22 Kementerian dan Agensi ini telah membantu sebanyak 893,687 PKS dengan baki terkumpul sebanyak RM5.2 bilion pada akhir tahun 2005. 141

Inisiatif Utama bagi Meningkatkan Akses kepada Pembiayaan Bil. 1 2 3 4 Jenis Bantuan Pinjaman* Geran Ekuiti Modal Usaha Niaga Jumlah Bil. Skim 49 20 Peruntukan (RM bilion) 8.5 2.1 5 0.6 7 1.5 Permohon yang diluluskan Bil. 855,193 37,670 704 120 58.0 Dikeluarkan (RM bilion) 55.7 4.7 2.0 1.7-81 12.7 893,687 61.1 58.2 5.2 0.7 0.4 0.5 0.3 Baki Terkumpul 0.4 0.1 Sumber : Bank Negara Malaysia * Termasuk skim untuk perusahaan mikro skim kredit mikro (oleh Bank Simpanan Nasional & Bank Pertanian Malaysia), Yayasan Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia Inisiatif Utama bagi Meningkatkan Akses kepada Pembiayaan Dasar berhubung dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS pada tahun 2004-2005 tertumpu pada mengukuhkan infrastruktur sedia ada bagi memastikan penyaluran dana kepada PKS yang lebih berkesan, menyediakan sokongan nasihat kewangan dan meningkatkan kesedaran tentang produk kewangan dan program bantuan yang sedia ada untuk PKS. Satu insiatif utama juga telah diperkenalkan untuk membantu penyusunan semula hutang PKS yang menghadapi masalah kewangan tetapi mempunyai perniagaan yang berdaya maju. 142

(a) Pemkembangan Keinstitusian Penubuhan SME Bank SME Bank memulakan operasi pada 3 Oktober 2005 hasil daripada integrasi dan rasionalisasi yang dijalankan antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad dengan Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad. Matlamat SME Bank adalah untuk menyokong pembangunan sektor PKS. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, SME Bank akan melengkapi institusi perbankan dengan menyediakan perkhidmatan sokongan kewangan dan perniagaan kepada PKS. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME Bank termasuk pembiayaan ekuiti, pembiayaan modal kerja, pinjaman bertempoh, sewa beli perindustrian, pemajakan, pemfaktoran, pembiayaan kontrak serta jaminan bank. Selain itu, SME Bank akan juga menyediakan perkhidmatan sokongan perniagaan dan rundingan, seperti khidmat nasihat dan Transformasi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) Salah satu daripada inisiatif untuk mengukuhkan infrastruktur pembiayaan PKS ialah transformasi CGC, yang melibatkan peningkatan peranannya dan menambah rangkaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CGC. Dalam meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS, CGC akan mengambil pendekatan yang holistik, dengan menyediakan lebih banyak rangkaian produk penambah baik kredit, khidmat nasihat berhubung dengan kewangan dan pembangunan perniagaan, dan perkhidmatan maklumat kredit, termasuk penarafan kredit perniagaan. Kesemua perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan lebih banyak pemberian pinjaman kepada PKS, di samping menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang baik oleh PKS. Keanggotaan Lembaga Pengarah CGC telah diperluas dengan memasukkan ahli-ahli yang berpengalaman langsung dalam bidang perniagaan dan kewangan, manakala usaha sedang dijalankan untuk mengukuhkan sumber-sumber CGC. 143

Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil telah ditubuhkan pada 1 November 2003 untuk memudahkan penyusunan semula PKS yang mempunyai perniagaan berdaya maju tetapi dibebani dengan pinjaman tidak berbayar (NPL). Di bawah mekanisme ini, Jawatankuasa Penyelesaian Pinjaman Kecil membuat penilaian bebas atas daya maju perniagaan, penyusunan semula pinjaman dan keperluan pembiayaan PKS. Pada akhir tahun 2005, 394 permohonan dengan NPL sebanyak RM278 juta telah diterima di bawah skim ini. Daripada jumlah ini, 286 permohonan (73%) yang membabitkan NPL sebanyak RM183 juta telah diluluskan untuk disusun semula dan RM16 juta pembiayaan baru diluluskan di bawah Tabung Pemulihan untuk Perniagaan Kecil. Sebanyak 83 kes dengan jumlah NPL sebanyak RM83 juta telah ditolak kerana tidak berdaya maju, sementara 25 kes yang melibatkan NPL sebanyak RM12 juta sedang dinilai. Prestasi skim ini telah menunjukkan bahawa penyusunan semula NPL adalah lebih penting daripada menyediakan pembiayaan baru dalam memastikan daya maju dan kemapanan PKS yang dibebani masalah kewangan. Khidmat Nasihat Kewangan Bank Negara Malaysia menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada PKS dalam bidangbidang yang berikut: Maklumat mengenai pelbagai sumber pembiayaan; Bantuan untuk memudahkan proses permohonan pinjaman; dan Nasihat berhubung dengan keperluan kewangan dan masalah PKS. Pada tahun 2005, jumlah pertanyaan dan bantuan yang dipohon oleh PKS meningkat kepada 4,019 kes (2004: 1,399 kes). Ini mencerminkan bertambahnya kesedaran di kalangan PKS dan juga hasil penubuhan Laman Informasi, Nasihat dan Khidmat (LINK) di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Daripada jumlah ini, 81% merupakan pertanyaan mengenai dana khas yang disediakan oleh Kerajaan dan nasihat berhubung hal-hal pinjaman, dan 19% merupakan aduan terhadap institusi kewangan, yang kebanyakan bagi kes penolakan pinjaman dan maklum balas yang tidak memuaskan kepada permohonan pinjaman PKS. 144

(b) Pembangunan Produk Kewangan Baru untuk PKS Pensekuritian Pinjaman PKS Pensekuritian pinjaman PKS institusi perbankan akan diperkenalkan. Menerusi pensekuritian, institusi perbankan akan lebih fleksibel dalam menguruskan portfolio pinjaman PKS mereka dan terus meningkatkan kapasiti kewangan mereka untuk memberi pinjaman kepada PKS. Selain itu, pensekuritian juga akan membolehkan PKS secara tidak langsung mempergunakan pasaran modal bagi mendapatkan pembiayaan, lantas menambah sumber pembiayaan untuk mereka. Produk Pembiayaan Perdagangan Baru untuk PKS Januari 2006, iaitu Pembiayaan Perdagangan Pelbagai Matawang (MCTF) dan Skim Pembiayaan Pengeksport Tidak Langsung (IEFS), di bawah pembiayaan konvensional dan Islam. Produk ini bertujuan menggalakkan PKS mengeksport barangan dan perkhidmatan mereka, terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). MCTF menyediakan pembiayaan kepada pengeksport langsung Malaysia dalam ringgit and mata wang asing utama dalam bentuk pembiayaan prapenghantaran dan pasca penghantaran. IEFS menyediakan pembiayaan dalam ringgit kepada pengeksport tidak langsung tanpa rekursa, dengan bank peserta akan mendiskaun invois perdagangan mereka yang timbul daripada pembekalan barangan dan perkhidmatan kepada pengeksport langsung. Produk ini akan memberi manfaat kepada PKS dengan mengurangkan kos pembiayaan, tanpa keperluan cagaran. Di bawah pengaturan itu, PKS boleh mendapatkan pembiayaan daripada bank peserta, dengan risiko kredit dikongsi antara bank itu dengan Export-Import Bank of Malaysia Berhad. 145

Modal Usaha Niaga untuk Sektor Pertanian Bagi menyokong objektif Kerajaan untuk merealisasikan potensi sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ketiga, Bank Negara Malaysia mewujudkan dua dana modal usaha niaga sebanyak RM150 juta setiap satu dana untuk sektor pertanian pada tahun 2006. Matlamat dana itu adalah untuk mewujudkan dan membangunkan perniagaan pertanian yang bersepadu menerusi peruntukan pembiayaan modal usaha niaga, serta sokongan teknikal dan perniagaan, dengan kesan limpahan yang akan memanfaatkan dan mengembangkan seluruh rantaian nilai sektor pertanian. Bidang yang disasarkan untuk pelaburan ialah pertanian dan perikanan bersepadu, serta projek berkaitan dengan bioteknologi. Melangkah ke Hadapan Meskipun pelbagai langkah dan amaun pinjaman dan pembiayaan yang besar telah diberikan kepada PKS, dapatan Banci menunjukkan bahawa akses kepada pembiayaan tetap menjadi salah satu isu yang dihadapi oleh PKS. Bagi memastikan akses kepada pembiayaan yang lebih baik bagi PKS, strategi akan tertumpu pada: Mewujudkan dan mengukuhkan pengaturan keinstitusian yang kondusif untuk keseluruhan spekrum PKS. Ini termasuk penyelarasan inisiatif yang ditadbir melalui pelbagai Agensi dan Kementerian, di bawah bimbingan Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan; Merangsang persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan lebih banyak pemberian pinjaman oleh institusi kewangan kepada PKS; dan Meningkatkan tahap kesedaran berhubung dengan pelbagai pilihan pembiayaan dan inisiatif yang tersedia untuk PKS. 146

Sementara sistem perbankan akan terus menjadi penyedia dana yang utama kepada PKS, Kerajaan dan agensi-agensinya pula akan terus menyediakan bantuan pembiayaan dalam bentuk dana khas dan pakej pembiayaan kepada kumpulan sasaran. Walau bagaimanapun, menyedari bahawa pembiayaan semata-mata tidak mencukupi, inisiatif berhubung dengan pembiayaan akan dilengkapi dan disokong oleh program bina upaya supaya PKS berkembang menjadi kukuh dan diurus dengan baik, dengan ini meningkatkan prospek mereka untuk mendapat akses kepada pembiayaan yang lebih baik. 147

148