Pelayanan Yohanes: Mat. 3:1-7 dan Luk. 3: Yohanes berkhutbah dan membaptis di mana? 3. Dia berkhutbah kepada siapa?

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Pelayanan Yohanes: Mat. 3:1-7 dan Luk. 3: Yohanes berkhutbah dan membaptis di mana? 3. Dia berkhutbah kepada siapa?"

Transkripsi

1 Minggu 2 Hari 1 Baca: Mat.3:1-7; Luk. 3:1-14; Yoh. 1:19-23 Permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis: Luk. 3: Pada fikiran anda, mengapa agaknya Lukas menyebut tentang keduadua kuasa awam dan kuasa agama pada zaman pelayanan Yohanes? Pelayanan Yohanes: Mat. 3:1-7 dan Luk. 3: Yohanes berkhutbah dan membaptis di mana? 3. Dia berkhutbah kepada siapa? (Lihat kajian tambahan, topic #8) 4. Apakah berita yang dikhutbahkan oleh Yohanes? Senaraikan tiga hal khusus yang harus dilakukan bagi menunjukkan pertaubatan. Nubuat-nubuat digenapi: Mat. 3: Huraikan amalan dan kehidupan peribadi Yohanes. 6. Cara hidup Yohanes sudah pun diberitahu terlebih dahulu oleh Gabriel kepada bapanya dalam Lukas 1:16. Bagaimana Mat. 3: 5-6 menggenapi nubuat ini? 7. Mat. 3:3 merupakan sebahagian daripada nubuat Yesaya tentang orang yang datang mendahului Mesias. Ayat ini mengakui Yohanes adalah pengenapan nubuat dalam Yes. 40:3-5. Yesaya bernubuat lebih 800 tahun sebelum Yohanes dilahirkan. Bagaimana pelayanan Yohanes memenuhi nubuat ini? Lukas. 3:8 Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa! Adakah cara hidup saya menampakkan saya sudah bertaubat? Adakah Yohanes itu Kristus?: Yoh. 1: Orang-orang Yahudi mahu tahu sama ada Yohanes adalah Kristus, Mesias Penyelamat yang dijanjikan. Apa yang Yohanes kata tentang pelayanannya berkaitan dengan pelayanan Yesus?

2 Minggu 2 Hari 2 Baca: Yoh. 1:24-34; Mat. 3:11-17 Tujuan baptisan Yohanes: Yoh. 1:31 1. Mengapa Yohanes mengatakan bahawa dia datang untuk membaptis? Yohanes membandingkan dirinya dengan Kristus: Mat. 3:11 dan Yoh. 1: Menurut Yohanes, apakah perbezaan cara mereka membaptis? 3. Adakah Yohanes menganggap dirinya selayak Yesus? Baptisan Yesus: Mat. 3: Apakah tindak balas Yohanes bila disuruh oleh Yesus untuk membaptiskannya? 5. Apakah sebab Yesus mahu dibaptiskan? 6. Bagaimana Yohanes tahu bahawa Roh Kudus berserta Yesus? 7. Siapa yang berkata, Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-ku." (Lihat kajian tambahan, tajuk #9) Kesaksian Yohanes tentang Yesus: Yoh. 1: Menurut Yohanes, siapakah Yesus? 9. Bagaimana Yohanes tahu bahawa Yesus adalah Anak TUHAN? Mat. 3:15- dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh TUHAN." Adakah saya berusaha seboleh-bolehnya supaya segala yang saya lakukan berkenan kepada Tuhan?

3 Nota: Secara urutan waktu, peristiwa seterusnya ialah pencubaan Yesus. Namun kita akan meninggalkan peristiwa itu dan sebaliknya mengikuti akhir hidup Yohanes Pembaptis. Baca: Yoh. 3:22-36; Luk. 3:19-20 & 7:18-23; Mrk. 6:17-29 Sikap Yohanes Pembaptis terhadap Yesus: Yoh. 3: Semasa tahun pertama pelayanan Yesus, kedua-dua Yesus dan Yohanes membaptis di kawasan luar bandar Yudea. Dalam ayat 26, apakah kebimbangan murid-murid Yohanes tentang pembaptisan yang dijalankan oleh Yesus berdekatan mereka? Minggu 2 Hari 3 (Lihat kajian tambahan, tajuk #10) 2. Apakah sikap Yohanes terhadap Yesus? Mengapa dia berperasaan demikian? 3. Dalam ayat 36, apakah amaran Yohanes tentang mempercayai Yesus sebagai Anak TUHAN? Tindak balas Yesus kepada Yohanes Pembaptis: Luk. 3:19-20 dan 7: Semasa tahun kedua pelayanan Yesus, Yohanes Pembaptis dipenjarakan oleh Herodes. Apakah sebabnya? 5. Yohanes merasa kecewa dan mula ragu sama ada Yesus benar-benar Anak TUHAN. Dia menghantar dua orang muridnya untuk bertanya kepada Yesus. Apakah pesan Yesus kepada Yohanes? Yohanes mati syahid: Mrk. 6: Herodes telah memenjarakan Yohanes, tetapi siapa yang mahu membunuhnya kerana apa yang telah dikatakannya? 7. Bagaimana Herodes bertindak balas kepada Yohanes Pembaptis? 8. Apakah yang akhirnya menyebabkan Herodes membunuh Yohanes Pembaptis? Yoh. 3:30- Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting. Adakah Yesus semakin penting dalam hidup saya dan saya semakin kurang penting?

4 Baca: Mrk. 1:13; Luk. 4:1-13; Ul. 6:13, 16 & 8:3 Pencubaan Yesus: Luk. 4: Bilakah Yesus dipimpin ke padang gurun? Minggu 2 Hari 4 2. Mengapa Dia ke sana? (Lihat kajian tambahan, tajuk #11) 3. Apakah Yesus lakukan di padang gurun selama 40 hari? 4. Siapa yang mencuba Yesus? Pencubaan-pencubaan: Luk. 4:3-12, Ul. 6:13, 16 & 8:3 5. Apakah yang Iblis mahu Yesus puaskan melalui pencubaan pertama? ay Apakah yang Iblis mahu Yesus lakukan melalui pencubaan kedua? Ay Apakah yang Iblis mahu Yesus lakukan melalui pencubaan ketiga? Ay Bagaimana Yesus melawan pencubaan-pencubaan tersebut? Selepas pencubaan: Luk. 4:13; Mrk. 1:13 9. Apakah tiga perkara yang dapat kita perhatikan dalam kedua-dua ayat ini? Saya mahu Firman Tuhan menjadi sebati dalam hidup saya sehingga Alkitab menjadi jawapan kepada segala pencubaan yang saya hadapi.

5 Minggu 2 Hari 5 Baca: Yoh. 1:35-51 & 2:1-11 Pengikut-pengikut yang mula-mula bertemu Yesus: Yoh. 1: Apakah yang menyebabkan dua orang pengikut Yohanes Pembaptis mengikuti Yesus pada hari itu? 2. Injil Yohanes bukan ditulis oleh Yohanes Pembaptis, tetapi oleh Yohanes, anak Zebedeus, dan adik Yakobus. Dia mempunyai satu kebiasaan yang menarik sepanjang Injil ini. Walaupun dia menyebut nama pengikut-pengikut lain yang hadir pada beberapa peristiwa tertentu, dia tidak akan mengenalkan dirinya sendiri. Dia selalu merujuk kepada dirinya dengan cara yang tidak langsung seperti pengikut yang lain, pengikut yang dikasihi Yesus, atau dia yang bersandar dekat kepadanya, di sebelah kanannya Dengan latar belakang ini, siapakah lima pengikut Yesus yang mula-mula menemuinya? 3. Apakah perkara pertama yang Andreas dan Filipus lakukan setelah meluangkan masa dengan Yesus? 4. Apa yang meyakinkan Natanael bahawa Yesus adalah Anak TUHAN? Yesus mengubah air menjadi wain: Yoh. 2: Siapakah di antara para tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan di Kana? 6. Apakah yang Maria lakukan tentang masalah tuan rumah? Yesus menukarkan nama Simon kepada Petrus atau Kefas. Simon bererti lalang. Petrus (dalam bahasa Yunani) atau Kefas (dalam bahasa Aramik) bererti Batu. Hubungan Petrus dengan Yesus mengubahkan dia daripada rumput yang tidak mantap menjadi batu yang kukuh. Adakah hubungan anda dengan Yesus mengubah sikap anda? 7. Apakah yang Yesus suruh orang gaji itu lakukan? 8. Bagaimana kita tahu bahawa Yesus telah mengubah air menjadi wain? 9. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini?

6 jawapan: minggu 2 Hari 1 1. Lukas menyenaraikan kedua-dua kuasa awam dan kuasa agama supaya peristiwa-peristiwa itu dapat berlatarbelakangkan sejarah. Jika ia merupakan cerita rekaan, semua maklumat ini tidak akan disertakan. 2. Yohanes berkhutbah dan membaptis di sekitar Sungai Yordan. 3. Yohanes berkhutbah kepada orang ramai yang datang dari Yerusalem, Yudea dan Yordan. Antara mereka ialah ketua-ketua agama (Farisi dan Saduki), pengumpul-pengumpul cukai dan askar-askar. 4. Berita Yohanes ialah "Bertaubatlah daripada dosa kamu kerana tidak lama lagi TUHAN akan memerintah!" Beberapa perkara khusus yang harus dibuat untuk menunjukkan pertaubatan ialah: berkongsi apa yang berlebihan dengan mereka yang miskin, jangan mengumpul melebihi yang patut, dan jangan peras wang atau menuduh orang secara palsu. 5. Yohanes memakai jubah bulu unta dan memakai tali pinggang kulit serta memakan belalang dan madu hutan. 6. Yohanes memimpin banyak orang kembali kepada Tuhan, TUHAN mereka seperti yang dikatakan oleh Gabriel dalam Lukas 1: Melalui khutbahnya, Yohanes menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka berdosa dan perlu bertaubat. Ramai yang datang dan mengakui dosa-dosa mereka dan dibaptiskan oleh Yohanes. Dia sentiasa menunjukkan kepada mereka bahawa mereka perlu mengubah seluruh cara hidup mereka. Dengan cara ini, dia mempersiapkan mereka untuk melihat Mesias, keselamatan daripada TUHAN. 8. Yohanes mengatakan bahawa dia bukan Kristus, tetapi dia diutus untuk mempersiapkan jalan bagi Tuhan Yesus. Hari 2 1. Menurut Yohanes, sebab dia datang membaptis ialah supaya Yesus dinyatakan sebagai Mesias kepada Israel. 2. Yohanes berkata dia membaptis dengan air tetapi Kristus akan membaptis dengan Roh TUHAN dan api. (Nota: api di sini merujuk kepada kerja penyucian yang dilakukan oleh Roh Kudus. Lihat Maleakhi 3:2-4) 3. Tidak, Yohanes mengatakan menjinjing kasut-nya pun dia tidak layak. 4. Pada mulanya Yohanes enggan. Dia berkata seharusnya dia dibaptis oleh Yesus. 5. Yesus mengatakan inilah caranya mereka menunjukkan kebenaran. 6. Yohanes melihat Roh turun seperti burung merpati dan menghinggapi Yesus. 7. Tuhan Bapa berucap dari syurga. 8. Yohanes memanggil Yesus Anak Domba TUHAN yang menghapus dosa dunia. 9. TUHAN yang telah mengutus Yohanes untuk membaptis, telah menyatakan kepada Yohanes bahawa dia akan melihat Roh Kudus turun dan menetap pada Dia yang merupakan Anak TUHAN. Hari 3 1. Mereka takut Yohanes kehilangan kuasanya. Mereka tidak mahu melihat orang ramai berkurangan dan sebaliknya mula mengikuti Yesus. 2. Yohanes merasa gembira pelayanan Yesus semakin bertumbuh. Kerana Yohanes sedar dia hanya pendahuluan kepada Kristus dan bukannya Kristus sendiri, dia merasa puas dan gembira. 3. Yohanes memberi amaran bahawa kehidupan kekal bergantung kepada kepercayaan dan penerimaan Anak TUHAN. 4. Yohanes menegur Herodes akan tingkah lakunya yang jahat, termasuk perzinaannya dengan isteri adiknya, Herodias. 5. Dia suruh mereka melaporkan apa yang mereka lihat dan dengar: yang buta melihat, yang lumpuh berjalan, pesakit kusta disembuhkan, yang pekak mendengar, yang mati hidup semula dan yang miskin mendengar Berita Baik. Kesaksian mukjizat-mukjizat ini akan membina imannya. 6. Herodias, isteri Herodes, menyimpan dendam terhadap Yohanes kerana mengatakan dia berdosa. Dia mahu membunuh Yohanes. 7. Herodes melindungi Yohanes kerana dia tahu bahawa Yohanes orang yang benar dan suci. Dia suka mendengar Yohanes, tetapi bingung dengan apa yang dikatakan oleh Yohanes. 8. Dia berjanji terburu-buru di hadapan para tetamu anak perempuan Herodias. Oleh kerana dia tidak mahu dipandang lemah di depan mata tetamu, dia memerintahkan Yohanes dipancung.

7 Hari 4 1. Sebaik sahaja Yesus dibaptis oleh Yohanes, Dia dipimpin ke padang gurun. 2. Yesus dipimpin Roh Kudus untuk digodai setan. 3. Yesus berpuasa (dia tidak makan apa-apa) selama empat puluh hari. 4. Setan menggoda Yesus. Yak. 1:13 mengatakan TUHAN tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan TUHAN sendiri tidak menggoda orang. Bukan TUHAN yang menggoda Yesus, tetapi Dia mengizinkan setan untuk berbuat demikian. 5. Setan mahu Yesus memuaskan kelaparannya dengan cara yang luar biasa. Setan menumpu kepada nafsu yang menginginkan keselesaan fizikal. Untuk memenuhi kehendak TUHAN Dia harus hidup tanpa berdosa dalam batasan-batasan yang lumrah bagi manusia. Yesus mematuhi TUHAN. 6. Setan menggoda Yesus supaya mengambil jalan yang senang untuk memenuhi rancangan TUHAN baginya. Yesus mesti menentang kepercayaan bahawa asal berhasil, tidak kisah apa sekalipun cara untuk mencapainya. (Nota: Yesus akan memiliki kuasa dan keagungan semua kerajaan dunia, tetapi cara TUHAN baginya ialah melalui kematian di atas salib. Setan menawarkan jalan pintas.) 7. Setan mahu Yesus membuktikan hubungannya dengan TUHAN, dengan cara memaksa TUHAN menyelamatkan Dia. Hubungan Yesus dengan TUHAN harus bergantung kepada kepercayaan, bukan bukti. 8. Yesus tahu kehendak TUHAN dan mempercayai bahawa TUHAN akan memenuhi segala tujuaannya. Dia memetik firman yang menyatakan ketergantungannya yang sepenuh pada TUHAN dan keinginannya untuk menggenapi kehendak TUHAN baginya. 9. Semasa pencubaan, TUHAN telah melindunginya dari binatang buas di padang gurun. Malaikat-malaikat datang dan melayaninya setelah Dia lulus ujiannya. Ini bukanlah satu-satu kalinya Yesus digoda. Setan akan menggodanya lagi. Hari 5 1. Mereka mengikuti Yesus kerana Yohanes mengakui Yesus sebagai domba TUHAN. Oleh kerana ini merujuk kepada Mesias, mereka mahu mengenali Yesus. 2. Pengikut-pengikut Yesus yang mula-mula ialah Yohanes, Andreas, Simon Petrus, Filipus dan Natanael. (Nota: Nampaknya pada ketika ini, Yohanes, Andreas dan Simon Petrus belum lagi meninggalkan segalagalanya untuk mengikuti Yesus. Hal itu berlaku selepas peristiwa dalam Lukas 4:14-44, semasa Yesus memanggil Andreas, Simon, Yakobus dan Yohanes dalam Lukas 5.) 3. Kedua-dua Andreas dan Filipus pergi serta merta untuk memberitahu orang lain tentang Yesus. 4. Bila Yesus memberitahu dia di mana dan apa yang sedang dilakukannya sebelum Filipus memanggilnya, dia mula mempercayai Yesus sebagai Anak TUHAN, Raja Israel. 5. Yesus, pengikut-pengikutnya dan Maria, ibu Yesus, adalah tetamu di majlis perkahwinan di Kana. 6. Bila Maria mengetahui bahawa mereka kehabisan anggur, dia memberitahu Yesus. Dia percaya bahawa Yesus dapat melakukan sesuatu. Kemudian dia menyuruh pelayan-pelayan untuk melakukan apa sahaja yang disuruh oleh Yesus. 7. Yesus menyuruh pelayan-pelayan memenuhi 6 tempayan dengan air. Firman mengatakan setiap tempayan itu boleh diisi dengan dua hingga tiga buyung air (kira-kira 100 liter). Yesus menyuruh pelayanpelayan itu menghidangkan kandungan tempayan itu kepada ketua majlis. 8. Kita tahu Yesus telah mengubah air menjadi wain kerana ketua majlis tertanya-tanya mengapa pengantin laki-laki menghidangkan wain terbaik di akhir majlis. Ketua majlis mengatakan bahawa inilah wain yang terbaik. 9. Yesus melakukan mukjizat ini untuk menyatakan kemuliaannya kepada pengikut-pengikutnya. Ini seterusnya menyebabkan mereka mempercayainya.

8 kajian tambahan: minggu 2 Hari 1 8. Pertaubatan: Berpaling daripada dosa- Yeh. 18:30 Kebaikan hati TUHAN membawa kepada pertaubatan- Rom. 2:4 Kembali kepada Tuhan- Kis. 3:19 Dukacita menurut kehendak TUHAN mendatangkan keselamatan- II Kor. 7: 10 Kegembiraan besar di syurga- Luk.15:7 Hari 2 9. Domba korban: Domba Paska- Kel. 12:1-13 Korban penghapus dosa- Im. 4:32-5:5 Nubuat tentang Yesus mati sebagai domba- Yes. 53:7 Hari Kerendahan Hati: Tuhan membimbing mereka yang rendah hati- Maz. 25:9 Menganggap orang lain lebih baik- Fil. 2:3 Tuhan merahmati orang yang rendah hati- I Pet. 5:5-6 Hari Puasa-puasa lain yang penting dalam Alkitab: Dua kali Musa berpuasa 40 hari dan malam- Ul. 9:9, 18 Samuel dan seluruh Israel berpuasa sepanjang hari- I Sam. 7:6 Daud berpuasa seminggu- II Sam. 12:15-18 Elia makan makanan malaikat dan kemudian berpuasa selama 40 hari- I Raj. 19:8 Nehemia berpuasa untuk Yerusalem- Neh. 1:4 Daniel berpuasa sekurang-kurangnya dua kali- Dan. 9:3, 10:3 Kota Niniwe- Yun. 3:5, 8-10 Umat percaya di Antiokhia- Kis. 13:2-3

Baca: Luk. 1: 1-25 Pengenalan Injil Lukas: Luk. 1: Apakah tujuan Lukas menulis Injil Lukas?

Baca: Luk. 1: 1-25 Pengenalan Injil Lukas: Luk. 1: Apakah tujuan Lukas menulis Injil Lukas? Baca: Luk. 1: 1-25 Pengenalan Injil Lukas: Luk. 1:1-4 1. Apakah tujuan Lukas menulis Injil Lukas? Minggu 1 Hari 1 Ramalan akan kelahiran Yohanes Pembaptis: Luk. 1:5-11. 2. Daripada ayat-ayat tersebut,

Lebih terperinci

2. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini? 3. Melalui peristiwa ini, apa lagi yang diajar oleh Yesus tentang doa?

2. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini? 3. Melalui peristiwa ini, apa lagi yang diajar oleh Yesus tentang doa? Minggu 11 Hari 1 Baca: Mrk. 11: 12-14, 20-33 & 12: 1-12; Yoh. 12: 20-36 Yesus mengutuk pohon ara: Mrk. 11: 12-14, 20-26 1. Apa yang Yesus kata kepada pohon ara dan apa yang terjadi kepada pohon ara itu?

Lebih terperinci

2. Yesus mengatakan Dia datang untuk menolong siapa?

2. Yesus mengatakan Dia datang untuk menolong siapa? Baca: Luk. 5: 27-32 & 6: 12-16; Mat. 12: 1-13 Matius dipanggil supaya mengikuti Yesus: Luk. 5: 27-32 1. Lewi, atau Matius seperti yang dikenali dalam Injil-injil yang lain, merupakan seorang pengumpul

Lebih terperinci

2. Yesus mahu mereka menumpukan perhatian kepada isu yang paling penting. Menurut Yesus apakah hal terpenting yang dikatakannya?

2. Yesus mahu mereka menumpukan perhatian kepada isu yang paling penting. Menurut Yesus apakah hal terpenting yang dikatakannya? Baca: Yoh. 8: 21-59 Kesaksian Yesus tentang DiriNya Sendiri: Yoh. 8: 21-30 1. Yesus membuat empat kenyataan dalam ayat 21: Aku akan pergi. Kamu akan mencari Aku. Kamu akan mati dalam dosa kamu. dan Kamu

Lebih terperinci

Minggu 1 Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Minggu 2 Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5

Minggu 1 Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Minggu 2 Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Indeks tajuk Minggu 1 Pengenalan Injil Lukas: Luk. 1: 1-4 Ramalan akan kelahiran Yohanes Pembaptis: Luk. 1: 5-11 Lawatan malaikat: Luk. 1: 11-20 Berita malaikat: Luk. 1: 13-17 Hasil lawatan malaikat: Luk.

Lebih terperinci

JANGAN ambil masa lebih daripada 45 minit untuk menyiapkan kedua-dua bahagian kuiz ini.

JANGAN ambil masa lebih daripada 45 minit untuk menyiapkan kedua-dua bahagian kuiz ini. KUIZ PENGETAHUAN ALKITAB PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA POS YANG KE-17 TAHUN 2016 Dihasilkan oleh Scripture Union di Semenanjung Malaysia dan ditaja oleh Majlis Sekolah Kristian Malaya (MCSC) NAMA PENUH MENGIKUT

Lebih terperinci

Siapakah Yesus Kristus? (2/6)

Siapakah Yesus Kristus? (2/6) Siapakah Yesus Kristus? (2/6) Nama Kursus : SIAPAKAH YESUS KRISTUS? Nama Pelajaran : Yesus adalah Firman Allah dan Anak Allah Kode Pelajaran : SYK-P02 Pelajaran 02 - YESUS ADALAH FIRMAN ALLAH DAN ANAK

Lebih terperinci

Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang- orang majus dari Timur ke Yerusalem 2 dan bertanya- tanya: "Di manakah Dia, raja

Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang- orang majus dari Timur ke Yerusalem 2 dan bertanya- tanya: Di manakah Dia, raja Persembahanku. Hari Raya Penampakkan Tuhan - 04 Januari 2015 Matius 2 : 1 12 1 Sesudah Yesus dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang- orang majus dari Timur ke Yerusalem

Lebih terperinci

Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 79) Wednesday, October 21, 2015

Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 79) Wednesday, October 21, 2015 Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 79) Wednesday, October 21, 2015 Prolog Kita sudah mendengar tentang kehidupan Kristus di dalam keadaan manusia daging, tetapi daging yang tidak berdosa, sementara kita adalah

Lebih terperinci

Level 3 Pelajaran 6. RAJA DAN KERAJAAN-NYA Oleh Don Krow

Level 3 Pelajaran 6. RAJA DAN KERAJAAN-NYA Oleh Don Krow Level 3 Pelajaran 6 RAJA DAN KERAJAAN-NYA Oleh Don Krow Di Perjanjian Lama, apa yang membedakan bangsa Israel dari bangsa-bangsa lain adalah mereka merupakan sebuah teokrasi. Dengan kata lain, mereka diperintah

Lebih terperinci

Siapakah Yesus Kristus? (3/6)

Siapakah Yesus Kristus? (3/6) Siapakah Yesus Kristus? (3/6) Nama Kursus : SIAPAKAH YESUS KRISTUS? Nama Pelajaran : Yesus adalah Allah Sejati dan Manusia Sejati Tanpa Dosa Kode Pelajaran : SYK-P03 Pelajaran 03 - YESUS ADALAH ALLAH SEJATI

Lebih terperinci

BUKU KESATU HIDUP BARU DI DALAM KRISTUS KEMANUSIAAN-NYA

BUKU KESATU HIDUP BARU DI DALAM KRISTUS KEMANUSIAAN-NYA BUKU KESATU HIDUP BARU DI DALAM KRISTUS PASAL 1 SIAPAKAH YESUS KRISTUS? Bila kita diperkenalkan dengan orang lain, seringkali timbul dua macam pertanyaan dalam pikiran kita: Siapakah dia? dan Apakah pekerjaannya?

Lebih terperinci

Yohanes 1:1 1 Yohanes 1:5. Injil Yohanes

Yohanes 1:1 1 Yohanes 1:5. Injil Yohanes Yohanes 1:1 1 Yohanes 1:5 Injil Yohanes Kristus datang ke dunia ini 1 Dulu sekali, sebelum dunia ini diciptakan, Dia yang disebut Firman* sudah bersama dengan Allah. Dan Firman itu juga adalah Allah. 2

Lebih terperinci

Tahun A-B-C : Hari Raya Paskah LITURGI SABDA

Tahun A-B-C : Hari Raya Paskah LITURGI SABDA 1 Tahun A-B-C : Hari Raya Paskah LITURGI SABDA Bacaan Pertama Kis. 10 : 34a. 37-43 Kami telah makan dan minum bersama dengan Yesus setelah Ia bangkit dari antara orang mati. Bacaan diambil dari Kisah Para

Lebih terperinci

Buku Pembimbing INJIL YOHANES CATATAN SISWA. No Tanggal Kirim. Tulislah dengan huruf cetak yang jelas! Nama Saudara. Alamat. Kota. Propinsi.

Buku Pembimbing INJIL YOHANES CATATAN SISWA. No Tanggal Kirim. Tulislah dengan huruf cetak yang jelas! Nama Saudara. Alamat. Kota. Propinsi. Buku Pembimbing INJIL YOHANES CATATAN SISWA No Tanggal Kirim. Tulislah dengan huruf cetak yang jelas! Nama Saudara Alamat. Kota. Propinsi. Umur Laki-laki/perempuan.. Pekerjaan. Apakah saudara sudah menjadi

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Mukjizat Yesus

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Mukjizat Yesus Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Mukjizat Yesus Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Byron Unger dan Lazarus Disadur oleh: E. Frischbutter dan Sarah S.

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Mukjizat Yesus

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Mukjizat Yesus Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Mukjizat Yesus Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Byron Unger dan Lazarus Disadur oleh: E. Frischbutter dan Sarah S.

Lebih terperinci

~ PEMBAWA PESAN ~ HARI MINGGU ADVEN II 08 Desember Mat 3 : "Pada waktu itu tampillah Yohanes Pembaptis di padang gurun Yudea dan

~ PEMBAWA PESAN ~ HARI MINGGU ADVEN II 08 Desember Mat 3 : Pada waktu itu tampillah Yohanes Pembaptis di padang gurun Yudea dan ~ PEMBAWA PESAN ~ HARI MINGGU ADVEN II 08 Desember 2013 Mat 3 : 1 12 1 "Pada waktu itu tampillah Yohanes Pembaptis di padang gurun Yudea dan memberitakan: 2 Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!"

Lebih terperinci

FIRMAN ALLAH. Ujian. Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos. Nilai. Lipat pada garis-garis ini

FIRMAN ALLAH. Ujian. Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos. Nilai. Lipat pada garis-garis ini FIRMAN ALLAH Ujian Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos Nilai Lipat pada garis-garis ini 16 1 FIRMAN ALLAH Ujian 1 Dalam ujian ini ada sepuluh pernyataan. Beberapa diantaranya menyatakan kebenaran, namun ada

Lebih terperinci

FIRMAN ALLAH Ujian. Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos. Nilai. Lipat pada garis-garis ini

FIRMAN ALLAH Ujian. Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos. Nilai. Lipat pada garis-garis ini FIRMAN ALLAH Ujian Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos Nilai Lipat pada garis-garis ini FIRMAN ALLAH Ujian 1 Dalam ujian ini ada sepuluh pernyataan. Beberapa diantaranya menyatakan kebenaran, namun ada juga

Lebih terperinci

PELATIHAN PENGGEMBALAAN NEHEMIA MELAYANI UNTUK GEREJA INDONESIA

PELATIHAN PENGGEMBALAAN NEHEMIA MELAYANI UNTUK GEREJA INDONESIA 2015 April 26 Perubahan Hidup Orang Kristen Dalam Firman Tuhan Tidak ada yang tidak berubah di dunia ini. Peribahasa tersebut mula disampaikan oleh filsuf pada zaman klasik yang memperlihatkan adanya perubahan

Lebih terperinci

Yesus Adalah Juru Selamat Manusia. pertanyaan : Mengapa manusia perlu seorang juru selamat? Apa artinya

Yesus Adalah Juru Selamat Manusia. pertanyaan : Mengapa manusia perlu seorang juru selamat? Apa artinya Pelajaran Kedua Yesus Adalah Juru Selamat Manusia Apabila kita bicara tentang Juru Selamat, mungkin sementara orang mengajukan pertanyaan : Mengapa manusia perlu seorang juru selamat? Apa artinya diselamatkan?

Lebih terperinci

Yohanes. 1 1 Sebelum dunia diciptakan, Firman a. Kristus Datang ke Dunia Ini

Yohanes. 1 1 Sebelum dunia diciptakan, Firman a. Kristus Datang ke Dunia Ini 133 Yohanes Kristus Datang ke Dunia Ini 1 1 Sebelum dunia diciptakan, Firman a telah ada. Firman itu ada bersama Allah. Dan Firman itu adalah Allah. 2Firman ada bersama Allah sejak semula. 3 Segala sesuatu

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan.

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Paskah Pertama Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Cerita 54 daripada 60 www.m1914.org Diterjemahkan oleh: Julie TY Disadur oleh: Lyn Doerksen Bible

Lebih terperinci

5 Posisi Penting Dalam Mengikuti Kristus

5 Posisi Penting Dalam Mengikuti Kristus 5 Posisi Penting Dalam Mengikuti Kristus 2 Timotius 4:7-8 Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang telah tersedia bagiku mahkota

Lebih terperinci

PENDAHULUAN INJIL MARKUS

PENDAHULUAN INJIL MARKUS PENDAHULUAN INJIL MARKUS INJIL MARKUS Injil Markus memiliki ciri-ciri, Ditulis paling pertama dari semua Injil buku yang paling pendek dari Keempat Injil, mengatakan kepada kita lebih banyak tentang tindakan-tindakan

Lebih terperinci

KEBENARAN SEDERHANA untuk yang BARU PERCAYA. (Pertanyaan dan Jawaban)

KEBENARAN SEDERHANA untuk yang BARU PERCAYA. (Pertanyaan dan Jawaban) KEBENARAN SEDERHANA untuk yang BARU PERCAYA (Pertanyaan dan Jawaban) 1 TUHAN, MANUSIA DAN DOSA * Q. 1 Siapakah yang membuat anda? A. Tuhan yang membuat kita. Kejadian 1:26,27; Kejadian 2:7 Q. 2 Apa lagi

Lebih terperinci

Gereja menghadapi kesulitan

Gereja menghadapi kesulitan Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Gereja menghadapi kesulitan Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Ruth Klassen Diterjemahkan

Lebih terperinci

Penulis : Yohanes Tema : Yesus, Putra Allah. Tanggal Penulisan: M Latar Belakang

Penulis : Yohanes Tema : Yesus, Putra Allah. Tanggal Penulisan: M Latar Belakang SUPLEMEN MATERI KHOTBAH PELKAT 10 11 MARET 2017 Penulis : Yohanes Tema : Yesus, Putra Allah Tanggal Penulisan: 80-95 M Latar Belakang YOHANES 4 : 27 54 Injil Yohanes adalah unik di antara keempat Injil.

Lebih terperinci

Injil Yohanes. Kristus datang ke dunia ini

Injil Yohanes. Kristus datang ke dunia ini Injil Yohanes 1 Kristus datang ke dunia ini Dulu sekali, sebelum dunia ini diciptakan, Dia yang disebut Firman a sudah bersama dengan Allah. Dan Firman itu juga adalah Allah. b 2 Dari permulaan, Dia sudah

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Paskah Pertama Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Lyn Doerksen Diterjemahkan oleh: Julie

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Paskah Pertama Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Lyn Doerksen Diterjemahkan oleh: Julie

Lebih terperinci

Level 1 Pelajaran 15

Level 1 Pelajaran 15 Level 1 Pelajaran 15 BAGAIMANA DAPAT MENERIMA ROH KUDUS Oleh Don Krow (Revisi no.1/07/2017) Hari ini kita akan membahas mengenai bagaimana cara menerima Roh Kudus. Kisah Para Rasul 10:1 berkata, Di Kaisarea

Lebih terperinci

BAB 6 PETUNJUK-PETUNJUK NABI

BAB 6 PETUNJUK-PETUNJUK NABI BAB 6 PETUNJUK-PETUNJUK NABI ALKITAB MENCATAT JENIS PEKABARAN PARA NABI DALAM BEBERAPA BENTUK, SEPERTI: NUBUATAN : Melukiskan kemampuan ALLAH untuk menembus masa depan, yang tidak dapat ditiru manusia

Lebih terperinci

Kelahiran Tuhan Yesus

Kelahiran Tuhan Yesus Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Kelahiran Tuhan Yesus Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: M. Maillot Disadur oleh: E. Frischbutter; Sarah S. Diterjemahkan

Lebih terperinci

Kitab Mazmur : Kumpulan Tulisan Nubuatan

Kitab Mazmur : Kumpulan Tulisan Nubuatan Setelah pada bulan lalu kita mempelajari kitab Mazmur sebagai kitab puisi yang berisi seni ekspresi hati manusia dalam hubungannya dengan Tuhan, pada bulan ini kita akan melihat kitab Mazmur sebagai kitab

Lebih terperinci

LITURGI SABDA. Tahun C Minggu Paskah III. Bacaan Pertama Kis. 5:27b b-41. Kami adalah saksi dari segala sesuatu: kami dan Roh Kudus.

LITURGI SABDA. Tahun C Minggu Paskah III. Bacaan Pertama Kis. 5:27b b-41. Kami adalah saksi dari segala sesuatu: kami dan Roh Kudus. 1 Tahun C Minggu Paskah III LITURGI SABDA Bacaan Pertama Kis. 5:27b-32. 40b-41 Kami adalah saksi dari segala sesuatu: kami dan Roh Kudus. Bacaan diambil dari Kisah Para Rasul: Setelah ditangkap oleh pengawal

Lebih terperinci

Surat Yohanes yang pertama

Surat Yohanes yang pertama 1 Surat Yohanes yang pertama Kami ingin memberitakan kepada kalian tentang Dia yang disebut Firman a yaitu Dia yang memberikan hidup kepada kita dan yang sudah ada sebelum dunia diciptakan. Kami sudah

Lebih terperinci

KARUNIA TUHAN UNTUK KESELAMATAN

KARUNIA TUHAN UNTUK KESELAMATAN KARUNIA TUHAN UNTUK KESELAMATAN Pengantar Apakah Anda berpikir bahwa Tuhan tidak memedulikan Anda sebagai seorang perempuan? Bahwa Ia tidak tertarik pada masalah Anda, harapan Anda, dan mimpi Anda? Bahwa

Lebih terperinci

Pelajaran 8. Yesus Adalah Penguasa Ajaib. suatu kejadian di tempat jauh - "disana". Kata orang" ada tanda ajaib di desa

Pelajaran 8. Yesus Adalah Penguasa Ajaib. suatu kejadian di tempat jauh - disana. Kata orang ada tanda ajaib di desa Pelajaran 8 Yesus Adalah Penguasa Ajaib Apakah tanda ajaib atau mujizat itu? Kita sering mendengar berita tentang mujizat-mujizat yang terjadi di dunia ini. Biasanya berita itu adalah mengenai suatu kejadian

Lebih terperinci

BAGIAN II--TEOLOGI KISAH PARA RASUL. l. Lukas adalah seorang Yunani, bukan seorang Yahudi-- Kol. 4:l0- l4

BAGIAN II--TEOLOGI KISAH PARA RASUL. l. Lukas adalah seorang Yunani, bukan seorang Yahudi-- Kol. 4:l0- l4 1 BAGIAN II--TEOLOGI KISAH PARA RASUL PENDAHULUAN A. Penulis. l. Lukas adalah seorang Yunani, bukan seorang Yahudi-- Kol. 4:l0- l4 2. Ada yang merasa bahwa dia dilahirkan di Antiokhia di Siria, dan ada

Lebih terperinci

INJIL YESUS KRISTUS BAGI DUNIA. melainkan beroleh hidup yang kekal Yohanes 3:16. (Bahasa Indonesian)

INJIL YESUS KRISTUS BAGI DUNIA. melainkan beroleh hidup yang kekal Yohanes 3:16. (Bahasa Indonesian) (Bahasa Indonesian) INJIL BAGI DUNIA Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-nya tidak binasa, melainkan

Lebih terperinci

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Adakah anda meluahkan masalah anda kepada-nya dan meminta pertolongan daripada-nya? Ramai orang berasa bahawa perbuatan ini

Lebih terperinci

AKU MAU MENDENGAR- KAN FIRMAN TUHAN!

AKU MAU MENDENGAR- KAN FIRMAN TUHAN! 1 Februari 2015 AKU MAU MENDENGAR- KAN FIRMAN TUHAN! Markus 1:21-28 Nilai Kristiani: Anak belajar mendengarkan firman Tuhan dengan sunguh-sungguh. Anak tahu bahwa perkataan Tuhan berkuasa mengusir roh

Lebih terperinci

Yohanes 1. Buku Pembimbing: Injil Yohanes

Yohanes 1. Buku Pembimbing: Injil Yohanes Buku Pembimbing: Injil Yohanes Yohanes 1 Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari... Kabar Baik oleh Seorang yang Bernama Yohanes Yohanes mendengar kabar baik itu Yohanes memberitakan kabar baik itu

Lebih terperinci

Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari...

Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari... Yohanes 7 Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari... Yesus dan Saudara-saudaraNya Yesus pada Pesta Pondok Daun Mesiaskah Dia? Penjaga Bait Allah Disuruh Menangkap Yesus Aliran Air Hidup Pertentangan

Lebih terperinci

Kelahiran Tuhan Yesus

Kelahiran Tuhan Yesus Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Kelahiran Tuhan Yesus Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: M. Maillot Disadur oleh: E. Frischbutter; Sarah S. Diterjemahkan

Lebih terperinci

Firman yang Memberikan Hidup

Firman yang Memberikan Hidup Firman yang Memberikan Hidup 1:1 Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. 2 Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. 3 Allah

Lebih terperinci

Level 3 Pelajaran 3. MUKJIZAT MEMULIAKAN ALLAH Oleh Andrew Wommack

Level 3 Pelajaran 3. MUKJIZAT MEMULIAKAN ALLAH Oleh Andrew Wommack Level 3 Pelajaran 3 MUKJIZAT MEMULIAKAN ALLAH Oleh Andrew Wommack Kita telah bicara mengenai berjalan di dalam kuasa Allah dan melayani orang lain dengan karunia-karunia yang Dia berikan pada kita. Saya

Lebih terperinci

Pelopor. The Acts of the Prophet. Chapter 1. Rev. Pearry Green. Indonesian.

Pelopor. The Acts of the Prophet. Chapter 1. Rev. Pearry Green. Indonesian. Pelopor. The Acts of the Prophet. Chapter 1. Rev. Pearry Green. Indonesian. Dalam hari mereka, para murid menemukan bahwa orang yang tersinggung ketika mereka menyaksikan seorang pria bernama Yesus Kristus

Lebih terperinci

INJIL YESUS KRISTUS. Bagi Dunia

INJIL YESUS KRISTUS. Bagi Dunia Alkitab mengatakan bahwa kita harus MEMILIH: untuk beribadah kepada Tuhan, atau untuk menolak-nya. Yosua 24:14-15 berbunyi, Oleh sebab itu, takutlah akan Tuhan dan beribadahlah kepada-nya dengan tulus

Lebih terperinci

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #23 oleh Chris McCann

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #23 oleh Chris McCann Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #23 oleh Chris McCann Selamat malam dan selamat datang di pembahasan Alkitab EBible Fellowship dalam Kitab Wahyu. Malam ini adalah pembahasan #23 tentang Wahyu, pasal

Lebih terperinci

Lesson 1 for April 4, 2015

Lesson 1 for April 4, 2015 Lesson 1 for April 4, 2015 Tiga kitab Injil pertama dikenal sebagai Injil (terkait ) sinoptik. Semuanya banyak berisi cerita yang sama. Setiap Injil itu ditujukan kepada pendengar yang berbeda. Setiap

Lebih terperinci

Surat 2 Yohanes (Bagian 102) Wednesday, September 21, 2016

Surat 2 Yohanes (Bagian 102) Wednesday, September 21, 2016 Surat 2 Yohanes (Bagian 102) Wednesday, September 21, 2016 Pelita Ketujuh: Persekutuan dan sukacita yang benar dan sempurna 2 Yoh. 1:12-13 1:12 Sungguhpun banyak yang harus kutulis kepadamu, aku tidak

Lebih terperinci

B: Believe in Christ/Percaya akan Kristus Kis 16:31, Luk 5:32, Luk 13:3, Rom 2:4, Yoh 3:16, Yoh 20:31, Ibr 11:6, Rom 10:17, Kis 10:43

B: Believe in Christ/Percaya akan Kristus Kis 16:31, Luk 5:32, Luk 13:3, Rom 2:4, Yoh 3:16, Yoh 20:31, Ibr 11:6, Rom 10:17, Kis 10:43 A-B-C Penyelamatan Keselamatan Keselamatan Dalam 4 Kata Menjawab Penolaka A-B-C Penyelamatan A: Acknowledge self as sinner/pengakuan atas dosa Roma 3:23, Yes 53:6, Yak 2:10 Rom 3:10-12, Yoh 3:3, Kis 4:12

Lebih terperinci

Tahun C Pesta Pembaptisan Tuhan LITURGI SABDA. Bacaan Pertama Yes. 40 :

Tahun C Pesta Pembaptisan Tuhan LITURGI SABDA. Bacaan Pertama Yes. 40 : 1 Tahun C Pesta Pembaptisan Tuhan LITURGI SABDA Bacaan Pertama Yes. 40 : 1-5. 9-11 Kemuliaan Tuhan akan dinyatakan dan seluruh umat manusia akan melihatnya. Bacaan diambil dari Kitab Nabi Yesaya: Beginilah

Lebih terperinci

BAB 7: PERJANJIAN BARU, KELAHIRAN KRISTUS, DAN GODAAN

BAB 7: PERJANJIAN BARU, KELAHIRAN KRISTUS, DAN GODAAN BAB 7: PERJANJIAN BARU, KELAHIRAN KRISTUS, DAN GODAAN 500 TAHUN KEMUDIAN LEBIH DARI LIMA RATUS TAHUN TELAH BERLALU SEJAK NUBUAT-NUBUAT DANIEL. PADA TAHUN 6 S.M. ROMA MENGIZINKAN ISRAEL MEMELUK AGAMA MEREKA

Lebih terperinci

Sekali peristiwa Allah menyuruh Petrus pergi ke rumah perwira Kornelius.

Sekali peristiwa Allah menyuruh Petrus pergi ke rumah perwira Kornelius. Thn B Hari Raya Paskah 5 April 2015 LTRG SABDA mat duduk Bacaan pertama (Kis. 10 : 34a. 37-43) Kami telah makan dan minum bersama dengan Yesus setelah a bangkit dari antara orang mati. Bacaan diambil dari

Lebih terperinci

BUKU KESATU HIDUP BARU DI DALAM KRISTUS KEMANUSIAAN-NYA

BUKU KESATU HIDUP BARU DI DALAM KRISTUS KEMANUSIAAN-NYA BUKU KESATU HIDUP BARU DI DALAM KRISTUS PASAL 1 SIAPAKAH YESUS KRISTUS? Bila kita diperkenalkan dengan orang lain, seringkali timbul dua macam pertanyaan dalam pikiran kita: Siapakah dia? dan Apakah pekerjaannya?

Lebih terperinci

YESUS KRISTUS, ANAK TUHAN

YESUS KRISTUS, ANAK TUHAN YESUS KRISTUS, ANAK TUHAN Pengantar Siapakah Yesus itu? Apakah Ia hanya sekedar sebuah nama saja bagi Anda? Apakah Ia benar-benar ada atau apakah ceritera tentang Dia hanyalah takhyul atau dongeng belaka?

Lebih terperinci

LITURGI SABDA. Bacaan pertama Aku bersukaria di dalam Tuhan Bacaan diambil dari Kitab Yesaya :

LITURGI SABDA. Bacaan pertama Aku bersukaria di dalam Tuhan Bacaan diambil dari Kitab Yesaya : Thn B Hari Minggu Adven 14 Desember 2014 LTRG SABDA Bacaan pertama Aku bersukaria di dalam Tuhan Bacaan diambil dari Kitab Yesaya : (Yes 61 : 1-2a.10-11) Kata nabi, Roh Tuhan ada padaku, sebab ia telah

Lebih terperinci

DIPENUHI & DIBAPTIS DENGAN ROH KUDUS

DIPENUHI & DIBAPTIS DENGAN ROH KUDUS MAKALAH 2 DIPENUHI & DIBAPTIS DENGAN ROH KUDUS Oleh Herlianto herlianto@yabina.org (Depok, Indonesia) ( Ya y a s a n b in a a w a m ) *) Makalah ini disampaikan dalam rangka Seminar Pneumatologi yang diselenggarakan

Lebih terperinci

Belajar Dari Yesus Dan Masyarakat-Nya

Belajar Dari Yesus Dan Masyarakat-Nya Belajar Dari Yesus Dan Masyarakat-Nya Seorang ibu dan putranya yang kecil sedang bercakapcakap. "Bu, Ibu tinggal di mana, waktu Yesus masih seorang anak?" "0, waktu itu Ibu belum lahir. Yesus hidup pada

Lebih terperinci

SAKRAMEN BAPTISAN KUDUS DALAM GEREJA REFORMED

SAKRAMEN BAPTISAN KUDUS DALAM GEREJA REFORMED SAKRAMEN BAPTISAN KUDUS DALAM GEREJA REFORMED Di dalam Pengakuan Iman Westminster, BAB XXVIII, point 1-4, mengenai Baptisan, disebutkan sebagai berikut: 1. Baptisan merupakan suatu sakramen Perjanjian

Lebih terperinci

Mukjizat Yesus. Apakah Mukjizat Itu?

Mukjizat Yesus. Apakah Mukjizat Itu? Mukjizat Yesus Pada zaman-nya Yesus tidak hanya dikenal sebagai guru, tetapi juga sebagai pembuat mukjizat. Ia menyembuhkan orang sakit, mengusir roh-roh jahat, memberi makan orang banyak, meredakan angin

Lebih terperinci

FIRMAN ALLAH BAHAN KURSUS DENGAN STUDI KORESPONDENSI

FIRMAN ALLAH BAHAN KURSUS DENGAN STUDI KORESPONDENSI FIRMAN ALLAH BAHAN KURSUS DENGAN STUDI KORESPONDENSI INSTRUKSI Kami menyarankan langkah-langkah berikut ini supaya Saudara mendapatkan manfaat yang maksimal dari kursus ini: 1. Berdoalah kepada Allah untuk

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Daud si Anak Gembala Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Lazarus Disadur oleh: Ruth Klassen Diterjemahkan oleh: Julie

Lebih terperinci

THE MIRACLE OUR LORD.

THE MIRACLE OUR LORD. THE MIRACLE OUR LORD. 01 02 Air berubah menjadi anggur Anak pegawai Yoh 2:1-11 Yoh 4:43-54 Tujuan: Untuk meneguhkan iman murid-murid dan untuk membentengi mereka melawan prasangkaprasangka dari imam-imam

Lebih terperinci

Di situ ada seorang perwira yang mempunyai seorang hamba, yang sangat dihargainya. Hamba itu sedang sakit keras dan hampir mati.

Di situ ada seorang perwira yang mempunyai seorang hamba, yang sangat dihargainya. Hamba itu sedang sakit keras dan hampir mati. X.b.2 Penginjilan Keliling Kedua 55. Penyembuhan Hamba Seorang Perwira Kapernaum Lukas 7:1-10, Matius 8:5-13 1 Setelah Yesus selesai berbicara di depan orang banyak, masuklah Ia ke Kapernaum. 2 Di situ

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Rut: Sebuah kisah cinta

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Rut: Sebuah kisah cinta Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Rut: Sebuah kisah cinta Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Lyn Doerksen Diterjemahkan oleh:

Lebih terperinci

LITURGI SABDA Bacaan pertama (Kej 9 : 8-15) Perjanjian Allah dengan Nuh sesudah ia dibebaskan dari air bah. Bacaan diambil dari Kitab Kejadian

LITURGI SABDA Bacaan pertama (Kej 9 : 8-15) Perjanjian Allah dengan Nuh sesudah ia dibebaskan dari air bah. Bacaan diambil dari Kitab Kejadian TAHN B - Hari Minggu Prapaskah I 22 Februari 2015 LITRGI SABDA Bacaan pertama (Kej 9 : 8-15) Perjanjian Allah dengan Nuh sesudah ia dibebaskan dari air bah. Bacaan diambil dari Kitab Kejadian Sesudah air

Lebih terperinci

Yesus Adalah Gembala Yang Baik. Kejadian fasal 4,ayat 2, tertulis, " Habel menjadi gembala kambing domba, Kain

Yesus Adalah Gembala Yang Baik. Kejadian fasal 4,ayat 2, tertulis,  Habel menjadi gembala kambing domba, Kain Pelajaran Sepuluh Yesus Adalah Gembala Yang Baik Terdapat dalam Alkitab cerita-cerita tentang beberapa macam gembala. Dalam Kejadian fasal 4,ayat 2, tertulis, " Habel menjadi gembala kambing domba, Kain

Lebih terperinci

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #38 oleh Chris McCann

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #38 oleh Chris McCann Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #38 oleh Chris McCann Selamat malam dan selamat datang di pembahasan Alkitab EBible Fellowship dalam Kitab Wahyu. Malam ini adalah pembahasan #38 tentang Wahyu, pasal

Lebih terperinci

Menurut Perjanjian Baru, terutama Injil, Yesus Kristus, menjalani penderitaan dan kemudian mati disalibkan di bawah pemerintahan gubernur Yudea,

Menurut Perjanjian Baru, terutama Injil, Yesus Kristus, menjalani penderitaan dan kemudian mati disalibkan di bawah pemerintahan gubernur Yudea, KEBANGKITAN YESUS Menurut Perjanjian Baru, terutama Injil, Yesus Kristus, menjalani penderitaan dan kemudian mati disalibkan di bawah pemerintahan gubernur Yudea, Pontius Pilatus, pada tanggal 14 Nisan

Lebih terperinci

Man of God Transformation 2 Transformasi Manusia Allah 2 Holy Spirit Measures

Man of God Transformation 2 Transformasi Manusia Allah 2 Holy Spirit Measures Man of God Transformation 2 Transformasi Manusia Allah 2 Holy Spirit Measures PEMBUKAAN: Hari ini saya ingin melanjutkan seri khotbah Man of God Transformation bagian kedua, yaitu: Holy Spirit Measures

Lebih terperinci

Pelajaran Tiga. Yesus Adalah Mesias. Dari kitab Injil Yohanes, kita membaca, " Andreas mula-mula bertemu dengan

Pelajaran Tiga. Yesus Adalah Mesias. Dari kitab Injil Yohanes, kita membaca,  Andreas mula-mula bertemu dengan Pelajaran Tiga Yesus Adalah Mesias Dari kitab Injil Yohanes, kita membaca, " Andreas mula-mula bertemu dengan Simon, saudaranya, dan ia berkata kepadanya, "Kami telah menemukan Mesias" (artinya Kristus).

Lebih terperinci

Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari...

Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari... Yohanes 20 Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari... Kubur yang Kosong Yesus Menampakkan Diri kepada Maria Magdalena Yesus Menampakkan Diri kepada Murid-muridNya Yesus dan Tomas Maksud Penulisan

Lebih terperinci

PEKERJAAN ROH KUDUS Lesson 12 for March 25, 2017

PEKERJAAN ROH KUDUS Lesson 12 for March 25, 2017 PEKERJAAN ROH KUDUS Lesson 12 for March 25, 2017 Yesus memperkenalkan Roh Kudus sebagai Penghibur dan Penolong kita. Dia juga mengatakan kepada kita bahwa pekerjaan utamanya adalah untuk menginsafkan dunia.

Lebih terperinci

Syurga, Rumah Allah Yang Indah

Syurga, Rumah Allah Yang Indah Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Syurga, Rumah Allah Yang Indah Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Lazarus Disadur oleh: Sarah S. Diterjemahkan oleh:

Lebih terperinci

Surat Yohanes yang pertama

Surat Yohanes yang pertama 1 Yohanes 1:1 1 1 Yohanes 1:5 Surat Yohanes yang pertama 1 Kami ingin memberitakan kepada kalian tentang Dia yang disebut Firman * yaitu Dia yang memberikan hidup kepada kita dan yang sudah ada sebelum

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Syurga, Rumah Allah Yang Indah

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Syurga, Rumah Allah Yang Indah Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Syurga, Rumah Allah Yang Indah Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Lazarus Disadur oleh: Sarah S. Diterjemahkan oleh:

Lebih terperinci

Farisi 1. Kelompok garis keras yang mendorong penurutan hukum-hukum dan adat istiadat Yahudi. 2. Sangat berpengaruh di sinagogsinagog

Farisi 1. Kelompok garis keras yang mendorong penurutan hukum-hukum dan adat istiadat Yahudi. 2. Sangat berpengaruh di sinagogsinagog BAB 10-15 Farisi 1. Kelompok garis keras yang mendorong penurutan hukum-hukum dan adat istiadat Yahudi. 2. Sangat berpengaruh di sinagogsinagog Saduki 1. Kaya, golongan kelas atas dan kelompok imam-imam

Lebih terperinci

Level 1 Pelajaran 14

Level 1 Pelajaran 14 Level 1 Pelajaran 14 KUASA DARI HIDUP YANG DI PENUHI ROH Oleh Don Krow Markus 16:15-16 di kenal sebagai Perintah/Amanat Agung. Yesus berkata kepada murid2nya, Lalu Ia berkata kepada mereka:"pergilah ke

Lebih terperinci

Surat 3 Yohanes (Bagian 123) Friday, August 11, 2017

Surat 3 Yohanes (Bagian 123) Friday, August 11, 2017 Surat 3 Yohanes (Bagian 123) Friday, August 11, 2017 Prakata Rom. 11:25 sikap yang perlu diperhatikan dalam mendengar adalah jangan berlagak tahu / menganggap diri pandai, yang artinya: tidak mau mendengar

Lebih terperinci

Surat 3 Yohanes (Bagian 66) Friday, March 17, 2017

Surat 3 Yohanes (Bagian 66) Friday, March 17, 2017 Surat 3 Yohanes (Bagian 66) Friday, March 17, 2017 3 Yoh. 1:11 1:11 Saudaraku yang kekasih, janganlah meniru yang jahat, melainkan yang baik. Barangsiapa berbuat baik, ia berasal dari Allah, tetapi barangsiapa

Lebih terperinci

Rut: Sebuah kisah cinta

Rut: Sebuah kisah cinta Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Rut: Sebuah kisah cinta Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Lyn Doerksen Diterjemahkan oleh:

Lebih terperinci

Rencana Keselamatan Tuhan [CB24]

Rencana Keselamatan Tuhan [CB24] Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi [CB30] Rencana Keselamatan Tuhan [CB24] (Edisi 1.0 20020701-22020701) Anak-anak selalunya mempunyai banyak pertanyaan mengenai Tuhan serta rencananya untuk kita. Karya ini

Lebih terperinci

Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 89) Friday, November 13, 2015

Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 89) Friday, November 13, 2015 Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 89) Friday, November 13, 2015 Kepastian Ketujuh: Inilah Allah Yang Benar 1 Yoh. 5:20-21 5:20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian

Lebih terperinci

Seri Kitab Wahyu Pasal 11, Pembahasan No. 2, oleh Chris McCann. Selamat malam dan selamat datang di Pemahaman Alkitab EBible

Seri Kitab Wahyu Pasal 11, Pembahasan No. 2, oleh Chris McCann. Selamat malam dan selamat datang di Pemahaman Alkitab EBible Seri Kitab Wahyu Pasal 11, Pembahasan No. 2, oleh Chris McCann Selamat malam dan selamat datang di Pemahaman Alkitab EBible Fellowship dalam Kitab Wahyu. Malam ini kita akan membicarakan Pembahasan No.

Lebih terperinci

Eksposisi 1 Ptr. 2:9-10 Ev. Calvin Renata

Eksposisi 1 Ptr. 2:9-10 Ev. Calvin Renata Eksposisi 1 Ptr. 2:9-10 Ev. Calvin Renata Dalam ayat 4-8 Petrus memberikan kepada kita suatu Kristologi yang unik sekali dalam PB yang memberikan gambaran Kristus sebagai batu yang hidup, batu penjuru,

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Daud si Anak Gembala Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Lazarus Disadur oleh: Ruth Klassen Diterjemahkan oleh: Julie

Lebih terperinci

Seri Iman Kristen (6/10)

Seri Iman Kristen (6/10) Seri Iman Kristen (6/10) Nama Kursus : DASAR-DASAR IMAN KRISTEN Nama Pelajaran : Manusia Kedua dari Tuhan Kode Pelajaran : DIK-P06 Pelajaran 06 - MANUSIA KEDUA DARI TUHAN DAFTAR ISI Teks Alkitab Ayat Kunci

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Tentera kecil Gideon

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Tentera kecil Gideon Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Tentera kecil Gideon Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Ruth Klassen Diterjemahkan oleh:

Lebih terperinci

INJIL YOHANES Injil Yohanes telah mendapat tempat kehormatan dan pengabdian diantara orang-orang Kristen. Kedalaman pekabarannya yang terpusat pada ke

INJIL YOHANES Injil Yohanes telah mendapat tempat kehormatan dan pengabdian diantara orang-orang Kristen. Kedalaman pekabarannya yang terpusat pada ke INJIL YOHANES Injil Yohanes telah mendapat tempat kehormatan dan pengabdian diantara orang-orang Kristen. Kedalaman pekabarannya yang terpusat pada kemisterian kemanusiaan Kristus dan penjelmaannya, hubungannya

Lebih terperinci

Imbuhanpatrick.wordpress.com

Imbuhanpatrick.wordpress.com Imbuhanpatrick.wordpress.com AYAT KUNCI Kisah 15:10,11 Kalau demikian, mengapa kamu mau mencobai Allah dengan meletakkan pada tengkuk muridmurid itu suatu kuk, yang tidak dapat dipikul, baik oleh nenek

Lebih terperinci

Dari Penganiaya Menjadi Pengkhotbah

Dari Penganiaya Menjadi Pengkhotbah Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Dari Penganiaya Menjadi Pengkhotbah Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Janie Forest Disadur oleh: Ruth Klassen Diterjemahkan

Lebih terperinci

Yesus, Penyembuh dan Pembaptis

Yesus, Penyembuh dan Pembaptis Yesus, Penyembuh dan Pembaptis / Saudara sudah mempelajari banyak hal tentang Yesus, bahwa Ialah Mesias yang dijanjikan, Anak Allah, Anak Manusia, Firman Allah, dan Terang Dunia. Semua nama ini memberitahukan

Lebih terperinci

Mat. 16: Ev. Bakti Anugrah, M.A.

Mat. 16: Ev. Bakti Anugrah, M.A. Mat. 16: 13-20 Ev. Bakti Anugrah, M.A. Identitas Kristus yang sudah dinyatakan berulang-ulang dari pasal pertama sampai pasal kelima belas ternyata masih menimbulkan kebingungan dan perpecahan pendapat

Lebih terperinci

Surat 1 Yohanes 5 (Bag. 2) Wednesday, April 1, 2015

Surat 1 Yohanes 5 (Bag. 2) Wednesday, April 1, 2015 Surat 1 Yohanes 5 (Bag. 2) Wednesday, April 1, 2015 Kurban Santapan dan Kurban Kembelihan, dalam Yes. 44:21-22: - Melenyapkan kefasikan (= lenan iman) - Mengakhiri dosa (= menyucikan harap) - Menghapus

Lebih terperinci

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika 1 Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika Kepada yang kekasih saudara-saudari saya seiman di Tesalonika yaitu kalian yang sudah bersatu dengan Allah Bapa dan Tuhan kita Kristus Yesus: Salam

Lebih terperinci