2. Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumahtangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "2. Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumahtangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya."

Transkripsi

1 Perihal mengganggu rumahtangga (PMR) 1. Jangan memijak benang arang. Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang. 2. Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumahtangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya. Hubungan Keluarga (HK) 1. Lantai dan dinding bertelinga belaka. Jika bercakapkan sesuatu rahsia di tempat yang sulit atau di rumahtangga sendiri sekalipun hendaklah beringat barangkali ada orang yang bersembunyi dekat atau siapa-siapa yang lalu-lalang akan mendengar rahsia itu. 2. Sehari kahwin sehari tua, sehari beranak sehari gila. Pada hari seseorang itu kahwin pada hari itulah ia termasuk pada bilangan orang-orang tua kerana hendaklah ia mengambil fikiran tua dan berkelakuan tua. Dan pada hari ia beroleh anak maka daripada hari itulah ia berkelakuan seperti orang gila, kerana dengan kesukaannya itu menimanglah ia anaknya itu sambil membutirkan beberapa perkataan-perkataan manja dan lain-lainnya kepada anaknya yang belum tahu bercakap atau mengerti barang sepatah pun perkataan itu dan mengilalah ia dengan demikian hal beberapa lama sehingga beransur-ansur anaknya mengerti perkataan-perkataan yang didengarnya itu sehingga besar boleh bercakap adanya. 3. Tegak sama tinggi duduk sama rendah, bersukat sama separas. Orang-orang yang bersahabat sama ikhlas itu tiada menunjukkan kelebihan taraf atau kekayaan satu dengan lain. 4. Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba jua. Mengambil marah oleh tersalah seseorang yang dikasihi dalam pekerjaan kita sendiri marah yang tiada sampai, apabila ia beroleh kemalangan ditolong jua supaya jangan kesusahannya itu sampai kepada kita. 5. Perkataan yang lemah lembut itu melenggu hati manusia yang keras. Seseorang yang keras hati itu tiada boleh kita menolaknya dengan kekerasan, hendaklah dengan pujuk rayu. 6. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. 7. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali manusia seorang tiada terkawal. Bidal ini dan yang mendahulunya bersamaan ertinya: hati manusia tiada boleh dipaksa melainkan hendaklah dipujuk supaya ia menjadi jinak.

2 8. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Orang yang bersaudara atau kaum kerabat tiada ambit peduli dalam sesuatu hal itu maka kita og lain pula melebih-lebih hendak ambil tahu atau seumpamanya. 9. Belanga kurang, senduk melebih-lebih. Orang yang empunya kewajipan tidak mengambil berat dalam hal rumah tangganya seperti anak isterinya dan saudara-saudaranya yang dalam penjagaannya, maka orang lain pula hendak lebih bersusah payah. 10. Laki pulang kelaparan,dagang ladu ditanakkan, anak diriba diletakkan,kera di hutan disusui. Perihal kemurahan yang berlebih-lebihan atau pada bukan tempatnya, pada halnya kita kemiskinan, itu tiada jua baiknya. 11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan. Kemurahan pada yang bukan-bukan tempat, sebab menolong perbelanjaan anak atau seumpamanya kepada orang lain dibiarkan tanggungannya sendiri dalam kesusahan. 12. Merajuk pada yang kasih, marah pada yang takut. jika kita hendak berbesar hati biarlah kepada saudara (atau orang-orang) yang peduli dan mengambil berat kepada kita, dan begitu juga jika kita hendak menunjukkan kemarahan biarlah kepada orang yang kita ada berkuasa di atasnya dan ia takut kepada kita. 13. Meminta kepada yang ada, dan berkaul kepada keramat. Meminta sesuatu itu hendaklah daripada orang yang ada yang demikian itu padanya atau berkuasa memberi. 14. Merasalah kamu ringan bebanan itu jika diangkat dengan sesukaan hati Jika kamu perbuat sesuatu pekerjaan yang berat dengan tiada dipaksai orang, hanyalah dengan ikhlas dan hati yang senang dan suka, tiadalah terasa oleh kamu keberatannya itu. Ataupun suatu pekerjaan yang berat itu menjadi ringan bila suka kamu mengerjakannya. 15. Badan bersaudara, emas perak tidak bersaudara, kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. Bagaimana sekalipun berkasih-kasih maka dengan mudahnya dapat jua diceraikan oleh emas perak kerana jaranglah orang yang berani rugi kerana orang lain daripada dirinya hanya bapa itulah sahaja yang kerap tiada sampai hati dan hendak berugi-rugi kerana anak tetapi anak jarang sekali. 16. Jikalau kasih akan padi buangkanlah akan rumput. Jika kasih akan anak isteri hendaklah berhenti daripada mengasihi orang lain yang seumpama kasih akan dia.

3 17. Kita semua mati tetapi kubur masing-masing. Sungguhpun orang yang berkaum kerabat dan bersanak saudara itu berhimpunan, tetapi adalah masingmasing itu menyara hal dirinya jua. 18. Kita sekalian mati tetapi kubur masing-masing. Sungguhpun orang yang berkaum kerabat dan sanak saudara itu berhimpun, tetapi adalah masing-masing itu menyara hal dirinya jua. 19. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan. Anak orang lain dinafkahkan anak buah sendiri kelaparan tidak dipedulikan. Ataupun menolong orang lain, tidak hendak menolong sanak-saudara sendiri yang dalam kesusahan. 20. Bersaksi ke langit. Sanak saudara atau sahabat kita, kita jadikan saksi dalam sesuatu perkara yang menyatakan kebenaran kita. 21. Bagai aur hergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. Bertolong-tolongan seorang dengan seorang dalam sebarang apa perkara. 22. Ringan sama dijinjing berat sama dipikul. 23. Cangkat sama didaki lurah sama dituruni. 24. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicip. seperti yang terdahulu itu juga). Dalam sebarang perkara semuafakat menanggung atau mengerjakan tidak berlebih berkurang 25. Sama seperahu. Orang-orang yang bersama-sama dalam suatu hal yang mendatangkan kebimbangan jika berlaku sesuatu kesusahan kesekaliannya menanggung. 26. Pisang sesikat digulai sebelanga tanda muafakat bersama-sama. Bertolong-tolongan seorang dengan seorang dalam sebarang perkara. 27. Air dicincang tiada putus. Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. 28. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. 29. Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang, tetapi bila dekat selalu bertengkar.

4 30. Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar. Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. 31. Berdiang di abu dingin. Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain. 32. Biar mati berkapankan kain cindai jangan kain kadut. Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. Kadut = kain karung. 33. Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik. 34. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. 35. Ditatang di anak lidah. Sangat kasih akan anak isterinya. 36. Getikkan puru di bibir. Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. Getik = menggetil. 37. Harapkan anak, buta mata sebelah;harapkan teman, buta keduanya. Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri. 38. Ibarat beban, belum lepas daripada bahu (=kepala). Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan). 39. Ibarat perahu takkan karam sebelah. Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. 40. Jauh di mata, dekat di hati. Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. 41. Jerat semata bunda kandung. Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan. 42. Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. Raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dsb. untuk mengharumkan.

5 43. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan;setidak-tidaknya bertempiaran kelak. Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah. 44. Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. 45. Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. 46. Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal. Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya. 47. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. Penggalan =potongan. 48. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. Jika kasihankan anak isteri, hendaklah berhenti dari mengasihi perempuan lain. 49. Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. 50. Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing. 51. Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi. Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik. 52. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. 53. Bersama-sama dalam senang dan susah. Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin. 54. Lemah melapis condong menopang. Tolong-menolong satu sama lain. 55. Masin lagilah garam sendiri. Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain. 56. Mati anak berkalang bapak, mati bapak berkalang anak. Anak dan bapa wajib tolong-menolong.

6 57. Mendapat sama berlaba, merugi sama kehilangan. Hidup yang seia-sekata. 58. Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. Seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik. 59. Obat jerih pelarai demam. Anak atau barang yang disayangi. 60. Orang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan. Perkauman yang dekat menurut adat. 61. Parak awak sajalah siangi. Jagalah diri sendiri atau kaum keluarga sahaja, jangan dihiraukan hal orang lain. 62. Rosak bawang ditimpa jambak. Menjadi rosak kerana perbuatan (kawan, kaum, dsb.) sendiri. 63. Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper. Kerana sayang pada seorang sahaja, disia-siakan keluarga yang banyak. 64. Sebagai di rumah induk bako. Merasa aman dan tenteram. Bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa. 65. Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang. Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. Kincah ( mengincah) = membersihkan. 66. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. Seia-sekata; sehina semalu. 67. Seorang cecak, semuanya merasa pedih. Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. Cecak = cubit. 68. Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya. 69. Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih. Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah seia-sekata, sehina-semalu.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya Anak dipangkuan diletakkan, beruk dirimba disusui Orang yang mengabaikan tugas menjaga kepentingan keluarga sendiri tetapi mengutamakan kepentingan orang lain Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas Perbuatan

Lebih terperinci

SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH SENARAI PERIBAHASA

SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH SENARAI PERIBAHASA SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH SENARAI PERIBAHASA Darjah 3 dan 4 1 ada akal memiliki idea 2 ada bakat berkebolehan, berkeupayaan 3 ada hati ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan

Lebih terperinci

Seorang membuangkan isterinya dengan dihalau kemudian dipujuknya balik.

Seorang membuangkan isterinya dengan dihalau kemudian dipujuknya balik. Rujuk semula(perkahwinan) (RS) 1. Seperti pinang pulang ke tampuk. 2. Seperti sirih pulang ke gagang. Seorang yang telah bercerai laki isteri kemudian berbalik pula. (bidal yang terdahulu itu sama ertinya).

Lebih terperinci

2. Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. 4. Bersunting bunga keduduk, berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah.

2. Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. 4. Bersunting bunga keduduk, berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. Pemilihan pasangan (PS) 1. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga./ 2. Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

Lebih terperinci

Gurindam Duabelas Karya : Raja Ali Haji

Gurindam Duabelas Karya : Raja Ali Haji Gurindam Duabelas Karya : Raja Ali Haji 1. INILAH GURINDAM PASAL YANG PERTAMA Barang siapa yang tiada memegang agama Segala-gala tiada boleh dibilangkan nama Barang siapa mengenal yang empat Maka yaitulah

Lebih terperinci

Gurindam Duabelas: Raja Ali Haji

Gurindam Duabelas: Raja Ali Haji Gurindam Duabelas: Raja Ali Haji GURINDAM DUA BELAS karya: Raja Ali Haji Satu Ini Gurindam pasal yang pertama: Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa

Lebih terperinci

Simpulan bahasa Bandingan Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat

Simpulan bahasa Bandingan Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan Peribahasa

Lebih terperinci

Gurindam Pasal Yang Pertama

Gurindam Pasal Yang Pertama Lampiran : Bunyi Gurindam Dua Belas Gurindam Pasal Yang Pertama Barang siapa tidak memegang agama Segala-gala tidak boleh dibilangkan nama Barang siapa mengenal yang empat Maka yaitulah orang yang ma rifat

Lebih terperinci

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak Memilih Perkataan Latihan 1 Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang paling sesuai. Pilih jawapan kamu daripada senarai yang diberikan. Kemudian,

Lebih terperinci

1. Siapa berjalan pada jalannya sampai.

1. Siapa berjalan pada jalannya sampai. 1 2 3 4 1. Siapa berjalan pada jalannya sampai. 2. Siapa bersungguh-sungguh, mendapat. 3. Siapa yang sabar beruntung. 4. Siapa sedikit kejujurannya, sedikit temannya. 5. Pergaulilah orang yang punya kejujuran

Lebih terperinci

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. -Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa

Lebih terperinci

YUNUS. 1 7/15/15 Yunus 1. Yunus menolak perintah Allah untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe

YUNUS. 1 7/15/15 Yunus 1. Yunus menolak perintah Allah untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe 1 7/15/15 Yunus 1 YUNUS Yunus menolak perintah Allah untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe 1 Pada jaman dahulu, ada seorang nabi di Israel yang bernama Yunus. Ayahnya bernama Amitai. ALLAH memberi

Lebih terperinci

Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu

Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa,

Lebih terperinci

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Prosa Tradisional (Merah Silu) Prosa Tradisional (Merah Silu) Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah BAB LIMA PENUTUP 5.0 Pendahuluan Di dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperoleh daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada babbab sebelumnya.

Lebih terperinci

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh) Biarkan Samudera (Raihanah Salleh) Sinopsis Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan

Lebih terperinci

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa Insan Di Bawah Cahaya Ilahi Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita l-hasan meriwayatkan, bahawa

Lebih terperinci

2. "Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada. " Kolose 4:5.

2. Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada.  Kolose 4:5. 1. "Tetapi barangsiapa minum air yang akan Kuberikan kepadanya, ia tidak akan haus selama-lamanya. Sebaliknya air yang akan Kuberikan kepadanya, akan menjadi mata air di dalam dirinya, yang terus-menerus

Lebih terperinci

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas Erica Lovel erica@ecoethical.com.au Anak-anak Saya.. Jason 25 tahun Ryan 22 tahun, menghidap Perthes Disease sejak berumur 3 tahun, masalah berkaitan

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Bondanya bertanya

Lebih terperinci

Penangguhan (Wijaya Mala)

Penangguhan (Wijaya Mala) Penangguhan (Wijaya Mala) Sinopsis Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan

Lebih terperinci

LIFE HISTORY. Note : II (12-18 tahun) Nama : Tetni br Tarigan Usia : 16 tahun

LIFE HISTORY. Note : II (12-18 tahun) Nama : Tetni br Tarigan Usia : 16 tahun LIFE HISTORY Note : II (12-18 tahun) Nama : Tetni br Tarigan Usia : 16 tahun Tetni seorang anak perempuan berusia 16 tahun, yang tinggal dalam keluarga yang serba kekurangan. Ia, orang tuannya dan empat

Lebih terperinci

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

bahasa bahasa bahasa  baik baik baik  balik balik balik bahasa (a) percakapan Saya sudah memahami bahasa Perancis setelah mengambil kursus bahasa itu selama dua tahun tingkah laku Ahmad disukai orang kerana berbudi bahasa terutama apabila bercakap dengan orang

Lebih terperinci

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Adakah anda meluahkan masalah anda kepada-nya dan meminta pertolongan daripada-nya? Ramai orang berasa bahawa perbuatan ini

Lebih terperinci

Kalender Doa Agustus 2015 Berdoa Bagi Wanita Korban Kekerasan Rumah Tangga

Kalender Doa Agustus 2015 Berdoa Bagi Wanita Korban Kekerasan Rumah Tangga Kalender Doa Agustus 2015 Berdoa Bagi Wanita Korban Kekerasan Rumah Tangga Suami Rosa biasa memukulinya. Ia memiliki dua anak dan mereka tidak berani berdiri di hadapan ayahnya karena mereka takut akan

Lebih terperinci

YUNUS. 1 Yunus 1. Yunus menolak perintah ALLAH untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe

YUNUS. 1 Yunus 1. Yunus menolak perintah ALLAH untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe 1 Yunus 1 YUNUS 1P Yunus menolak perintah ALLAH untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe ada zaman dulu ada seorang nabi di Israel bernama Yunus. Bapak dari Yunus bernama Amitai. ALLAH memberikan

Lebih terperinci

KUMPULAN KATA-KATA BIJAK

KUMPULAN KATA-KATA BIJAK KUMPULAN KATA-KATA BIJAK Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus. Pikiran

Lebih terperinci

Seni Menata Hati Dalam Bergaul

Seni Menata Hati Dalam Bergaul Seni Menata Hati Dalam Bergaul Oleh : Turmudi Pergaulan yang asli adalah pergaulan dari hati ke hati yang penuh keikhlasan, yang insya Allah akan terasa sangat indah dan menyenangkan. Pergaulan yang penuh

Lebih terperinci

Doa Angin Ahmar Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi

Lebih terperinci

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti

Lebih terperinci

1) Dari Paulus, seorang hukuman karena Kristus Yesus dan dari Timotius saudara kita, kepada Filemon yang kekasih, teman sekerja kami

1) Dari Paulus, seorang hukuman karena Kristus Yesus dan dari Timotius saudara kita, kepada Filemon yang kekasih, teman sekerja kami Filemon 1, 21, 14, 10 11 1) Dari Paulus, seorang hukuman karena Kristus Yesus dan dari Timotius saudara kita, kepada Filemon yang kekasih, teman sekerja kami 21) Dengan percaya kepada ketaatanmu, kutuliskan

Lebih terperinci

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

hangat hangat hangat  hanyut hanyut hanyut  haus haus haus hangat (a) panas Ayah membasuh cawan itu menggunakan air yang hangat meriah, sambutan hebat Pertandingan nyanyian itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai hanyut (a) dibawa mengalir oleh air Bangkai

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

Siapakah Yesus Kristus? (4/6)

Siapakah Yesus Kristus? (4/6) Siapakah Yesus Kristus? (4/6) Nama Kursus : SIAPAKAH YESUS KRISTUS? Nama Pelajaran : Yesus adalah Juru Selamat dan Tuhan Kode Pelajaran : SYK-P04 Pelajaran 04 - YESUS ADALAH JURU SELAMAT DAN TUHAN DAFTAR

Lebih terperinci

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat SOALAN 3 (e) : KEMAHIRAN PERIBAHASA SPM 2005 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat tersebut. Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang

Lebih terperinci

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat MUKADIMAH... Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak sama rata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan

Lebih terperinci

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan.

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan. Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan. Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan. Selagi

Lebih terperinci

1. Bagaimana Mordekhai dan orang-orang Yahudi menerima berita itu?

1. Bagaimana Mordekhai dan orang-orang Yahudi menerima berita itu? Ester Bagian ke-2 Pengantar Dalam bagian pertama dari pelajaran ini, kita telah belajar bagaimana Ester menjadi ratu dari penguasa tertinggi pada jaman ini dan bagaimana perbuatan satu orang jahat hampir

Lebih terperinci

SEMANTIK (Soalan sebenar STPM: )

SEMANTIK (Soalan sebenar STPM: ) ahasa Melayu Kertas 1 STPM SMNTIK (Soalan sebenar STPM: 1992-2000). Makna dan Leksikal 01 Soalnya sekarang ialah bahawa adakah Majlis Tanah Negara mahu menunggu sehingga fenomenon menjual tanah tanpa mematuhi

Lebih terperinci

- Sebuah Permulaan - - Salam Perpisahan -

- Sebuah Permulaan - - Salam Perpisahan - - Sebuah Permulaan - - Salam Perpisahan - Aku bertemu denganmu lengkap dengan salam perkenalan. Senyummu membaur dengan karamel panas yang kau suguhkan. Katamu cuaca cukup dingin jika hanya duduk diam

Lebih terperinci

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti. KITAB BIMBINGAN MUKMIN - Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali Kitab Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga

Lebih terperinci

BAB IV ANALISIS PUTUSAN HAKIM PENGADILAN AGAMA BANJARMASIN TENTANG HARTA BERSAMA. A. Gambaran Sengketa Harta Bersama pada Tahun 2008 di PA Banjarmasin

BAB IV ANALISIS PUTUSAN HAKIM PENGADILAN AGAMA BANJARMASIN TENTANG HARTA BERSAMA. A. Gambaran Sengketa Harta Bersama pada Tahun 2008 di PA Banjarmasin BAB IV ANALISIS PUTUSAN HAKIM PENGADILAN AGAMA BANJARMASIN TENTANG HARTA BERSAMA A. Gambaran Sengketa Harta Bersama pada Tahun 2008 di PA Banjarmasin Dalam laporan penelitian di atas telah disajikan 2

Lebih terperinci

للسنة االولى مصلح فتح الرمحن.

للسنة االولى مصلح فتح الرمحن. .. احملفوظات للسنة االولى مصلح فتح الرمحن. Page 1 Coba! Dan perhatikanlah! Niscaya kamu akan mengetahuinya Siapa yang bersungguh-sungguh maka dapatlah ia Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahat Siapa

Lebih terperinci

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika 1 Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika Kepada yang kekasih saudara-saudari saya seiman di Tesalonika yaitu kalian yang sudah bersatu dengan Allah Bapa dan Tuhan kita Kristus Yesus: Salam

Lebih terperinci

Orang Kristen Dan Dirinya Sendiri

Orang Kristen Dan Dirinya Sendiri Orang Kristen Dan Dirinya Sendiri Negara kecil itu sedang dilanda perang saudara dan kaum gerilya bertempur di mana-mana. Seorang pemuda ditangkap dan nyawanya terancam jika ia tidak mau melepaskan agama

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM Apa itu Nafkah? Belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya. Contoh : tempat

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

Pengetahuan Baik & Jahat. "Bilamana mereka menolak Allah dalam pengetahuan-nya, Hati yang tegar itu digelapkan."

Pengetahuan Baik & Jahat. Bilamana mereka menolak Allah dalam pengetahuan-nya, Hati yang tegar itu digelapkan. Pengetahuan Baik & Jahat "Bilamana mereka menolak Allah dalam pengetahuan-nya, Hati yang tegar itu digelapkan." Manusia bukan boneka ALLAH Walaupun diciptakan tak bersalah dan suci, nenek moyang kita yang

Lebih terperinci

My Journey with Jesus #2 - Perjalananku dengan Yesus #2 THE JOY OF THE LORD SUKACITA DALAM TUHAN

My Journey with Jesus #2 - Perjalananku dengan Yesus #2 THE JOY OF THE LORD SUKACITA DALAM TUHAN My Journey with Jesus #2 - Perjalananku dengan Yesus #2 THE JOY OF THE LORD SUKACITA DALAM TUHAN Hari ini judul khotbah saya adalah THE JOY OF THE LORD/SUKACITA DALAM TUHAN. Saya rindu hari ini bahkan

Lebih terperinci

Yang Mencinta dalam Diam

Yang Mencinta dalam Diam Yang Mencinta dalam Diam Aku melihat sebuah abstrak dengan gambar batu-batu cantik menyerupai sebuah rumah, lengkap dengan air-air jernih dibatu-batu tersebut, mereka mengalir dan bergerak sebebas-bebasnya,

Lebih terperinci

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann Selamat malam dan selamat datang di pembahasan Alkitab EBible Fellowship dalam Kitab Wahyu. Malam ini adalah pembahasan #42 tentang Wahyu, pasal

Lebih terperinci

Surat Petrus yang pertama

Surat Petrus yang pertama 1 Surat Petrus yang pertama Kepada yang kekasih saudara-saudari saya seiman umat pilihan Allah: Salam dari Petrus, rasul Kristus Yesus. Saya menulis surat ini secara khusus untuk kalian yang karena percaya

Lebih terperinci

Tema 1. Keluarga yang Rukun

Tema 1. Keluarga yang Rukun Tema 1 Keluarga yang Rukun Manusia tidak bisa hidup sendiri. Manusia memerlukan bantuan orang lain. Manusia disebut makhluk sosial. Manusia saling bekerja sama. Mereka hidup bersama. Kalian mempunyai keluarga?

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Untuk membina keluarga yang bahagia maka semua anggota keluarga harus menunaikan hak dan kewajiban. Hak harus di terima sedang kewajiban harus ditunaikan. Jika ada

Lebih terperinci

1 Tesalonika 1. 1 Tesalonika 2

1 Tesalonika 1. 1 Tesalonika 2 1 Tesalonika 1 Salam 1 Dari Paulus, Silwanus dan Timotius kepada jemaat orang-orang Tesalonika yang di dalam Allah Bapa dan di dalam Tuhan Yesus Kristus. Kasih karunia dan damai sejahtera menyertai kamu.

Lebih terperinci

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010) SKALA KONSEP KENDIRI MULTIDIMENSI (SKKM) Oleh Bracken, B. A. 1992. Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010) Arahan: Sila nilai pernyataan berikut berdasarkan ketepatan pernyataan tersebut

Lebih terperinci

1 1 Dari Paul, Silwanus, dan Timotius.

1 1 Dari Paul, Silwanus, dan Timotius. 1 Tesalonika Salam 1:1 1 1 Dari Paul, Silwanus, dan Timotius. Kepada jemaah Tesalonika yang ada dalam Allah, Sang Bapa kita, dan dalam Isa Al Masih, Junjungan kita Yang Ilahi. Anugerah dan sejahtera menyertai

Lebih terperinci

Janji Allah kepada Abraham

Janji Allah kepada Abraham Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Janji Allah kepada Abraham Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Byron Unger dan Lazarus Disadur oleh: M. Maillot dan Tammy

Lebih terperinci

Kalender Doa Proyek Hanna Januari 2013

Kalender Doa Proyek Hanna Januari 2013 Kalender Doa Proyek Hanna Januari 2013 Kekerasan dalam rumah tangga terus meningkat secara drastis, baik dalam angka, frekuensi maupun tingkat kekejamannya. Beberapa berita mengejutkan antara lain: Seorang

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Janji Allah kepada Abraham Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Byron Unger dan Lazarus Disadur oleh: M. Maillot dan Tammy

Lebih terperinci

1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. 2. Kita tidak boleh bersikap terhadap orang lain yang memiliki keistimewaan tertentu.

1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. 2. Kita tidak boleh bersikap terhadap orang lain yang memiliki keistimewaan tertentu. UPSR BM TATABAHASA Soalan 1 berdasarkan gambar dibawah ini. 1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. A lemah lembut B daya tahan C senang hati D ikal mayang Jawapan: A C senang hati

Lebih terperinci

UNTAIAN KISAH KEHIDUPAN (JATAKAMALA) Kisah Ajastya

UNTAIAN KISAH KEHIDUPAN (JATAKAMALA) Kisah Ajastya 1 UNTAIAN KISAH KEHIDUPAN (JATAKAMALA) Kisah Ajastya Kelahiran Bodhisattva berikut menunjukkan bagaimana sebagai seorang pertapa, beliau mempraktikkan kemurahan hati dan pemberian secara terusmenerus,

Lebih terperinci

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM ngin Ahmar From: hamba Allah To: Add to Contacts SIM PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang

Lebih terperinci

KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM SPM DAERAH TANGKAK, NEGERI JOHOR. Mengikut sahaja kehendak orang lain

KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM SPM DAERAH TANGKAK, NEGERI JOHOR. Mengikut sahaja kehendak orang lain SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM SPM DAERAH TANGKAK, NEGERI JOHOR Mengikut sahaja kehendak orang lain Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga (iii) Sesuatu itu berubah mengikut masa

Lebih terperinci

TENTANG DUDUK PERKARANYA

TENTANG DUDUK PERKARANYA P U T U S A N Nomor: 0098/Pdt.G/2008/PA.Slk BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM DEMI KEADILAN BERDASARKAN KETUHANAN YANG MAHA ESA Pengadilan Agama Solok memeriksa dan mengadili perkara perdata pada tingkat pertama,

Lebih terperinci

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. LTIH TUI TTHS : KT SERU KT SERU Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih! duh is 2, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan

Lebih terperinci

FAMILY TRANSFORMATION #2 - TRANSFORMASI KELUARGA #2 ROLES WITHIN THE FAMILY - PERAN DALAM KELUARGA

FAMILY TRANSFORMATION #2 - TRANSFORMASI KELUARGA #2 ROLES WITHIN THE FAMILY - PERAN DALAM KELUARGA FAMILY TRANSFORMATION #2 - TRANSFORMASI KELUARGA #2 ROLES WITHIN THE FAMILY - PERAN DALAM KELUARGA PEMBUKAAN: Minggu lalu kita sudah belajar tentang Visi Transformasi Keluarga, yaitu: Sorga dalam Keluarga:

Lebih terperinci

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada... SULIT (Am 480-Pin.2/88) BORANG SOALAN KESELAMATAN Sekeping gambar si pemohon (sebenar gambar passport) hendaklah dilekatkan di sini. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam

Lebih terperinci

GPIB Immanuel Depok Minggu, 18 Maret 2018

GPIB Immanuel Depok Minggu, 18 Maret 2018 PERSIAPAN : TATA IBADAH HARI MINGGU II PRAPASKAH Doa Pribadi Latihan Lagu-lagu baru Doa para Presbiter di Konsistori (P.1.) UCAPAN SELAMAT DATANG P.2. Selamat pagi/sore dan selamat beribadah di hari Minggu

Lebih terperinci

Pendidikan Kewarganegaraan Untuk SD/MI Kelas II

Pendidikan Kewarganegaraan Untuk SD/MI Kelas II semester 1 pelajaran 1 gotong royong tujuan pembelajaran tujuan yang ingin dicapai setelah mempelajari pelajaran ini siswa diharapkan akan dapat melaksanakan hidup rukun dalam keluarga di sekolah dan di

Lebih terperinci

24:1 Adapun Abraham telah tua dan lanjut umurnya, serta diberkati TUHAN dalam segala hal.

24:1 Adapun Abraham telah tua dan lanjut umurnya, serta diberkati TUHAN dalam segala hal. 24:1 Adapun Abraham telah tua dan lanjut umurnya, serta diberkati TUHAN dalam segala hal. 24:2 Berkatalah Abraham kepada hambanya yang paling tua dalam rumahnya, yang menjadi kuasa atas segala kepunyaannya,

Lebih terperinci

Pancor. Sebuah desa terpencil di sebelah timur pulau Lombok menawarkan kisah nyata yang begitu memotivasi dalam mengarungi dahsyatnya gelombang

Pancor. Sebuah desa terpencil di sebelah timur pulau Lombok menawarkan kisah nyata yang begitu memotivasi dalam mengarungi dahsyatnya gelombang Pancor. Sebuah desa terpencil di sebelah timur pulau Lombok menawarkan kisah nyata yang begitu memotivasi dalam mengarungi dahsyatnya gelombang kehidupan. Alkisah, terlihat seorang lelaki berdiri di dekat

Lebih terperinci

GPIB Immanuel Depok Minggu, 28 Mei 2017

GPIB Immanuel Depok Minggu, 28 Mei 2017 PERSIAPAN : TATA IBADAH HARI MINGGU PEMULIAAN Doa Pribadi Latihan Lagu-lagu baru Doa para Presbiter di Konsistori (P.1.) UCAPAN SELAMAT DATANG P.2. Selamat pagi/sore dan selamat beribadah di hari Minggu

Lebih terperinci

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan perkembangan diri melibatkan nilai-nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, bertanggungjawab, harga diri, hemah tinggi, toleransi, berdikari,

Lebih terperinci

Ketika Tuhan mencipta segala benda

Ketika Tuhan mencipta segala benda Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Ketika Tuhan mencipta segala benda Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Byron Unger dan Lazarus Disadur oleh: Bob Davies

Lebih terperinci

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing 1/2 26 Apr 2015 NUR FADHILAH SALLEH Kadar pasangan Muslim

Lebih terperinci

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Drama 1400 (Nordin Hassan) Sinopsis Drama 1400 (Nordin Hassan) Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah

Lebih terperinci

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Ketika Tuhan mencipta segala benda

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Ketika Tuhan mencipta segala benda Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan Ketika Tuhan mencipta segala benda Allah menunjuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Penulis: Edward Hughes Digambar oleh: Byron Unger dan Lazarus Disadur oleh: Bob Davies

Lebih terperinci

Rahasia Perempuan http://meetabied.wordpress.com Tempat Belajar Melembutkan Hati 1 PERBEDAAN LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN Berikut ini beberapa perbedaan laki-laki dan perempuan yang saya ambil dari buku : Perempuan,

Lebih terperinci

SMP kelas 8 - BAHASA INDONESIA BAB 1. TEKS CERITA MORAL/FABELLatihan Soal 1.6

SMP kelas 8 - BAHASA INDONESIA BAB 1. TEKS CERITA MORAL/FABELLatihan Soal 1.6 SMP kelas 8 - BAHASA INDONESIA BAB 1. TEKS CERITA MORAL/FABELLatihan Soal 1.6 1. Merpati, Elang, dan Bangau akan pamer kecepatan. Setelah semua siap, Rajawali memberi aba-aba. Tapi belum hitungan ketiga,

Lebih terperinci

Sebab kasihkan yang ramai tiada dapat terpeliharakan yang seorang.

Sebab kasihkan yang ramai tiada dapat terpeliharakan yang seorang. Hubungan Pasangan (HP) 1. Sesangkar dua burung. Seorang beristeri dua disimpannya dalam sebuah rumah. 2. Biar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersuka sama paras, bertimbang sama berat. Perihal

Lebih terperinci

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah. MADAH ABUYA Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah. Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufiq, selalu

Lebih terperinci

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH FAKTOR Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Manusia diciptakan oleh Allah SWT dari kaum laki-laki dan perempuan

BAB I PENDAHULUAN. Manusia diciptakan oleh Allah SWT dari kaum laki-laki dan perempuan BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Manusia diciptakan oleh Allah SWT dari kaum laki-laki dan perempuan dan kemudian dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar supaya saling kenal-mengenal

Lebih terperinci

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI Terdapat beberapa tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada situasi bahaya ketika anda berada di luar rumah. Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran!

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. (laki-laki dan perempuan), secara alamiah mempunyai daya tarik menarik. perkawinan antara manusia yang berlaian jenis itu.

BAB I PENDAHULUAN. (laki-laki dan perempuan), secara alamiah mempunyai daya tarik menarik. perkawinan antara manusia yang berlaian jenis itu. BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Dalam kehidupan manusia di dunia yang berlainan jenis kelaminnya (laki-laki dan perempuan), secara alamiah mempunyai daya tarik menarik antara satu dengan yang lainnya

Lebih terperinci

BAB V PEMBAHASAN MASALAH

BAB V PEMBAHASAN MASALAH BAB V PEMBAHASAN MASALAH A. PEMBAHASAN Setiap manusia memiliki impian untuk membangun rumah tangga yang harmonis. Tetapi ketika sudah menikah banyak dari pasangan suami istri yang memilih tinggal bersama

Lebih terperinci

Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 79) Wednesday, October 21, 2015

Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 79) Wednesday, October 21, 2015 Surat 1 Yohanes 5 (Bagian 79) Wednesday, October 21, 2015 Prolog Kita sudah mendengar tentang kehidupan Kristus di dalam keadaan manusia daging, tetapi daging yang tidak berdosa, sementara kita adalah

Lebih terperinci

SPM PERIBAHASA. Bagai inai dengan kuku Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan. HUBUNGAN KEKELUARGAAN

SPM PERIBAHASA. Bagai inai dengan kuku Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan. HUBUNGAN KEKELUARGAAN SPM PERIBAHASA HUBUNGAN KEKELUARGAAN Air yang dicincang tidak akan putus Seseorang yang bersaudara itu tidak akan bergaduh berterusan walaupun berlaku sesuatu perselisihan. Anak sebatang kara Seseorang

Lebih terperinci

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS. 5.6.6 Nabi Luth AS. dan Kaum Sodom Ketika terjadi hal tersebut, Nabi Luth berdo a kepada Allah agar menolongnya dan menghancurkan orang-orang yang membuat kerusakan. Akhirnya, para malaikat keluar dari

Lebih terperinci

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2 01 Para pekerja dikehendaki untuk dan mematuhi peraturan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja. A. menjalankan kerja dengan cepat B. tahu mengenai bahaya yang berkaitan dengan kerja C. tidak mempedulikan

Lebih terperinci

-AKTIVITAS-AKTIVITAS

-AKTIVITAS-AKTIVITAS KEHIDUPAN BARU -AKTIVITAS-AKTIVITAS BARU Dalam Pelajaran Ini Saudara Akan Mempelajari Bagaimanakah Saudara Mempergunakan Waktumu? Bila Kegemaran-kegemaran Saudara Berubah Kegemaran-kegemaran Yang Baru

Lebih terperinci

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa Isi Cerita Pengarang menggunakan teknik Sudut Pandangan Orang Pertama dalam menyampaikan ceritanya. Pengarang mengesahkan bagaimana sebuah pesta yang sedang diadakan

Lebih terperinci

MENGAMPUNI ORANG LAIN

MENGAMPUNI ORANG LAIN Level 2 Pelajaran 9 MENGAMPUNI ORANG LAIN Oleh Don Krow Hari ini kita akan membahas mengenai pengampunan yang di ambil dari Matius 18:21-22: Kemudian datanglah Petrus dan berkata kepada Yesus:"Tuhan, sampai

Lebih terperinci

1 1 Dari Paul dan Timotius, hambahamba

1 1 Dari Paul dan Timotius, hambahamba Filipi Salam 1:1-2 1 1 Dari Paul dan Timotius, hambahamba Isa Al-Masih. Kepada semua orang saleh dalam Isa Al-Masih di Kota Filipi dengan para pengurus jemaah dan para abdi umat. 2 Anugerah dan sejahtera

Lebih terperinci

Surat Paulus yang kedua kepada jemaat Tesalonika

Surat Paulus yang kedua kepada jemaat Tesalonika 1 Surat Paulus yang kedua kepada jemaat Tesalonika Kepada yang kekasih saudara-saudari saya seiman jemaat Tesalonika yaitu kalian yang sudah bersatu dengan Allah Bapa dan Tuhan kita Kristus Yesus. Salam

Lebih terperinci

Surat Paulus kepada jemaat Filipi

Surat Paulus kepada jemaat Filipi Filipi 1:1 1 Filipi 1:8 Surat Paulus kepada jemaat Filipi 1 Kepada yang kekasih saudara-saudari saya seiman di Filipi yaitu semua yang sudah disucikan oleh Allah karena bersatu dengan Kristus Yesus, khususnya

Lebih terperinci

Memilih Sikap Positif

Memilih Sikap Positif Memilih Sikap Positif Sulaiman, seorang terselamat dalam korban kamp Yahudi pada Perang Gaza yang selamat, berkata, "Segalanya dapat diambil dari manusia, kecuali kebebasannya yang terakhir, iaitu kemampuannya

Lebih terperinci

TRILOGI NOVEL MARITO

TRILOGI NOVEL MARITO TRILOGI NOVEL MARITO Izinkan Aku Memelukmu Ayah Dalam Pelarian Ketika Aku Kembali Marito, terlahir sebagai perempuan di suku Batak. Ia memiliki empat kakak perempuan. Nasibnya lahir di masa terpelik dalam

Lebih terperinci