Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ]

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ]"

Transkripsi

1 Soalan 1 Rumusan [ 30 Markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan muzik dan usaha- usaha menggalakkan remaja menceburkan diri dalam bidang muzik. Panjangnya rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Muzik memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia terutamanya remaja. Banyak orang memerlukan muzik dalam melayari kehidupan. Seorang ibu biasanya mendodoikan bayinya dengan nyanyian. Dalam perkembangan awal kanak-kanak, muzik merupakan komponen penting untuk mengajarkan ilmu kepada kanak-kanak bagi mengingati sesuatu. Ada pelajar yang tidak boleh belajar tanpa muzik. Sesetengah orang pula masih memerlukannya menyanyikan abjad ABCD... untuk membaca huruf tersebut. Muzik berupaya mempengaruhi dan mengubah emosi seseorang, seperti gembira, sedih, bersemangat, agresif dan tenang bergantung pada jenis muzik yang dimainkan. Penggunaan muzik sebagai terapi dapat memberikan kesan dalam memulihkan seseorang dari segi kesihatan dan tingkah laku. Dr. Yusof al- Qaradhawi pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga berupaya membentuk bakat, perasaan dan keperibadian seseorang. Pengaruh muzik terhadap minda menemukan dapatan yang menakjubkan. Selain mempengaruhi dan merangsang perkembangan otak, muzik juga dipercayai dapat memberikan impak yang positif kepada wanita hamil dan bayi yang di dalam kandungan. Muzik irama klasik misalnya mampu menghasilkan gelombang alfa yang dapat memberikan ketenangan dan perasaan santai kepada ibu dan bayi di dalam kandungan. Oleh itu tidak hairanlah di Jepun, dianggarkan lebih daripada 60% wanita di negara itu mendengar muzik berentak perlahan sepanjang tempoh kehamilan. Kajian menunjukkan bahawa muzik memberikan kesan kepada tubuh manusia. Apabila seseorang itu mendengar muzik yang sesuai dan dapat diterima oleh tubuhnya, tubuh manusia akan bertindak balas mengeluarkan sejenis hormon yang akan menimbulkan rasa ketenangan dan kesannya dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia. Sebaliknya, muzik yang membingitkan telinga akan menyebabkan jantung manusia berdegup laju dan kencang yang sudah tentu tidak baik untuk kesihatan. Dalam pada itu, turut menjadikan seseorang itu insan yang memberontak, ganas atau tidak tenteram. Selain itu, kajian oleh ahli psikologi dan ahli fizik ke atas kanak-kanak prasekolah di California mendapati bahawa sekumpulan kanak-kanak yang diajarkan mata pelajaran muzik seminggu sekali menampilkan keupayaan pemikiran dan prestasi sejumlah 34% lebih baik dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan berbanding dengan rakan mereka yang tidak mengambil mata pelajaran muzik. Muzik juga dapat membentuk pelajar untuk berdisiplin dan meningkatkan kemampuan untuk fokus dalam pelajaran di sekolah. Menurut kajian juga, muzik dapat membantu pelajar menguasai ilmu yang berkaitan dengan bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Secara kesimpulannya, muzik ialah makanan jiwa. Sememangnya remaja sangat cenderung untuk mencintai dan menggilai muzik. Pendidikan Muzik harus didedahkan kepada golongan muda berupaya mewujudkan generasi masa hadapan yang mempunyai teras jati diri yang kukuh. Menyedari hakikat itulah, Pendidikan Muzik yang diserapkan menerusi kokurikulum sekolah merupakan pendekatan yang selari dengan keperluan negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun (Dipetik dan diubah suai daripada Ajaibnya Muzik oleh Yusri Yassir 31

2 Dewan Siswa, JUN 2012) Soalan 2: Pemahaman Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memberikan impak yang positif. [2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan muzik yang berirama keras dan membingitkan telinga. Nyatakan kesan-kesan tersebut [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak dapat memanfaatkan muzik dalam kehidupan mereka? [4 markah] Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangt berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah bekerja, Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk. Dia melantik Azam sebagai peguamnya. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segara bahan bukti, menulis dengan kemas dan terperinci, berbahasa dengan fasih dan bernas.azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. "Yang Arif, apabila raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti, atau sebarang tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya." Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah. (Dipetik daripada cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) 32

3 (i) Petikan di atas menunjukkan latar masyarakat yang berusaha menegakkan keadilan bagi memastikan tidak berlaku penganiayaan. Huraikan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. (4 markah) (ii). Hakim menuntut hak yang dirampas daripadanya melalui cara yang betul, iaitu melalui mahkamah. Dengan berdasarkan penyataan di atas, nyatakan tiga kepentingan masyarakat menggunakan pemikiran yang rasional untuk menyelesaikan masalah. (KBAT) (5 markah) Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam. Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita. (Dipetik daripada Cerita Burung Terbang Dipipiskan lada, Antologi Sejadah Rindu, Hal.35) (i) Apakah sifat-sifat yang terdapat pada anak Seri Bija Diraja? [2 markah] (ii) Mengapakah orang Siam sangat hairan apabila melihat kelakuan Tun Umar? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Bendahara Paduka Raja dapat diiktiraf sebagai seorang pahlawan yang hebat? [3 markah] 33

4 Soalan 2(d) Puisi Tradisional Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Syair Bidasari Dengarkan tuan suatu riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gelana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." (Dipetik daripada Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Hal.5 7) 34

5 (i) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. (ii) Pemimpin yang bersih, cekap dan amanah (4 markah) Dengan berdasarkan tema di atas, cipta serangkap pantun dengan menggunakan kata-kata yang indah dan menarik. (KBAT) (5 markah) Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) air mata (ii) mata air (iii) bunga kertas (iv) kertas bunga (v) pokok pangkal (vi) pangkal pokok [6 markah] (b) Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif itu telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi. (ii) Koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan. (c) (iii) Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu sungguh menggalakkan. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kerajaan kommited untuk meningkatkan modal insan yang berkemahiran tinggi agar impian menjadikan negara ekonomi pendapatan tinggi dapat dicapai. (ii) Di bawah strateji memacu ekonomi negara, kerajaan terpaksa menarik perlaburan asing dan pihak swasta sebagai teras untuk menjana ekonomi negara. 35

6 (iii) Banyak pehak menyalahkan kerajaan apabila kadar pengangguran meningkat tetapi mereka tidak mengkaji dengan mendalam tentang punca siswazah gagal mendapat perkerjaan (d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. (i) Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus ke bidang teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang perindustrian. (ii) Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya. (iii) Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan yang suka berbelanja. (e) Baca setiap ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama maksud dengannya. i) ke bukit sama didaki, lurah sama dituruni. ii) ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua. iii) berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut. Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut: (i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Tirani karya Beb Sabariah (a) Seseorang penulis memberikan sumbangan yang besar kepada khalayak pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan sumbangan penulis tersebut kepada pembaca menerusi novel yang ditulisnya. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 36

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 SULIT PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 Ogos 2017 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan berkenaan langkahlangkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan kekangan penggunaannya di Malaysia. Panjangnya

Lebih terperinci

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] SULIT 1 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara melestarikan warisan seni budaya. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang

Lebih terperinci

1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos/September 2016 2!/2jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA www.banksoalanspm.net PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

Lebih terperinci

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING 2 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Panjang huraian hendaklah

Lebih terperinci

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] SULIT 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah. Huraikan pendapat anda

Lebih terperinci

SOALAN KESALAHAN EJAAN KESALAHAN IMBUHAN (i)

SOALAN KESALAHAN EJAAN KESALAHAN IMBUHAN (i) SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM SPM DAERAH SEGAMAT, NEGERI JOHOR 1 SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM SPM DAERAH TANGKAK, NEGERI JOHOR 2 SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM SPM NEGERI KEDAH 3 SOALAN SEBENAR PERCUBAAN BM

Lebih terperinci

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 2 PT3/02 Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 1) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Lebih terperinci

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos SULIT PERCUBAAN SPM 2016 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2009 2 ¼ jam 1103/1 (PPcb) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Lebih terperinci

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 Set 2 MODUL CEMERLANG SPM 2017 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2017 2 ½ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 02/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2012 2 Jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

PEPERIKSAAN PRASPM 2013 NSKP 2013 SULIT 1 PEPERIKSAAN PRASPM 2013 1103/1(PP) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT.Kegunaannya

Lebih terperinci

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2007 2 ¼ jam LOGO DAN NAMA SEKOLAH 1103/1 (PPT) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjangnya rumusan

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 (PPT) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2012 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan

Lebih terperinci

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit 1.Kertas peperiksaan ini mengadungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2.Jawab soalan Bahagian A dan satu

Lebih terperinci

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/ 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat soalan.

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) 1 SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Dua jam lima belas

Lebih terperinci

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

Soalan 1 Rumusan (30 markah) Soalan 1 Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU "' MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG MODUL PENILAIAN PMR BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2012 2jam 02/2 Duajam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU 1. Kertas soalan

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah) Soalan 1 : Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. Panjang

Lebih terperinci

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA 1 PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN BAHAGIAN A Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan.

Lebih terperinci

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX SULIT 6351/1 NO. KAD PENGENALAN/ NO. SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Bahagian B JANGAN BUKA

Lebih terperinci

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM SULIT BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA2JAM 0212 MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. LOGO SEKOLAH Nama Sekolah UJIAN BERTULIS 2 Jam ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2014 BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 PERCUBAAN PENILAIAN

Lebih terperinci

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910) Bahasa Malaysia (910) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 32 266 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 72.93%, meningkat sebanyak 0.11% berbanding

Lebih terperinci

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1103/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam

Lebih terperinci

2011

2011 ... -. Bahasa Melayu Kertas 1 September 2011 Peraturan Pemarkahan MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAANPERCUBAAN SIJIL PELAJAR

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SKEMA BAHASA MELAYU Kertas 1 dan Kertas 2 1 [ Lihat halaman sebelah PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA

Lebih terperinci

Kesusasteraan Melayu (922)

Kesusasteraan Melayu (922) Kesusasteraan Melayu (922) PRESTASI KESELURUHAN Sebanyak 7522 calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini pada tahun 2012. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini pada tahun

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 02/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SKEMA BAHASA MELAYU SET A Kertas 1 dan Kertas 2 1 [ Lihat sebelah PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Kemahiran Mendengar Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,

Lebih terperinci

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK KEGUNAAN

Lebih terperinci

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT Soalan 1: Rumusan [30 markah] Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan pelaburan dalam saham amanah kepada masyarakat dan langkah menggalakkan masyarakat

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam; PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 1. TUJUAN PENGUJIAN Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam; 1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan

Lebih terperinci

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Mei 2014 2 ½ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT

PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MEI 2014 MASA : 2 JAM 30 MINIT KOD SUBJEK : 1032/2 TAJUK SUBJEK : BAHASA MELAYU ARAHAN : 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan.

Lebih terperinci

Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

Soalan 1: Rumusan. [30 markah] Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat-akibat merokok dan langkah-langkah mengatasi gejala merokok. Panjangnya rumusan anda hendaklah

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min SKEMA JAWABAN / GARIS PANDUAN UNTUK GURU BAHAGIAN A Soalan: Gambar di bawah menunjukkan aktiviti kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lebih terperinci

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 0 Assalammualaikum

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan markah ini SULIT dan Hak Cipta

Lebih terperinci

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013 1.0 PENDAHULUAN KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013 Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk

Lebih terperinci

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Bahasa Arab (913) Prestasi Keseluruhan Pada tahun 2010 sebanyak 1270 orang calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini dan 47.64% daripadanya telah mendapat lulus penuh. Pencapaian calon

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) Bahagian A TEMA : Nilai-nilai murni : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan CADANGAN IDEA: oleh rakyat Malaysia. i. Nilai hormat-menghormati

Lebih terperinci

KESUSASTERAAN MELAYU

KESUSASTERAAN MELAYU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum ISBN iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

Lebih terperinci

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910) Bahasa Malaysia (910) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 33 123 calon. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 73.01%, menurun sebanyak 0.26% berbanding

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014 (Percubaan) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2014 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Bondanya bertanya

Lebih terperinci

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING 2 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Panjang huraian hendaklah

Lebih terperinci

PUISI-PUISI PILIHAN UNTUK PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK & SYAIR MINGGU BAHASA 2016

PUISI-PUISI PILIHAN UNTUK PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK & SYAIR MINGGU BAHASA 2016 PUISI-PUISI PILIHAN UNTUK PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK & SYAIR MINGGU BAHASA 2016 1 KANDUNGAN BAHAGIAN A - SAJAK Tajuk Halaman / Muka Surat 1. Doa Anak Merdeka - 3 2. Pohon Ilmu - 4 3. Bahtera Merdeka

Lebih terperinci

Gurindam Tonggak Dua Belas

Gurindam Tonggak Dua Belas Tingkatan Masa Tajuk Genre Lima 80 Minit Gurindam Tonggak Dua Belas Puisi Tradisional Fokus Utama Fokus Sampingan 10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi. Aras 1 Menyatakan makna

Lebih terperinci

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan yang disediakan.

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit SEKOLAH MENENGAH ARAB DARUL FALAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan

Lebih terperinci

Bahagian A. [ 30 markah ]

Bahagian A. [ 30 markah ] Bahagian A. Gambar rajah di bawah menunjukkan persediaan-persediaan yang diperlukan oleh seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan. Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang diperlukan

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 www.lamanbahasa.wordpress.com Ogos 2014 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA

Lebih terperinci

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV Oleh Abdillah Bin Nurdin Asis ABSTRAK Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/ 1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos/ September JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 1103/1 Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 1103/1 (PP) Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos 2013 JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN

Lebih terperinci

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia Aznan Che Ahmad¹, Syed Mohamad Syed Abdullah¹, Salizawati Omar², Mona Lim²

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SULIT 1103/1 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS

Lebih terperinci

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

SM SAINS TAPAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 SPM

SM SAINS TAPAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 SPM SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2014 2½ jam SM SAINS TAPAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini

Lebih terperinci

1

1 1 GARIS PANDUAN GURU BAHAGIAN A PERINGKAT CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG 26 30 markah a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian jelas dan matang. c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi

Lebih terperinci

Bahasa Melayu Kertas 2 September 2009 2 ½ jam UJIAN EXCEL 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN 1 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NO. KAD PENGENALAN - - ANGKA GILIRAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (MODUL INSANIAH) PENDIDIKAN MORAL SEMESTER

Lebih terperinci

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH CADANGAN JAWAPAN 3 (b) 1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH Golongan remaja terlalu asyik melayari internet. Golongan remaja seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan

Lebih terperinci

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil. Pada setiap peringkat kehidupan kita kita membuat keputusan yang amat mempengaruhi kehidupan manusia yang kita impikan untuk menjadi, dan kemudian, apabila kita menjadi manusia berkenaan, kita tidaklah

Lebih terperinci

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary) Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary) Sinopsis Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak 02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian

Lebih terperinci

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ] Bahagian A (i) - Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan

Lebih terperinci

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1 1 PANDUAN PEMARKAHAN KERTAS BAHASA MELAYU (1103/1) BAHAGIAN A Karangan berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah] KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 26 30 [28-30] [26-27] Karangan menepati

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Mei 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 Kertas soalan in imengandungi dua bahagian :Bahagian

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA I, PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah]

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah] Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan manfaat-manfaatnya.

Lebih terperinci

1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 B 11 A 21 A 31 A 2 B 12 B 22 C 32 A 3 C 13 A 23 C 33 D 4 D 14 B 24 D 34 B 5 D 15 D 25 B 35 C 6 C 16 B 26 A 36 B 7 D

Lebih terperinci

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh) Biarkan Samudera (Raihanah Salleh) Sinopsis Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 BAHASA MELAYU Ogos 2012 PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA Kertas ini

Lebih terperinci

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Terma & Syarat Kempen MyDebit Terma & Syarat Kempen MyDebit 1 Penganjur & Kelayakan 1.1 Promosi ini dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. ( PayNet ) (Syarikat No.836743-D) (Dahulunya dikenali sebagai Malaysian Electronic

Lebih terperinci

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI ) PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI ) DI ANTARA (PELAJAR) DAN (PENJAMIN 1) DAN (PENJAMIN 2) DENGAN UNIVERSITI SELANGOR BERTARIKH PADA...HARIBULAN.. 20 PERJANJIAN

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT SOALAN NO. 99 PERTANYAAN DARIPADA TARIKH JAWAB LISAN DATO' AR. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD [ KUALA KANGSAR] 19 JUN 2014 (KHAMIS) SO ALAN Dato' Ar. Wan

Lebih terperinci

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI DALAM LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI DALAM LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA Borang LPKM A1 Pind. 1/78 PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI DALAM LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA PERINGATAN KEPADA PEMOHON-PEMOHON 1. Hanya satu salinan borang ini sahaja yang dikehendaki dimajukan kepada.

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 Baca petikan brikut dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia serta kekangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah

Lebih terperinci

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. UCAPAN PELANCARAN KUTIPAN DERMA RAYUAN HARI PAHLAWAN TAHDN 19 83 OLEH YAB DATO SERI DATIN PADUKA DR. SITI HASMAH BTE HJ. MOHD ALI, ISTERI YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA

Lebih terperinci

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah? 1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah? Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian

Lebih terperinci