BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Kajian Penentuan Waktu Isyak dan Subuh menggunakan Sky Quality Meter-Lens-

dokumen-dokumen yang mirip
SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

SOLAT JAMAK DAN QASAR

یحب أن تؤتى رخصھ كما یكره أن تؤنى معصیتھ. رواه أحمد

ISLAM IS THE BEST CHOICE

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati


Pertanyaan : Apa yang dapat anda katakan pada kami tentang Bumi

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

Dari segi bahasa : menutupi atau mengingkari.

PENGERTIAN TENTANG PUASA

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

Serial Bimbingan & Penyuluhan Islam

KRITERIA MASLAHAT. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 6/MUNAS VII/MUI/10/2005 Tentang KRITERIA MASLAHAT

Fatwa Tentang Tata Cara Shalat Witir. Pertanyaan: Bagaimana tatacara mengerjakan shalat witir yang paling utama? Jawaban: Segala puji bagi Allah I.

ف ان ت ه وا و ات ق وا الل ه ا ن الل ه ش د يد ال ع ق اب

Simposium DPI Autoriti al-quran. Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman Pensyarah Sepenuh Masa Al-Zuhri

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB I PENDAHULUAN. rangka mencerdaskan kehidupan bangsa yang diatur dengan undang-undang.

Iman Kepada KITAB-KITAB

SULIT 45/1 45/1 Pendidikan Islam Kertas 1 Modul jam SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

MEMBATALKAN PUASA. HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA Yang membatalkan puasa ada enam perkara : 1. Makan dan minum Firman Allah SWT :

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PELAKSANAAN SEWA MENYEWA POHON UNTUK MAKANAN TERNAK

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

PENILAIAN PERCUBAAN SPM 1223/2

Iman Kepada Kitab-Kitab Allah Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Muhammad Alu Abdul Lathif

BAB I PEDAHULUAN. peluang terjadinya jual-beli dengan sistem kredit atau tidak tunai dalam

Adab makan berkaitan dengan apa yang dilakukan sebelum makan, sedang makan dan sesudah makan.

BAB IV ANALISIS JARI<MAH TA ZI<R TERHADAP SANKSI HUKUM MERUSAK ATAU MENGHILANGKAN TANDA TANDA BATAS NEGARA DI INDONESIA

BAB I PENDAHULUAN. dapat mengamalkan dan menjadikan Islam sebagai pandangan hidup. 1

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

DAFTAR ISI PENGAKUAN ABSTRACT PENGHARGAAN PANDUAN TRANSLITERASI

UNTUK KALANGAN SENDIRI

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK JUAL BELI SAWAH BERJANGKA WAKTU DI DESA SUKOMALO KECAMATAN KEDUNGPRING KABUPATEN LAMONGAN

BAB IV. Tentang Perubahan Atas Undang-Undang No 2 Tahun 2008 Tentang Partai. Politik, dalam pasal 1 ayat (1) yang berbunyi : Partai politik adalah

Khutbah Pertama. Jamaah Jum'at yang dirahmati Allah.

BAB V PENUTUP. rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran,

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

PENGANTAR EDISI PRAKTIS

Cece Abdulwaly. Diterbitkan oleh: melalui:

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

BAB IV ANALISIS HUKUM BISNIS ISLAM TENTANG PERILAKU JUAL BELI MOTOR DI UD. RABBANI MOTOR SURABAYA

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 284

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

Perbaikan Keadaan Umat Urgensi Dan Cara Mewujudkannya

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 285

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Amalan Setelah Ramadhan. Penulis: Al-Ustadz Saifuddin Zuhri, Lc.

SULIT 45/1 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 MODUL 5 PENDIDIKAN ISLAM. Kertas 1.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP UTANG PIUTANG HEWAN TERNAK SEBAGAI MODAL PENGELOLA SAWAH DI DESA RAGANG

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

TA LIM MADANI 15 Iman Kepada Nabi & Rasul Allah

APA PEDOMANMU DALAM BERIBADAH KEPADA ALLAH TA'ALA?

MENTASHARUFKAN DANA ZAKAT UNTUK KEGIATAN PRODUKTIF DAN KEMASLAHATAN UMUM

BAB I PENDAHULUAN. bagi umat Islam setelah puasa wajib. Disebut dianjurkan karena orang yang

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Al Qur an dan Ilmu Kimia

Dunia telah menjadi DESA BESAR, Dunia tanpa Batas (pelaksanaan Haji, Pertandingan Sepak Bola dll, bisa dilihat secara langsung ASRORI, MA.

ة س ى اهو اهر خ اهر خ ى

Minggu 4 DPQS TAFSIR AL-QURAN 1

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 3 halaman bercetak)

Al-Muhiith, Al-Wakiil dan Al-Fattaah

ANALISIS FIQH SIYASAH TENTANG PERAN BADAN ANGGARAN DPRD KOTA SURABAYA DALAM MEREALISASIKAN FUNGSI BUDGETING

BAB I PENDAHULUAN. Sehubungan dengan itu Allah Swt berfirman dalam Alquran surah At-Tahrim

BAB I PENDAHULUAN. Pernikahan pada dasarnya merupakan perilaku makhluk ciptaan. TuhanYang Maha Esa yang tidak hanya terbatas pada diri seorang manusia

Sudah Benarkah Cara Berfikir Kita

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN /2 TINGKATAN LIMA PENDIDIKAN SYARI AH ISLAMIAH KERTAS 2 April/Mei

ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI RINGKASAN JADUAL TRANSLITERASI SENARAI JADUAL BAB : PENDAHULUAN. 1 Pendahuluan 1. 2 Latar Belakang Kajian 1

MANAJEMEN JATIDIRI ( MJ )

ت ع ي ن ه و ن س ت غ ف ر ه و ن ع و ذ ب الله م ن ش ر و ر ا ن ف س ن ا و م ن س ي ي ات ا ع م ال ن ا م ن ي د ه الله ف لا م ض ل ل ه و م ن ي ض ل ل ف لا ه اد ي

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

BAB I PENDAHULUAN. sebagaimana sempurnanya Islam. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna,

ج اء ك م ر س ول ن ا ي ب ي ن ل ك م ك ث ير ا م ما ك ن ت م ت خ ف و ن م ن ال ك ت اب و ي ع ف و ع ن ك ث ير ق د ج اء ك م م ن الل ه ن ور و ك ت اب

Konsisten dalam kebaikan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

HADITS TENTANG RASUL ALLAH

Qawa id Fiqhiyah. Pertengahan dalam ibadah termasuk sebesar-besar tujuan syariat. Publication: 1436 H_2014 M

Transkripsi:

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 PENDAHULUAN Kajian Penentuan Waktu Isyak dan Subuh menggunakan Sky Quality Meter-Lens- USB: Kajian berdasarkan Carta Penerbangan MAS ini amat penting kerana melalui kajian ini kita dapat membuktikan secara saintifik keadaan hilangnya mega merah dan terbitnya fajar sadiq. Kaedah menentukan waktu Isyak dan Subuh dalam kapal terbang ini juga dikaji dari sudut fiqh dan praktikal. 5.2 KESIMPULAN Keperluan kepada ijtihad kontemporari adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan pada hari ini. Memandangkan suasana dan persekitaran hidup sudah berubah, ijtihad bukan hanya untuk menjawab persoalan-persoalan baru yang sentiasa timbul tetapi juga untuk merujuk kembali hujah-hujah para fuqaha terdahulu apabila mereka berijtihad dalam melestarikannya dengan isu-isu semasa. Ijtihad juga tidak dibuat sewenang-wenangnya tanpa dibimbing oleh nas-nas al-quran dan hadis. Allah telah berfirman: 166

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil- Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Surah al-nisa (4): 59 Ijtihad juga menjadikan syariat Islam ini subur dan mampu untuk menghadapi permasalahan-permasalahan baru, seterusnya sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan tempat. Begitu juga kita sebagai umat Islam hendaklah berasa bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan yang timbul khususnya mengenai urusan ibadah. Sesungguhnya jika kita bersikap ikhlas untuk mengagungkan Islam, Allah pastinya akan memberi pertolongan dari setiap sudut. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Surah al-baqarah (2): 286 Dalam kajian ini, pengkaji cuba menggunakan kaedah saintifik untuk mengenal pasti waktu sebenar hilangnya mega merah dan terbitnya fajar sadiq, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis dan ayat al-quran: ع ن ج اب ر ب ن ع ب د الل ه : م ث ج اء ه م ال ع ش اء ف ق ال قمم ف ص ل ه ف ص ل ى ح غ ا ب ي الش ف م ق Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Isyak, katanya: Bangun! Dirikanlah solat. Mereka dirikan solat Isyak ketika hilang syafaq (syafaq ahmar). 167

......Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar... Surah al-baqarah (2): 187 Penggunaan SQM-LU merupakan satu alternatif yang dilakukan oleh pengkaji supaya dapat menyelesaikan persoalan bagi mengetahui awal waktu Isyak dan Subuh dalam penerbangan. Dengan mengkaji kecerahan langit, ternyata seseorang dapat menentukan waktu bermulanya Subuh dan Isyak. Sepanjang tempoh kajian, tidak banyak data yang dapat dikumpul disebabkan instrumen yang terhad. Dengan hanya satu set SQM-LU, pengkaji mendapati data yang dikumpul masih belum mencukupi kerana pengkaji menjalankan kajian terhadap beberapa lokasi penerbangan. Dalam tempoh lapan bulan, terdapat 13 set data sahaja yang berjaya dikumpul, dan hal ini menyukarkan pengkaji membuat kesimpulan menyeluruh kerana terdapat penerbangan yang hanya mengumpul satu data sahaja. Namun begitu, penulis berharap agar hasil kajian yang sedikit ini dapat memberi sumbangan dalam usaha untuk mencari kaedah yang sesuai untuk mengetahui waktu solat dalam kapal terbang terutamanya bagi waktu Isyak dan Subuh. 168

Pengkaji telah membuat beberapa kesimpulan hasil daripada penganalisaan data kajian iaitu: a) Alat pengukur kecerahan langit, SQM-LU dapat digunakan untuk menentukan waktu Isyak dan Subuh dengan tepat. b) Tempoh waktu Isyak dan Subuh bagi penerbangan Barat ke Timur adalah lebih singkat dari penerbangan Timur ke Barat. c) Penerbangan pada musim panas akan menempuh waktu Subuh lebih awal dari penerbangan ketika musim panas. Perbezaan yang dicatatkan antara waktu Isyak dan Subuh kajian dan perisian In-Flight Solat Time yang digunakan oleh Malaysia Airlines disebabkan perisian ini menetapkan jarak zenit bagi waktu Isyak dan Subuh iaitu 108. Sebaliknya, pengkaji menentukan awal waktu Isyak dan Subuh berdasarkan cerapan langit tanpa menetapkan nilai yang khusus. Pengkaji mendapati amat sukar untuk membuat takwim atau jadual waktu solat dalam kapal terbang kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu seperti kelajuan pesawat, ketinggian pesawat, dan arah penerbangan. Penggunaan SQM-LU merupakan salah satu alternatif untuk membandingkan waktu solat Isyak dan Subuh yang diperoleh daripada perisian In-Flight Solat Time dan waktu solat yang ditentukan daripada graf kecerahan langit. 169

5.3 SARANAN Kajian seperti ini perlu diteruskan dengan memperbanyakkan pengumpulan data supaya hasil yang diperoleh lebih tepat dan selaras dengan kehendak objektif kajian. Selain itu, tempoh pengambilan data juga perlu dipanjangkan supaya set data merangkumi kesemua musim dalam setahun. Dengan itu, pengkaji akan mempunyai pilihan data yang terbaik sepanjang cerapan kajian. Pengkaji juga mendapati kajian perlu lebih difokuskan iaitu dengan mengambil satu perjalanan sahaja bagi setiap arah penerbangan. Contohnya, jika ingin mengambil penerbangan yang mengala ke Barat, hanya penerbangan dari Kuala Lumpur sahaja yang perlu dikaji. Bagi penerbangan ke Timur pula, contoh penerbangan yang boleh dianalisis ialah dari London ke Kuala Lumpur. Data bagi kedua-dua penerbangan ini perlulah dikumpul sekerap mungkin selama setahun untuk melihat perubahan waktu bagi hilangnya mega merah dan terbitnya fajar sadiq sepanjang empat musim. Pengkaji mengharapkan individu yang berminat untuk meneruskan kajian waktu solat dalam penerbangan supaya membuat penyelidikan mengenai kaedah penentuan bagi waktu Zuhur, Asar dan Maghrib dalam kapal terbang. Kajian ini perlu dilakukan lebih terperinci dengan data yang mencukupi dan diharapkan pengkaji pada masa akan datang berjaya membangunkan perisian waktu solat dalam penerbangan dan memberi kemudahan kepada musafir penerbangan untuk mengetahui waktu solat. 170

Selain daripada itu, data dan hasil kajian perlulah diberikan kepada institusi yang terlibat dalam penerbitan takwim solat seperti JAKIM dan jabatan-jabatan mufti negeri untuk dianalisis atau dijadikan panduan bagi kajian tertentu yang melibatkan penentuan solat. Akhir sekali, kelemahan dalam kajian ini hendaklah diteliti dengan baik supaya kesalahan yang wujud tidak lagi berulang bagi menjamin hasil kajian yang terbaik. 171