SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PARAS SATU, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB 30000 IPOH. NO.TEL : 05-2540615 PEMOHON-PEMOHON ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT DYMM. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG BERKELAYAKAN, LAYAK MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK SEPERTI BERIKUT:- 1. JAWATAN KOSONG: 1.1.A. Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT NO. RUJUKAN : 358A/489/14 [ 6 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial B. Jadual Gaji Gred S17 : P1T1: RM 820.38 P1T24 : RM 2151.35 P2T1: RM 871.81 P2T24 : RM 2272.50 P3T1: RM 924.75 P3T24 : RM 2397.95 (i) (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan....2/-
- 2-1.2.A. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (KEW) NO. RUJUKAN : 358A/489/59 [ 40 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan B. Jadual Gaji Gred W17 : P1T1: RM 821.89 P1T24 : RM 2152.86 P2T1: RM 873.32 P2T24 : RM 2274.01 P3T1: RM 926.26 P3T24 : RM 2399.46 (i) (ii) (iii) (iv) (v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80); atau Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53); atau Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpanan Kira-Kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17); dan Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan....3/-
- 3-1.3.A. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (P/O) NO. RUJUKAN : 358A/489/16 [ 30 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan B. Jadual Gaji Gred N17 : P1T1: RM 820.38 P1T24 : RM 2151.35 P2T1: RM 871.81 P2T24 : RM 2272.50 P3T1: RM 924.75 P3T24 : RM 2397.95 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas). D. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :- (i) (ii) mempunyai kelayakan di perenggan 1 dan diatas; atau Lulus Peperiksaan Khas...4/-
- 4-1.4.A. Jawatan : PEMBANTU VETERINAR NO. RUJUKAN : 358A/489/2 [ 18 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian B. Jadual Gaji Gred G17 : P1T1: RM 824.91 P1T24 : RM 2155.88 P2T1: RM 876.34 P2T24 : RM 2277.03 P3T1: RM 929.28 P3T24 : RM 2402.48 (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;atau (Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T1 RM824.91) Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8 RM1174.28) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 1.5.A. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA STOR) NO. RUJUKAN : 358A/489/17 [ 2 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan...5/-
- 5 - B. Jadual Gaji Gred N17 : P1T1: RM 820.38 P1T24: RM 2151.35 P2T1: RM 871.81 P2T24: RM 2272.50 P3T1: RM 924.75 P3T24: RM 2397.95 (i) (ii) (iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), kepujian satu matapelajaran lain dan lulus matematik; atau Sijil Pelajaran Malaysia (Teknik/Vokasional) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), kepujian satu matapelajaran lain dan lulus matematik; dan Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai Sijil Komputer 1.6.A. Jawatan : PELUKIS PELAN NO. RUJUKAN : 358A/489/8/1 [ 8 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan B. Jadual Gaji Gred J17 : P1T1 : RM 843.06 P1T26 : RM 2325.37 P2T1 : RM 896.00 P2T26 : RM 2452.46 P3T1 : RM 950.45 P3T26 : RM 2583.95 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut; dan...6/-
- 6 - Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 1.7.A. Jawatan : PEKERJA AWAM NO. RUJUKAN : 358A/489/79 [ 77 KEKOSONGAN ] (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir B. Jadual Gaji Gred R1 : P1T1: RM 647.51 P1T14 : RM 1307.38 P2T1: RM 689.98 P2T14 : RM 1242.09 P3T1: RM 734.08 P3T14 : RM 1307.38 Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini (Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3 RM729.19); dan (c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. 2. TARAF KERAKYATAN: 2.1. Warganegara Malaysia 3. HAD UMUR : 3.1 Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan....7/-
- 7-3.2 Pegawai sedang berkhidmat yang layak dipertimbangkan untuk KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN hendaklah telah DISAHKAN DALAM JAWATAN dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 3.3 Bekas Anggota Tentera yang tidak menerima pencen dan telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan. 4. TARAF JAWATAN 4.1 Tetap. 5. PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON:- 5.1 Permohonan Secara Online 5.1.1 Pemohon-pemohon adalah digalakan membuat permohonan secara online dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.( spa.perak.gov.my ) atau di laman web SPA Online. ( spaperak.gov.my ) Atau 5.1.2 Pemohon-pemohon boleh menggunakan Borang SPA.PK.1(Pin.1/2004) yang boleh didapati di tempat-tempat berikut :- (c) MENCETAK DARIPADA LAMAN WEB ( http://www.perak.gov.my ) atau ( spa.perak.gov.my ) Di Pejabat:- SURUHANJAYAPERKHIDMATAN AWAM, NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PARAS 1, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH CARA POS IAITU DENGAN MENULIS SURAT SERTA MENYERTAKAN SAMPUL SURAT BERUKURAN 32 CM X 22 CM BERALAMAT SENDIRI SERTA BERSETEM 50 SEN KEPADA SETIAUSAHA SURUHANJAYA, PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK YANG BERALAMAT DI PARAS 1,KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,30000 IPOH. 5.1.3. Borang-borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap....8/-
- 8-5.1.4. Pemohon-pemohon yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL) atau pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut PU(A)(17).Pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa temuduga. 6. ALAMAT PERMOHONAN:- 6.1 Secara Online atau 6.2 Pemohon yang menggunakan borang permohonan SPA.PK1(Pin.1/2004) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:- 6.3 Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Perak Darul Ridzuan, Paras 1,Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Penglima Bukit Gantang Wahab, 30000 IPOH. Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum 9 April 2010. PERHATIAN PENTING (I) PERMOHONAN YANG LEWAT DITERIMA SELEPAS TARIKH DI ATAS TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. (II) SATU URUSAN PENAPISAN BAGI PERMOHONAN YANG DITERIMA AKAN DIBUAT OLEH SURUHANJAYA DAN HANYA PERMOHONAN YANG BERJAYA DALAM PENAPISAN SAHAJA YANG AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA. (III) PEMOHON-PEMOHON YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN SELEPAS (6) ENAM BULAN DARI TARIKH IKLAN DITUTUP HENDAKLAH MENGANGGAP PERMOHONAN TERSEBUT TIDAK BERJAYA