Ketua Unit Keusahawanan & PPRN, Kementerian Pendidikan Tinggi;

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir,

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak;

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

TALKING POINT PRESIDEN ANGKASA. SEMINAR CHANGE START WITH ME 30 SEPTEMBER 2017, AUDITORIUM ANGKASA Bismillahirahmanirahim

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Kebawah Duli Yang Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah al-haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Ucapan Aluan BRIG. JEN. DATUK PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BENGKEL SOA PROJEK-PROJEK RMK MAC 2014 * PUTRA PALACE

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN YBHG DATUK SERI SYED ALI AL HABSHEE PENGERUSI PNS SEMPENA: PROGRAM SEMBANG SANTAI FRANCAIS TARIKH: 5 APRIL 2016 (SELASA)

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

Teks Ucapan Perasmian YBhg. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA. Seminar Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu

Transkripsi:

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SIRI JELAJAH PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2017 @ PAHANG PADA HARI SABTU, 6 MEI 2017, PUKUL 9.00 PAGI DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI, UMP KAMPUS GAMBANG SALUTASI Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi; Professor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Penasihat Teknikal PPRN, Kementerian Pendidikan Tinggi; Yang Berbahagia Datin Dr. Syahira Hamidon, Ketua Unit Keusahawanan & PPRN, Kementerian Pendidikan Tinggi;

Rakan-rakan saya dari UMP: Yang Hormat Profesor Dato Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Yang Hormat Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); Ketua-ketua Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri; Pegawai-pegawai Utama, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab; Ketua-ketua Eksekutif Syarikat dan Industri; Tuan-tuan dan puan-puan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-nya, maka saya dapat bersama hadirin sekalian dalam Majlis Perasmian Siri Jelajah Project by Public Private- Research Network (PPRN) 2017 @ Pahang pada pagi ini. 2. Terlebih dahulu, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga UMP, saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian, khususnya kepada tetamu kehormat kita, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi ke UMP Kampus Gambang sempena acara ini.

3. Sesungguhnya, kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri merupakan manifestasi sokongan berterusan kepimpinan Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap inisiatif PPRN yang turut melibatkan penyertaan universiti-universiti awam, termasuklah UMP dalam mengupayakan perkongsian pintar yang berkesan antara sektor awam dan swasta 4. Maka, Siri Jelajah PPRN 2017 @ Pahang ini amat signifikan dalam konteks pengintegrasian kepakaran dan keperluan teknikal dengan penyertaan semua pemegang taruh yang berkenaan iaitu para pembuat dan pelaksana dasar dari sektor awam, para akademia dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi dan juga para penggerak sektor perniagaan, industri dan keusahawanan.

MENGUPAYA PERKONGSIAN PINTAR AWAM-SWASTA 5. Yang Berbahagia Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan; Kerjasama awam-swasta telah dikenalpasti sebagai antara pengupaya yang signifikan dalam konteks pembangunan negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum, seawal 1981 lagi, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan satu kerangka rasmi bagi memandu strategi dan inisiatif kerjasama awam-swasta melalui pengenalan Dasar Pensyarikatan Malaysia. 6. Maka, semangat perkongsian pintar awam-swasta, yang kini telah menjangkau inisiatif penyelidikan dan inovasi bukanlah sesuatu yang baharu buat kita. Dalam konteks evolusi semangat tersebut pada hari ini, kini universiti dan institusi penyelidikan awam turut berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem perkongsian pintar dengan komuniti industri dan perniagaan secara lestari.

7. Justeru, UMP turut melihat bahawa dalam konteks pertumbuhan ekonomi nasional, sektor awam dan industri adalah saling bergantungan. Maka, platform PPRN ini menyediakan ruang kepada universiti-universiti awam untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam konteks rangsangan ekonomi melalui khidmat rundingcara teknikal dengan mengambilkira faktor dasar semasa kerajaan dan produktiviti industri serta perniagaan. 8. Komitmen tinggi kerajaan dalam menggerakkan agenda ini tentu sekali menuntut penglibatan menyeluruh semua pihak, termasuklah Universiti Awam seperti UMP. Penubuhan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri merupakan mencerminkan keseriusan kerajaan bagi memastikan agenda ini terkoordinasi dengan baik melibatkan semua pemegang taruh yang berkenaan. 9. Maka, UMP sentiasa komited untuk mendukung agenda PPRN yang diterajui pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini dalam konteks pengwujudan ekosistem mesra pengetahuan (knowledgefriendly ecosystem) di mana pengetahuan dihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan awam dapat disebarkan bagi manfaat industri dan perniagaan yang memerlukannya.

10. Dalam konteks penterjemahan agenda PPRN di Universiti ini, Pusat Keusahawanan UMP telah dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan untuk menyusun strategi pelaksanaan yang berkaitan untuk diselaraskan dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020. 11. Untuk itu, sehingga akhir tahun 2016,UMP telah menyumbang kepakaran teknikalnya kepada 10 projek di bawah inisiatif PPRN dengan perolehan pembiayaan sebanyak RM357,000 dari Kementerian Pendidikan Tinggi. 12. Misi inisiatif PPRN yang memberi tumpuan kepada penjanaan pengetahuan dan perkongsian kepakaran daripada pihak universiti kepada komuniti industri dan perniagaan adalah turut senada dengan tagline Memasyarakatkan Teknologi yang mendasari pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020.

13. Dalam hubungan tersebut, UMP melihat tiga perkara berikut sebagai cabaran strategik yang perlu ditangani bagi memastikan keberhasilan inisiatif PPRN iaitu: a) Menggalakkan penyertaan ahli akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven); b) Meningkatkan produktivi PKS dan industri melalui adaptasi state-of-the-art atau teknologi yang bersesuaian; dan c) Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT kepada pengusaha PKS dan industri. 14. Sehubungan dengan itu, sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi, UMP melihat PPRN sebagai platform pemadanan yang amat berkesan bagi memudahcara inisiatif kolaborasi dengan industri yang memberi pulangan manfaat kepada kedua-dua pihak.

PENUTUP 15. Yang Berbahagia Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan, Mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas pemilihan UMP sebagai tuan rumah bagi Siri Jelajah PPRN di negeri Pahang untuk edisi kali ini. 16. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak, sama ada dari dalam atau luar UMP yang telah menyumbangkan khidmat dan tenaga bagi menjayakan pelaksanaan Siri Jelajah PPRN 2017 @ Pahang di UMP Kampus Gambang ini. 17. Mudah-mudahan usaha murni ini akan terhitung di sisi Allah Ta ala sebagai amalan dan ilmu yang bermanfaat yang seterusnya dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak tindakan yang memberi faedah secara menyeluruh kepada rakyat dan negara Malaysia yang tercinta. Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.