Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 13 Mac 2015 / 22 Jamadilawal 1436 Etika Dalam Memberi Nasihat

dokumen-dokumen yang mirip
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

3 Wasiat Agung Rasulullah

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Serial Akhlak Muslim : Amanah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

CAPAN KHATAMAN USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD* 1. Hidup Dihiasi Adab

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

Modul ke: Kesalehan Sosial. Fakultas. Rusmulyadi, M.Si. Program Studi.

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

TAKABUR (SOMBONG) Ustzh. Umi Hanik

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

LALUAN KEHIDUPAN

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Mendidik Anak dengan Teladan Shaleh

BAB III PENYAJIAN DAN ANALISIS DATA

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Pengajaran Dari Surah Maryam Bahagian 1. Muhammad Haniff Hassan /

Ditulis oleh : Hajar Abdullah


Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Cahaya di Wajah Orang-Orang Yang Memahami Ilmu Agama

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46).

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

06. Taubat dan pengajaran melalui perkataan

Hari Kiamat, Hari Pembalasan

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

Mengimani Kehendak Allah


Keistimewaan Hari Jumat

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Kehidupan Seorang Pembelajar

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

HUBUNGAN SEKSUAL SUAMI-ISTRI Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Pertanyaan:

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Khutbah Jum'at. Memaafkan Sesama Sebelum Ramadhan Tiba. Bersama Dakwah 1

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

Khotbah yang Menggelisahkan

Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Dan kemarahan itu sering menimbulkan perkara-perkara negatif, berupa perkataan maupun perbuatan yang haram.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

Kewajiban Pemerintah dan Rakyat


Malam Nisfu Syaaban.

Jika kamu mengikuti kebanyakan manusia di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. [Q.S. 6 : 116]

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

Jangan Mudah Melaknat dan Mencela

Tauhid Yang Pertama dan Utama

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tegakkan Shalat Dengan Berjamaah

Fadhilat Berbaik Sangka

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

SAH 123 : AKHLAK BAB 4: PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan maksud pembentukan akhlak mulia.

Transkripsi:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 13 Mac 2015 / 22 Jamadilawal 1436 Etika Dalam Memberi Nasihat Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Di saat yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita memohon kepada Allah s.w.t. agar keimanan dan ketakwaan kita terus dipeliharanya. Mudah-mudahan juga, Allah s.w.t. membantu kita menzahirkan keimanan kita melalui peribadi dan akhlak yang indah. Amin ya Rabbal alamin. Saudaraku, Pada minggu lalu, khutbah telah membicarakan tentang akhlak terpuji yang sewajarnya menjadi hiasan diri setiap Muslim. Kita juga telah diingatkan akan kepentingan penghayatan aspek 1

akhlak dan etika dengan cara yang menyeluruh dan bukan dengan cara yang terbatas. Jika ibadah seorang mukmin itu benar-benar ikhlas untuk Allah maka ia pasti menjadikan beliau seorang yang berakhlak indah. Beliau tidak akan pernah merasakan jemu menerima nasihat orang lain dan memberinya. Begitulah ciri orang yang beruntung di sisi Allah s.w.t. sepertimana yang difirmankan di dalam Surah Al- Asr ayat 1-3: Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Ayat-ayat ringkas ini mengingatkan kita akan kepentingan nasihat menasihati antara kita. Bahkan Nabi s.a.w. sendiri bersabda: Yang bermaksud: Agama itu adalah nasihat. [Hadith riwayat Imam Muslim] 2

Nasihat merupakan ciri dakwah penting yang kini dilakukan melalui pelbagai wadah interaksi sesama manusia. Di samping memberi nasihat secara bersemuka, nasihat juga dapat disampaikan melalui rangkaian-rangkaian sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya. Apa jua wadah yang digunapakai, apa jua peningkatan atau evolusi alat perhubungan antara manusia; asas panduan dalam nasihatmenasihati telah dijelaskan agama. Saudaraku, Menurut pandangan Imam Al-Ghazali r.a. nasihat itu adalah untuk kita menginginkan kekalnya nikmat Allah ke atas saudara kita. Itulah pengertian dan juga objektif yang pertama dalam menyampaikan nasihat. Ia bermula dengan menaruh niat ikhlas serta mengharapkan kebaikan untuk semua. Inilah akhlak dan ciri yang pertama yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang ingin mengamalkan sunnah nasihat menasihati antara satu dengan yang lain. Perhatikan keikhlasan di hati ini tatkala menegur teman. Adakah kita ini menasihati kerana benar-benar mengharapkan perubahan dan suatu peningkatan, atau kita hanya melakukan demikian kerana kita merasakan diri kita lebih baik atau kita merasa hebat dapat menegur atau memperbetulkan orang lain? Dalam kita menasihati seseorang jangan lah lupa untuk kita mendoakan agar Allah membimbing kita terlebih dahulu agar dapat memberi nasihat yang boleh diterima dan kemudian mendoakan saudara yang kita ingin nasihati. 3

Saudaraku, Tambahan dari ini, antara etika dan adab yang perlu juga diperhatikan seseorang dalam memberi nasihat kepada temannya adalah untuk tidak membuka keaiban dan kekurangan temannya atau mempersenda orang yang ingin kita cuba nasihati. Pernah suatu ketika saudara, Nabi s.a.w. ingin memberi nasihat kepada masyarakat umum berkaitan dengan pemahaman beberapa individu yang kurang tepat; Nabi s.a.w. tidak menyebut nama mereka di khalayak ramai. Kerana ia boleh mengakibatkan dirinya merasa malu. Akan tetapi baginda menggunakan lafaz umum seperti: Yang bermaksud: Mengapa sebahagian dari kaum, kemudian baginda mulakan nasihatnya. Hari ini pula saudara, malangnya kita menyaksikan di media sosial, atas nama menasihati, sebahagian individu memalukan dan mempersenda bukan sahaja individu yang ingin dinasihati, bahkan menjatuhkan maruah keluarganya. Tanyakan kepada diri kita sendiri saudara, seandainya kita ini telah melakukan sesuatu kesilapan atau terdapat kekurangan, kemudian orang mengaibkan atau memalukan kita atas nama menasihati, apa agaknya perasaan kita? Adakah kita akan dengan mudah menerima nasihat orang yang telah 4

mengaibkan kita atau sebaliknya? Begitu jugalah hendaknya jika kita benar-benar ikhlas inginkan teman kita menjadi lebih baik dan menerima nasihat kita. Nasihat yang tidak dihiasi adab dan pendekatan akhlak yang indah bukanlah suatu nasihat. Bahkan ia mungkin sahaja akan menjauhkan seseorang daripada kebaikan. Ingatlah saudaraku, selain dari diri Nabi s.a.w., tiada insan yang maksum serta bebas dari kesilapan dan cacat cela. Termasuk diri saya dan tuan-tuan yang lagi mendengar khutbah ini. Kita semua mengharapkan agar Allah s.w.t. menutupi keaiban diri kita, samada di dunia, apatah lagi di akhirat kelak. Nabi bersabda: Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan keaiban yang lain, melainkan Allah akan menyembunyikan keaibannya pada hari kiamat. [Hadith riwayat Imam Muslim] Saudaraku, Adapun ciri yang ketiga adalah memerhatikan hikmah dan berlemah lembut dalam memberi nasihat. Sikap inilah yang akan menjadikan insan lain lebih mudah dan selesa untuk menerima nasihat. Ia berbeza sekiranya kita menggunakan pendekatan kasar, provokasi dan melakukan kekacauan. Rasulullah s.a.w. bersabda: 5

Yang bermaksud: Bahawasanya sikap lemah-lembut tidak akan berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, jika lemah-lembut itu dicabut dari sesuatu, maka ia akan membuatnya menjadi buruk. [Hadith riwayat Imam Muslim] Aspek berhikmah dalam menegur itu menjadi kritikal, lebih-lebih lagi tatkala kita menyaksikan sebahagian hamba Allah s.w.t. yang kerana memiliki semangat keagamaan yang berkobarkobar dan dengan alasan ingin menegakkan yang hak, melanggar garispandu dan etika yang ditetapkan agama dalam memberi nasihat. Sebagai contoh, pastinya cara kita menegur orang yang sudah lama menjadi ahli masjid, berbeza dengan cara dan pendekatan kita menegur seorang anak muda yang baru berjinak-jinak dengan agama. Bayangkan saudaraku, apakah agaknya perasaan si anak muda itu, sekiranya -sebagai contoh - dari jauh sudah ada yang menarik suara dan menegur cara pemakaiannya di dalam masjid? Oleh itu perhatikan aspek berhikmah dalam memberi teguran dan nasihat. Semoga melalui nasihat dan teguran yang diberi, ia bakal membawa kepada kebaikan untuk umat dan masyarakat. Dan semoga diri kita ini sentiasa dikurniakan illahi taufiq untuk mencontohi akhlak dan pekerti Saidina Nabi s.a.w. Amin Ya Rabbal Alamin. 6

7