Hukum Berzikir dan Berdoa dengan meninggikan suara. Imam As-Syafie seorang yang tawaduk

dokumen-dokumen yang mirip
juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

Selain itu hukum wajib atas Khutbah Jum'at, dikarenakan Nabi tidak pernah meninggalkannya. Hal ini termasuk dalam keumuman hadits:

BAB I PENDAHULUAN. sesuai dengan penciptaan manusia. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

Definisi Khutbah Jumat

Bukti Cinta Kepada Nabi

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Hak Cipta Terpelihara :

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Malam Nisfu Syaaban.

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

[SYARAT & KEHATI-HATIAN ULAMA SALAF DALAM BERFATWA]

Hukum Mengqadha' Puasa Ramadhan

: : :

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

HADITS SUMBER AJARAN ISLAM KEDUA. Oleh Drs. H. Aceng Kosasih, M. Ag

ZIKIR SESUDAH SHALAT.

Membaca Sebagian Al-Quran Dalam Khutbah Jum'at

Puasa Sunah Asyura: Waktu dan Keutamaannya

1 Copyright 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy

: :

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Memperbaiki Kesalahan dalam Bulan Ramadhan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 3)

KELUARGA SAMARA BERSAMA RADIO IMSA. Topik 2: TERUS TERANG DAN BATASANNYA

Ji a>lah menurut masyarakat Desa Ngrandulor Kecamatan Peterongan

Doa Setelah Khatam al-qur`an

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

Kisah Heraclius dengan Abu Sufyan

Ikutilah Sunnah dan Jauhilah Bid'ah

Al-Hadits Tuntunan Nabi Mengenai Islam. Presented By : Saepul Anwar, M.Ag.

Hukum Selamatan Kematian (Tahlilan)

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

Keutamaan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

" Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu,...

BAB IV ANALISIS. Setelah mengetahui legalitas şallallahu alaihi wasallam dan alaihi

Sifat Allah Al-Hayiyyu, Yang Maha Pemalu

2. Jika memang ada haditsnya, Kenapa dosa meratapi mayit ditimpakan ke mayit, padahal yg melakukan kesalahan itu adalah orang lain.

Analisis Hadis Kitab Allah Dan Sunahku

Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam (Ali Imran: 19)

Kekeliruan Sebagian Umat Islam di Bulan Rajab

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

Fidyah. "Dan orang-orang yang tidak mampu berpuasa hendaknya membayar fidyah, dengan memberi makanan seorang miskin." (Al Baqarah : 184)

Kewajiban Seorang Muslim Terhadap Alquran

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Berani Berdusta Atas Nama Nabi? Anda Memesan Sendiri Tempat di Neraka

Membatalkan Shalat Witir

Jika Beragama Mengikuti Kebanyakan Orang

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

Memburu Malam Seribu Bulan

Kelemahan Hadits-Hadits Tentang Mengusap Muka Dengan Kedua Tangan Sesudah Selesai Berdo'a

Pada dasarnya setiap persoalan yang berkaitan dengan mu amalah hukumnya halal, sehingga ada dalil yang mengharamkannya. (Lihat: Muhammad bin

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ZUHRI USUL TAFSIR. minggu kedua: ASBABUN NUZUL. 6 April 2017 Ustazah Rohana Ithnin

SUJUD SAHWI Syaikh Muhammad bin Shalih Al- Utsaimin

BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH

Menyikapi Fenomena Gerhana. Oleh: Muhsin Hariyanto

Sifat Shalat Istisqa (Minta Hujan)

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

BID AH SHALAT RAGHAIB

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh


TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Khutbah Jum'at. Keutamaan Bulan Sya'ban. Bersama Dakwah 1

Menggapai Kejayaan Islam

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI


Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

: :

TAFSIR AL QUR AN UL KARIM

Penulis: Abu Abdil Muhsin Firanda Andirja

Tata Cara Qunut dan Kadarnya

Qunut dalam Shalat Witir

BAGAIMANA MEMILIH PENDAPAT DALAM BERAGAMA LIQA 23 JUNE Oleh Erwin Mazwardi

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

HADITS MASYHUR. Definisi

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

APAKAH DIBOLEHKAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SEBAGIAN KETAATAN DIA MENGHARUSKAN DIRINYA MELAKUKAN IBADAH TERTENTU?

Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan urusan kami (tidak ada contohnya) maka (amalan tersebut) tertolak (Riwayat Muslim)

Menjual Rokok HUKUM SEORANG PEDAGANG YANG TIDAK MENGHISAP ROKOK NAMUN MENJUAL ROKOK DAN CERUTU DALAM DAGANGANNYA.

Mengangkat Kedua Tangan Saat Qunut

Adab Makan Yang Dilupakan Muhammad Abu Hamdan

Transkripsi:

Hukum Berzikir dan Berdoa dengan meninggikan suara Persoalan yang akan dibincangkan disini bukanlah suatu persoalan yang baru bahkan merupakan persoalan yang diperdebatkan dari generasi ke generasi dan akan berlarutan selagi mana kita tidak berlapang dada dan tidak cuba mengkajinya secara ilmiah. Kita merasa terkilan kepada sebahagian yang mendakwa bermazhab Syafie tetapi sebenarnya telah berdusta dan mengkhianati Imam As-Syafie Rahimahullah (204H) dengan menyatakan apa yang tidak dinyatakan oleh Imam As-Syafie sendiri. Ini semua berpunca dari kejahilan dan sikap malas untuk membuka sendiri kitab-kitab Imam Syafie. Akhirnya hanya mendengar dan menerimanya tanpa dikaji adakah ianya benar atau tidak. Disini kita tidak menyatakan bahawa Haramnya bermazhab, bahkan wajib bagi mereka yang tidak mampu untuk mencari dalil dari Al-Quran dan Sunnah untuk bertaqlid dengan pendapat ulama-ulama mazhab. Cuma yang diingkari ialah sikap Tabsub kepada Mazhab seolah-olah mazhab merekalah yang benar dari mazhab yang lain. Imam As-Syafie seorang yang tawaduk Disini dibawakan kata-kata Imam As-Syafie Rahimahullah yang menunjukkan betapa tawadub nya beliau juga saranan supaya meninggalkan pendapatnya sekiranya bertentangan dengan sunnah Rasulullah Sallallhu alaihi wasallam Telah disepakati bahawa sesiapa yang telah jelas baginya Sunnah dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, tidak halal baginya mengambil pendapat yang lain. Sekiranya kamu dapati di dalam kitabku ini apa-apa yang menyanggahi Sunnah maka ambillah Sunnah Rasulullah dan tinggalkan pendapatku (dalam riwayat lain) maka ikutilah ia (Sunnah) dan janganlah kamu mengambil pendapat yang lain. Sekiranya Sahih sesuatu Hadith, (sanad dan matan) maka itulah Mazhabku. 1 / 7

Berkata Imam Syafie kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Kamu lebih mengetahui Hadith dan Rawinya daripada Aku, sekiranya sesuatu hadith adalah sahih beritahulah kepadaku sama ada dari Kufah atau Basrah atau Syam. aku akan ke sana sekiranya hadith itu sohih. Setiap perkara yang sahih dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bercanggah dengan pendapatku, maka aku menarik semula daripadanya semasa aku hidup dan selepas kematianku. Sekiranya kamu dapati aku berkata sesuatu, tetapi thabit daripada Rasulullah berlawanan dengan pendapatku, ketahuilah ketika itu aqalku telah hilang. Setiap hadith dari nabi sallallhu alaihi wasallam merupakan pendapatku, walaupun kamu tidak pernah mendengarnya daripadaku. (Maksudnya, beliau tidak akan menyangkal hadits yang telah disepakati shahihnya demi untuk menegakkan hujah dan pendapat beliau) Sekiranya diperhatikan kepada kata-kata Imam syafie ini kita dapati bahawa Imam Syafie tidak akan mendahulukan kata-katanya daripada Allah dan Rasul seperti mana yang difirmankan Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 1: wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahulukan kata-katamu daripada Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Tetapi yang berlaku pada hari ini sekiranya ada orang yang membawakan hadith yang sahih, berlainan apa yang dipelajari dari mazhabnya, maka hadith nabi diketepikan disebabkan taksub memegang pendapat mazhab masing-masing, adakah perbuatan tersebut mengikut seperti mana yang diwasiatkan oleh Al-Imam As-Syafie, Sekiranya Sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku Fikirkan dan renungkanlah adakah kita lebih alim dari Imam Syafie yang ilmunya jika dibandingkan dengan kita, bagaikan setitis air ditengah lautan. Kesimpulannya siapakah yang lebih menyayangi dan menyanjungi tokoh ini yang digelar Nasirus Sunnah mujaddid ke 2 selepas Umar bin Abdul Aziz. Adakah mereka yang mendakwa bermazhab syafie tetapi mengkhianati dan mendustai Beliau dengan mengatakan apa yang tidak Beliau katakan? Ataupun mereka yang mengikut Manhaj yang telah dilalui oleh Tokoh ini Imam As-Syafie Rahimahullahu.? 2 / 7

Hukum Berzikir dan berdoa beramai-ramai dengan suara yang nyaring. 1. Al-Imam Syafie menyebutkan tentang permasalahan ini di dalam kitabnya yang masyhur Al-Umm di dalam :- Bab perkataan Imam selepas salam. Hadith bernombor 264 bermaksud Rasulullah sallallhu alaihi wasallam selepas memberi salam, baginda berzikir dengan kuat. ( sehingga akhir hadith) Berkata As-Syafie : Mana-mana imam yang berzikir dengan apa yang dinyatakan secara kuat atau nyaring atau perlahan atau yang lain adalah baik. Aku berpendapat imam dan makmum berzikir selepas selesai solat secara perlahan, kecuali bertujuan mengajar, maka dikuatkan. Setelah itu diperlahankan semula. Begitu juga dengan doa, tidak dikuatkan dan jangan pula perlahan sehingga tidak didengari olehnya. ( Lihat : Al-Umm, Muhammad bin Idris As-Syafie, jilid 2 muka surat 288, kitab As-Solat ) 2. Di dalam Fathul Bari kitab yang mensyarahkan Sohih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar Al-Asqalani (852 Hijrah) menyatakan ketika mensyarahkan hadith :- Maksud hadith : (841) Sesungguhnya meninggikan suara ketika selesai dari solat-pernah berlaku pada zaman Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Berkata Ibn Abbas : Aku mengetahui selesainya solat itu apabila aku mendengarnya (zikir) Maksud Hadith : (842) Dari Ibn Abbas Radiallahu anhuma berkata: Dulu aku mengetahui selesainya solat nabi Sallallahu alaihi wasallam dengan Takbir. 3 / 7

Ibn Hajar menuqilkan dari Ibn Battal di dalam utbiah dari Malik bahawa yang demikian itu Muhdath (bid ah). kemudian dia menyatakan dari segi konteks hadith menunjukkan bahawa para Sahabat nabi tidak mengangkat suara mereka pada waktu itu seperti mana yang diriwayatkan oleh ibn Abbas. Ibn Hajar Al-Asqalani berkata : Ada pun pendapat yang mengaitkan perbuatan berzikir secara kuat itu dilakukan oleh sebahagian sahabat boleh dipertikaikan bahkan kalaupun ada para sahabah yang dikaitkan pada masa itu hanyalah sedikit. Imam An-Nawawi berkata : Imam As-Syafie berpendapat bahawa mereka menguatkan suara ketika berzikir hanyalah seketika dan bertujuan untuk mengajar cara-cara berzikir, dan tidak pula mereka berterusan berzikir dengan cara menguatkan suara oleh itu pendapat yang dipilih ialah imam dan makmum berzikir dengan cara perlahan (tidak meninggikan suara) kecuali apabila hendak mengajar. Perkataan Ibn Abbas bahawa beliau mengetahui selesainya solat nabi dengan takbir, berkata Iyadh. secara jelasnya hadith menunjukkan bahawa Ibn Abbas tidak hadir berjamaah kerana pada masa itu dia masih kecil dan tidak wajib baginya solat berjamaah, oleh yang demikian dia mengetahui selesainya solat dengan mendengar zikir atau takbir. Pendapat yang lain menyatakan bahawa Ibn Abbas hadir solat jamaah tetapi berada di saf yang terakhir, oleh itu dia tidak mengetahui selesainya solat dengan salam tetapi dia mengetahuinya dengan takbir. Ibn Daqiqil Ied berpendapat bahawa hadith itu menunujukkan bahawa suara tidak dapat sampai kepadanya kerana jauh. Rujukan: (Fathul Bari Syarh Sohih Al-Bukhari, Kitab Al-Azan, Bab berzikir selepas solat, jilid 2, muka surat 419-421.) 3. Hadith yang sama (di atas, riwayat bukhari) juga terdapat di dalam Sohih Muslim yang di syarahkan oleh Al-Imam An-Nawawi As-Syafie (676 Hijrah). 4 / 7

Imam Nawawi berkata : Ibn Battal dan yang lainnya menuqilkan sesungguhnya bersepakat bahawa tidak di sunnahkan mengangkat suara ketika berzikir dan bertakbir. Beliau juga menuqilkan dari Imam Syafie seperti yang telah dinyatakan. Rujukan: (Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim oleh Al-Imam An-Nawawi, Bab Zikir selepas Solat, jilid 5, muka surat 85) 4. Begitu juga yang disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudatu al-tholibin, beliau menyebut : Disunnahkan berdoa selepas salam secara senyap, kecuali imam hendak mengajarkan kepada yang hadir cara berdoa. * Pentahqiq kitab Raudatu al-tholibin Syeikh Adil dan Syeikh Ali Muhammad di dalam nota kakinya menyatakan apa yang dilakukan orang awam dengan menguatkan suara ketika berzikir selepas solat dan menjadikannya adat bukan bertujuan mengajar maka ia termasuk di dalam Bid ah yang mungkar yang sepatutnya dihalang dari melakukannya. ( Raudhah Al- Tholibin, jilid 1 muka surat 374) 5. Al-Imam Ibn al-qayyim (751H) menyatakan Doa selepas salam sama ada mengadap kiblat atau mengadap makmum, yang demikian itu bukanlah dari petunjuk nabi sallallahu alaihi wasallam dan tidak diriwayatkan daripada nabi dengan sanad yang sahih juga tidak diriwayatkan dengan sanad yang hasan. Imam Ibn al-qayyim seterusnya menegaskan bahawa umumnya doa dilakukan ketika berada di dalam solat kerana solat bererti munajat kepada Allah. Oleh yang demikian mengapa tidak berdoa ketika sedang bermunajat kepada Allah. Sedangkan masa yang paling hampir seorang hamba kepada Allah adalah di dalam solatnya. Rujukan: ( Ibn al-qayyim, Zadul Mabad, jilid 1, muka surat 249-250) 6. Di dalam kitab Fiqh Manhaji iaitu kitab yang ditulis mengikut mazhab Syafie yang ditulis oleh ulama mazhab Syafie pada masa kini Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha dan Ali As-Syarbaji dalam masalah Istighfar, zikir dan doa juga menyatakan Tidak ada tegahan meninggikan suara bagi imam apabila bertujuan hendak mengajar, dan sekiranya mereka sudah mengetahuinya hendaklah kembali merendahkan suara. (jilid pertama muka surat 158) 5 / 7

7. Di dalam Kitab Al-Qaulul Mubin fi Akhta Musollin yang ditulis oleh Syeikh Masyhur Hassan Salman. Bukanlah dari Sunnah apa yang dilakukan orang duduk selepas solat untuk membaca zikir-zikir dan doa-doa yang mathur atau yang tidak mathur dengan meninggikan suara secara berjamaah. 8. Dr Wahbah az Zuhaili menyatakan zikir-zikir dibuat secara perlahan kecuali jika diajarkan kepada yang hadir maka dikuatkan sehingga mereka mengetahuinya. Rujukan: ( Al-Fiqhul Islami wa Adillatuh, jilid 1 muka surat 801) 9. Syeikh Ali Mahfuz, iaitu anggota Jamaah Kibar Al-Ulama di Al-azhar as-syarif (1361 H) menyatakan, perbuatan yang dikira Bid ah Makruhah (dibenci) dalam solat ialah meninggikan suara di masjid secara berjamaah serta berterusan dalam melakukannya sehingga orang awam menyangkakan ianya dari kesempurnaan solat, sedangkan yang sunnahnya bersendirian. Maka perbuatan demikian bukanlah dari nabi sallallahu alaihi wasallam, juga bukan dari para sahabah. Begitu juga dengan doa. Rujukan : (Syeikh menjelaskan dengan panjang lebar dalam kitabnya Al-Ibda fi Madarril Ibtida, muka surat 284-286) Kesimpulan dari pandapat-pendapat para Ulama bahawa perbuatan berzikir dan berdoa beramai-ramai dengan meninggikan suara selepas solat bukanlah Sunnah untuk diikuti, juga tidak diriwayatkan dari kalangan salaf iaitu generasi yang awal melakukannya. Sekiranya ianya Sunnah sudah pasti para sahabat nabi akan meriwayatkannya dan melakukannya. jikalau sekiranya ianya baik nescaya kita akan berlumba-lumba melakukannya. Rujukan: 1. Ibn Hajar al-asqalani, Fathul Bari syarh sohih al-bukhari, cetakan Dar al-salam. 6 / 7

2. An-Nawawi, Abi Zakaria, Al-Minhaj syarh sohih Muslim ibn Hajjaj, cetakan Dar al-marifah. 3. An-Nawawi, Abi Zakaria, Raudhah al-tholibin, cetakan Dar al-kutub al-ilmiah. 4. As-Syafie, Muhammad b.idris, Al-Umm, cetakan Dar al-wafa. 5. Ibn al-qayyim al-jauziyyah, Zadul Maad, cetakan Muassasah al-risalah. 6. Syeikh Ali Mahfuz, al-ibda fi Madarril Ibtida, cetakan Dar al-kutubul Ilmiyyah. 7. Masyhur Hassan Salman, Al-Qaulul Mubin fi Akhtho al-musollin, cetakan Dar Ibn al-qayyim dan Dar Ibn Hazm. 8. Dr.Mustofa al-khin, Dr.Mustofa al-bugha, Dr. Ali Syarbaji, al-fiqh al-manhaji ala Mazhab al-imam as-syafie, cetakan Dar al-qalam. 9. Dr.Wahbah az-zuhaili, Al-Fiqh al-islami wa Adillatuhu, cetakan Dar al-fikr. 7 / 7