UCAPAN PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN PROJEK SANGKAR IKAN KONSORTIUM KOPERASI TERNAKAN IKAN NEGERI PAHANG Bismillahirahmanirahim 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh, Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Salam 1Koperasi 2
Naib Presiden Merangkap Pengerusi J/kuasa Sektor Perladangan, Pertanian Dan Industri Asas Tani ANGKASA Dato Hj Kamarudin Ismail 3
Pengarah SKM Negeri Pahang Tn. Hj Ibrahim Bin Kasah Penolong Pengarah SKM Wilayah Temerloh En. Shukor Bin Abdullah 4
Pengerusi JPAN Pahang Zon 2 Tn. Hj Mansor Ab Rahman Pengerusi Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Tn Hj Mohd Nor Yatim 5
Pengurus Besar Sektor Perladangan Pertanian Dan Industri Asas Tani ANGKASA En. Hasnan Hj Mustapha 6
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Koperat ANGKASA Tn Hj Borhan Mat Aris Ahli Ahli Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang 7
Tuan -Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. 1. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanawa Ta ala kerana diberi kesempatan untuk kita bersama - sama dalam Majlis 8
Perasmian Projek Sangkar Ikan Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad. 2. Tahniah saya ucapkan kepada Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad atas 9
usahanya untuk menjalankan projek ternakan ikan sangkar yang sepatutnya telah lama dijalankan selaras dengan nama konsortium. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 10
3. Industri Akuakultur telah berkembang pesat di Malaysia sebagai salah satu sumber pengeluaran makanan utama negara. Koperasi tidak terkecuali melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti akuakutur 11
terutamanya ternakan ikan untuk menambah serta mempelbagaikan pendapatan koperasi. 4. Selaras dengan matlamat yang digariskan di bawah National Key Economic Area (NKEA), ANGKASA 12
berusaha meningkatkan penglibatan koperasi di dalam sektor Akuakultur khususnya dalam penternakan ikan. ANGKASA telah berjaya menggabungkan koperasi koperasi di bawah nama Konsortium 13
Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad. 5. Dengan objektif: untuk memperkasakan penternakan Akuakultur ikan air tawar melalui penglibatan koperasi; 14
menghapuskan orang tengah; dan membantu Kerajaan dalam memaksimakan pencapaian matlamat di bawah NKEA. 6. Alhamdulilah saya berbangga dengan inisiatif konsortium Ternakan 15
Ikan Negeri Pahang ini dalam aktiviti penternakan ikan di Sungai Pahang dengan permulaan 20 petak sangkar. Spesis utama ternakan yang dicadangkan adalah ikan patin dan ikan tilapia. Diharapkan aktiviti ini akan dikembangkan agar usaha ini 16
memberikan impak yang lebih besar pada masa akan datang. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 7. Pihak ANGKASA telah memberikan pendahuluan modal 17
berjumlah RM 500ribu menerusi perjanjian Qadrul Hassan untuk pembangunan aktiviti perniagaan konsortium ini. Diharapkan konsortium memanfaatkan sepenuhnya pinjaman tersebut untuk kepentingan koperasi koperasi ahli. 18
8. Dasar AgroMakanan Negara 2010-2020 telah mensasarkan pengeluaran akuakutur ikan air tawar sejumlah 313,000 ( tiga ratus tiga belas ribu ) metrik tan. Diharapkan dengan penglibatan konsortium dalam aktiviti ternakan 19
ikan di Sungai Pahang ini dapat membantu menyumbang kepada sasaran kerajaan ini. 9. Bagi mencapai matlamat ini banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi 20
perikanan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Perikanan. Koperasi juga berpeluang mendapat perkhidmatan yang ditawarkan itu. 21
10. Konsortium perlu mempunyai inisiatif dan usaha sendiri untuk mencari peluang-peluang baru di persekitaran sendiri yang mempunyai nilai komersial yang boleh menambahkan pendapatan dalam 22
masa yang sama diperlukan anggota-anggota. 11. ANGKASA akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu membangunkan perniagaan koperasi. Kejayaan gerakan koperasi 23
tidak dijayakan oleh sebuah koperasi tetapi oleh seluruh koperasi di negara ini. Kejayaan akan tercapai apabila kita bekerjasama dan bersatu. 12. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk 24
mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini. Saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim merasmikan Projek Ternakan Ikan Sangkar Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad. 25
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu alaikum WarahmatullahiWabarakatuh. 26