TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KEMBARA RADIO MALAYSIA PAHANG FM BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PADA HARI AHAD, 3 FEBRUARI 2013, PUKUL 12:00 TENGAH HARI DI SEKOLAH KEBANGSAAN JANDA BAIK, BENTONG SALUTASI Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang; Yang Hormat Dato Toantowee Mohd Lotfie, Pegawai Daerah Bentong; Yang Berbahagia Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMP; Yang Berusaha Puan Zuraida Mohammad Arif, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Pahang; Yang Berusaha Tuan Haji Jahari Arop, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Janda Baik; 1
Yang Berusaha Encik Kamaruddin Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Janda Baik; Saudara Mohd Na em Suhaimi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP; Warga Kampung Janda Baik; Para peserta Program Kembara Radio Malaysia Pahang FM Bersama Universiti Malaysia Pahang; Para mahasiswa; Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi; Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 2
KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin- Nya, maka kita berpeluang untuk bertemu dalam majlis penutup Program Kembara Radio Malaysia Pahang FM Bersama UMP pada hari ini. 2. Terlebih dahulu, bagi pihak warga UMP, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob atas kesudian melapangkan masa untuk menyempurnakan majlis ini. 3. Sesungguhnya, Universiti Malaysia Pahang amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi rakan kongsi Radio Malaysia Pahang FM untuk menjayakan pelaksanaan Program Kembara ini. Seramai 52 mahasiswa dan warga kerja UMP turut terlibat sebagai peserta program yang bermula sejak semalam. 3
4. Kesempatan ini, ditambah pula dengan ruang masa yang terluang sempena cuti semester merupakan peluang keemasan kepada para peserta dari UMP untuk memasyarakatkan diri mereka melalui pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang dua hari program ini. 5. Walaupun dibatasi oleh perimeter masa yang terhad, namun Alhamdulillah, permukiman singkat di Kampung Janda Baik ini tetap mampu menampilkan enam aktiviti yang mensasarkan empat segmen komuniti kawasan ini iaitu Kanak-kanak, Remaja, Masyarakat dan Pendidikan. 6. Justeru, program kembara ini menyentuh setiap kelompok dalam masyarakat setempat. Saya percaya, aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Sukaneka, Kenduri Rakyat, Motivasi Pelajar, Ceramah Agama dan Kuiz sepanjang program ini telah berjaya merapatkan lagi silaturrahim antara para peserta dan warga Kampung Janda Baik ini. 4
PENJENAMAAN UMP MELALUI AKTIVITI LIBATSAMA KOMUNITI 7. Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja, tuan-tuan dan puan-puan, Pelaksanaan program ini adalah manifestasi komitmen UMP untuk memasyarakatkan kewujudannya sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam agar kewujudannya dirasai, kehadirannya dapat dilihat dan suaranya didengari masyarakat. 8. Sebagai sebuah universiti yang memfokus kepada bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, UMP turut komited untuk meningkatkan literasi ilmu masyarakat, khususnya generasi muda terhadap bidang-bidang tersebut. Ini adalah selaras dengan dua Bidang Keberhasilan Utama dalam kerangka Pelan Strategik UMP 2011-2015 iaitu Pembangunan Sosio-ekonomi dan Penjenamaan Untuk Penjajaran Strategik. 5
9. Justeru, Program Kembara Radio Malaysia Pahang FM Bersama Universiti Malaysia Pahang ini mendukung tiga objektif utama iaitu: i. Memasyarakatkan kampus dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi nilai tambah kepada komuniti; ii. Menyuburkan hubungan yang harmoni antara UMP dengan media dan masyarakat melalui perkongsian pintar; dan iii. Mempromosikan jenama UMP sebagai sebuah Universiti Teknologi Pilihan Utama. 6
KATA PENUTUP 10. Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja, tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak warga UMP merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pihak Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Pahang, Radio Malaysia Pahang FM atas kerjasama ini yang Insya-Allah akan terus berkesinambungan. 11. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Kampung Janda Baik atas sambutan dan layanan mesra yang telah diberikan kepada para peserta sepanjang program ini berlangsung. 12. Dengan sokongan berterusan semua pihak, khususnya Kerajaan Negeri Pahang, saya percaya program seumpama ini akan terus dapat dilestarikan penganjurannya untuk faedah bersama pada masa hadapan, Insya-Allah. 7
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh. 8