UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA 1
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2018 28 JULAI 2018 (SABTU), GELANGGANG PETANQUE, SMK SERI BENTONG, KARAK, BENTONG, PAHANG 2
Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terima Kasih Pengacara Majlis 3
YBhg. Dato Syed Ali Syed Mohammad Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 dan Barisan Ahli Jawatankuasanya 4
YBhg. Tuan Hj Mohd Zahidi Hj Husain Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 dan Barisan Ahli Jawatankuasanya 5
YBhg. Tuan Hj Mansor Ab. Rahman Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 2 dan Barisan Ahli Jawatankuasanya Wakil-Wakil Agensi Kerajaan 6
Barisan Juri Kejohanan Petanque Para Peserta Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Pahang 2018 [TAMBAHAN SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA] 7
Pegawai-Pegawai ANGKASA Pusat dan Negeri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Para Hadirin yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ALLAH Subhanahu Wa 8
Ta,ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Pahang bagi Tahun 2018. 9
2. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kejohanan petanque yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan juga kepada 10
tetamu dan penonton yang hadir memeriahkan majlis ini. 3. Kepada peserta atau pasukan yang menang, saya ucapkan tahniah dan berlatihlah dengan lebih gigih lagi untuk 11
merebut kejuaraan yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan nanti. Kepada peserta/pasukan yang tidak menang atau menjadi juara, berusaha lagi untuk tahun hadapan. Saya berdoa semoga para peserta semua dapat 12
mencipta kejayaan yang lebih baik dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian 13
4. Selain berperanan meningkatkan ekonomi dan taraf hidup anggota-anggotanya, koperasi juga berperanan meningkatkan taraf sosial anggota dan masyarakatnya melalui aktiviti-ativiti riadah, 14
kemasyarakatan dan sukan seperti yang dianjurkan hari ini. 5. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengakui koperasi satu-satunya 15
badan di dunia ini yang mampu menggerakkan integrasi sosial masyarakat secara berkesan melalui pelbagai cara dan salah satunya melalui sukan petanque yang diiktiraf ANGKASA sebagai sukan koperasi kerana semangat 16
kerjasama yang wujud di dalam permainan ini. 6. Selain itu, sukan petanque tidak memerlukan belanja yang besar dan boleh dimainkan sesiapa sahaja tanpa mengira 17
umur dan jantina. Permainan ini sangat baik kerana ia mengeratkan hubungan komuniti dan memerlukan ketajaman fokus. Sukan ini juga dapat mencerdaskan fizikal kita ke arah kehidupan sihat sepanjang hayat. 18
7. Kejohanan petanque yang dianjurkan ANGKASA setiap tahun ini merupakan landasan terbaik untuk mencungkil jaguhjaguh terbaik petanque koperasi, dan pada akhirnya kita akan dapat menobatkan jaguh terbaik 19
di kalangan yang terbaik ini. ANGKASA juga berharap melalui penganjuran seumpama ini, suatu hari nanti akan lahir jaguh petanque koperasi yang dapat mewakili negara di peringkat antarabangsa. 20
8. Selain itu, saya juga berharap kejohanan seperti ini dapat memberi ruang kepada pemain-pemain baru mempamerkan bakat masingmasing dan seterusnya akan dapat melahirkan bakat-bakat 21
baru sebagai pelapis kepada bakat-bakat sedia ada. Seterusnya sukan ini akan berkesinambungan dan berkembang di masa akan datang. 22
9. Saya juga mengharapkan peserta-peserta yang menyertai kejohanan ini dapat membudayakan sukan ini sebagai sukan keluarga, komuniti atau aktiviti di kawasan perumahan atau kejiranan. 23
Janganlah kita bermain sematamata untuk perlawanan/kejohanan, kerana sukan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang dapat mengeratkan hubungan kejiranan, semangat berpasukan 24
dan kerjasama dan meningkatkan daya fokus. Justeru, saya menyeru kepada semua untuk mempopularkan sukan ini sebagai satu alternatif aktiviti di tempat tinggal masing-masing 25
demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. 9. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan 26
kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa, cuba lagi di tahun hadapan. Semoga berjumpa lagi di peringkat kebangsaan nanti. 27
10. Saya dengan lafaz bismillahirahmanirahim merasmikan Penutupan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pahang Tahun 2018. 28
Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah Assalamu alaikum warahmatullah Hiwabarakatuh. 29