TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA DI MAJLIS BERBUKA PUASA ANGKASA BERSAMA MENTERI 1
KPDNKK DAN WARGA MAHAAD TAHFIZ KIBLAH PADA 15 JUN 2017, DI MAHAAD TAHFIZ KIBLAH Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 2
Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Salam 1 Koperasi Terima Kasih Pengacara Majlis 3
YB Dato Seri Hamzah bin Zainudin Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [SALUTASI TERKINI DISEDIAKAN PROTOKOL DAN DISERAHKAN 4
KEPADA DATO SEBELUM PROGRAM BERMULA] YBhg. Tuan Hj. Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan Dato Hj. Kamarudin Ismail 5
Dato Hj. Aliasak Hj. Ambia Tn. Hj. Mohamad Azmi Omaruddin YBrs. Tuan Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA 6
Penasihat-Penasihat ANGKASA Barisan Pengurusan Kanan ANGKASA Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan- Tuan, Puan-Puan, Guru-Guru dan Anak-Anak Pelajar Mahaad Tahfiz Kiblah Yang Saya Hormati Sekalian 7
1. Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang untuk kita menyambut Ramadhan dan berbuka puasa bersama Menteri kita, YB Dato Seri Hamzah Zainudin di Mahaad Tahfiz Kiblah. 8
2. Saya bagi pihak ANGKASA mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis ini. Terima kasih juga, kepada para jemputan khas dari KPDNKK, Pengurusan Mahaad Kiblah, SKM, MKM, agensi-agensi, komuniti setempat dan kakitangan 9
ANGKASA yang turut serta memeriahkan majlis ini. 3. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Mahaad Tahfiz Kiblah yang berbesar hati menjadi Tuan Rumah dan 10
berkolabrasi dengan ANGKASA menjayakan majlis ini. 4. Lazimnya majlis berbuka puasa diadakan di ANGKASA, tetapi kali ini kita pilih Mahaad Tahfiz Kiblah untuk lebih rapat dengan komuniti. Untuk makluman, konsep berbuka puasa dengan komuniti ini, turut 11
dilaksanakan di 16 ANGKASA negeri. Kita mahu masyarakat lebih mengetahui mengenai koperasi dan memberi penggalakkan untuk mereka terlibat dalam koperasi. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 12
5. Untuk makluman, ANGKASA mengambil inisiatif mengasaskan rumah kebajikan anak-anak yatim Darul Sakinah yang dihuni 18 kanak-kanak lelaki dari latar belakang golongan asnaf zakat. ANGKASA membeli sebuah rumah khusus untuk ini, dan pembiayaan mereka 13
menggunakan dana kutipan Infaq Lil-Waqaf yang disumbangkan koperasikoperasi, ahli-ahli koperasi, kepimpinan dan kakitangan ANGKASA. Bermula 2016, ANGKASA sumbangkan RM1 juta setiap tahun untuk tujuan ini. 14
6. ANGKASA turut menyalurkan RM1 juta setiap tahun untuk membantu membiayai pengajian anggota-anggota dan anak-anak anggota koperasi menyambung pengajian di semua peringkat di IPTA melalui Yayasan ANGKASA. 15
7. ANGKASA juga sebelum ini menjadikan Rumah Kebajikan Titian Kasih, di Titiwangsa sebagai anak angkat. Kami bukan sahaja menyumbangkan dana, tetapi turut membeli barangan dapur dan kemudahan lain untuk mereka. 16
8. Semua program kebajikan dan CSR ANGKASA dijalankan oleh Pasukan Sukarelawan ANGKASA (PASKOP) yang ditubuhkan khusus untuk tujuan ini. PASKOP pernah terlibat membantu komuniti semasa banjir di Cameron Highlands, program bersama Orang Asli, 17
gotong royong membersih surau dan sebagainya. 9. Ini sebahagian tanggungjawab sosial korporat yang ANGKASA pulangkan balik hasil daripada service potongan gaji kepada komuniti yang memerlukan. Kewajipan ini 18
selaras dengan prinsip ketujuh koperasi, berprihatin terhadap masyarakat yang menjadi amalan/ pegangan koperasi seluruh dunia. 10. Akhir kata, semoga majlis yang diadakan pada hari ini mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah SWT. 19
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. 20