PERATURAN TETAP SUKAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PINDAAN PERATURAN PERATURAN TETAP SUKAN MALAYSIA

PERATURAN TETAP SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PERATURAN AM. 1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

PERATURAN AM 1.0 PENGELOLAAN

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH ( LELAKI & WANITA )

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

KEJOHANAN KARATE JEMPUTAN MASUM 2008 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2016 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

PERATURAN AM SUKAN MASUM

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

SUKAN JOHOR KOTA TINGGI 2017 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH RECURVE DAN COMPOUND (LELAKI & WANITA)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN TENPIN BOLING

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANG (LELAKI & WANITA)

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN DART

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

/^-/ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 PERATURAN AM BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT (LELAKI DAN WANITA)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA )

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA Peraturan Sepaktakraw (Berpasukan)

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BALAPAN DAN PADANG BAHAGIAN SUKAN, KPM

Pertandingan Badminton

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-VI 2014

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA

PERATURAN AM SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

OLAHRAGA Kejohanan individu dan berpasukan terbuka kepada pelajar Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SOFBOL. 1.1 Selain dari peraturan peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan :

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4

SUKAN JOHOR 2017 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

2.1 Kejohanan berpasukan dan individu terbuka kepada pelajar Universiti/kolej, Universiti Awam Malaysia, dan Universiti Jemputan MASUM.

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA TAHUN 2017

PERATURAN KHAS PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG PERINGKAT UMUR 12 TKB, 15 TKB & 18 TKB

RENANG. Kejohanan Renang ini akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Renang Malaysia

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PERTANDINGAN 9 SEBELAH 1MAS BAWAH 16 TAHUN (LELAKI)

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PERATURAN AM DAN PERMAINAN KEJOHANAN PING PONG IPT 2014

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

PERATURAN PERMAINAN TENPIN BOLING KEJOHANAN TENPIN BOLING (KARiSMA) PIALA NAIB CANSELOR (PELAJAR) UiTM 2016

BORANG PENCALONAN ANUGERAH SUKAN 2016 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT KEBANGSAAN

PINDAAN PERATURAN PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Transkripsi:

PERATURAN TETAP SUKAN MALAYSIA 1 DEFINISI 1.1 SUKAN MALAYSIA adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi sports event) yang di pertandingkan antara Negeri di Malaysia. 1.2 NEGERI bermaksud Majlis Sukan Negeri yang ditubuhkan di bawah Seksyen 7.1 Akta 29 Undang-Undang Malaysia serta Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Sukan Universiti Malaysia. 1.3 JAWATANKUASA TERTINGGI bermaksud Jawatan Tertinggi SUKAN MALAYSIA yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia. 1.4 JAWATANKUASA PENGELOLA bermaksud Jawatankuasa yang dilantik untuk mengelolakan SUKAN MALAYSIA. 1.5 PENGERUSI bermaksud Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi. 2 PRINSIP-PRINSIP ASAS

2.1 SUKAN MALAYSIA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan akan diadakan setiap dua tahun secara berselang-seli dengan SUKAN SEA. 2.2 SUKAN MALAYSIA akan diperhitungkan mulai daripada SUKAN MALAYSIA Pertama berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1986. 2.3 Arahan pengelolaan SUKAN MALAYSIA akan terletak hak kepada Jawatankuasa Tertinggi. 2.4 Penghormatan pengelolaan SUKAN MALAYSIA haruslah diamanahkan kepada semua negeri secara bergilir-gilir. 3 JAWATANKUASA TERTINGGI 3.1 Jawatankuasa Tertinggi hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, seorang Setiausaha, seorang Bendahari dan beberapa orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen kecil 3.2 dan 3.3 di bawah. 3.2 Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi. 3.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain hendaklah dilantik oleh Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia dan hendaklah terdiri dari yang berikut : - a. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan b. Dua orang daripada Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia c. Yang Dipertua Majlis Olimpik Malaysia d. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia e. Dua orang yang mewakili Badan Swasta f. Semua Yang Dipertua 2

Majlis Sukan Negeri atau wakil g. Tidak lebih dari 3 orang lain yang difikirkan sesuai oleh Pengerusi 3.4 Tempoh jawatan bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi kecuali Pengerusi ialah selama tempoh dua tahun. Ahli-Ahli boleh dilantik semula. 3.5 Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu 3.6 Tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi ialah :- a. Menjaminkan SUKAN MALAYSIA dapat berjalan dengan lancar menurut masa dan giliran yang ditetapkan. b. Memastikan SUKAN MALAYSIA dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam semua peraturan SUKAN MALAYSIA 3.7 Kuasa-kuasa Jawatankuasa Tertinggi :- a. Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi berkuasa memanggil sesuatu mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli Jawatankuasa Tertinggi yang menghadiri mesyuarat adalah dikira sebagai korum. b. Di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, Pengerusi boleh menjemput wakil dari mana-mana badan yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat membantu Jawatankuasa. Bagaimanapun jika keadaan memerlukan dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Pengerusi bolehlah bertindak dalam membuat sesuatu keputusan. c. Jawatankuasa boleh menggantung negeri, pasukan, pegawai, jurulatih atau atlet yang melanggar peraturan daripada mengambil bahagian di SUKAN MALAYSIA yang berikutnya. 3

d. Jawatankuasa boleh pada bila-bila masa menjemput atau menerima permohonan mana-mana negara untuk bertanding dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA sebagai peserta/kontinjen jemputan. e. Jawatankuasa Tertinggi boleh mengarah atau menarik balik semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain sekiranya difikirkan perlu. 4 JAWATANKUASA PENGELOLA 4.1 Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang ahli yang difikirkan perlu yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi atau oleh Yang Dipertua Majlis Sukan Negeri- Negeri dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi. 4.2 Tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola bermula dari tarikh ianya dilantik sehingga selesai pekerjaannya dan tidak lebih dari tarikh SUKAN MALAYSIA berikutnya diadakan :- 4.3 Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab dalam :- a. Menyediakan sepenuhnya pengelolaan SUKAN MALAYSIA. b. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dari masa ke semasa. c. Menubuh dan melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dengan mempunyai bidang tugas khusus dalam melaksanakan pengelolaan SUKAN MALAYSIA. d. Pada amnya bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Tertinggi. 4.4 Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola a. Jawatankuasa Tertinggi menyerahkan segala tugas penganjuran SUKAN MALAYSIA kepada negeri 4

yang telah dipilih mengikut kandungan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. b. Negeri hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengelola yang disahkan oleh pihak berkuasa negeri dan segala urusan Penganjuran SUKAN MALAYSIA perlulah mendapat kerjasama Jawatankuasa Tertinggi, Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri supaya pengelolaan SUKAN MALAYSIA dibuat mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. c. Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab membuat segala persediaan yang perlu untuk SUKAN MALAYSIA dan ianya adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tertinggi. d. Wakil Jawatankuasa Tertinggi dari semasa ke semasa hendaklah dijemput hadir ke Mesyuarat- Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola. e. Jawatankuasa Pengelola hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri dan tiaptiap sukan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan yang mengandungi wakil-wakil Majlis Sukan Negeri berkenaan bagi tiaptiap sukan yang dipertandingkan. 5 JAWATANKUASA TETAP 5.1 Sebuah Jawatankuasa Tetap akan ditubuhkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara atau wakilnya dan dua orang ahli terdiri daripada wakil Majlis Olimpik Malaysia dan Pengerusi Majlis Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah. Jawatankuasa Tetap ini berkuasa meneliti dan seterusnya membuat keputusan bagi pihak jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA sekiranya terdapat perkara-perkara berbangkit yang boleh menjejaskan perjalanan pertandingan SUKAN MALAYSIA. Segala keputusan Jawatankuasa Tetap adalah muktamad. 6 SEKRETARIAT 6.1 Sekretariat adalah sebuah badan eksekutif yang bertugas 5

sepenuhmasa, dalam membantu mengelolakan SUKAN MALAYSIA. 6.2 Sekretariat adalah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Pengelola. 7 PERATURAN PENGELOLAAN 7.1 Jawatankuasa Tertinggi akan menetapkan tarikh, bandar dan negeri di mana SUKAN MALAYSIA berikutnya akan diadakan. Negeri yang diamanahkan bagi mengelolakan SUKAN MALAYSIA adalah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Tertinggi untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Pengelola bagi mengendalikannya. 7.2 Negeri yang diberi penghormatan pengelolaan hendaklah memberi pengakuan bertulis atas kesanggupan bagi mengelolakan SUKAN MALAYSIA. 7.3 SUKAN MALAYSIA hendaklah seboleh-bolehnya diadakan dua tahun sekali berselang-seli dengan SUKAN SEA. 7.4 Tempoh perlaksanaan SUKAN MALAYSIA hendaklah tidak melebihi 10 hari termasuk masa untuk acara perasmian dan penutup. 7.5 Jawatankuasa Tertinggi akan menetapkan jumlah dan jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA. 7.6 Jemputan untuk menyertai SUKAN MALAYSIA hendaklah dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola atas arahan Jawatankuasa Tertinggi dan hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Sukan Negeri-Negeri dan dengan mencatatkan perkataan-perkataan berikut : - Sesuai dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tertinggi maka inilah Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA... 19... dengan segala hormatnya menjemput negeri... menyertai dalam pertandingan yang akan diadakan di... dari... sehingga... 7.7 Semua dokumen seperti kad-kad jemputan, borang penyertaan, borang-borang teknik, program dan sebagainya, dicetak, diukir atau yang digunakan sewaktu SUKAN MALAYSIA mahupun lencana hendaklah melahirkan 6

atau menggambarkan SIRI BILANGAN SUKAN MALAYSIA dan nama Bandar di mana berlangsungnya SUKAN MALAYSIA. 8 BENDERA DAN LAMBANG 8.1 Lambang SUKAN MALAYSIA yang mengandungi empat jalur aerodinamik yang berwarna merah, lima rangkaian gelang di sebelah kanan dan jalur kiri jalur aerodinamik yang berwarna biru, merah dan kuning dan Bulan dan Bintang yang berwarna kuning dalam kotak heksagon yang berwarna biru. Lambang ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan kecuali dengan kelulusan Jawatankuasa Tertinggi. 8.2 Bendera SUKAN MALAYSIA hendaklah dikibarkan bersama-sama dengan Bendera Negeri atau Logo SUKAN MALAYSIA yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola di tempat-tempat pertandingan, di Kampung Sukan dan lainlain tempat yang sesuai. 8.3 Bendera negeri-negeri, bendera rasmi Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia hendaklah dikibarkan di tempat-tempat pertandingan dan di kampung sukan yang di tetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 8.4 Satu batang tiang bendera bagi Bendera SUKAN MALAYSIA hendaklah disediakan di atas rumput di dalam Stadium Utama diadakan dan hendaklah dikibarkan sepanjang tempoh SUKAN MALAYSIA yang diadakan. 8.5 Bendera SUKAN MALAYSIA hendaklah diserahkan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri yang menjadi tuan rumah berikutnya dalam Upacara Penutup SUKAN MALAYSIA. 9 PENAJAAN DAN KUTIPAN DERMA 9.1 Lambang atau Logo SUKAN MALAYSIA tidak boleh digunakan bagi maksud perniagaan kecuali dengan kebenaran Jawatankuasa Tertinggi. 7

9.2 Setiap Negeri dan Jawatankuasa Pengelola boleh memasukkan ciri-ciri Logo SUKAN MALAYSIA untuk menghasilkan rekabentuk Logo SUKAN MALAYSIA yang berkenaan. 9.3 Jawatankuasa Tertinggi mempunyai hak milik penuh ke atas SUKAN MALAYSIA dan juga eksplotasi promosi dan penyiaran. 9.4 Semua rundingan penajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta hak penyiaran TV dan Radio hendaklah dibuat bersama antara Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Tertinggi dan pihak penaja. 9.5 Setelah Jawatankuasa Pengelola dimansuhkan, Majlis Sukan Negeri tersebut hendaklah menyedia dan menyerahkan satu laporan lengkap Penyata Kewangan yang telah diaudit selewat-lewatnya enam bulan selepas SUKAN MALAYSIA berakhir. 10 PEMILIHAN TUAN RUMAH SUKAN MALAYSIA. 10.1 Pemilihan tuan rumah SUKAN MALAYSIA dibuat secara giliran mengikut zon. Apabila tiba gilirannya hanya negerinegeri yang berada di dalam zon berkenaan sahaja dibenarkan membuat penawaran. Sekiranya terdapat lebih daripada satu negeri dalam zon berkenaan yang berminat, maka rundingan di antara mereka perlu dibuat supaya keputusan dapat dicapai mengenai hak menjadi tuan rumah. Jawatankuasa Tertinggi hanya akan campur tangan apabila keputusan tidak diperolehi oleh zon berkenaan. 10.2 Pembahagian negeri dan aturan pusingan mengikut zon adalah mengambil kira kepada negeri-negeri yang pernah menjadi tuan rumah iaitu seperti berikut :- 8

Zon Zon I Zon II Zon III Zon IV Zon V Tahun 2000 2002 2004 2006 2008 2010 Pulau Pinang Sabah Labuan Sarawak Melaka N. Sembilan Johor Selangor K. Lumpur Perak Terenganu Kelantan Pahang Perlis Kedah P. Pinang 10.3 Negeri-negeri yang belum pernah menjadi tuan rumah dalam sesuatu zon diberi keutamaan membuat tawaran apabila giliran zonnya tiba. Sekiranya tidak ada mana-mana negeri dalam sesuatu bersedia menganjurkannya apabila giliran zon itu tiba maka tawaran hendaklah hanya dibukakan kepada negeri-negeri dalam zon berikutnya. 10.4 Sekiranya negeri yang telah dipilih menarik diri, maka negeri berkenaan tidak dibenarkan lagi menawarkan diri apabila sampai gilirannya pada pusingan kedua akan datang. 10.5 Tuan Rumah SUKAN MALAYSIA bagi 4 tahun berikutnya akan dibuat pemilihan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang diadakan setiap kali sebelum Upacara Pembukaan Rasmi SUKAN MALAYSIA. 10.6 Negeri yang terpilih dikehendaki mendatangani perjanjian setuju-terima dengan Jawatankuasa Tertinggi. Perjanjian itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi atau wakilnya bagi pihak Jawatankuasa Tertinggi dengan pihak berkuasa Majlis Sukan Negeri dan pihak berkuasa Kerajaan Negeri bagi negeri berkenaan. 11 PENETAPAN BILANGAN DAN JENIS SUKAN 11.1 Jumlah dan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi dengan mengambilkira kepada keperluan pembangunan sukan semasa dan cadangan-cadangan yang dikemukakan 9 oleh negeri-negeri termasuk tuan rumah.

12 ACARA PEMBUKAAN 12.1 DYMM Sultan atau TYT Yang Dipertua Negeri atau wakilnya bagi negeri yang diberi penghormatan pengelolaan SUKAN MALAYSIA. DYMM/TYT akan disambut di pintu masuk stadium oleh Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. Kedua-dua Pengerusi ini akan mempersembah-kenalkan ahli-ahli Jawatankuasa masing-masing kepada DYMM/TYT. 12.2 DYMM/TYT akan diringi masuk ke Pentas Diraja setelah itu Lagu Kebesaran Negeri berkenaan dimainkan. 12.3 Lintas Hormat oleh semua negeri yang mengambil bahagian bermula, setiap negeri akan berpakaian rasmi masingmasing menurut susunan abjad kecuali pasukan negeri tuan rumah akan mengekori dari belakang. 12.4 Sebaik sahaja pasukan akan melintas di hadapan Pentas Diraja, maka pasukan hendaklah memberi tabik hormat dengan memalingkan kepala ke arah Pentas Diraja. Semua pasukan akan berbaris di tengah-tengah padang menghadapi Pentas Diraja. 12.5 Pengerusi Jawatakuasa Pengelola menyampaikan ucapan dan seterusnya menjemput DYMM/TYT atau wakil untuk merasmikan pembukaan SUKAN MALAYSIA dengan pengisytiharan berikut : - Beta/Saya dengan sukacitanya mengisytiharkan bahawa SUKAN MALAYSIA...19... berlangsung di... dari 10

... hingga...dibuka dengan rasminya. Ini akan diikuti dengan Bendera SUKAN MALAYSIA dikibarkan secara perlahan-lahan dan pembawa obor berlari masuk ke Stadium dan terus menyalakannya kemudian diikuti dengan melafazkan IKRAR KEJOHANAN oleh seorang atlit dari negeri tuan rumah iaitu :- KAMI BERIKRAR BAHAWA KAMI AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SUKAN MALAYSIA... DENGAN IKHLAS, PATUH KEPADA SEGALA UNDANG- UNDANG DAN AKAN BERTANDING DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN BAGI MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA. 12.6 Semua pasukan akan berjalan keluar dari padang dan diikuti oleh pertandingan atau pertunjukan yang dijadualkan. 13 UPACARA KEMENANGAN 13.1 Pingat-pingat kemenangan akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang sebaik sahaja selesai acara sesuatu pertandingan di tempat berlangsungnya pertandingan berkenaan. Pemenang pertama berdiri di tengah-tengah pemenang kedua di kanannya dan pemenang ketiga di kirinya. 13.2 Sebaik sahaja penyampaian pingat-pingat, maka lagu kebesaran bagi negeri pemenang akan dimainkan. Semua pemenang dan peserta akan berdiri menghormati Bendera Pemenang. Serentak dengan lagu Negeri Pemenang Pertama dimainkan, bendera negeri pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga dikibarkan di sebelah kanan atau kiri Pentas Orang Kenamaan. 13.3 Di dalam hubungan ini, Jawatankuasa Pengelola adalah diminta untuk menyediakan semua lagu-lagu negeri (bagi pasukan PDRM dan MASUM akan menggunakan lagu Negaraku) dan bendera semua negeri yang mengambil bahagian di Sukan Malaysia tersebut. 14 PINGAT KEMENANGAN 11

14.1 Pingat kemenangan untuk SUKAN MALAYSIA hendaklah di sediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan ia mestilah di dalam bentuk medal sahaja. 14.2 Bagi acara individu dan pasukan, pemenang pertama akan memenangi medal emas, pemenang kedua akan memenangi medal perak dan pemenang ketiga akan memenangi medal gangsa. 14.3 Sekiranya Jawatankuasa Tertinggi/Jawatankuasa Tetap membuat keputusan pertandingan mesti dijalankan atas sebab-sebab yang perlu dan munasabah walaupun penyertaan tidak mencukupi 8 peserta/pasukan, medal kemenangan individu dan berpasukan akan diberikan mengikut peraturan berikut :- 14.3.1 Sukan-sukan selain daripada seni mempertahankan diri (combat sports). a. 5 peserta/pasukan dan lebih : emas, perak dan gangsa. b. 4 peserta/pasukan : emas, perak sahaja. c. 3 atau 2 peserta/pasukan : emas sahaja d. perserta/pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan bertarung untuk menentukan pingat gangsa. 14.3.2 Sukan-sukan seni mempertahankan diri a. 5 peserta dan lebih : emas, perak dan gangsa b. 4 atau 3 peserta : emas dan perak sahaja c. 2 peserta : emas sahaja d. Kedua-dua peserta yang tewas diperingkat 12

separuh akhir secara automatik akan menerima pingat gangsa. 14.4 Setiap peserta yang didaftarkan di dalam acara yang dimenangi adalah layak untuk menerima medal kemenangan. 15 PIALA PUSINGAN 15.1 Majlis Sukan Negara akan menyediakan piala-piala pusingan bagi anugerah seperti berikut :- i. Johan Keseluruhan ii. Atlet Lelaki Terbaik iii. Atlet Wanita Terbaik 15.2 Pemilihan johan keseluruhan adalah berdasarkan kepada jumlah mata yang terbanyak dikumpulkan oleh sesebuah kontinjen. Ia ditetapkan melalui sistem mata dengan membezakan pungutan mata bagi acara `berpasukan` dan `individu. Maksud individu yang digunakan dalam kaedah ini ialah acara yang disertai oleh satu/dua peserta sementara maksud berpasukan ialah acara-acara yang mempunyai 3 atau lebih peserta yang bertanding bagi tiaptiap acara. 15.3 Sistem pemberian mata ialah seperti berikut :- KEDUDUKAN BERPASUKAN INDIVIDU Pertama Kedua Ketiga Keempat 8 5 3 2 5 3 2 1 16 UPACARA PENUTUPAN 16.1 Upacara Penutupan Rasmi hendaklah dilakukan sebaik sahaja selesai acara pertandingan yang terakhir. Tempatnya adalah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 16.2 Semua peserta akan berbaris masuk ke Stadium menurut jenis sukan berdasarkan abjad dan mengambil tempat di tengah-tengah padang menghadapi Pentas Diraja. 13

16.3 Tetamu Kehormat yang dijemput untuk merasmikan penutupan SUKAN MALAYSIA akan membuat pengisytiharan beriku t :- Beta/Saya dengan sukacitanya mengisytiharkan SUKAN MALAYSIA ditutup dengan rasminya. Semoga semua pegawai, jurulatih dan atlit akan dapat berhimpun semula dua tahun dari sekarang di... untuk menyertai SUKAN MALAYSIA KE... 17 SENARAI TERTIB ORANG-ORANG KENAMAAN YANG DISYORKAN 17.1 Panduan senarai tertib Orang-orang Kenamaan yang disyorkan adalah seperti berikut : - i. DYMM Seri Padukan Baginda Yang DiPertuan Agong, keluarga Baginda dan wakil-wakil rasmi Baginda. ii. iii. iv. DYMM Sultan dan Sultanah/TYT Gabenor dan Isteri DYTM Tengku Mahkota/Raja Muda dan Isteri Perdana Menteri dan Isteri v. Timbalan Perdana Menteri dan Isteri. vi. vii. viii. ix. Menteri Besar Menteri Belia dan Sukan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Menteri-Menteri Kabinet x. Jawatankuasa Majlis Tertinggi SUKAN MALAYSIA xi. xii. xiii. Ahli Majlis Undangan Negeri Jawatankuasa Pengelola. Pengerusi-Pengerusi Majlis Sukan Negeri/PDRM /MASUM. 14

18 TEMPAT DUDUK KHAS. 18.1 Tempat duduk hendaklah dikhaskan di semua tempat pertandingan berdasarkan peraturan-peraturan berikut :- 18.1.1 Pentas DiRaja - DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. - DYMM Sultan dan Sultanah/TYT Gebenor dan Isteri - DYMM Tengku Mahkota/Raja Muda dan DYTM Tengku Puan - Perdana Menteri dan Isteri - Timbalan Perdana Menteri dan Isteri - Menteri Besar - Menteri Belia dan Sukan - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. 18.1.2 Susunan pentas orang kenamaan adalah mengikut keutamaan berikut :- Tempat Duduk Orang Kenamaan I - Menteri-Menteri Kabinet mengikut keutamaan dari segi kekananan - Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA. Tempat Duduk Orang Kenamaan II - Ahli Majlis Undangan Negeri - Keluarga DiRaja Tempat Duduk Orang Kenamaan III - Jawatankuasa Pengelola - Pegawai-Pegawai Majlis Sukan Negeri/ATM/PDRM/MASUM. 15

- Tetamu Kehormat yang tidak disenaraikan dalam tempat duduk Orang Kenamaan I dan II. 19 KAD PENGENALAN DIRI 19.1 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengeluarkan Kad Pengenalan Diri SUKAN MALAYSIA kepada pegawaipegawai dan atlet yang didaftarkan mengikut Peraturan Am SUKAN MALAYSIA dan kepada tetamu-tetamu khas yang diiktiraf (accredited) oleh Jawatankuasa Pengelola. 19.2 Pengeluaran Kad Pengenalan Diri hendaklah dikeluarkan mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut : - 19.2.1 Merah (A) AX - Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi AXX - Pengerusi dan Ahli JawatanPengelola AY - Yang DiPertua Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan yang berkenaan. Ketua Kotinjen AYY- Yang DiPertua Persatuan/Pertubuhan Sukan Kebangsaan Pengarah-Pengarah Majlis Sukan Negeri. 16

19.2.2 Biru (B) BX - Pegawai-pegawai sukan seperti berikut : - a. Doktor b. Pengurus Pasukan c. Jurulatih d. Pegawai Urusetia Kontinjen Negeri BXX - Pegawai Teknikal seperti Pengadil, Hakim, Ahli Juri, Penjaga Masa dan sebagainya. 19.2.3 Kuning (C) i. Atlet-atlet yang mengambil bahagian 19.2.4 Hijau (D) i. Pembantu-pembantu dan sebagainya seperti Penyambut Tetamu, Kerani-kerani dan sebagainya. 19.2.5 Putih (E) i. Para media massa yang berkenaan. 19.3 Di semua tempat pertandingan hendaklah disediakan tempat duduk khas bagi pegawai atau tetamu khas yang memegang Kad Pengenalan Diri Kategori Kad A (merah) dan kepada Pemberita Akhbar yang memegang Kad Pengenalan Diri dalam Kategori E (putih). 20 PINDAAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 20 Mac 2001 20.1 Semua undang-undang, Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN MALAYSIA hanya boleh dipinda setelah dibincang dan dipersetujui Jawatankuasa Tertinggi sahaja. compaq/-sm1/azhar(upkk) 17