TEKS UCAPAN YBHG DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-28, PERWAKILAN KE-20 1
KOPERASI SERBAGUNA IMAN MALAYSIA BERHAD 6 MEI 2016, 6.00 MEI, ALIYA HOTEL, KLANG SELANGOR Bismillahirahmanirahim 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Sharifudin bin Yusop, Pengerusi Koperasi Iman 3
Barisan Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman Dif-Dif Jemputan, Dato-Dato, Datin- Datin, 4
Tuan -Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. 1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanawa Ta ala kerana dengan limpah kurnia dan keizinan- Nya, dapat kita bersama-sama 5
berkumpul dalam majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-28, Perwakilan Ke-20 Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN). Tahniah saya ucapkan kepada barisan Anggota Lembaga dan anggota-anggota koperasi 6
yang telah berjaya menjalankan tanggungjawab memastikan mesyuarat agung hari ini berjalan dengan baik. 2. Dalam kesempatan ini, ingin saya mengucapkan berbanyak-banyak 7
terima kasih kepada Barisan Anggota Lembaga koperasi kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya menyempurnakan perasmian mesyuarat ini. 8
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 3. Berdasarkan pemerhatian saya, KOIMAN telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dengan penglibatan dalam pelbagai jenis perniagaan 9
kepenggunaan yang diperlukan oleh anggota-anggota seperti penternakan, pinjaman peribadi dan Ar-Rahnur. Aktiviti ini termasuk dalam aktiviti arus perdana yang digalakkan untuk diceburi oleh 10
koperasi melalui Dasar Koperasi Negara. 4. DKN memberi peluang yang luas kepada koperasi untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti sosioekonomi demi meningkatkan 11
taraf hidup dan mengurangkan kos sara hidup anggota koperasi dan masyarakat pengguna secara amnya. Projek-projek yang wajar diberi penekanan oleh koperasi dalam rantaian nilai sektor kepenggunaan ialah pemborongan 12
dan peruncitan seperti pengeluaran barangan, pusat pengedaran, peruncitan stesen minyak dan pasaraya. 5. Bagi sistem pajak gadai Islam (Ar- Rahnu), gerakan koperasi 13
mensasarkan sebanyak 64 outlet Ar- Rahnu milik koperasi bakal ditubuhkan dengan jumlah perolehan sebanyak RM1.28 bilion menjelang 2020. Sehingga kini, terdapat 74 outlet Ar-Rahnu koperasi yang menyumbang perolehan 14
sebanyak RM792 juta. Sasaran bilangan outlet Ar-Rahnu ditingkatkan kerana kesedaran koperasi untuk memberi pinjaman mikro kepada anggota dengan mencagarkan emas kepada koperasi serta kadar upah simpan 15
yang rendah dan kompetitif berbanding pajak gadai konvesional. 6. Kekuatan koperasi adalah anggotanya iaitu seramai hampir 8 juta orang yang merupakan 16
pengguna kepada produk-produk tersebut. Koperasi mempunyai ekosistemnya yang tersendiri dan mempunyai infrastruktur yang telah sedia ada dan tersusun. 17
7. Perkara yang perlu dilakukan sekarang ini ialah menggembleng tenaga melalui sumber-sumber yang sedia ada seperti penggunaan tenaga kerja anggota koperasi (produced by co-operative members), pemilikan oleh anggota 18
(owned by members) dan penggunaan oleh anggota (used by members) serta masyarakat. Ianya secara tidak langsung dapat memperkasakan strategic linkages bagi mewujudkan satu model 19
perniagaan yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 8. Peningkatan industri koperasi negara semakin 20
memberangsangkan sejak akhirakhir ini. Berdasarkan pertumbuhan dari tahun 2012 sehingga 2016 lebih kurang 1000 buah koperasi ditubuhkan setiap tahun. Sehingga Disember 2016, bilangan koperasi di negara ini telah mencapai angka 21
melebihi 13,000 dengan keahlian melebihi 7 juta orang, aset koperasi RM130.7 bilion serta perolehannya sebanyak RM39.6 bilion. 9. Berdasarkan petunjuk ini, sasaran RM 50 bilion dicapai lebih awal dari 22
dijangkakan. Perkembangan yang positif ini menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin hari semakin boleh menerima koperasi sebagai satu entiti perniagaan yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka. 23
10. Sebagai entiti perniagaan, sudah tentunya koperasi menceburi aktiviti perniagaan di pelbagai sektor seperti dilakukan oleh organisasi perniagaan yang lain. Apa yang uniknya, koperasi dimajukan oleh anggota-anggotanya dan 24
bukannya pelabur atau penanam pemodal. Melalui keanggotaan dalam koperasi, masyarakat akan mendapat pelbagai manfaat serta kemudahan yang disediakan oleh koperasi. 25
11. Menyedari akan pentingnya perniagaan dalam koperasi, meningkatkan pendapatan anggota-anggotanya adalah agenda utama yang harus diberi keutamaan, ANGKASA sebagai badan apex tidak pernah jemu 26
menggerakkan usaha ini selaras dengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan melalui pembentukan Deklarasi Putrajaya iaitu antara deklarasi yang diperuntukkan kepada ANGKASA untuk melaksanakan 27
tanggungjawab menggerakkan ekonomi koperasi seluruh negara. 12. Selaras dengan itu juga, ANGKASA telah mengambil beberapa langkah yang strategik dengan mewujudkan beberapa 28
sektor peneraju yang membolehkan setiap bidang keberhasilan utama koperasi dapat memberi fokus kepada pembangunan dan kemajuan secara menyeluruh. Ianya dapat dilakukan melalui penglibatan pakar-pakar dalam koperasi, 29
koperasi-koperasi yang telah berjaya dan institusi-institusi yang terlibat secara langsung. 13. Terdapat 8 buah sektor yang diberi tumpuan berdasarkan kepada Dasar Koperasi Negara (2011-2020). 30
Misalnya melalui Sektor Komuniti, ANGKASA telah berjaya mengembangkan perniagaan koperasi sekolah melalui program peruncitan koperasi sekolah dan penjualan kertas A4. Setakat ini, terdapat 2 buah koperasi sekolah 31
telah berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta. Dijangkakan jumlahnya akan bertambah dan menjelang 2020 ANGKASA menyasarkan sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu 32
mencapai pendapatan RM1 juta atau lebih. 14. Bagi koperasi kariah masjid, ANGKASA menekankan dua perkara iaitu penubuhan dan pembangunan. Melalui hasil usaha 33
ANGKASA sebanyak 412 buah koperasi kariah masjid telah didaftarkan dan 483 buah masih dalam proses penubuhan. Koperasikoperasi yang telah didaftarkan dibimbing dan dibantu untuk membangunkan perniagaan 34
mereka. Setakat ini, ANGKASA telah membantu koperasi kariah masjid As Salam, Puchong dan dua buah koperasi kariah masjid yang lain dalam membekalkan produk sejuk beku. Projek ini dikelolakan oleh MyANGKASA Food iaitu antara 35
bahagian di dalam MyANGKASA Holding iaitu anak syarikat milik penuh ANGKASA. ANGKASA juga sedang berusaha membangunkan koperasi komuniti seperti KOBERA, golongan OKU, orang asli dan lainlain lagi. 36
15. Sehingga kini, MyANGKASA Holding telah menubuhkan MyANGKASA Bina iaitu sebuah anak syarikat yang memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah. Di bawah Sektor Hartanah sedang rancak diusahakan untuk 37
memperkasakan koperasi yang terlibat dalam aktiviti hartanah untuk membina rumah mampu milik untuk warga koperasi dan penjawat awam serta mempertingkatkan pemilikan aset oleh koperasi. 38
16. MyANGKASA Dialisis pula setakat ini mempunyai dua buah pusat dialisis iaitu sebuah di Temerloh, Pahang dan di Kuala Kedah yang baru beroperasi. Dialisis ANGKASA berjaya membimbing 2 koperasi menubuhkan pusat dialisis iaitu 39
Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad dan Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad. 17. MyANGKASA Amanah menawarkan perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, 40
pembahagian harta sepencarian dan urusniaga yang berkaitan dengannya. Koperasi boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan kos yang murah. Melalui usahasama MyANGKASA Services, KOPETRO Travel dan Tours dan 41
Rakyat Travel telah berjaya melaksanakan program umrah. Pada tahun ini disasarkan 500 jemaah menyertai program ini. 18. ANGKASA telah juga mengambil inisiatif bekerjasama 42
dengan SIRIM untuk meningkatkan kualiti produk-produk koperasi melalui Program 100 Champion. Setakat ini, kita sedang berusaha untuk membawa produk-produk koperasi ke pasaran negara-negara ASEAN melalui ASEAN Co-operative 43
Organization (ACO) yang diterajui oleh saya sendiri, selaku Presiden. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 19. Saya ingin memaklumkan pada November tahun ini, kita 44
menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung dan Persidangan Koperasi Global yang akan diadakan di Sunway City & Resort yang dihadiri lebih 1500 perwakilan dari 103 negara seluruh dunia. Saya menjemput koperasi turut serta 45
menjayakan persidangan besar yang julung-julung kali diadakan ini. 20. ANGKASA akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu membangunkan perniagaan koperasi. Kejayaan gerakan koperasi 46
tidak dijayakan oleh sebuah koperasi tetapi oleh seluruh koperasi di negara ini. Kejayaan akan tercapai apabila kita bekerjasama dan bersatu. 21. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk 47
sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini. Saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28, Perwakilan Ke-20 Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad. 48
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu alaikum WarahmatullahiWabarakatuh. 49