TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AMAL MASYARAKAT 1
BERKOPERASI DAN PROGRAM JELAJAH MUAFAKAT 3 FEBRUARI 2018, DI PERKARANGAN MASJID AMAN, JALAN KUALA KEDAH, KEDAH Bismilahirrahmanirahim 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Koperasi dan Salam NegaraKu Malaysia Yang Saya Hormati Pengacara Majlis 3
(SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA SEMASA HARI KEJADIAN) Para Pemimpin Koperasi, Datuk- Datuk, Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan- Puan, Para Hadirin dan Hadirat Yang Saya Hormati Sekalian. 4
1. Marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang memberi peluang kepada kita berkumpul dan bertemu dalam Majlis Perasmian Karnival Jualan Amal Masyarakat Berkoperasi dan Program Jelajah Muafakat YB Pengerusi 5
Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga, Pertanian dan Industri Asas Tani, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Ke Daerah Kota Setar. 6
2. Saya mengambil kesempatan ini, mengalu-alukan kehadiran YAB Dato Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah kerana sudi melapangkan masa bersamasama kita pada hari ini, walaupun 7
sibuk dengan pelbagai urusan rasmi. 3. Saya juga mengalu-alukan kehadiran dif-dif jemputan kehormat, tuan-tuan dan puanpuan ke majlis ini. 8
4. Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah yang mengambil inisiatif dan berjaya menganjurkan karnival ini. Sesungguhnya ANGKASA Pusat 9
amat mengalu-alukan dan menggalakkan kerjasama dengan Kementerian, agensiagensi, swasta dan koperasi melalui strategi lautan biru yang diharapkan dapat meminimakan kos dan memaksimakan impak dalam semua aspek 10
pembangunan masyarakat yang melibatkan koperasi. 5. Ahamdulilah, JPAN Kedah telah mendahului ANGKASA negeri lain dalam menggunakan pendekatan ini dalam 11
meningkatkan aktiviti perniagaan koperasi. 6. Melalui karnival dan program jelajah muafakat ini, boleh memberi peluang kepada koperasi-koperasi menjual barangan dan meningkatkan 12
pendapatan mereka, dalam masa yang sama mendekatkan koperasi dengan masyarakat untuk lebih dikenali, mendedah dan mempromosi produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi. 13
YAB Dato Seri, Dato -Dato, Datin- Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian 7. Koperasi mempunyai produk yang berpotensi tinggi dan mampu menembusi pasaran antarabangsa jika 14
dipertingkatkan kualiti, pembungkusan dan pemasaran bagi mencapai standard ditetapkan. Sebagai badan puncak yang diamanahkan untuk membangunkan gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa, 15
ANGKASA sentiasa berusaha membangunkan produk-produk dan mencari peluang strategik membawa produk-produk koperasi keluar negara. 8. Sebagai inisiatif membangunkan produk-produk 16
koperasi terpilih, ANGKASA mewujudkan Program 100 Champion dengan kerjasama SIRIM bagi meningkatkan kualiti produk-produk koperasi. Sasaran 100 produk terbaik berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang disyaratkan bagi menaik taraf 17
kualiti produk yang dipilih. 100 Product Champion bermaksud produk yang telah berjaya mencapai tahap kriteria yang ditetapkan. Sehingga Oktober 2017 sebanyak 50 produk daripada 21 koperasi telah berjaya dibangunkan dan 18
ditambah baik pembungkusannya mengikut kriteria yang telah ditetapkan. 9. Program ini telah menunjukkan hasil dengan pembangunan skop perniagaan yang dapat membantu 19
meningkatkan kualiti produk koperasi. Kini, sudah banyak koperasi di Malaysia berjaya mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang mencapai kualiti pasaran global. Pada 2014, buat pertama kalinya 25 produk koperasi 100 Champion telah 20
dipamerkan di Sidang Kemuncak Koperasi Antarabangsa di Quebec City, Kanada. Produkproduk itu telah mendapat perhatian menggalakkan dari beberapa koperasi negaranegara Eropah, Afrika dan Asia Pasifik yang menunjukkan minat 21
untuk membuat tempahan seperti kerepek ubi dan kek lapis. Penyertaan koperasi Malaysia telah meluaskan jaringan aktiviti perniagaan melalui pertemuan dengan lebih 3,000 koperasi dari 100 buah negara yang hadir. 22
10. Pada tahun 2016, sebanyak 17 produk telah masuk ke pasaran Singapore melalui Agrobazaar Malaysia Singapore (FAMA) dan 15 produk telah memasuk pasaran Brunei melalui Koperasi Samakaya Brunei. Bagi pasaran tempatan, sebanyak 7 23
produk 100 Champion telah diterima masuk ke hypermarket AEON Big seluruh Malaysia sebanyak 25 outlet. 11. Satu lagi program pembangunan yang dijalankan adalah Projek Khas 24
Pembangunan SKU. Program ini khusus untuk produk koperasi berskala kecil yang kebanyakkan masih diproses di rumah atau di bengkel kecil. Pada 2017, sebanyak 32 produk dari 32 koperasi seluruh Malaysia telah dibantu penambahbaikan 25
pembungkusan produk masingmasing supaya lebih tahan lama dan menarik perhatian pengguna. Pada 2017, satu lagi kategori produk yang dikenalpasti iaitu Export Ready Product (ERP) iaitu produk-produk koperasi yang telah memenuhi syarat-syarat 26
pensijilan dan telah bersedia untuk memasuki pasaran luar Negara tanpa perlu lagi melalui proses penambahbaikan pembungkusan. 12. Saya mengharapkan karnival ini membuka peluang 27
kepada koperasi-koperasi berniaga dan memasarkan produk mereka serta lebih banyak karnival dapat dianjurkan yang akan menjadi platform untuk koperasi menjana pendapatan mereka. 28
13. Mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah yang sudi merasmikan majlis ini. Tidak lupa juga kepada semua yang hadir dan terlibat menjayakan karnival ini. 29
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 30