PERATURAN PERMAINAN SUKAN PETANQUE 1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Rasmi Permainan Petanque (Official Rules of the Games of Petanque) yang ditetapkan oleh Federation International de Petanque Et Jeu Provincal (FIPJP) yang sedia terpakai dan pindaan-pindaannya yang terkini berkuatkuasa 1 Januari 2017. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM. Keputusan jawatankuasa tersebut adalah muktamad. 2.0 PENDAFTARAN PEMAIN 3.0 KELAYAKAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN KOLEJ KOMUNITI 1
3.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar 1 (satu) pasukan, iaitu seperti berikut : BIL PERKARA JUMLAH 1 Pegawai 2 orang 2 Peserta Lelaki 3 orang 3 Peserta Wanita 3 orang JUMLAH 8 orang 4.0 ACARA PERTANDINGAN 4.1 Acara dipertandingan adalah mengikut kategori secara berasingan (bukan berpasukan). 4.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah: 4.2.1 Perseorangan Lelaki (Men s Single) 4.2.2 Perseorangan Wanita (Women s Single) 4.2.3 Bergu Lelaki (Men s Double) 4.2.4 Bergu Wanita (Women s Double) 4.3 Seorang pemain hanya boleh menyertai satu kategori sahaja. Semua pemain mesti berdaftar mengikut kategori yang dipertandingkan. 4.4 Pemain perlu menyediakan set boule dan pita ukur masing-masing. Boule yang digunakan mestilah mematuhi peraturan pertandingan merujuk kepada Perkara 1.0 Undang-undang Permainan. JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN KOLEJ KOMUNITI 2
5.0 SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Sistem pertandingan akan mengikut Peraturan Am. 5.2 Satu peringkat pertandingan sahaja. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 5.3 Masa permainan adalah 45 minit bagi acara perseorangan dan 60 minit bagi acara bergu, atau 13 mata merujuk keadaan yang mana terdahulu. 5.4 Jika masa telah tamat, pasukan yang memperolehi skor tertinggi dikira pemenang. Jika skor terikat sama, maka 1 end penentuan perlu dimainkan untuk menentukan pemenang. 5.5 Pasukan yang menang akan memperolehi 2 mata, manakala pasukan kalah tidak memperolehi sebarang mata. 5.6 Balingan jack adalah sekali sahaja. Sekiranya jack yang dilontarkan tidak sah, maka pihak lawan akan meletakkan jack pada kedudukan sah untuk permainan. 5.7 Sistem pertandingan adalah tertakluk kepada sebarang keputusan muktamad Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. 6.0 PENENTUAN KEMENANGAN 6.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan kepada kedudukan keputusan pertandingan liga merujuk kepada jumlah kutipan mata setiap pasukan yang bertanding. Peserta atau pasukan yang memperolehi pungutan mata tertinggi dikira sebagai pemenang. 6.2 Sekiranya pungutan mata adalah seri; 6.2.1 Jika terdapat dua peserta atau pasukan yang seri, penentuan pemenang berdasarkan kepada rekod pertemuan. Pasukan yang memenangi pertemuan dikira sebagai pemenang. 6.2.2 Sekiranya terdapat tiga pasukan atau lebih pasukan yang berkedudukan seri, penentuan pemenang berdasarkan kepada JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN KOLEJ KOMUNITI 3
beza skor diantara pasukan-pasukan yang seri sahaja (internal difference) tanpa melibatkan pasukan lain yang tidak berkaitan. 6.2.3 Sekiranya masih seri, maka penentuan merujuk kepada beza skor melibatkan kesemua pasukan yang bertanding, dan seterusnya diikuti dengan jumlah kumulatif skor tertinggi bagi semua perlawanan. 7.0 PAKAIAN 7.1 Setiap pasukan hendaklah menggunakan pakaian seragam pasukan masing-masing. 7.2 Setiap pemain mestilah memakai seluar jenis slack atau seluar track bottom, berbaju t-shirt berkolar dan berkasut sukan. 7.3 Seluar jeans atau potongan jeans atau pakaian ketat adalah tidak dibenarkan. 8.0 KELEWATAN 8.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang (30) tiga puluh minit sebelum perlawanan dimulakan. 8.2 Semua perlawanan yang akan dijalankan hendaklah mengikut masa yang ditetapkan. 8.3 Pasukan yang lewat (20) dua puluh minit dari masa yang telah tetapkan tanpa alasan yang munasabah, adalah tidak dibenarkan meneruskan perlawanan. Kemenangan percuma (6 0) diberikan kepada pihak lawan. 9.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN KOLEJ KOMUNITI 4
10.0 BANTAHAN / RAYUAN JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN KOLEJ KOMUNITI 5