UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOTABURA KALI KEDUA 25 Februari 2018 (Ahad) Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya 1
Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamulaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi Terima Kasih Pengacara Majlis 2
Yang Berbahagia Encik Mohd Azmir bin Zambri, Penolong Pengarah SKM Cawangan Wilayah Hulu Selangor Yang Berbahagia Encik Muhamad Tarmizi bin Hasim, Pengerusi Koperasi Taman Bunga 3
Raya Hulu Selangor Berhad (KOTABURA) Yang Berbahagia Barisan Anggota Lembaga KOTABURA 4
Dato -Dato, Datin-Datin,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. 1. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan keizinan-nya dapat kita bersamasama menghadiri Majlis Perasmian 5
Mesyuarat Agung Tahunan KOTABURA Kali Kedua pada hari ini. 2. Terima kasih kepada Pengerusi dan ALK KOTABURA yang menjemput saya menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis ini. 6
3. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada ALK dan anggota-anggota koperasi yang berjaya menjalankan tanggungjawab menjayakan mesyuarat agung kali ini. Mesyuarat agung penting untuk anggotaanggota meneliti kedudukan 7
kewangan koperasi, memberi pandangan mengenai akitivitiaktiviti yang dijalankan dan memilih pemimpin koperasi yang berwibawa. Hadirin Yang Dihormati Sekalian. 8
4. KOTABURA merupakan satu contoh koperasi yang menjadi penggerak utama kepada usahausaha untuk melonjakkan kegiatan ekonomi di kawasan perumahan. Dalam Dasar Koperasi Negara 2011 2020 digariskan di bawah sektor komuniti untuk mempergiatkan dan 9
memperkasakan 7 komuniti salah satunya komuniti taman perumahan. Tujuannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui aktiviti koperasi seperti penubuhan taska, kedai dobi, kedai pengguna, spa dan penjagaan diri. Koperasi juga digalakkan 10
mewujudkan one stop centre/pusat kegiatan harian masyarakat setempat. 5. Berdasarkan penelitian saya mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan KOTABURA didapati menepati sasaran yang ditetapkan 11
DKN yang mana KOTABURA yang saya difahamkan terdiri daripada usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan, dobi dan katering ditubuhkan bertujuan membantu meningkatkan ekonomi ahli-ahli 12
dengan misi menjadi koperasi terbaik di Selangor. 6. Saya difahamkan juga bersama-sama dengan 2 ahlinya KOTABURA terlibat sepenuhnya dalam operasi perniagaan restoran dan kafe. Ini bentuk kerjasama 13
strategik yang amat digalakkan dalam koperasi koperasi boleh bekerjasama dengan koperasi lain, dengan korporat atau ahli dengan syarat sifat autonomi koperasi dipelihara seperti terkandung dalam prinsip-prinsip koperasi. 14
7. Saya dapati juga, KOTABURA turut menceburi aktiviti-aktiviti yang berpotensi tinggi seperti memasarkan air minuman berlabel sendiri, menjalankan perkhidmatan van dan kereta sewa serta memberi khidmat bimbingan kepada usahawan yang ingin berniaga. 15
Syabas dan tahniah kepada kepimpinan dan anggota-anggota KOTABURA. 8. Melihatkan prestasi KOTABURA yang baik walaupun baru berusia 3 tahun, saya percaya misi dan hasrat yang ditetapkan pasti tercapai. 16
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 9. Berdasarkan statistik sehingga Jun 2017 yang dikeluarkan SKM terdapat 98 buah koperasi taman perumahan dengan keanggotaan 4,589 orang, syer/yuran berjumlah lebih RM1 juta (RM1,527 juta), aset 17
lebih RM 17 juta (RM17,268) dan jumlah perolehan sebanyak RM1.4 juta. 10. Jumlah koperasi komuniti yang disasarkan bagi tempoh 2015 2020 mengikut Kajian Semula Dasar Koperasi Negara 2011-2020 18
adalah sebanyak 1,779 koperasi iaitu 32 % berbanding jumlah koperasi komuniti sedia ada. 11. Bagi menjayakan hasrat ini, ANGKASA melalui sektor komuniti mengambil pelbagai inisiatif mengadakan program 19
menggalakkan penubuhan dan memperkasakan koperasi komuniti seperti kariah masjid, orang asli dengan kerjasama srategik dengan JAKOA telah menganjurkan buat julung kalinya Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli, akan datang bakal menganjurkan Konvensyen 20
Koperasi Orang India dan Tentera. Tujuannya bagi mengetahui permasalahan, cabaran dan peluang-peluang yang boleh diterokai mereka dalam usaha mempertingkatkan ekonomi koperasi dan ahli-ahli. 21
12. Adalah diharapkan KOTABURA dapat melahirkan usahawan yang berkaliber dalam kalangan anggotanya dan dapat mengeratkan ikatan silaturahim. Melalui kesepakatan dan penyatuan yang utuh, KOTABURA dapat merealisasikan hasrat untuk 22
bersama-sama menjadi pemain dalam menentukan corak ekonomi negara menjelang tahun 2020. 13. Akhir kata, saya dengan lafaz suci bismilahirahmanirrahim merasmikan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOTABURA KALI KE 2. 23
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t 24