UCAPAN ALUAN YBHG DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA 1
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI WANITA DESA ANTARABANGSA 2017 TRANSFORMASI WANITA BERINSPIRASI 2
21 DISEMBER 2017, HOTEL GRAND SEASONS, KUALA LUMPUR Bismilahirrahmanirahim 3
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia Yang Dihormati Saudari Pengacara Majlis 4
Yang Berhormat Datuk Hjh Rosnah Abdul Rashid Shirlin Timbalan Menteri Kerja Raya Kementerian Kerja Raya Malaysia 5
YBhg. Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman, Pengerusi Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad 6
Yang Berbahagia Tuan Hj Mutadho Bahri, Timbalan Presiden ANGKASA YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA 7
Dato Hj Kamaruddin Ismail Tn Hj Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd Azlan Yahya YBhg. Datuk Derrick JH. Hooi..., Bio Perfect 8
Barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA Ketua-Ketua Jabatan (SALUTASI TERKINI AKAN DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM 9
SEBELUM BERLANGSUNG) PERASMIAN Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin- Datin, Koperator Wanita, Tuan- Tuan, Puan-Puan, Hadirin dan 10
Hadirat Yang Saya Hormati Sekelian. 1. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana menemukan kita kembali, dalam acara tahunan gilang-gemilang, meraikan dan 11
mengiktraf sumbangan koperator wanita dalam Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa 2017. 2. Terlebih dahulu saya mengalualukan kehadiran YB Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin, 12
Timbalan Menteri Kerja Raya ke majlis ini. Terima kasih YB Datuk kerana sudi bersama kita pada malam ini. Kehadiran YB Datuk, sebenarnya memberi inspirasi kepada kita semua, khususnya koperator wanita. Untuk 13
makluman YB Datuk, ini kali ke 17 ANGKASA menganjurkan majlis ini bagi menghargai sumbangan wanita dalam gerakan koperasi. 3. Saya juga mengambil kesempatan mengalu-alukan 14
kehadiran semua dif-dif jemputan dan koperator-koperator wanita dari seluruh Malaysia yang dihimpunkan khusus untuk tujuan penuh bermakna ini. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 15
4. Untuk makluman semua, Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa (HWDA) telah dianjurkan ANGKASA semenjak tahun 2000 lagi. Ia disambut bagi meraikan wanita anggota koperasi secara keseluruhannya. 16
Ia diraikan pada 15 haribulan Oktober setiap tahun di peringkat antarabangsa. HWDA telah disambut buat pertama kalinya di New York, Amerika Syarikat pada bulan November 2008 selepas mendapat pengiktirafan dari 17
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2007 bagi menggantikan Hari Wanita Desa Sedunia. 5. Objektif utama Hari Wanita Desa Antarabangsa dianjurkan 18
untuk memberi pengiktirafan dan meraikan sumbangan yang dicurahkan golongan wanita koperasi kepada negara dan memperkasakan mereka melalui pendedahan kepada peluangpeluang perniagaan, 19
pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. 6. Untuk itu, ANGKASA sebagai badan puncak yang menerajui gerakan koperasi Malaysia mengambil inisiatif menjadikan 20
sambutan ini sebagai acara tahunan yang disambut selepas 15 Oktober setiap tahun di peringkat kebangsaan. Tema sambutan pula ditentukan mengikut kesesuaian tema yang dianjurkan oleh Hari Wanita Desa 21
Antarabangsa. Pada tahun ini, tema yang dipilih Transformasi Wanita Berinspirasi amat bertepatan sekali dengan gerakan koperasi sebagai entiti perniagaan yang perlu sentiasa melakukan perubahan bagi 22
membolehkan koperasi bersaing di pasaran terbuka dan global. 7. Transformasi atau perubahan merupakan satu keperluan dalam hidup dan merupakan asas penting dalam mencapai 23
kemajuan. Malah transformasi dan perubahan ada dijelaskan di dalam Al-Quran sepertimana petikan Surah Al- Ra ad Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka 24
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 8. Dalam konteks perniagaan, koperator sebagai usahawan koperasi mesti perlu lebih berani, kreatif mencipta kejayaan untuk 25
diri, koperasi, keluarga, gerakan koperasi dan negara serta memberi inspirasi kepada golongan wanita Malaysia bersesuaian dengan tema yang digariskan. ANGKASA berhasrat untuk melahirkan lebih ramai 26
koperator wanita yang berjaya dalam perniagaan dan mampu membantu negara dalam menjana peluang pekerjaan di masa hadapan tanpa menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu. 27
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 9. ANGKASA akan berterusan melakukan yang terbaik dalam membantu kejayaan koperasi dan koperator wanita. Salah satu usahanya melalui penubuhan 28
Konsortium Koperasi Malaysia Berhad (KOWIMA) yang berjaya didaftarkan pada 7 November 2017. 10. KOWIMA adalah gabungan Koperasi Wanita, 29
Koperasi Ibu Tunggal dan Koperasi Kaum Ibu seluruh negara yang bergabung menjayakan program-program pembangunan koperasi dari segi ekonomi berskala besar, sosial dan budaya di samping membantu 30
meningkatkan perolehan koperasi wanita serta mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. 11. Berdasarkan statistik SKM sehingga Jun 2017 terdapat 249 31
buah koperasi wanita dengan keanggotaan melebihi 30,000 orang, syer/yuran terkumpul berjumlah RM15.38 juta, aset RM59.25 juta dan perolehan mencecah RM10.55 juta. 32
12. Mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang sudi bersama dengan kita pada malam ini. Tidak lupa juga 33
kepada dif-dif jemputan dan koperator wanita semua. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq Walhidayah 34
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 35