TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PREMIS EXECUTIVE TRAVEL & TOUR (M) SDN BHD CAWANGAN KL PADA 25 MAC 2018 (AHAD), DI PREMEIRA HOTEL Bismilahirrahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Koperasi dan Salam NegaraKu Malaysia Yang Saya Hormati Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA DAN DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM] Datuk-Datuk, Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Para Hadirin Yang Saya Hormati Sekelian. 1. Marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang memberi peluang kepada KITA BERKUMPUL DAN BERTEMU DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN PREMIS EKSEKUTIF TRAVEL & TOUR SDN BHD CAWANGAN KUALA LUMPUR MILIK KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD. 2. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPMNJ yang telah berjaya memperluaskan lagi perniagaan melalui pembukaan premis baru di Kuala Lumpur ini. Ini membuktikan bahawa perniagaan koperasi serancak dan setanding sektor swasta dan paling menyakinkan lagi,
perniagaan koperasi tidak terjejas dengan krisis ekonomi kini. Dato -Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Hadirin Yang Dihormati Sekalian 3. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebagai sebuah Kerajaan yang fokus, komited dan bertanggungjawab, Malaysia yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia telah beriltizam dan bertekad menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi pada Tahun 2050. 4. Kerajaan juga telah meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaannya dan pelbagai usaha telah dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan ialah PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) dan PROGRAM TRANSFORMASI
EKONOMI (ETP). Antara fokus utama di bawah inisiatif ini ialah BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) dan BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA). 5. Salah satu sektornya, Pelancongan yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara dan kerajaan komited untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa dengan berusaha menyemarakkan industri yang berorientasikan pelancongan ini. Kepesatan pembangunan tempat-tempat pelancongan ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan khususnya kepada masyarakat setempat. 6. Saya menyakini, dalam keadaan iklim pelancongan sekarang walaupun dalam kelembapan ekonomi, tetapi negara kita masih menjadi pilihan pelancong asing untuk melawat Malaysia. Begitu juga, orang Malaysia yang ke luar negara, setiap tahun terus meningkat dari semasa ke semasa. Ini
dapat dibuktikan apabila negara kita menduduki tangga ke-12 pilihan pelancong. 7. Justeru, saya melihat langkah KPMNJ membuka satu lagi cawangan satu tindakan yang bijak dan positif dari segi nilai perniagaan masa hadapan memandangkan menjelang 2020, industri pelancongan ini akan terus berkembang dan dijangka akan menyumbang RM103.6 bilion kepada pendapatan negara kasar (PNK) dan bilangan pelancong akan meningkat kepada 36 juta orang. 8. Langkah ini juga secara tidak langsung menunjukkan betapa KPMNJ sangat komited dalam meneroka industri pelancongan ini. Saya berpandangan bahawa KPMNJ melalui Exectravel akan dapat melakukan transformasi dan peka dengan trend perniagaan pada hari ini yang semakin sengit persaingan bukan sahaja dari kalangan pemain industri malah dengan perkembangan teknologi terkini, menyebabkan cabaran kepada agensi
pelancongan semakin hebat dari sehari ke sehari. Dato -Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Hadirin Yang Dihormati Sekalian 9. Selaras dengan falsafah Blue Ocean Strategy yang mengutamakan semangat kerjasama dan berkoloberasi, maka ANGKASA melalui Jawatankuasa Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan telahpun mengorak langkah dengan mengwujudkan beberapa rangkaian kerjasama dari kalangan koperasi yang aktif dalam sektor pelancongan ini dengan menubuhkan pakatan kerjasama melalui rangkaian COOPHOTEL dan COOTRAVEL dan saya dengan bangganya mengumumkan bahawa KPMNJ dengan ini secara rasminya telahpun menyertai keduadua pakatan kerjasama ini. Syabas saya ucapkan kepada KPMNJ dan Exectravel.
10. Tidak seperti pada tahun-tahun sebelum ini, bermula pada 2018 ini kita perlu menterjemahkan sokongan padu kita kepada gerakan koperasi dengan tindakan, bukan lagi hanya sekadar slogan dan katakata sokongan yang berbunga-bunga. InsyaAllah pada tahun ini, baik MKM, SKM mahupun ANGKASA, telah beriltizam untuk memberi sokongan penuh dengan mengutamakan produk-produk dan perkhidmatan yang dimiliki oleh gerakan koperasi. 11. Dalam kes KPMNJ ini, insyaallah ANGKASA akan melihat apa-apa peluang dan bentuk kerjasama yang boleh dibuat khususnya dalam sektor pelancongan, perhotelan, pengangkutan, pengurusan acara dan sebagainya. 12. Saya tidak bercadang untuk berucap panjang, sama-samalah kita berusaha untuk memastikan agar usaha menjadikan gerakan Koperasi sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dapat direalisasikan. Sebagai anggota koperasi,
kita perlu bersama-sama berganding bahu, bantu membantu, sokong menyokong di antara satu sama lain dengan pelbagai pakatan dan kerjasama pelbagai hala yang pasti akan saling memberi manfaat kepada satu sama lain. 13. Akhir kata, saya dengan lafaz suci BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya MERASMIKAN PEMBUKAAN PEJABAT EXECTRAVEL CAWANGAN KUALA LUMPUR. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.