KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

dokumen-dokumen yang mirip
JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT : 1 JANUARI 2007

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

SKIM PERKHIDMATAN JURU X-RAY

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL/ PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL/ PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN

JPA(BPO)(S)328/2Klt.2(29) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : BERSEPADU

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA(S)324/14/6-5 Klt. 9( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2007

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

MAJLIS BANDARAYA IPOH

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN PEREKA KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

IKLAN JAWATAN KOSONG

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

PELUANG KERJAYA DI LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

JPA.BPO(S)324/14/16-1 Jld.15 ( 32 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2014

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

Jawatan 1: Pegawai Teknologi Maklumat. Gred : F41 Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2013

JPA(BPO)(S)324/14/7Klt.13(5) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2007

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

B. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal SYARAT-SYARAT UTAMA MENGIKUT JAWATAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL GAJI : RM2, RM9,546.00

Unit Perjawatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Universiti Teknikal Malaysia Melaka SKIM PERKHIDMATAN 1. JURUTERA (J41) 2. JURUUKUR BAHAN (J41)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Tarikh : Ogos 2014 JAWATAN KOSONG

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2013 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU OPERASI DAN PEMBANTU AWAM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

1.0 PEGAWAI TADBIR - GRED N41

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 1. PUSTAKAWAN (GRED S41) Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut: a) Warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Bertanggungjawab dalam penyediaan bajet tahunan, melaksana, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji,

Syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Transkripsi:

JPA(S) (BPO)324/14/12-1 Klt. 8 s.k 2(8) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14 yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 39 Tahun 2005. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah bersetuju supaya skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang berkuat kuasa diubah dengan memperuntuk perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dengan tujuan untuk memperluas peluang kemajuan kerjaya perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data. Selaras dengan keputusan ini, perbekalan dalam skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data dan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) diubah sewajarnya. 1

SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA 3. Skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang baru memperuntukkan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) selain daripada perkhidmatan Juruteknik Komputer. Sehubungan ini, skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data dan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang baru adalah seperti di Lampiran A dan A1. Format iklan bagi urusan pengambilan ke perkhidmatan tersebut adalah seperti di Lampiran B. Penghuraian skop kerja perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah seperti di Lampiran C. ELAUN DAN KEMUDAHAN 4. Pegawai yang sedang berkhidmat atau lantikan baru bagi skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14 akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat edaran yang berkuat kuasa. TARIKH KUAT KUASA 5. Tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data dan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang baru adalah mulai 1 Julai 2007. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 39 Tahun 2005 dan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 2

yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2006 adalah dibatalkan dan diganti dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Julai 2007 hendaklah menggunakan skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang baru. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 26 Jun 2007 Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 3

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2007 Gred Jadual Gaji Matriks Gred F11 : P1T1 RM740.62 - P1T21 RM1714.26 : P2T1 RM783.09 - P2T21 RM1802.40 : P3T1 RM827.19 - P3T21 RM1892.17 Gred F14 : P1T1 RM1394.02 - P1T10 RM2004.93 : P2T1 RM1506.73 - P1T10 RM2212.42 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) (d) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (i) (ii) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. PENETAPAN GAJI PERMULAAN 3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred F11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. 1

TEMPOH PERCUBAAN LATIHAN KURSUS INDUKSI/ PEPERIKSAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 4. 5. 6. 7. Operator Mesin Prosesan Data Gred F11 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Operator Mesin Prosesan Data boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan. Operator Mesin Prosesan Data Gred F11 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan. Operator Mesin Prosesan Data Gred F11 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:- UJIAN KEDERASAN BAGI MAKSUD MENDAPAT DUA ATAU EMPAT HADIAH KENAIKAN GAJI (b) (c) 8. (b) (c) memenuhi tempoh percubaan; hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan diperaku oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah layak mengambil ujian kederasan bagi maksud untuk mendapatkan dua (2) atau empat (4) hadiah kenaikan gaji mulai dari tarikh kenaikan gaji tahunan yang ke hadapan berdasarkan kederasan yang dicapai yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan. Operator Mesin Prosesan Data yang telah mengambil ujian kederasan dan hanya mencapai kederasan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan bagi mendapat dua (2) hadiah kenaikan gaji sahaja adalah dibenarkan mengulangi ujian bagi mendapat kederasan yang ditetapkan untuk mendapat empat (4) hadiah kenaikan gaji. Mereka yang berjaya layak mendapat dua (2) hadiah kenaikan gaji lagi mulai dari tarikh kenaikan gaji tahunan yang ke hadapan. Ujian kederasan ini hendaklah diadakan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dua (2) kali setahun. Peraturan-peraturan bagi ujian kederasan serta cara pemarkahannya akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 9. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED F14 10. Operator Mesin Prosesan Data hendaklah melepasi penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan untuk kenaikan pangkat. 11. Operator Mesin Prosesan Data Gred F11 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Operator Mesin Prosesan Data Gred F14 yang kosong apabila telah:- (b) disahkan dalam perkhidmatan; mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; 2

(c) (d) melepasi semua penilaian tahap kecekapan; dan diperaku oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER ATAU PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) 12. Operator Mesin Prosesan Data yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17 atau jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota : Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan terdahulu yang berkuat kuasa pada 1.1.2006 [Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 39 Tahun 2005, JPA(S)324/14/5-4 Klt.8(54)]. 3

LAMPIRAN A1 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2007 Gred Jadual Gaji Matriks Gred N17 : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35 : P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50 : P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95 Gred N22 : P1T1 RM1915.43 - P1T12 RM2838.04 : P2T1 RM2057.61 - P2T12 RM3134.53 Gred N26 : P1T1 RM2196.75 - P1T9 RM2983.23 : P2T1 RM2406.99 - P2T9 RM3266.11 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1); atau (ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); atau (iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17; P1T8); atau (iv) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9); 1

dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/ atau mengambil trengkas). SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (i) (ii) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan PENETAPAN GAJI PERMULAAN 3. (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. LATIHAN KURSUS INDUKSI/ PEPERIKSAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 5. 6. 7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:- (b) (c) memenuhi tempoh percubaan; hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan diperaku oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan PERGERAKAN GAJI TAHUNAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. 9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) hendaklah melepasi penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan untuk kenaikan pangkat. 2

KENAIKAN PANGKAT KE GRED N22 10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 yang kosong apabila telah:- (b) (c) (d) disahkan dalam perkhidmatan; mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan diperaku oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED N26 11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:- (b) (c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan diperaku oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR 12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di perenggan 2.1 dan 2.2 dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota : Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan terdahulu yang berkuat kuasa pada 1.1.2007 [Lampiran A1 kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2006, JPA(S)(BPO)324/7/38 Klt.3(47) s.k. 1(2)]. 3

LAMPIRAN B FORMAT IKLAN JAWATAN 1. Jawatan : OPERATOR MESIN PROSESAN DATA (b) Kementerian/ Jabatan : JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (c) Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN (d) Klasifikasi Perkhidmatan : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT 2. JADUAL GAJI Gred Jadual Gaji Matriks Gred F11 : P1T1 RM740.62 - P1T21 RM1714.26 P2T1 RM783.09 - P2T21 RM1802.40 : P3T1 RM827.19 - P3T21 RM1892.17 Gred F14 : P1T1 RM1394.02 - P1T10 RM2004.93 : P2T1 RM1506.73 - P1T10 RM2212.42 3. SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) (d) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (i) (ii) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (c) di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

5. TARAF JAWATAN : Tetap 6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN 7. FUNGSI BIDANG TUGAS : 8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. (untuk diisi oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan setiap kali pengiklanan dibuat. (nyatakan tarikh tutup permohonan)

LAMPIRAN C PENGHURAIAN SKOP KERJA OPERATOR MESIN PROSESAN DATA 1. SKIM PERKHIDMATAN Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14 2. PERINGKAT ORGANISASI Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan 3. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab memasukkan data-data yang akan diproses oleh komputer. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Kemasukan Data (i) (ii) (iii) Memasukkan data dari dokumen asal dari pelbagai jenis kerja. Mengenalpasti data-data yang kurang jelas dan bermasalah untuk dimajukan kepada penyelia untuk tindakan selanjutnya. Memberitahu penyelia segala masalah yang dihadapi dengan dokumen data, mesin dan format/ program yang digunakan. 4.2 Penyemakan Data (i) Menyemak rekod-rekod yang telah dimasukkan untuk mengesan kesalahan dan membuat pembetulan ke atas kesilapan yang ditemui. (ii) Menandakan kesalahan serius yang dikesan dan memberitahu penyelia untuk tindakan selanjutnya. (iii) Memeriksa rekod-rekod data yang telah dibetulkan dengan dokumen asal.

4.3 Mempelajari dan memahirkan diri dengan cara mengguna semua mesin tangkapan data yang ada. 4.4 Menerima dan mengelompok dokumen-dokumen (batch) untuk tangkapan data mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 4.5 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. 5. HUBUNGAN KERJA Dalaman a. Rakan sekerja di bahagian/ unit yang sama. b. Kakitangan di bahagian lain di dalam organisasi yang sama. Luaran a. Jabatan/ agensi kerajaan. b. Syarikat swasta. 6. PERSEKITARAN KERJA a. Dalam dan luar pejabat. 7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN) a. Berpengetahuan asas mengenai kemasukan data. b. Berkemahiran dalam peralatan komputer.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN a. Kreatif, tekun dan sabar. b. Mempunyai minat untuk meningkat pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. c. Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza seperti bertugas di luar kawasan pejabat. 9. ANCAMAN/ BAHAYA a. Kemalangan (mengendalikan peralatan komputer) b. Terdedah kepada risiko penglihatan.