SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

dokumen-dokumen yang mirip
MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

RASIONAL KOLEJ VOKASIONAL

Anugerah Keterlibatan Komuniti

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL BUKU MAKLUMAT KEMASUKAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH SELAMA DUA TAHUN

Bab 7: Struktur Sistem

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

Program Doktor Pendidikan Tinggi

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERMOHONAN JAWATAN JURULATIH SUKAN

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

TAJUK PROJEK: KIT KANAK-KANAK BERPOTENSI PINTAR CERDAS BERUMUR KURANG DARIPADA 4 TAHUN

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

TAKLIMAT UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR DI JEPUN (TAMAT PENGAJIAN 2013)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA. Titik Rujukan dan Persefahaman Bersama Tentang Kelayakan Pengajian Tinggi di Malaysia

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PENGURUSAN ICT Perancangan Pembangunan ICT Sekolah

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ARAHAN PENTADBIRAN BAHAGIAN LATIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

Transkripsi:

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera Tarikh: 1 Disember, 2017 TENAGA KERJA MAHIR DALAM SENARAI PALING DIKEHENDAKI PUTRAJAYA, 1 DIS Lanskap pekerjaan yang kian berubah memberi nilai kepada pengetahuan dan kecekapan seseorang. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Zainuren Mohd Nor berkata ibubapa tidak perlu bimbang kerana kursus vokasional menyediakan anak-anak mereka dengan kecekapan, pendidikan dan sikap yang perlu ada pada tenaga kerja masa depan. Ini bukan zaman kelayakan sijil sahaja. Ia lebih kepada pensijilan profesional yang mengiktiraf pengetahuan dan kecekapan seseorang dalam bidang pilihannya serta kebolehannya untuk menampung perubahan, katanya. "Tenaga kerja masa depan dinilaikan terutamanya terhadap apa yang mereka boleh lakukan dan perspektif positif sekitar tempat kerja. "Pendidikan dan latihan vokasional adalah pemacu utama penting pertumbuhan ekonomi kerana ia menghasilkan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tambah beliau, salah tanggapan utama berkenaan pendidikan dan latihan vokasional ialah bahawa ia dianggap kelas kedua berbanding pendidikan aliran utama. Zainuren Mohd Nor, Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan. lebih tinggi, katanya. Ia dianggap pendidikan alternatif untuk pelajar pencapaian rendah atau mereka yang menghadapi kesukaran dalam bidang akademik serta peluang terhad untuk memperoleh ijazah Akibatnya, pekerjaan yang tersedia untuk mereka adalah perkerjaan kolar biru dalam industri-industri yang menawarkan pendapatan rendah. 1

Zainuren berkata kejayaan lebih 15,000 graduan kolej vokasional daripada kohort pertama dan kedua sudah cukup untuk menyangkal persepsi bahawa institusiinstitusi latihan vokasional adalah tempat pembuangan semata-mata. Salah tanggapan ini, katanya, bermula pada tahun-tahun 1970an dan 1980an apabila sekolah-sekolah vokasional ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajarpelajar yang mendapat pencapaian rendah. Stigma ini, yang dikeruhkan lagi dengan tanggapan bertahun-tahun lamanya bahawa pelajar di sekolah-sekolah terbabit mempunyai masalah disiplin, telah mengakibatkan institusi-institusi berkenaan tersisir dan dianggap sebagai kurang cemerlang berbanding sekolah aliran utama, katanya. "Tambah pula, mereka yang berlatar belakangkan vokasional dan berjaya telah tidak diberikan penampilan yang sepatutnya oleh pihak media pada ketika itu, katanya. Bagaimanapun, pendidikan vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bermula pada tahun 2012 telah memperlihatkan sekolahsekolah dinaik taraf kepada kolej-kolej vokasional (KV) di mana 36 program diploma ditawarkan untuk pelajar-pelajar yang menamatkan peperiksaan kebangsaan PT3. Pelajar-pelajar terpilih menjalani kursus pembelajaran empat tahun dan lima bulan. Mereka memperoleh diploma, berdasarkan bidang pilihan mereka daripada KPM selain Sijil Kemahiran Malaysia, berdasarkan peringkat kemahiran daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Malaysia. Tambah Zainuren, Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV), sedang dibangunkan dengan Jawatankuasa Penasihat Teknikal yang terdiri daripada pakar-pakar industri dan universiti. KSKV merangkumi 70% pembelajaran secara langsung dan 30% teori menerusi kursus akademik serta vokasional. Terdapat juga latihan sambal bekerja selama lima bulan. "Tenaga insaniah, inovasi dan keusahawanan adalah antara elemen yang terkandung dalam kurikulum, "Pelajar-pelajar dilengkapkan dengan pelbagai kecekapan dan kemahiran yang luas dalam bidang pilihan mereka. Tambahnya, penglibatan dalam industri dan badan profesional terutamanya bagi program kerjasama, pertandingan inovasi dan pensijilan menyediakan pelajarpelajar dengan kemahiran yang sesuai dan pengalaman yang berkaitan serta mampan dalam pasaran kerja dan bidang keusahawanan. 2

Beliau turut menekankan bahawa dalam menghadapi Transformasi Nasional 50, KV adalah landasan untuk tenaga kerja masa depan di mana matlamat pembelajaran adalah untuk menghasilkan graduan holistik yang mampu menerap dan menginovasi teknologi serta menampung perubahan teknologi yang mendadak. "Mereka sedia menghadapi transformasi sosial yang positif terutamanya dalam menjadi pencipta pekerjaan serta mampu menangani arah aliran pekerjaan yang tidak diduga, katanya. Dari segi prospek pendidikan masa depan, katanya, pelajar boleh terus memperoleh tahap pendidikan lebih tinggi dalam program berkaitan di universiti awam atau swasta berdasarkan dua cara. Mereka boleh terus memasuki universiti setelah mendapat diploma, dengan syarat keputusan di tahap sijil memenuhi keperluan yang digariskan KPM. Secara alternatif, mereka boleh menggunakan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu (APEL) sepertimana yang digariskan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Zainuren berkata KV adalah antara institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang menyediakan tenaga kerja masa depan yang diperlukan untuk Revolusi Industri 4.0. Hasil pembelajaran program, tambahnya, bermatlamat untuk membangunkan kemahiran khusus, kecekapan luas, inovasi serta integriti di kalangan graduan. "Graduan holistik ini disediakan untuk pembinaan kerjaya dan kemampanan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 di mana industri-industri sangat bergantung kepada robot dan kecerdasan buatan, tambahnya. "Graduan sepatutnya mampu menyesuaikan diri, fleksibel dengan perubahan pekerjaan berdasarkan kecekapan luas dan lebih penting lagi, nilai moral dan sikap yang baik untuk menyumbang sepenuhnya kepada pertumbuhan ekonomi serta sosial negara. -Tamat - 3

Mengenai PADU Mandat PADU jelas didokumenkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk menyokong dan memantau penyampaian inisiatif yang terdapat dalam pelan pendidikan ini. Penubuhan PADU adalah khusus untuk memacu pelaksanaan inisiatif dan mendapat maklumbalas yang berterusan bagi penambahbaik pelaksana inisiatif. Dalam memastikan pelaksanaan dan penyampaian yang berkesan, PADU juga memainkan peranan dalam penyelesaian masalah pada peringkat akar umbi dan pada masa yang sama mengangkat isu-isu ke Pengurusan Tertinggi Kementerian. Komposisi pegawai yang menerajui PADU merupakan fokus penting kejayaan PADU. Gandingan tenaga pakar dan memiliki prestasi yang cemerlang dalam penyelesaian masalah, pelaksanaan dan jalinan kerjasama merupakan tunjang kekuatan PADU. Transformasi pendidikan merupakan satu proses yang kompleks dan kejayaannya memerlukan usaha dan kerjasama teguh daripada semua pihak berkepentingan. Oleh itu, peranan PADU adalah untuk memastikan semua pihak bergerak bersama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan serta keberhasilan yang dihasratkan. Tanggungjawab utama PADU: Penyelesaian masalah dan mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan prestasi Ketelusan dalam penyampaian dengan kaedah pemantauan dan pelaporan yang berkala Memberi sokongan penuh kepada pihak berkepentingan dalam dan luaran secara berterusan Memudahcara kerjasama dan kolaborasi antara Bahagian /sektor Membudayakan cara kerja efektif dan efisien Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan PADU sila layari http://www.padu.edu.my/ Mengenai Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara. 4

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu : I. Pengoperasian Sekolah II. Pengurusan Akademik III. Pembangunan PTV IV. Pembangunan Kejurulatihan PTV MAKLUMAT LANJUT : Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Aras 5 Dan 6, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel : 03-8884 5154 E-mail : info.bptv@moe.gov.my Laman Web : http://bptv.moe.gov.my/ 5

FOTO : Pelajar menjalani latihan automotif di kolej vokasional - Gambar Ihsan Kementerian Pendidikan. Pelajar menjalani latihan kerja logam di kolej vokasional - Gambar Ihsan Kementerian Pendidikan. UNTUK PERTANYAAN MEDIA, SILA HUBUNGI: Audrey Edwards, Perunding PA Anne Edwards & Company Sdn Bhd HP: 019-615 5107 audrey@anneedwardstv.com audee13@gmail.com https://anneedwardstv.com Hairul Hilmi Bin Ramlee Pengarah, Struktur Sistem Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) hairul@padu.edu.my http://www.padu.edu.my/ Yusaini bin Mohd Yusop Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6, Blok E14, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA Tel : 03-88845074 Faks: 03-88845102 6