MAJLIS AMANAH RAKYAT Para graduan Kolej Profesional MARA MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2016 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan Panduan Graduan (Lampiran A) dan borang Akujanji (Lampiran B) untuk tindakan saudari/i seterusnya. Borang Akujanji (Lampiran B) hendaklah dikembalikan semula kepada pihak kolej masing-masing selewat-lewatnya pada 25 September 2016 (Ahad). Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Membandarkan Luar Bandar Keusahawanan dan Pendidikan Global Amanah rakyat Cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan. 1
Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016 Panduan Graduan LAMPIRAN A PENTING : SILA BACA PANDUAN INI DENGAN TELITI Tahniah atas kejayaan anda menamatkan pengajian. Dengan sukacitanya anda dijemput menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA Tahun 2016 untuk penganugerahan diploma. 1. RAPTAI DAN PENGAMBILAN JUBAH Raptai Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA akan diadakan seperti butiran di bawah: Tarikh : 7 Oktober 2016 (Jumaat) Pendaftaran Raptai : 8.00 pagi Tempat Raptai : Dewan 2, 3 & 4, Aras Concourse Masa Pengambilan Jubah : 3.00 5.00 petang Tempat Pengambilan : Dewan 2, 3 & 4 Aras Concourse Jubah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Presint 5, Dataran Gemilang, 62000 Putrajaya. Saudara/i adalah diwajibkan hadir ke majlis raptai dan urusan pengambilan jubah bagi memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen KPM. Saudara/i diminta untuk mematuhi kod etika pakaian yang dinyatakan di bawah semasa menghadiri raptai: Graduan Lelaki Smart casual. Graduan Perempuan Berbaju kurung tradisional. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. Pemakaian selipar dan sandal tidak dibenarkan sama sekali. 2
2. BAYARAN YURAN KONVOKESYEN Bayaran yuran bergantung kepada ketetapan kolej masing-masing dikenakan bagi graduan yang memilih untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ini. Bayaran perlu dijelaskan sebelum 25 September 2016 (Ahad) ke akaun Koperasi Kolej anda seperti yang dipaparkan pada halaman web ini. 3. TETAMU Saudara/i dibenarkan membawa dua orang tetamu dewasa sahaja untuk memasuki dewan bagi menghadiri majlis ini. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan sewaktu upacara sedang berlangsung. Sila maklumkan kepada tetamu saudara/i bahawa mereka tidak dibenarkan keluar daripada dewan semasa majlis berlangsung sehingga Majlis Konvokesyen selesai. Tetamu dinasihatkan mengambil makanan atau ubatan yang perlu sebelum masuk ke dewan. Tiada makanan disediakan untuk tetamu dan graduan. Tempat parkir kereta disediakan secara percuma. (Terhad untuk satu kenderaan bagi setiap graduan). 4. PAKAIAN RASMI GRADUAN DAN TETAMU Untuk kekemasan dan kesesuaian majlis, para graduan dan tetamu dikehendaki mematuhi kod etika berpakaian dan rupa diri seperti yang berikut: Graduan Lelaki Baju Melayu (polos, berwarna HITAM). Sampin songket (benang emas/perak yang bersesuaian). Songkok. Lounge Suit dan bersongkok. Kasut kulit/pu serta bersarung kaki. 3
Graduan Perempuan Baju kurung tradisional sahaja. Tudung (polos & bukan Muslim tidak diwajibkan bertudung; rambut hendaklah berikat/disanggul kemas; penampilan formal). Kasut hitam bertutup penuh (Tumit kasut tidak melebihi 2 inci). Kain berbelah tidak dibenarkan sama sekali. Pakaian tetamu Batik/baju kebangsaan atau lain-lain yang bersesuaian untuk majlis rasmi. Pemakaian seluar jeans dan kemeja-t tidak dibenarkan. 5. SAHSIAH GRADUAN Graduan Lelaki Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak diwarnakan, tidak menutup telinga, tidak melepasi kening dan tidak menyentuh kolar baju. Pemakaian subang /rantai/anting-anting tidak dibenarkan sama sekali. Graduan Perempuan Hanya baju kurung tradisional dibenarkan. Kenipisan pakaian hendaklah tidak menjolok mata. Solekan dan pemakaian barang kemas hendaklah tidak keterlaluan. PIHAK JAWATANKUASA URUS SETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI UPACARA KONVOKESYEN INI SEKIRANYA PARA GRADUAN TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPA DIRI YANG TELAH DITETAPKAN. 6. PENDAFTARAN PELAJAR Saudara/i dikehendaki untuk mendaftar diri seperti butiran yang dinyatakan di bawah: Tarikh : 8 Oktober 2016 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Presint 5, Dataran Gemilang, 62000 Putrajaya. 4
Para graduan diwajibkan hadir TEPAT pada masanya dan TIDAK AKAN DIBENARKAN keluar masuk Dewan Plenary semasa upacara berlangsung. 7. PERKHIDMATAN JURUGAMBAR Pihak Bahagian Pendidikan Tinggi akan menyediakan perkhidmatan jurugambar profesional untuk majlis ini. Oleh itu, penggunaan kamera, telefon bimbit dan/atau perakam video persendirian tidak dibenarkan semasa majlis berlangsung. 8. PEMULANGAN JUBAH, PENGAMBILAN DIPLOMA DAN TRANSKRIP Diploma dan transkrip boleh dituntut semasa pemulangan jubah yang boleh dilakukan seperti butiran di bawah : Tarikh : 8 Oktober 2016 (Sabtu) Waktu : 2:30 petang 6:30 petang Tempat : Dewan 2, 3 & 4 Aras Concourse. 9. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN Pelajar yang akan bergraduat mestilah: i. Melayari laman web Kajian Pengesanan Graduan di alamat graduan.moe.gov.my dan menjawab soal selidik mulai 25 Ogos 2016 (Khamis). ii. Menjawab soal selidik dengan lengkap. iii. Mencetak slip pengesahan. (Slip pengesahan mesti diserahkan selepas sesi raptai pada 7 Oktober 2016 (Jumaat) sebelum pengambilan jubah. Kegagalan menyerahkan slip tersebut akan menyebabkan diploma asal ditahan sehingga serahan slip dibuat). Kerjasama saudara/i mematuhi peraturan-peraturan yang telah dinyatakan di atas adalah amat dihargai demi menjamin kelancaran Majlis Konvokesyen KPM 2016 ini. Terima kasih di atas kerjasama anda. 5
LAMPIRAN B AKUJANJI MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2016 Saya bernombor Kad Pengenalan dan bernombor pelajar graduan dari Kolej Profesional MARA bagi program, faham dan akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016 ini. Saya juga bersedia untuk menerima sebarang tindakan jika saya gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Yang benar,... PERINGATAN Sila kembalikan Borang Akujanji (Lampiran 2) ini sebelum 25 September 2016 kepada Pengarah Kolej masing-masing. 6