Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

dokumen-dokumen yang mirip
Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

SYNERGY CARDS SDN BHD

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Overdraf. November 2017

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

1. Apa produk ini berkenaan?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Polisi Privasi. Pengenalan

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

PERSATUAN BANK SINGAPURA. Engenai Akaun- Akaun Bank. Apakah yang anda perlu tahu...

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Transkripsi:

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak Diterbitkan oleh:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks: 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Pertama 2009 Cetakan Kedua 2010 Edisi Kedua 2014 Hak cipta buku ini adalah milik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Setiap bahagian atau mana-mana bahagian buku ini hanya boleh diterbitkan semula, diterjemahkan, atau dikemukakan dalam apa jua bentuk dengan mendapat izin bertulis terlebih dahulu daripada AKPK dan khususnya bagi tujuan pendidikan. Tiada sebarang bentuk keuntungan kewangan boleh diperoleh, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada penerbitan semula buku ini. ISBN 978-983-44004-0-8 Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk pendidikan semata-mata. Ia bukanlah pengganti kepada nasihat atau saranan yang mungkin anda terima daripada penasihat kewangan profesional. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafikan sebarang liabiliti kepada mana-mana pihak yang menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai asas untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan. Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam buku ini, AKPK mengharapkan pemahaman anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan.

3 Bab 3 Produk dan Perkhidmatan Kewangan ep ro du ce d Kemudahan Perbankan To Be R Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan pelbagai siri risalah yang informatif berkenaan produk dan perkhidmatan perbankan. Risalah-risalah ini boleh didapati di mana-mana cawangan bank di seluruh negara. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkannya di cawangan berdekatan, sila layari laman web BNM di www.bankinginfo.com.my ot Perkhidmatan perbankan asas N Kesemua institusi perbankan menawarkan Akaun Simpanan Asas atau Basic Savings Accounts (BSA) dan Akaun Semasa Asas atau Basic Current Accounts (BCA) kepada warganegara dan juga penduduk tetap Malaysia. BSA dan BCA boleh dibuka secara individu ataupun bersama. 37

Kedua-dua akaun ini beroperasi sama seperti akaun simpanan atau akaun semasa yang lain, bezanya bagi akaun-akaun ini, anda hanya boleh melakukan transaksi asas pada kos minimum atau secara percuma. Anda dibenarkan membuka satu BSA dan satu BCA di setiap institusi perbankan. Perkhidmatan perbankan yang anda peroleh sebagai pemegang BSA atau BCA adalah: Perkhidmatan kaunter: Pertanyaan akaun, deposit dan pengeluaran, pemindahan wang ke akaun lain dalam institusi perbankan yang sama dan pembayaran bil ATM: Pertanyaan baki, pengeluaran dan pemindahan wang ke bank yang sama Mesin deposit: Deposit cek dan wang tunai GIRO antara bank: Pemindahan wang antara bank Perbankan Internet: Pertanyaan akaun, pembayaran bil dan pemindahan wang. Akaun Simpanan Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan wang dan menerima faedah yang telah ditentukan tanpa tempoh matang. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh semua institusi perbankan di Malaysia. Deposit minimum untuk membuka akaun simpanan berbeza-beza daripada satu institusi ke institusi perbankan yang lain. Anda boleh menyimpan atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM bank berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain. 38

Antara transaksi yang biasanya boleh anda lakukan adalah: Penyimpanan wang tunai atau cek Pengeluaran wang Pertanyaan berkenaan akaun Pemindahan wang ke akaun lain, dalam institusi perbankan yang sama Pembayaran bil Pemindahan wang antara bank (GIRO) Perbankan atas talian / perbankan Internet. Akaun semasa Akaun semasa adalah akaun deposit yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat pembayaran menggunakan cek. Akaun ini boleh dibuka di mana-mana institusi perbankan di Malaysia. Terdapat beberapa institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan pemberian faedah. Penyata akaun bulanan akan dihantar kepada anda secara percuma agar anda boleh memantau semua transaksi anda. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat: Pembayaran menggunakan cek Penyimpanan wang tunai atau cek Pertanyaan berkenaan akaun Pengeluaran wang Pertanyaan berkenaan Pemindahan wang ke akaun lain, dalam institusi perbankan yang sama Pembayaran bil Pemindahan wang antara bank (GIRO) Perbankan melalui talian / perbankan Internet. 39

Tanggungjawab anda sebagai pemegang akaun simpanan dan akaun semasa: Sentiasa merahsiakan nombor akaun dan PIN anda Sentiasa menyimpan penyata akaun, buku bank dan kad ATM di tempat yang selamat Pastikan anda mengoyakkan cek yang dibatalkan Segera memaklumkan bank anda sekiranya anda: bertukar alamat atau nombor telefon kehilangan kad ATM, buku simpanan, cek atau buku cek mendapati sebarang kesilapan pada penyata bank anda. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) PIDM adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia antaranya untuk mentadbir sistem insurans deposit. Mulai 31 Disember 2010, peranannya telah diperluaskan untuk mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans (TIPS) di Malaysia. Fungsi utama PIDM adalah untuk memberi perlindungan kepada pendeposit bank (individu dan perniagaan), dan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans serta untuk membayar balik mereka sekiranya berlaku kegagalan pihak bank, pengendali takaful atau syarikat insurans. PIDM melindungi deposit yang layak sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Jumlah ini merangkumi kedua-dua jumlah prinsipal deposit dan faedah / pulangan. Had maksimum perlindungan di bawah TIPS (iaitu sijil ringgit takaful atau polisi insurans yang dikeluarkan di Malaysia) berbeza-beza mengikut jenis manfaat yang dilindungi. Semua perlindungan di atas disediakan secara percuma kepada pendeposit serta pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-1266 atau layari laman web di www.pidm.gov.my 40

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau atau FMB) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara anda dan penyedia perkhidmatan kewangan yang menjadi ahli BPK, sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan isu perbankan, kewangan, insurans atau takaful. BPK tidak akan mempertimbangkan aduan atau tuntutan mengenai: Harga am Dasar produk atau perkhidmatan ahli BPK Keputusan kredit (kelulusan, penolakan dan penstrukturan semula pinjaman) Kes penipuan (selain daripada kes penipuan yang melibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj, kad ATM dan cek bagi amaun yang tidak melebihi RM25,000) Kes yang melebihi had masa enam tahun Kes yang telah dibawa atau dirujuk ke mahkamah dan / atau untuk penimbangtaraan. BPK hanya akan mengendalikan aduan sekiranya aduan tersebut telah diajukan kepada penyedia perkhidmatan kewangan yang berkenaan. Sila layari laman web www.fmb.org.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setiap bank mempunyai terma dan syarat yang berlainan bagi setiap produk dan perkhidmatan mereka. Pastikan anda mengetahuinya dan sentiasa membuat perbandingan antara institusi-institusi tersebut bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan kewangan yang terbaik untuk diri anda. 41

Perbankan Islam Perbankan Islam adalah sistem perbankan yang berlandaskan lunas dan prinsip Syariah. Berpandukan sistem ekonomi Islam, perbankan Islam melarang riba (iaitu menerima dan memberi faedah), usury, pengenaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang haram di sisi Islam. Di Malaysia, kita berpeluang untuk memilih sama ada pembiayaan secara sistem perbankan konvensional ataupun perbankan Islam. Terdapat bank di negara ini yang menjalankan perbankan Islam sepenuhnya. Bertentangan dengan pandangan sesetengah orang, perbankan Islam yang sebenarnya adalah untuk semua orang tanpa mengambil kira agama. Perbankan Islam beroperasi berlandaskan prinsip Syariah yang dikenali sebagai Fiqh al-muamalat. Prinsip asas perbankan Islam adalah perkongsian untung dan rugi serta pengharaman pengambilan riba. Antara konsep Syariah yang biasa digunakan dalam perbankan Islam adalah perkongsian untung (Mudharabah), simpanan (Wadiah), usaha sama (Musharakah), kos tokok (Murabahah) dan pajakan (Ijarah). Layari www.islamicfinanceinfo.com.my untuk maklumat lanjut. Perbankan Islam di Malaysia dikawal selia oleh Majlis Penasihat Syariah (Syariah Advisory Council) yang ditubuhkan oleh BNM. Di samping itu, bank-bank Islam dan konvensional yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam diwajibkan mempunyai jawatankuasa penasihat syariah masing-masing atau melantik para perunding untuk memastikan operasi dan aktiviti mereka mematuhi prinsip Syariah. 42

Perbankan Internet Bank-bank di Malaysia kini giat menggalakkan pelanggan agar menggunakan internet untuk menjalankan urusan perbankan. Perbankan Internet atau perbankan dalam talian merujuk kepada urusan transaksi perbankan yang dikendalikan melalui laman web bank yang selamat. Perbankan Internet memberi faedah kepada anda sebagai pelanggan bank. Anda boleh membuat urusan perbankan dari rumah atau pejabat, dalam atau luar waktu perbankan, atau dari mana-mana lokasi sekalipun selagi mempunyai akses kepada Internet. Lazimnya perisian atau perkakasan istimewa tidak diperlukan untuk melakukan perbankan melalui Internet. Melalui perbankan Internet, anda boleh: Menyemak baki dan penyata akaun bank Mengemukakan permohonan untuk membuka akaun, kad kredit dan pinjaman baharu Membuat pelaburan deposit tetap Memindah wang antara akaun (akaun milik sendiri atau pihak ketiga) Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans atau sumbangan takaful Mengeluar, meminda atau membatalkan arahan tetap Memohon buku cek dan penyata akaun bank Menyemak status cek Mengarah untuk memberhentikan pembayaran cek Memohon draf bank dan pemindahan telegraf. Anda boleh mendaftar untuk urusan perbankan Internet dengan bank yang menawarkan perkhidmatan ini dan bagi akaun bank yang sedia ada, seperti akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit dan pinjaman. Terdapat juga bank yang menawarkan akaun khas untuk kemudahan perbankan Internet kepada pelanggan-pelanggan lama dan baharu mereka. 43

Pastikan ciri-ciri akaun khas ini sesuai bagi anda dan jangan tertarik dengan tawaran istimewa yang mungkin tidak relevan kepada keperluan anda. Dapatkan tawaran yang terbaik. Anda boleh melayari laman web BNM untuk menyemak senarai bank yang menawarkan perbankan Internet. Buat masa sekarang, langganan bagi perkhidmatan perbankan Internet adalah percuma, walaupun ini tertakluk kepada bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Fi mungkin dikenakan bagi sesetengah perkhidmatan seperti pemindahan wang antara bank, pemindahan telegraf dan permohonan buku cek. 44

Semak dengan bank anda tentang fi yang dikenakan. Bank mungkin menawarkan fi yang lebih kompetitif apabila pelanggan menggunakan perkhidmatan Internet untuk menjalankan aktiviti perbankan berbanding dengan saluran lain seperti perkhidmatan di kaunter cawangannya. Perbankan Internet yang selamat Terdapat kebimbangan tentang jaminan keselamatan maklumat dan transaksi melalui Internet. Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan Internet, termasuk bank, pelbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk memastikan internet adalah saluran yang dijamin selamat untuk digunakan. Namun demikian, risikonya tetap wujud. Pastikan yang anda sentiasa membuat cetakan bagi setiap transaksi di Internet. Ini membolehkan anda membuat penyemakan semula sekiranya berlaku sebarang percanggahan, terutamanya atas baki akaun dan penyata akaun yang dihantar oleh bank. Cetakan tersebut juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi anda dan pegawai bank sekiranya anda ingin mengesan sebarang keraguan atas sesuatu transaksi. Pada keseluruhannya, perbankan Internet menawarkan cara yang selamat untuk mengendalikan transaksi perbankan jika anda mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi seperti berikut: Rahsiakan ID Daftar Masuk, kata laluan atau nombor PIN anda Tukar kata laluan atau nombor PIN anda dari semasa ke semasa Elak daripada menyimpan ID Daftar Masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dalam komputer Layari laman web yang betul. 45

Pastikan laman web yang dilayari selamat dengan menyemak Universal Resource Locators (URL) untuk memastikan URL bermula dengan https dan memastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web. Sering semak butir-butir sejarah transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank. Jangan tinggalkan komputer sekiranya masih mengakses perbankan Internet. Sentiasa log keluar sebaik sahaja selesai melaksanakan transaksi dan memadamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar dari laman web. Lindungi komputer daripada virus dan program perosak dengan memasang firewall terkini dan program penentang virus yang bereputasi. Pastikan perisian antivirus dan firewall sentiasa dikemaskinikan agar lebih berkesan. Elak daripada memuat turun perisian atau fail dari laman web yang kurang diketahui atau memasuki hiper-pautan yang dihantar oleh mereka yang tidak dikenali. Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa. Hindari daripada menggunakan komputer yang dikongsi atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet. Jangan biarkan tetingkap pelayar lain terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian. Hentikan keupayaan ciri-ciri perkongsian fail dan pencetak dalam sistem pengendalian anda. 46

Adalah perkara biasa sekiranya anda membuat kesilapan semasa menjalankan sesuatu transaksi. Jika ini berlaku, segera hubungi perkhidmatan pelanggan bank tersebut dan berikan butir-butir terperinci berkaitan transaksi atau masalah yang dihadapi. Bank biasanya mempunyai rekod semua transaksi yang anda jalankan dan sedia membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pastikan anda membaca dan memahami terma serta syarat perbankan Internet yang anda langgani, terutamanya yang berkaitan dengan transaksi tanpa kebenaran atau urus niaga palsu dan sekiranya anda ingin membuat apa-apa aduan. Adalah lebih baik berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan bank terlebih dahulu untuk memahami sepenuhnya terma dan syarat tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakan perbankan Internet. 47

Kesimpulannya Bank menawarkan pelbagai produk, perkhidmatan dan kemudahan untuk memenuhi keperluan kewangan anda Pertimbangkan segala aspek apabila memilih bank yang terbaik untuk anda Perbankan Islam menawarkan suatu alternatif kepada perbankan konvensional Bertentangan dengan sesetengah pendapat, perbankan Islam adalah untuk semua orang tanpa mengambil kira agama dan kepercayaan masing-masing Perbankan Internet adalah cara mudah untuk menjalankan urusan perbankan. 48