Ruj. Kami : KDH 01/14 /01 Bil () Tarikh : Saudara/i, MAJLIS KONVOKESYEN KE-23 Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Terlebih dahulu pihak Kolej mengucapkan tahniah kepada saudara/i kerana telah berjaya lulus dalam semua kursus yang disyaratkan. 2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa saudara/i dijemput hadir untuk menjayakan Majlis Konvokesyen ke-23 seperti butir-butir berikut: Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi -1.00 petang Tempat : Bangi Convention Centre (BCC). Jalan Wawasan 1, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. 3. Bagi menjayakan Majlis Konvokesyen ini, pihak Pengurusan Kolej mengenakan bayaran sebanyak: Hadir Tidak Hadir Yuran bergraduat : RM 250.00 RM 250.00 Sewa jubah : RM 50.00 Perkhidmatan / MQA : RM 150.00 RM 150.00 Gambar : RM 30.00 Alumni : RM 100.00 RM 100.00 JUMLAH : RM 580.00 RM 500.00 4. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai/online/cek, atas nama Kolej Dar al- Hikmah 12029010019712 Bank Islam Malaysia Berhad. Pengesahan kehadiran dan bayaran hendaklah dibuat sebelum 23 April 2018 5. Kami ingin mengingatkan graduan supaya mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan yang boleh didapati diportal http://graduat.mohe.gov.my/ dari 12 April 2018 sehingga 18 Mei 2018. Slip pengesahan yang telah dicetak dari portal tersebut perlu dibawa bersama semasa pengambilan jubah pada 7-11 Mei 2018. Maklumat lanjut sila hubungi Puan Zawati Omar atau Cik Siti Hajar Samian di talian 03-8925 2392.
6. Bersama ini dilampirkan garis panduan penerima sijil/diploma untuk maklumat saudara/i. 7. Pihak kolej juga tidak menyediakan tempat penginapan, dan hendaklah diuruskan sendiri oleh graduan. Sekian, terima kasih. safura WAN NURSAFURAA BINTI WAN MUSTAFA Pengarah Majlis Konvokesyen ke-23
1. PAKAIAN (WAJIB) Lelaki Perempuan GARIS PANDUAN PENERIMA SIJIL/ DIPLOMA KOLEJ DAR AL-HIKMAH - Baju Melayu lengkap berwarna gelap. - Bersongkok hitam. - Rambut mestilah pendek dan kemas - Baju Kurung/Kebarung (tidak dibenarkan memakai kain berbelah). - Bertudung Putih. - Pemakaian Jubah tidak dibenarkan * Nota - Saudara/i diwajibkan memakai kasut bertutup. (Selipar/sandal tidak dibenarkan sama sekali) 2. TETAMU Hanya tetamu yang membawa kad jemputan sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. * Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. 3. TAKLIMAT RAPTAI Para graduan diwajibkan mendengar taklimat dan menghadiri latihan raptai konvokesyen pada: Tarikh : 11 hb Mei 2018 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Bangi Convention Centre (BCC). Jalan Wawasan 1, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. 4. KAMERA Jurukamera Profesional telah disediakan semasa majlis berlangsung. Penggunaan kamera individu hanya dibenarkan di tempat duduk masingmasing sahaja. 5. JUBAH Semua graduan diminta mengambil jubah mulai pada: Tarikh : 7 Mei 2018-11 Mei 2018 (Isnin-Jumaat sahaja) Masa : 9.30 pagi 12.00 tengahari. 2.30 petang 4.30 petang. Tempat : Bilik Syura, Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 50 jika jubah lewat dipulangkan seminggu selepas tarikh Majlis Konvokesyen ke- 23 dan RM 200 jika jubah hilang. 6. DIPLOMA Diploma boleh diambil di Pejabat Akademik Kolej mulai 16hb Julai 2018.
KOLEJ DAR AL-HIKMAH BORANG A (Untuk Hadir Sahaja) Sila Jawab sebelum 23 April 2018 Nama :... Program :... Alamat :...... No. Telefon Email Tuan, MAJLIS KONVOKESYEN KE-23 KOLEJ DAR AL-HIKMAH 1. Saya adalah bakal graduan tahun 2018 dan dengan ini memperakui bahawa saya akan menghadiri Majlis Konvokesyen tersebut. Saya juga memperakui bahawa saya akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. 2. Tetamu yang akan hadir pada Majlis Konvokesyen adalah seramai. orang sahaja. Maksimum tetamu hanya DUA (2) orang sahaja Tarikh : T/tangan Graduan: 3. Tempoh pengambilan transkrip adalah satu tahun dari tarikh bergraduat dan jika graduan tidak menuntut transkrip tersebut selepas setahun, pihak kolej tidak bertanggungjawab terhadap transkrip tersebut dan bayaran RM 500.00 sebagai denda akan dikenakan untuk proses percetakan semula transkrip tersebut. Sila jawab borang ini melalui email info@hikmah.edu.my atau Pos ke alamat berikut sebelum atau pada 23 April 2018 SEKRETARIAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 23 Sg. Ramal Dalam 43000 Kajang Selangor
KOLEJ DAR AL-HIKMAH BORANG B (Untuk Tidak Hadir Sahaja) Sila Jawab sebelum 23 April 2018 Nama :... Program :... Alamat :...... No. Telefon Email Tuan, MAJLIS KONVOKESYEN KE-23 KOLEJ DAR AL-HIKMAH 1. Saya adalah bakal graduan tahun 2018 dan dengan ini memperakui bahawa saya tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen kerana sebab-sebab berikut:- Oleh itu saya memohon untuk menerima Sijil/ Diploma saya tanpa hadir. 2. Saya faham bahawa: a) Sijil/ Diploma boleh diambil sendiri di pejabat tuan dua bulan selepas Majlis Konvokesyen diadakan. b) Bayaran ketidakhadiran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 23 April 2018. 3. Tempoh pengambilan transkrip adalah satu tahun dari tarikh bergraduat dan jika graduan tidak menuntut transkrip tersebut selepas setahun, pihak kolej tidak bertanggungjawab terhadap transkrip tersebut dan bayaran RM 500.00 sebagai denda akan dikenakan untuk proses percetakan semula transkrip tersebut. Tarikh : T/tangan Graduan: Sila jawab borang ini melalui email info@hikmah.edu.my atau Pos ke alamat berikut sebelum atau pada 23 April 2018 SEKRETARIAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 23 Sg. Ramal Dalam 43000 Kajang, Selangor