PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2001 PERATURAN DAN ACARA ACARA PERTANDINGAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PETANQUE ( LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

PERATURAN AM SUKAN MASUM

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

KEJOHANAN SUKJAB BAGI SUKAN INDOOR PIALA PUSINGAN PROF DR AMINUDDIN ANJURAN KKSSK 2017 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. TARIKH : 6 /3/ /3/2017

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SILAT SENI. Pertandingan secara individu dan berkumpulan.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

/^-/ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 PERATURAN AM BAHAGIAN SUKAN, KPM

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR CAMPURAN PESUMA KE-30

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

PERATURAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS DAN PERAWATAN ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA, NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2013 SEKSYEN B

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

BOLA KERANJANG 3 ON 3

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 on 3 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN TAHUN 2016

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA TIMBANG PESUMA KE-30

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN KEBANGSAAN 18 TAHUN KE BAWAH 2017

SUKAN JOHOR KOTA TINGGI 2017 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH RECURVE DAN COMPOUND (LELAKI & WANITA)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI PESUMA KE-30

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT (LELAKI DAN WANITA)

SILAT SENI. Pertandingan secara individu dan berkumpulan.

PERATURAN PERMAINAN SUKAN AIR ROWING-KAYAK. Disediakan oleh :

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR JABATAN PERDANA MENTERI 2012

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PING PONG BERPASUKAN CAMPURAN

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PING PONG BERPASUKAN CAMPURAN

SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA KERANJANG PIALA TUN HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR & PIALA TOH PUAN HAJJAH SITI ZAINAB

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

PERATURAN UMUM PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI HKSBP38

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

PERATURAN PERTANDINGAN DAMAK LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

PERMAINAN TRADISIONAL HARI KELUARGA KPK 2014

PERTANDINGAN KAROM PESTA SUKAN MUHIBBAH JKM TAHUN 2017 PENGELOLA: JABATAN TANAH DAN UKUR

Transkripsi:

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018 PENDAHULUAN Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Seluruh Malaysia 2018 adalah bertujuan mempamerkan kemahiran dan menghasilkan jenis-jenis persembahan baru yang boleh digunakan dalam persembahanpersembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi seperti yang dianjurkan oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, Y.M. Syeikh DR. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi di masa akan datang di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam aspek pertandingan yang dijalankan. Pertandingan dijalankan dengan menilai kekemasan dan ketangkasan peserta-peserta melakukan pergerakan-pergerakan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi disertai kaedah-kaedah persilatan yang betul mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Pertandingan adalah berbentuk persembahan buah silat di kalangan ahli sesama pasukan dan tiada perlawanan secara bersemuka. BAB 1 PERATURAN PERTANDINGAN FASAL 1 KELENGKAPAN PERTANDINGAN Kawasan Persembahan Kawasan persembahan mestilah empat segi sama dengan keluasan 36 meter persegi (6m x 6m) atau mengikut ketetapan Sekretariat Pertandingan. Kawasan persembahan boleh dibuat di tanah, lantai atau pentas yang rata yang pada pendapat Sekretariat Pertandingan tidak membahayakan peserta. Kawasan persembahan tertakluk kepada sebarang pindaan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa berdasarkan lokasi pertandingan yang disediakan oleh pihak penganjur. Kelengkapan Kawasan Persembahan Kelengkapan kawasan pertandingan adalah terdiri daripada: i. Jam pertandingan ii. Loceng atau alat yang sama fungsi denganya Kelengkapan peserta Bagi kategori berpasangan dan berkumpulan, persembahan perlu dilakukan dengan memakai pakaian seragam Silat Cekak Pusaka Hanafi termasuk tengkolok dan tali pinggang. Bagi kategori melibatkan senjata, persembahan perlu dilakukan menggunakan senjata yang dipastikan berada dalam keadaan selamat. 1

FASAL 2 PENYERTAAN Peserta mestilah pelajar/penuntut lelaki atau wanita yang telah menjadi ahli tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi di IPT dan Sekolah berkenaan. Bagi Kategori 6 pertandingan (rujuk FASAL 9), DIBENARKAN peserta dari kalangan ahli yang belum tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk turut menyertai pertandingan. Setiap IPT dan Sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan, terdiri daripada SATU pasukan LELAKI dan SATU pasukan WANITA sahaja. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran sebanyak RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh sahaja). Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada: i. Seorang Pengurus Pasukan ii. Seorang Ketua Pasukan (boleh menyertai pertandingan) iii. 2 (dua) hingga 40 (empat puluh) peserta Ayat 6 Ayat 7 Ayat 8 Ayat 9 0 1 Setiap pasukan HANYA DIBENARKAN menggunakan khidmat Tenaga Pengajar (Jurulatih dan Pembantu Jurulatih) yang sedang belajar di IPT atau Sekolah berkenaan SAHAJA sebagai peserta dan TIDAK DIBENARKAN menjadi HERO persembahan. Jumlah maksima Tenaga Pengajar (Jurulatih dan Pembantu Jurulatih) yang DIBENARKAN menjadi peserta adalah 3 (tiga) orang sahaja. Seorang peserta tidak boleh mewakili lebih daripada satu pasukan. Setiap peserta mestilah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori dan dihantar kepada Sekretariat Pertandingan sebelum tarikh tutup pendaftaran penyertaan. Pengesahan akhir Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori mesti dibuat pada Taklimat Pengurus Pasukan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Sebarang pertukaran pada Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori tidak boleh dibuat setelah pengesahan akhir semasa Taklimat Pengurus Pasukan. 2

FASAL 3 ATURAN PERTANDINGAN Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada peserta-peserta yang membuat persembahan sahaja. Larangan-larangan dalam persembahan ialah: i. Persembahan-persembahan yang membahayakan Ketua Juri, Juri, Sekretariat Pertandingan dan penonton ii. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah, dan sebagainya iii. Kelakuan yang mencabar iv. Tidak dibenarkan mengikat mata dan/atau mengikat tangan v. Tidak dibenarkan lelaki dan wanita berpasangan sama ada dalam kategori berpasangan dan/atau berkumpulan vi. Para penonton atau penyokong adalah tidak dibenarkan sama sekali membantu mana-mana pasukan yang sedang mempersembahkan persembahan mereka vii. Memakai pakaian selain daripada uniform silat atau pakaian seragam Silat Cekak Pusaka Hanafi (bagi kategori 6) Tertakluk kepada sebarang pindaan dan/atau tambahan yang difikirkan perlu dari semasa kepada semasa oleh pihak penganjur. FASAL 4 PENILAIAN Markah penilaian maksimum oleh Juri untuk setiap persembahan adalah seperti berikut: Penilaian akan diberikan berdasarkan kepada 2 (dua) perkara utama iaitu: i. Kaedah dan Keaslian Kecekapan Ketangkasan Keaslian kaedah 10 mata x 4 Juri (40 mata) i Ciri-ciri Persembahan Tatatertib Pakaian Kreativiti Kesungguhan 10 mata x 4 Juri (40 mata) Satu markah tertinggi daripada Juri dan satu markah terendah daripada Juri akan dipotong. Jumlah Markah Penilaian maksimum daripada Juri adalah 60 mata. Markah Penilaian oleh Ketua Juri untuk keseluruhan persembahan adalah 10 mata. 3

Ayat 6 Jumlah Markah Penilaian untuk keseluruhan persembahan adalah 70 mata. Pengurangan Markah Pengurangan markah akan dibuat jika pasukan tidak mematuhi waktu yang telah ditetapkan had waktunya. Pengurangan markah akan ditolak daripada jumlah markah yang diperolehi dari kesemua juri. Lebih 1 saat - 15 saat = Tolak 2 mata Tambahan setiap 5 saat berikut = Tolak 1/2 mata FASAL 5 PERLAKSANAAN PENGADILAN Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Juri, Pembantu Ketua Juri, Penjaga Masa dengan 8 (lapan) orang Juri. Tugas Ketua Juri Setiap Ketua Juri adalah bertanggungjawab: i. Mengendalikan pertandingan dan menjadi ketua untuk juri-juri setiap petak pertandingan ii. Memberikan markah iii. Menandatangani borang pemarkahan yang telah dikira Tugas Juri Setiap juri adalah bertanggungjawab memberi markah setiap persembahan dan di bawah pengawasan Ketua Juri. 4 (empat) orang juri akan memberi nilai untuk perkara Kaedah dan Keaslian dan 4 (empat) orang juri untuk Ciri-ciri Persembahan. Tugas Pembantu Ketua Juri Pengurusan borang pemarkahan akan dibuat oleh Pembantu Ketua Juri dan bertanggungjawab kepada Ketua Juri. Ayat 6 Tugas Penjaga Masa Penjaga Masa bertanggungjawab i. Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap persembahan yang ditentukan had waktu ii. Memberi amaran waktu 10 (sepuluh) saat sebelum masa persembahan tamat dan tamat persembahan iii. Mencatatkan masa persembahan iv. Membuat pengurangan markah jika persembahan melebihi masa yang ditetapkan 4

FASAL 6 PENGURUS PASUKAN Setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Pasukan Tanggungjawab Pengurus Pasukan ialah: i. Menyediakan, menyiapkan dan memastikan Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori sampai kepada Sekretariat Pertandingan selewat-lewatnya pada tarikh tutup pendaftaran penyertaan ii. Menghadiri Taklimat Pengurus Pasukan iii. Menentukan setiap pasukan dan peserta membuat persembahan mengikut peraturan dan waktu yang telah ditetapkan. iv. Menerima segala arahan dari Sekretariat Pertandingan dan melaksanakannya. Pengurus Pasukan boleh melantik Penolong-Penolong Pengurus Pasukan untuk membantu tanggungjawabnya. FASAL 7 PENENTUAN KEMENANGAN Ayat 6 Ayat 7 Ayat 8 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah yang dikumpul oleh sesuatu pasukan tersebut. Sekiranya terdapat persamaan nilai markah maka pasukan yang mempunyai kelebihan dalam nilai Kaedah dan Keaslian akan dikira menang. Jika seri juga, pasukan yang mempunyai nilai yang lebih dalam Ciri-ciri Persembahan akan dikira menang. Jika seri juga, pasukan yang kurang pengurangan nilai akan dikira menang. Jika seri juga, pasukan yang mempunyai nilai markah yang lebih dari Ketua Juri akan dikira menang. Jika seri juga, undian lambungan duit syiling akan dilakukan untuk menentukan pemenang. Johan keseluruhan bagi setiap pasukan lelaki dan wanita berasaskan jumlah markah kesemua kategori berpasangan dan kategori berkumpulan. Segala keputusan akan diumumkan oleh Ketua Pertandingan atau mana-mana orang yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan. FASAL 8 CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN Pertandingan ini mempunyai 3 (tiga) Kategori Berpasangan dan 3 (tiga) Kategori Berkumpulan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9. Kategori Berpasangan perlu dilakukan oleh 2 (dua) orang peserta mengikut 5

kategori-kategori seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9. Kategori Berkumpulan perlu dilakukan oleh 6 (enam) orang peserta mengikut kategori-kategori seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9. Persembahan pertandingan yang lengkap bagi peringkat IPT adalah terbahagi kepada 6 (enam) kategori untuk lelaki dan 6 (enam) kategori untuk wanita seperti yang terkandung dalam dalam Fasal 9. Persembahan pertandingan yang lengkap bagi peringkat sekolah adalah terbahagi kepada 6 (enam) untuk lelaki dan 6 (enam) kategori untuk wanita seperti yang terkandung dalam dalam Fasal 9. Ayat 6 IPT atau Sekolah boleh menghantar pasukan dengan penyertaan minimum 1 kategori. Ayat 7 Ayat 8 Ayat 9 Setiap IPT dan/atau Sekolah akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang ditetapkan melalui undian Setiap satu kumpulan akan bertanding di satu petak pertandingan masingmasing. Setiap pasukan akan masuk bertanding untuk semua kategori yang disertai di petak yang sama mengikut aturan kategori FASAL 9 FORMAT KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018 Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut: i. Peserta kategori pertama setiap pasukan akan masuk ke petak pertandingan ii. Peserta akan memberi hormat kepada Ketua Juri dan penonton. iii. Peserta persembahan bersedia untuk memulakan persembahan. iv. Ketua Juri akan memberikan arahan kepada peserta. v. Masa Persembahan bermula apabila loceng dibunyikan vi. Peserta membuat persembahan. vii. Tanda ingatan masa 10 (sepuluh) saat sebelum waktu persembahan tamat dibunyikan viii. Persembahan kategori pertama tamat. ix. Peserta kategori pertama memberi hormat kepada Ketua Juri x. Peserta kategori pertama keluar dari petak pertandingan xi. Sekiranya pasukan menyertai lebih dari satu kategori, peserta kategori seterusnya akan masuk xii. Persembahan akan diteruskan sehingga ke kategori terakhir yang disertai oleh pasukan tersebut 6

Kategori 1 Kategori Berpasangan (Lelaki & Wanita) : Menangkis serangan pisau Dari arah depan Dari arah kiri Kreatif 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah. Kategori 2 : Menangkis serangan tongkat Dari arah atas Dari arah kiri Kreatif 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah Kategori 3 : Menangkis serangan kaki Dari penyepak minang Dari penyepak luar Kreatif 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah Kategori 4 Kategori Berkumpulan (Lelaki & Wanita) : Umum kreatif Melibatkan serangan tangan kosong, kaki dan senjata Kategori 5 : Persembahan di atas papan sekeping kreatif Melibatkan serangan tangan kosong, kaki dan senjata Kategori 6 : 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran) 1) Buah Pertama (Kanan) 2) Buah Kuntau Kiri (Kanan) 3) Buah Kuntau Kiri Gantung (Kanan) 4) Buah Kilas Hadapan (Kiri) 5) Buah Hempok (Kiri) 6) Buah Selendang (Kiri) 7

Untuk Kategori 6, 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran), Persembahan mesti dibuat dengan Tiga (3) Serangan Kanan dan Tiga (3) Serangan Kiri Untuk Kategori 6, 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran), Persembahan boleh disertai oleh peserta yang belum tamat tetapi sudah selesai semua buah jatuh BAB II PERATURAN PERLAKSANAAN TEKNIKAL PERTANDINGAN FASAL 10 SUSUNAN PERLAKSANAAN PERTANDINGAN Susunan perlaksanaan teknik pertandingan ialah: Ketua Juri yang dibantu oleh: i. Sekretariat Pertandingan ii. Pembantu Ketua Juri iii. Penjaga Masa Juri Rayuan FASAL 11 KETUA JURI Mengetuai dan bertanggungjawab atas kelancaran pertandingan. Mengaturkan tugas-tugas Juri. Memutuskan masalah pertandingan di tingkat pertama. Mengemukakan masalah pertandingan kepada Juri Rayuan. Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan dibuat. FASAL 12 JURI Juri yang akan menjalankan tugas harus memenuhi syarat berikut: Telah menghadiri Kursus Juri Memiliki kepandaian silat Bersikap neutral dan tidak berat sebelah Dapat membuat kesimpulan dan memberi nilai dengan tepat dan tegas 8

9 FASAL 13 JURI RAYUAN Juri Rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Majlis Perguruan dan Persilatan. Juri Rayuan adalah terdiri daripada 3 (tiga) hingga 5 (lima) orang. Juri Rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan terhadap masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya. Keputusan Juri Rayuan adalah mutlak dan muktamad serta tidak boleh dipersoalkan. FASAL 14 BANTAHAN Setiap bantahan terhadap keputusan atau kelayakan peserta boleh dikemukakan secara bertulis kepada Juri Rayuan berserta dengan wang pertaruhan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) yang akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut diterima. Walau bagaimanapun bantahan terhadap fakta-fakta pengadilan yang dibuat oleh Juri adalah tidak dibenarkan. FASAL 15 PERLANGGARAN DAN HUKUMAN Perlanggaran terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan dari tatatertib penyelenggaraan boleh/akan dikenakan hukuman : Teguran Peringatan Larangan mengikuti kegiatan pertandingan Tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan pertandingan FASAL 16 HADIAH Jumlah hadiah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur. FASAL 17 ACARA PERTANDINGAN Acara pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dengan panduan bahawa tidak ada kategori yang akan dipertandingkan sekiranya penyertaan kurang daripada 4 (empat) pasukan. FASAL 18 PENETAPAN PERATURAN Tertakluk kepada sebarang pindaan dan/atau tambahan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa oleh pihak penganjur.

BAB III PENUTUP Hal-hal perlaksanaan yang tidak terdapat dalam peraturan ini akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur Festival Silat Kuala Lumpur: Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah seluruh Malaysia 2018.